|
PENTING!! SYURGA DAN NERAKA ISTERI, SUAMI TENTUKAN
[Copy link]
|
|
Reply kinki
Kalau macam tu jangan kahwin dengan taek. Carilah lelaki yang soleh dan beriman. Ianya tak mungkin ditemui di pusat2 hiburan.
wan72 Post at 7-3-2011 14:23
betul tu. tp mcmana kalau imam masjid pon perogol :re:
mungkin lelaki yg sy nikahi hari ini seorg yg suci murni, berubah menjadi taek keesokannya. mcmana tu
segalanya mungkin... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 219# kinki
Gwe setuju banget ama elo |
|
|
|
|
|
|
|
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..”
kesimpulannya~~
Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya.
Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang
paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan.
Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri
dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab
seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang
disebutkan di dalam hadis di atas.
Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan
seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka.
Bahkan tidak dinafikan banyak sekali kes-kes ‘kaki suami’ yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.
Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab.
Malah mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca terjadinya suami mahupun
isteri berlaku curang dan sebagainya.
Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar
melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita.
‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga yang bertakwa.
wallahualam~ |
|
|
|
|
|
|
|
wa nak tepek sikit harapan wa terhadap seorg suami. mungkin sama je dgn harapan pompuan2 lain.....
...
kinki Post at 7-3-2011 20:00
ehem....sejuk perut mak wa mengandungkan wa...akhirnya wa dah jumpa calon isteri wa yang paling ideal....kanda terima adinda seadanya....cik kin ku sayang... |
|
|
|
|
|
|
|
Hah.. memang pun kak zam... lepas tu kan suka suki mendabik dada lak syurga duk kat tapak ...
bintang Post at 7-3-2011 14:42
Mendabik dada? Saya nak confirmation dari cik bintang, adakah cik bintang akan tolak hadis ni sebab dalam setiap hadis Nabi, belum lagi saya jumpa mengatakan soal taat hanya khusus untuk lelaki yang baik, kecuali dibenarkan engkar andai suami itu menyuruh isteri melakukan yang menyalahi syarak..tapi engkar itu bukan pula bermaksud melawan cakap, cukuplah sekadar berdiam diri.
Kalu cik bintang dan wakil2 isteri yg suka derhaka kat suami nak bantah, saya mintak sertakan nas dan dalilnya sekali, jangan ikut sedap mulut2 jer..dalil tentang kewajipan taat pd suami yang baik jer..
Sabda Rasulullah saw:
Ertinya :" Bagi perempuan yang sudah bersuami akan ditanya: 'Bagaimana hubungan engkau dengan suami engkau?' Jawab perempuan itu: 'Tidak terkira aku melayani suamiku, melainkan sekadar keupayaanku kerana aku ini lemah'."Kemudian Rasulullah saw berkata: "macamana engkau ini terhadap suami engkau? Bukankah suami engkau itu menentukan syurga engkau dan neraka engkau?"
Nabi saw bersabda mengatakan bhw ada 4 orang isteri (perempuan) dalam syurga dan yang masuk dalam neraka.
a. 4 orang perempuan dalam syurga:
1. Perempuan yang memelihara dirinya drpd yg haram dan yg taat kpd suami
2. Yang banyak anak
3. Sabar
4. Memadai apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya.
Saad bin Abi Waqas ra berkata bhw dia mendengar Rasulullah saw bersabda :
" Apabila perempuan (isteri) tidak suka kepada suaminya, ketika suaminya papa, maka dilaknat Allah Taala dan mendapat kemurkaanNya serta dilaknati semua malaikat."
Salman Al-Farisi qs berkata bhw dia mendengar Rasulullah saw bersabda mafhumnya:
" Apabila perempuan (isteri) melihat lelaki lain selain suaminya dengan perasaan nafsu syahwat, melainkan dipasak kedua-dua biji matanya pada hari kiamat".
b. Antara orang perempuan yang dalam neraka:
1. Perempuan yang amat keji lidahnya (bercakap kasar) kepada suaminya.
2. Jika suaminya tidak ada disisinya, dia tidak menjaga kehormatannya.
3. Jika suami berada bersamanya, dia menyakiti hati suaminya dengan percakapan yang kasar.
Seorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya kpd Baginda, "Wahai Rasulullah saw, apakah hak suami terhadap isterinya? Beritahulah kepada ku, wahai Rasulullah saw " Sabda Baginda, mafhumnya:
"Hak suami terhadap isterinya ialah sekiranya darah mengalir di lubang hidung suaminya, wajar isteri menjilat dengan lidahnya sebagai membayar hak suaminya."
