|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: LEPAK CAFE FOR US
[Copy link]
|
|
Sebab aku dh mengantuk sangat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Page 12 |
|
|
|
|
|
|
|
Off dulu.. nak solat dan gerak
Take care semua |
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire replied at 10-11-2024 03:23 PM
Tapi smlm xingat mana pi semua
Adussss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire replied at 10-11-2024 03:25 PM
Off dulu.. nak solat dan gerak
Take care semua
Semoga selamat sampai ke destinasi |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada rakyat Malaysia terjejas serangan pengganas di Quetta, Pakistan
Keadaan di sekitar Quetta, Pakistan selepas kejadian serangan pengganas semalam.
PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat serangan pengganas di Quetta, wilayah Balochistan, Pakistan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan kepada orang awam semalam. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Katanya, Malaysia juga berdiri teguh bersama kerajaan Pakistan dan rakyatnya sewaktu masa sukar ini. “Tetapi, ia juga adalah cabaran kepada masyarakat antarabangsa secara amnya,” katanya hari ini. Susulan itu, Malaysia kekal komited dalam menyokong usaha masyarakat antarabangsa memerangi keganasan dan menggalakkan kestabilan serantau. “Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad sentiasa memantau perkembangan situasi semasa.
“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad atau Konsulat Jeneral Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/10/tiada-rakyat-malaysia-terjejas-serangan-pengganas-di-quetta-pakistan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jadi penyondol, jangan doa perkara tidak baik – Mimi Lana
MIMI Lana berharap watak lakonannya sebagai penyondol tidak dilihat sebagai sesuatu yang bersifat peribadi oleh penonton.
PETALING JAYA – Kemenjadian watak sebagai perosak rumah tangga orang secara tiba-tiba menimbulkan kebencian dan dikecam ramai, pelakon Mimi Lana berharap tidak didoakan keburukan atau malapetaka ke atas dirinya. Sedar akan kemarahan penonton, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, memberi peringatan agar khalayak tidak terbawa-bawa perasaan sehingga tidak berhenti mencemuhnya kerana melakonkan watak Intan dalam drama Andai Tiada Dia memandangkan semua itu lakonan semata-mata. “Saya faham semua orang tengah marah sangat dengan karakter Intan buat masa sekarang. Tambah pula isu penyondol (perosak rumah tangga) dalam rumah tangga tengah hangat diperkatakan. “Tetapi, kalian janganlah mendoakan perkara yang tidak baik atas nama sebenar saya. Intan yang jelas bukan Mimi Lana,” katanya dalam Instagram. Tambah Mimi, apa yang berlaku dalam drama tersebut hanyalah lakonan dan dia hanya melaksanakan tanggungjawab dalam melakonkan watak dengan baik. “Saya hanya interpretasi watak yang sedang berlaku di sekeliling kita semua untuk dijadikan iktibar.
“Semoga sikap seperti Intan ini akan dijauhkan dari kita semua. Saya harap penonton terhibur dan tidak mengambil hal ini terlalu peribadi,” katanya. Selain Mimi, drama arahan Riza Baharudin yang bersiaran di saluran Astro Ria itu turut dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Zahiril Adzim, Husna Mustaffa, Lan Siro, Kodi Rasheed dan Mia Nasir. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/10/jadi-penyondol-jangan-doa-perkara-tidak-baik-mimi-lana/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fasa pertama zon bebas cukai Forest City mula Jumaat ini
ONN HAFIZ (tengah) diberi penerangan mengenai mesin x ray sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin (kiri) sempena Perasmian Kompleks Kastam Forest City, Iskandar Puteri hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!
ISKANDAR PUTERI – Fasa pertama pelaksanaan zon bebas cukai di Forest City di sini akan bermula pada 15 November ini manakala fasa kedua dijangka bermula suku pertama 2025. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelaksanaan zon bebas cukai itu akan dibantu dengan pengoperasian Kompleks Kastam Diraja Malaysia Forest City yang baharu. “Sebagaimana kita bekerjasama membina kompleks Kastam di sini, sama-samalah kita bekerjasama membina Johor yang lebih maju dan gemilang,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Kastam Diraja Malaysia Forest City, di Hotel Marina, di sini hari ini. Tambah Onn Hafiz, penggunaan teknologi terkini dalam Kompleks Kastam di Forest City ini selari dengan hasrat menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030. “Selain itu, saya akan mengetuai delegasi kerajaan negeri ke Dubai tidak lama lagi untuk melihat dan mempelajari industri kewangan di sana. Kita juga akan mengadakan pertemuan dengan pelabur-pelabur berpotensi di sana,” ujarnya. Sementara itu, Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV), Datuk Md. Othman Yusof memaklumkan pihaknya telah bersedia dengan implementasi pulau satu Forest City sebagai zon bebas cukai. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/10/fasa-pertama-zon-bebas-cukai-forest-city-mula-jumaat-ini/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak tengok tv ..
|
|
|
|
|
|
|
|
366 tahanan dipindah ke depot baharu di Jawi
Saifuddin (tengah) hadir Majlis Penyerahan Projek Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters di Jawi, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!
