CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: LIVE YOUR DREAM

 Close [Copy link]
Post time 20-11-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 20-11-2024 03:58 PM
ada passport boleh jalan merata

berbaik sangka kita sesama kita

Gelaran nama aku Nini
Timekasih atas peringatan ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Page 12
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 20-11-2024 03:59 PM
xleh...i ingat lagi avy 1st u gambo pompuan, 2nd mama n cat.

Yesssaa
U r right! I luper mama n cat tu
Bravo Sha!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 20-11-2024 03:59 PM
gilo betul dorang

Hmmmmm
Hate each other but
Cant live without each other too
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 20-11-2024 04:01 PM
biasa xde kawan kot si kiki

Iyee
Lama jugak dia ke-seekoran masa mula2 dia mai our hse
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 20-11-2024 04:02 PM
dah tgk renking kita tepek tu?
hasil rempitan semlm n hr ni.

Dahhhh!!! Tahniah banyak2 Sha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 20-11-2024 04:02 PM
refresh page nini

Udah donk berkali2 refresh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 20-11-2024 04:03 PM
nomo syatu

Berbanyakkkk Tahniah Sha!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 20-11-2024 04:03 PM
tgk nomo 1 n 2

Iyeeee
Saya gembira n tumpang gembira utk Sha
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 20-11-2024 04:06 PM
oooo nk tgk kt gosip la

Everytime DD asked for divorce
Sentiasa berdegar2






Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 20-11-2024 04:07 PM
jap agi u nyanyi lah...nk off dh.

Okeeeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 20-11-2024 04:07 PM
babai for now.

Baii sayamm
Come back laterr
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Page 12
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pun nak merayap Bodgos

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:29 PM | Show all posts
selamat petang
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:29 PM | Show all posts
check in

thanks tashu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 04:32 PM | Show all posts
Ini bukan detik yang gembira untuk sesiapa pun - Diana Danielle








Diana ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, sekadar melemparkan senyuman kepada pengamal media, selain menyifatkan apa dilalui bukanlah detik gembira. Foto NSTP Saifullizan Tamadi



KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle memilih tidak mengulas berhubung prosiding permohonan pengesahan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Diana ketika ditemui selepas prosiding sekadar melemparkan senyuman kepada pengamal media, selain menyifatkan apa dilalui bukanlah detik gembira.
Diana berharap orang ramai tidak salah faham dan beranggapan bahawa senyuman dilempar tanda kegembiraan untuk bercerai dengan Farid.
"Bukan gembira tetapi disebabkan saya kenal rakan-rakan media, semua seperti kawan-kawan. Jadi, saya senyumlah.

"Ini bukan detik yang gembira untuk sesiapa pun, tolong jangan salah faham," katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, sebaik prosiding berakhir, hari ini.
Sementara itu, Farid hanya mengulas ringkas mengenai proses pengesahan rujuk yang berlangsung pagi tadi.
Farid berkongsi mengenai komunikasi antara dia dan anak-anak yang tidak terjejas.
"Alhamdulillah... Tiada masalah (untuk berjumpa anak). Dapat berjumpa seperti biasa. Kali terakhir berjumpa, hari ini. Alhamdulillah, emosi mereka okay," katanya.
Pada prosiding permohonan pengesahan rujuk pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini mengesahkan status Farid dan Diana sebagai suami isteri.
Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin memutuskan demikian selepas perkara itu disahkan kedua-dua belah pihak pada prosiding berkenaan.
Mahkamah seterusnya menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh untuk Diana selaku plaintif menyediakan dokumen berkaitan perakuan rujuk bagi meneruskan prosiding perceraian yang difailkan terhadap Farid.