At-Tibrani meriwayatkan bahawa si isteri tidak boleh membayar hak kepada Allah Taala sehingga dia sudah membayar hak kepada suaminya. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu. tp mcmana kalau imam masjid pon perogol
mungkin lelaki yg sy nikahi hari ...
kinki Post at 7-3-2011 20:06
Nampaknya dunia sudah dipenuhi orang yg berilmu tapi jahil dalam ilmu sampai dah tak berani utk bertawakal pada Allah. Percayalah kalau mahukan jodohkan yang baik bersihkan hati dulu. Jadikan dulu diri sendiri orang yang baik, jangan hanya berharap orang lain jadi baik. Percayalah nak ubah diri sendiri merupakan satu cabaran sangat sukar kerana banyak dugaan dan ujiannya. Semua orang ingin berada pada jalan yang Allah bagi Nikmat tapi untuk berada di jalan ini kita sentiasa diuji jalan lain yang sangat banyak yang secara zahirnya nampak lebih seronok dan lebih sesuai ikut akal fikiran iaitu jalan yang dimurkai Allah dan Jalan yang sesat.
Tak adil rasanya memberi contohnya imam perogol sebab imam yang jahat hanya salah seorang dari beribu imam. Percayalah lebih mudah kita menjumpai lelaki yang baik dan beriman jika kita berada dikalangan para ustaz dan para imam |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya dunia sudah dipenuhi orang yg berilmu tapi jahil dalam ilmu sampai dah tak berani utk ...
wan72 Post at 7-3-2011 22:36
maksud lu wa jahil :re: sejauh mana lu tahu wa bertawakkal :re: dan lu tahu ke wa ni jenis kaki disko ke kaki apa?
sekalipon wa bertawakkal takkan nak tangkap muat je calon suami/bapak kpd anak2 wa. kalau mcm tu lebih baik wa kawen dgn sesapa jek dgn harapan lelaki tersebut akan berubah menjadi lelaki idaman wa....
kawen dgn lelaki baik -bagus. tp mungkin wa belum jumpa lelaki yg betul2 baik dan sesuai dgn wa. maklumlah wa pon bukannya baik sgt. kalau terlalu baik pon, takut juga x pdn dgn wa yg x berapa baik ni....pendek kata hal jodoh ni wa serah total kpd Allah SWT. wa x fikir sangat soal jodoh ni. ada jodoh pon wa redha, xde jodoh pon wa redha. yg penting biarlah Allah redha dgn wa. |
|
|
|
|
|
|
|
maksud lu wa jahil sejauh mana lu tahu wa bertawakkal dan lu tahu ke wa ni jenis ...
kinki Post at 7-3-2011 22:48
Jangan rasa malu mengakui kejahilan dalam diri sendiri. Tak perlu buat pengakuan pun. Yang penting kita tahu apa yang kurang dalam diri ini. Buat perubahan pada diri sendiri. Sebenarnya yang diberi oleh Allah kepada orang lelaki bukannya kelebihan atau kekuasaan tetapi ianya adalah satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap lelaki terutamanya sebagai seorang suami atau pemimpin. Hanya lelaki yang jahil sahaja yang mendabik dada mengatakan itu kekuatan lelaki dan hanya wanita yang jahil sahaja yang cemburu kepada kononnya kekuatan orang lelaki bahkan ingin mengambil alih tempat lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan rasa malu mengakui kejahilan dalam diri sendiri. Tak perlu buat pengakuan pun. Yang pe ...
wan72 Post at 7-3-2011 23:03
ye wa ngaku wa jahil. banyak lagi ilmu Allah kat muka bumi ni yg wa x tahu dan byk lagi perkara yg belum wa faham dan dapat jawapan. adakah lu puas hati? lu nak wa ulang ke soal jodoh? wa rasa serik putus cinta. wa rasa semua lelaki sama saja. sbb tu lah wa x kisah sgt psl jodoh ni. drpd wa berkhidmat kat lelaki yg xtahu menghargai seorg isteri atau kawen dgn org yg wa x nak, lebih baik wa berkhidmat kat mak bapak wa yg dah tua tu. kalau nak ikut kekurangan ke apa ke, budak umur 17thn yg xtahu apa2 pon boleh kawen takkan la wa yg lagi tua ni x boleh kawen? org yg x pernah fikir pasal alam rumahtangga pon boleh kawen. bila dah kawen, maka boleh lah belajar dr kehidupan selepas berumahtangga |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 232# kinki
pendek kata hal jodoh ni wa serah total kpd Allah SWT. wa x fikir sangat soal jodoh ni. ada jodoh pon wa redha, xde jodoh pon wa redha. yg penting biarlah Allah redha dgn wa.
