CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: khyree

All About SimplySiti

[Copy link]
Post time 10-4-2010 04:31 PM | Show all posts


Gojes sgt pic ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2010 04:38 PM | Show all posts












kredit to : watsons
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 05:20 PM | Show all posts
http://watsons.com.my/UserFiles/Image/MY/1004SimplyBeautiful/20100407122813_pg1.jpg

Gojes sgt pic ni...
uwekkk Post at 10-4-2010 16:31

gojes.. i pinjam.. tepek kat gosip ye..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 06:54 PM | Show all posts
gambar ke-4 macam umie aida

ari khamis ari tu pegi watson pearl point jln klang lama.simplysiti ada!

siap berborak ngan pekerja kat situ.dia cakap produk simplysiti tak ada di semua watson,hanya cawangan terpilih sahaja.dia cakap produk ni sgt laku mengalahkan maybelline dalam tempoh seminggu ni!!!!!

mungkin sebab produk baru,sume orang curious nak cubakan ditambah lagi produk siti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 02:36 PM | Show all posts
Iklan simplysiti

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 02:43 PM | Show all posts
bestnye iklan ni..

rasanya iklan skincare paling best yang i penah tgk.. hehe

suka part ct takmo payung tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2010 02:46 PM | Show all posts
iklan ni nampak natural.. kind of reality ct.. wajah ct pun nampak natural.. tu yg best tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 02:59 PM | Show all posts
wahh..ct pakai bathrobe yg nipis la....
patutla DK sayang...heh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2010 03:33 PM | Show all posts
best iklan SimplySiti ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 04:14 PM | Show all posts
patut aku jd watak tukang kebun....leh usha2 CT pakai bathrobe tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 04:14 PM | Show all posts
terima kasih afifahmis.

part B. part A takde?

best sgt iklan tu kan.siti nyer kulit flawless.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 04:19 PM | Show all posts
sixret part A tu iklan yg siti kat taman tu kot yg pakai selendang warna ungu kalau xsilap...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 04:19 PM | Show all posts
patut aku jd watak tukang kebun....leh usha2 CT pakai bathrobe tu
harisbee Post at 11-4-2010 16:14

wakaka...
bang bee x meleleh air mata ker tgk ct pakai bathrobe 2?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 04:28 PM | Show all posts
sixret part A tu iklan yg siti kat taman tu kot yg pakai selendang warna ungu kalau xsilap...
afifahmis Post at 11-4-2010 16:19

oh yang ct ckp "mudah dicuci sebelum berwudhu".part A nyer iklan simple je kan.

thank you afifahmis.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 04:36 PM | Show all posts
ni iklannya..

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 05:34 PM | Show all posts
Kaaannn! .. kejung mak tunggu reply dr daratiga sbb xponensgfx xbalas2 email mak psal simplysiti ...
tigadara reply mesej mak ...

"Commercial itu memang bertanda B (Simply 5), dan ada 2 lagi commercial bertanda A & C. Selain itu, iklan berselendang Siti itu ditandakan TV Spot A, dan ada lagi TV Spot B dan C. Saya tak tahu iklan mana yang sudah keluar di Malaysia, saya cuma upload yang mana dibenarkan aje. Mengenai penutupan iklan B itu semalam, saya minta maaf sebab pembekal yang suruh saya tutup semula. Tapi saya dah buka semula Isnt she gorgeous ?
Terima kasih kerana menulis.

Selamat Malam.