SEBERANG PERAI – Seramai 366 tahanan di Depot Tahanan Imigresen Juru bakal dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen baharu di Jawi yang bakal memulakan operasi pada 26 November ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, depot tahanan baharu yang siap dibina dengan kos RM77.5 juta di atas tanah berkeluasan 6.07 hektar boleh memuatkan kira-kira 1,200 tahanan dalam satu-satu masa. “Setakat ini, tahanan yang terdiri daripada 233 lelaki dan 133 wanita yang masih berada di Juru bakal menjadi tahanan sulung yang dipindahkan ke sini melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan Akta Imigresen antaranya salah guna pas lawatan, masuk tanpa dokumen dan tinggal lebih masa. “Selain itu, terdapat seramai 118 staf imigresen turut ditempatkan di sini selain kuarters penginapan turut disediakan untuk mereka,” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/10/366-tahanan-dipindah-ke-depot-baharu-di-jawi/
|
|
|
|
|
|
|
|
Usia dah 50-an ni...
Kalau kita kata kita penat...
Kita benar-benar maksudkannya... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, anak-anak sekalian...
Kalau ibu bapamu ada yang demikian, silalah alert |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
‘Isu nafkah RM500, dahulu saya memang tak berduit’
SHARNAAZ mengakui tidak terkesan apabila bayaran nafkah RM500 diungkit semula.
PETALING JAYA – Tidak terkesan, itu yang ditegaskan pelakon Sharnaaz Ahmad selepas isu bayaran nafkah berjumlah RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isterinya, Noor Nabila kembali diperdebatkan netizen. Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, berkata, dia tidak pernah mempedulikan perkara negatif kerana terlalu kerap menerima komen sebegitu dalam media sosialnya. “Tentang perempuan itu, saya tak kisah pun sebab banyak sahaja komen sebegitu sebelum ini. Saya tidak terkesan dan semua sudah tahu tentang isu nafkah RM500 tersebut, itu zaman bila? “Dia cakap benda itu pun tak menggores hati dan sekarang hidup saya pun gembira.
“Rezeki Allah SWT beri hari banyak dan Alhamdulillah boleh beri lebih pada anak,” katanya dalam siaran langsung Instagram hari ini. Dia juga berpendapat individu yang mengungkit kisah lama mungkin mempunyai masalah berkaitan kesihatan mental. “Sebenarnya perempuan itu turut kacau semua orang, bukan saya sahaja. “Dia memang suka cari masalah dengan orang, berani melawan dan tak takut. “Mungkin dia ada sedikit masalah di sini (mental) cuma harap dia jangan guna gambar anak bila nak cakap negatif tentang orang lain,” ujarnya. Dalam masa sama, bintang filem Polis Evo 3 itu berkata, setiap manusia termasuk dirinya pernah melalui zaman kejatuhan namun hasil kerja keras, dia mampu mencapai banyak pencapaian seperti hari ini. “Semua individu melalui turun naik dalam hidup dan saya terima zaman kejatuhan ketika itu. “Kemudian saya usaha, melakukan bisnes dan kerja keras cari duit dengan macam-macam cara untuk berjaya supaya dapat tunjuk pada anak. “Orang tak nampak siang malam saya usaha mencari duit. Dahulu mungkin saya tak berduit. Biasalah, hidup setiap manusia macam roda, kalau rasa hidup di atas sahaja, ada masalahlah itu,” jelasnya. Semalam, Sharnaaz secara sarkastik menegur seorang wanita yang meninggalkan komen berbaur sindiran berhubung isu bayaran nafkah dalam salah satu hantaran Instagramnya. Tegurnya, wanita tersebut sepatutnya menjaga keluarga sendiri dan berharap agar anak-anaknya tidak mengikut perangai buruk tersebut. Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun. Bagaimanapun, pasangan itu berpisah sekitar Julai 2020 selain Nabila memberi alasan mahu bercerai kerana Sharnaaz memberi nafkah zahir tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun lebih daripada kemampuannya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/10/isu-nafkah-rm500-dahulu-saya-memang-tak-berduit/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni nak menulis cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Sambil menolak cafe ni ke tepi gaung .. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes kehilangan RM1 juta: Dua pengawal keselamatan dibebaskan dengan jaminan
Gambar hiasan
AMPANG – Dua pengawal keselamatan yang ditahan berkait kes kehilangan wang tunai RM1 juta selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, 6 November lalu, sudah dibebaskan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis, semalam. Katanya, kertas siasatan sedang dikemaskini sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.“Selepas itu, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwaraya dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Rabu lalu, dua pengawal keselamatan yang merupakan lelaki dan wanita masing-masing berusia 38 dan 52 tahun ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira pukul 10 malam. Sebelum ini, polis menerima laporan mengenai kehilangan sebuah beg yang berisi wang tunai RM1 juta daripada sebuah pusat beli belah di Ampang. Laporan berhubung kejadian itu pada pukul 3.55 petang dibuat selepas proses kutipan dilakukan sebuah syarikat keselamatan daripada sebuah bank. Bagaimanapun, beg berisi wang tunai berkenaan telah ditemukan semula hari sama kehilangannya oleh orang awam ketika melalui lokasi berkenaan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/10/kes-kehilangan-rm1-juta-dua-pengawal-keselamatan-dibebaskan-dengan-jaminan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|