Alamakkk..berapa kali Tuhan nak kasik wa jatuh cinta nih. Lu punya ayat memang menusuk kalbu, menyelinap berdesup ke jantung wa..pedulikan dengan perangai suami lu, lu taat kerana mahu mendapat redha Allah, itulah matlamat hidup. Orang yang tak nampak matlamat hidup memang Allah akan sempitkan hatinya, jiwanya dan pemikirannya..mmuacchh! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 214# bintang
yang ini dr cik bintang
Dengar sini bang.... kalo hukum dalam quran tak sama dengan hadisnya, hadis tu tertolak... yang lebih benarnya Quran bang..
yang ini sy tanya blom jwb lg...
rukun solat ada 13 ada dak disebut didlm quran?mengapa awk ikut?
rukun syahadah ada dak disebut didlm quran?mengapa awk ikut?
rukun haji ada dak disebut didlm quran?mengapa awk ikut?
rukun zakat ada dak disebut didlm quran?
syarat sah solat ada dak disebut didlm quran?
syarat sah syahadah ada dak disebut didlm quran?
boleh sayang sebutkan satu-satu nak taw gak..jgn disebabkan menjaga perasaan kita,
kita gugurkan lafaz kalimah syahadah yg kita laungkan...
gue menanti jawaban elo wlo gue terpaksa nuggui 1000 tahun lg...krn gue amat meminati elo
hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ehem....sejuk perut mak wa mengandungkan wa...akhirnya wa dah jumpa calon isteri wa yang pa ...
bobmarlu Post at 7-3-2011 20:58
Betullah bob, cik kin nih memang special orangnya, matang dan tabah..kalu bermadu ngan hang pon aku sanggup bob!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply bintang
yang ini dr cik bintang
yang ini sy tanya blom jwb lg...
gue menant ...
jesse_labu Post at 7-3-2011 23:19
Gue pon nak tengok gak hujah nya..tp, sebelum tu gue nak tempek firman2 dari Tuhan gue yang bernama Allah..
Firman Allah S.W.T. :
وَمَا يَنْطِقُ عَنْ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى
“Nabi tidak bercakap dari al-hawa. Ia (Quran) tidak lain hanya wahyu yang diwahyukan kepadanya” (An-Najm 53:3-4)
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa di depan kita hanya ada dua pilihan: Wahyu (syariat), atau al-hawa. Tiada yang ketiga. Oleh itu, kedua-duanya adalah berlawanan. Apabila al-haq hanya terletak pada wahyu, maka kebatilan secara otomatik terletak pada al-hawa. Dan secara langsung, pengikut al-hawa adalah bertentangan dengan al-haq.
Firman Allah lagi :
أَفَرَأَيْتَ مَنْ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ
“Adakah engkau lihat orang yang mengambil al-hawanya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya selepas didatangi ilmu kepadanya.” (Al-Jatsiyah 45: 23)
Firman Allah S.W.T. :
وَلَوْ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتْ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ
“Kalau sekiranya al-haq mengikut al-hawa mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya.” (Al-Mukminun 23: 71)
Firman Allah S.W.T. :
أُوْلَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ
“Mereka itu adalah orang-orang yang telah di’cop’Allah pada hati mereka dan mereka mengikut al-hawa mereka.” (Muhammad 47: 16)
Firman Allah S.W.T. :
أَفَمَنْ كَانَ عَلَى بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّهِ كَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ
“Adakah orang yang berada di atas keterangan (dalil) dari Tuhannya sama dengan orang yang diperhiaskan kepadanya amalan jahatnya dan mereka mengikut al-hawa mereka?” (Muhammad 47: 14)
Lihatlah ! Semua ayat yang menyebut al-hawa, ia mesti dicela dan pengikut al-hawa pula pasti pula dikutuk. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa beliau berkata:
“Bila mana Allah menyebut perkataan ‘al-hawa’ di dalam al-Quran, pasti Dia mencelanya. Dari sini jelaslah maqasid dari syariah diturunkan ialah untuk mengeluarkan kita dari menjadi pengikut al-hawa." |
|
|
|
|
|
|
|
wa nak tepek sikit harapan wa terhadap seorg suami. mungkin sama je dgn harapan pompuan2 lain.....
...
kinki Post at 7-3-2011 20:00
wa mmg dh agak dh lu nmpk jerr cam garang
mujurlah wa ada 6thsense yg dikurnia oleh Allah
wa dpt rsekan lu lah jodoh wa dunia dan akhirat..
timekasih Tuhan engkau telah temukan kami... |
|
|
|
|
|
|
| |
|