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1326328/ini-bukan-detik-yang-gembira-untuk-sesiapa-pun-diana-danielle








Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:34 PM | Show all posts
'Rujuk selesai, tunggu 2 Disember ini untuk mohon cerai'




Sebelum ini, permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Foto NSTP Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, mengesahkan status pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle sebagai suami isteri selepas melalui prosiding permohonan pengesahan rujuk, hari ini.
Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin memutuskan demikian selepas perkara itu disahkan kedua-dua belah pihak pada prosiding, pagi ini.
Peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, berkata mahkamah sudah mendengar permohonan rujuk dengan hakim berpuas hati dengan permohonan itu berikutan tiada bantahan daripada defendan.
"Rujuk sudah berlaku dan mahkamah sudah beri perintah bahawa kedua pihak sudah kembali sebagai suami isteri dari tarikh rujuk (31 Ogos tahun lalu).

"Selepas ini, mahkamah arahkan untuk mendapatkan perakuan atau sijil rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kemudian sijil itu perlu dibawa ke mahkamah pada 2 Disember depan untuk diteruskan dengan tuntutan cerai difailkan anak guam saya

"Mahkamah boleh keluarkan perintah rujuk cepat. Jadi, dengan perintah itu kita akan bawa ke JAWI untuk mendapatkan perakuan rujuk," katanya ditemui selepas prosiding permohonan pengesahan rujuk di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Akberdin berkata, pengakuan sijil rujuk perlu dibawa pada prosiding permohonan perceraian pada 2 Disember depan.
Malah, katanya, prosiding rujuk sudah selesai sepenuhnya dan tiada perkara berbangkit berhubung perkara itu.
"Permohonan pertama sudah selesai dan mahkamah sudah bagi perintah untuk rujuk. Jadi, sekarang ini kita akan datang ke ke sini semula pada 2 Disember untuk permohonan kedua iaitu cerai.
"Rujuk sudah selesai, jadi tiada apa-apa lagi berhubung permohonan rujuk selepas ini dan akan datang permohonan cerai. Status mereka masih sebagai suami isteri selepas mahkamah mengesahkan perkara itu.
"Selepas itu kita akan teruskan dengan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
"Selepas ini kita akan selesaikan permohonan perceraian pula. Pendirian defendan akan dimaklumkan kepada hakim pada tarikh akan datang," katanya.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata pihaknya tidak ada sebarang bantahan berhubung permohonan rujuk itu.
"Untuk permohonan pengesahan rujuk itu, kami sebenarnya tiada bantahan apa-apa dengan lafaz rujuk dan kejadian di mana berlakunya rujuk. Pada pagi ini, mahkamah sudah sahkan berlakunya rujuk.
"Cuma, untuk teruskan dengan perceraian itu, dokumen berkaitan dengan rujuk itu perlu ada. Surat perakuan cerai dan surat perakuan rujuk perlu ada dalam fail mahkamah bagi meneruskan permohonan untuk perceraian.
"Pada 2 Disember ini, kalau semua dokumen sudah tersusun, kita teruskan dengan permohonan perceraian," katanya.
Pada 4 November lalu, Diana hadir ke mahkamah sama bagi pendaftaran rujuk dan memfailkan permohonan perceraian terhadap Farid.
Permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1326322/rujuk-selesai-tunggu-2-disember-ini-untuk-mohon-cerai


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:37 PM | Show all posts
Diana Danielle harap prosiding cerai bulan depan lancar




Melalui entri Instagram (IG), Diana menyifatkan perceraian adalah jalan terbaik untuk dirinya dan Farid. Foto IG Diana Danielle



KUALA LUMPUR: Diana Danielle berharap proses perceraian bersama suami, Farid Kamil yang bermula awal bulan depan, lancar dan dapat diselesaikan segera.
Melalui entri di Instagram (IG), Diana menyifatkan perceraian adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
"Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar hari ini. Selepas ini, proses perceraian pula akan diteruskan.
"Saya tidak mempunyai banyak perkara untuk dikongsi buat masa ini, tetapi saya mohon doa daripada semua agar proses perceraian dapat diselesaikan dengan segera.

"Itu adalah yang terbaik untuk semua pihak. Saya juga mendoakan yang terbaik untuk semua yang terbabit," katanya.
Melalui hantaran sama, Diana menjelaskan, kenyataan dibuat adalah tanda kerjasama dengan media selepas tidak mengeluarkan kenyataan selepas prosiding permohonan pengesahan rujuk Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, berakhir, pagi tadi.
"Saya faham bahawa mereka (media) juga ada tanggungjawab kepada editor dan pihak atasan masing-masing.
"Selain itu, saya sangat hargai sokongan mereka selama ini dalam membantu perkembangan karier seni saya. Ini termasuk mengimbangi kekurangan yang wujud sepanjang saya bergelar anak seni.

"Sebagai tanda penghargaan, saya percaya apabila mereka menyokong kita, wajarlah kita turut memberi sokongan kepada mereka," katanya.
Pada prosiding permohonan pengesahan rujuk pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan status Farid dan Diana sebagai suami isteri.
Hakim menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh untuk Diana selaku plaintif menyediakan dokumen berkaitan perakuan rujuk bagi meneruskan prosiding perceraian yang difailkan terhadap Farid.



https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1326364/diana-danielle-harap-prosiding-cerai-bulan-depan-lancar







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:39 PM | Show all posts
TNG Digital laksana pengesahan eKYC sepenuhnya mulai hari ini




Akaun eWallet TNG - Foto laman web TNG Digital




KUALA LUMPUR: Penyedia teknologi kewangan bersepadu terbesar di Malaysia, TNG Digital Sdn Bhd sedang melaksanakan pengesahan elektronik Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital (eKYC) sepenuhnya bermula hari ini.
Syarikat itu berkata, semua pengguna baharu kini mesti melengkapkan pengesahan eKYC untuk mengakses ciri eWallet TNG.
Katanya, ini berikutan tempoh penangguhan selama 10 bulan bagi pengguna mengesahkan akaun eWallet TNG mereka dengan pengesahan eKYC mandatori ditetapkan untuk dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum 20 Disember 2024.
"Pengguna bukan eKYC terhad kepada baki eWallet yang rendah selain hanya boleh mengakses ciri pembayaran asas dan tol termasuk tambah nilai kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) serta Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

"Bagi pengguna bukan eKYC sedia ada, akses mereka akan disekat secara berperingkat.
"Pengguna ini akan berdepan sekatan yang semakin meningkat sehingga akaun eWallet TNG mereka disahkan sepenuhnya. Mereka akan kehilangan akses kepada eWallet sepenuhnya jika tidak disahkan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Menurut TNG Digital, pengguna boleh mengesahkan akaun mereka dengan mengetik pilihan 'Tidak Disahkan' di halaman profil aplikasi.
Dalam pada itu, pengguna Malaysia boleh menggunakan MyKad atau MyTentera untuk eKYC manakala penduduk tetap Malaysia serta warganegara asing boleh menggunakan pasport masing-masing.
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan perlindungan pengguna, mendedahkan ciri eksklusif selain menekankan komitmen TNG Digital terhadap pematuhan peraturan dan pengurusan risiko.
Dari sudut pandang industri, TNG Digital menekankan pencapaian pengesahan eKYC sepenuhnya dalam kalangan penggunanya selain meningkatkan keupayaan untuk mengenal pasti dan menghapuskan akaun keldai serta aktiviti penipuan, sekali gus melindungi integriti ekosistem.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni, berkata langkah ini penting untuk meningkatkan keselamatan platform dan mengurangkan risiko pengambilalihan akaun.
"Keselamatan adalah keutamaan utama kami di TNG Digital. Melaksanakan eKYC sepenuhnya adalah langkah berani, namun perlu selain menjadikan kami eWallet pertama yang mengambil langkah ini. Melindungi pengguna kami adalah perkara yang tidak boleh dipertikaikan," katanya.
Ni juga berkata, TNG eWallet mengekalkan kadar penipuan iaitu 90 peratus lebih rendah daripada purata pasaran untuk pembayaran kad dan kejayaan itu dikaitkan dengan langkah keselamatan yang kukuh serta komitmen syarikat terhadap perlindungan pengguna.
-BERNAMA




https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2024/11/1326449/tng-digital-laksana-pengesahan-ekyc-sepenuhnya-mulai-hari-ini


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.309803 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list