-tigadara3"


So eklan awal yg wiols tgk tuh hadelah TV Spots .... and Comemrcial B is not because its Part B, its a standalone commercial named Commercial B (Simply 5)...
Mak sukessangat lakonan Ct ... very the neceral gitteww ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2010 06:12 PM | Show all posts
Teruja dpt tgk CT td kat Kuantan Parade walapun dari jauh..1st time tgk live..pastu g dekat sket ngan stage dpt tgk scr dkat..cantikkk..dtg lewat..xsempat dgr lagu simplyct..mase kat parking dgr lagu destinasi cinta jah..smpai2 dah abis......nt tgu kwn aku tag gmbr kat pesbuk aku letak sini gmbr siti kat kp tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 06:22 PM | Show all posts
Teruja dpt tgk CT td kat Kuantan Parade walapun dari jauh..1st time tgk live..pastu g dekat sket ngan stage dpt tgk scr dkat..cantikkk..dtg lewat..xsempat dgr lagu simplyct..mase kat  ...
pzan213 Post at 11-4-2010 18:12

ramai x org serbu ct?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 08:05 PM | Show all posts
ramai x org serbu ct?
ashburn Post at 11-4-2010 18:22


ramai..lebey2 lagik bile ct turun dr pentas menuju ke produk2 SS....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 09:26 PM | Show all posts
berjuta2...   SimplySiti bukan lagi rahsia

Temubual dengan Datuk Siti Nurhaliza berkaitan dengan produk terbarunya SimplySiti.

MINGGUAN: Banyak bidang boleh dipilih, kenapa akhirnya jatuh kepada bidang kecantikan juga?
SITI NURHALIZA: Sudah menjadi impian Siti untuk mempunyai produk sendiri. Pengalaman selama 15 tahun dalam bidang seni banyak mendedahkan Siti dengan kecantikan, belajar cara bersolek, berpeluang mencuba pelbagai produk-produk kecantikan dan Siti mahu berkongsi ilmu ini. Yang penting Siti mahu berkongsi rahsia kecantikan dengan wanita lain. Selepas lapan tahun usia penglibatan Siti dalam industri seni, Siti merasakan sudah tiba masanya untuk memiliki produk sendiri kerana selama ini, Siti telah menjadi jurucakap kepada pelbagai produk kecantikan. Tetapi pada waktu itu, terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan termasuk mencari formula yang betul dan modal pun besar. Selepas berkahwin, suami Siti mengetahui minat serta impian Siti ini dan beliau yang bertanggungjawab menjadi impian Siti satu kenyataan dengan lahirnya SimplySiti.

Berapa lama ambil masa untuk SimplySiti sampai kepada peminat di luar sana?
SITI NURHALIZA: Kami bermula dengan menjalankan penyelidikan perniagaan yang dilakukan oleh AC Nielsen selama dua tahun. Kajian ini penting untuk memastikan apakah yang dikehendaki oleh para pelanggan dalam produk. Selepas mendapat hasil kajian ini, kami menemui rakan-rakan kongsi, dari sinilah kami bermula secara perlahan-lahan. Siti dan rakan kongsi lain melakukan lampas minda untuk mencari produk yang bersesuaian, melantik sainstis, menjalani uji kaji produk dan menjalani tempoh percubaan bagi mendapatkan maklum balas produk. Proses ini mengambil masa kerana terpaksa membuat beberapa formula bagi memenuhi kehendak dan kesesuaian pelbagai jenis kulit wanita Malaysia. Semuanya dilakukan dengan terperinci dan Siti amat berpuas hati dengan keputusan penyelidikan terutama bagi produk utama, Simply 5.

Siapakah sasaran pengguna bagi SimplySiti?
SITI NURHALIZA: Produk ini adalah untuk semua, bukan untuk golongan kaya dan ternama semata-mata. Tetapi Siti mahu semua wanita mencuba SimplySiti kerana kandungan, warna, tekstur dan kualiti adalah setanding dengan produk dan jenama terkenal antarabangsa. SimplySiti sebenarnya boleh dikeluarkan di kilang-kilang kosmetik tempatan tetapi Siti amat pentingkan produk akhir kerana di Korea mereka sangat terperinci dalam aspek kualiti. Ia telah diuji beberapa kali pada kadar suhu panas yang berbeza-beza untuk memastikan ia memiliki kelembapan terbaik untuk kulit wanita Malaysia. Malah botolnya turut diuji untuk memastikan apabila diletakkan krim ia tidak menjejaskan kualiti krim di dalam botol. Siti memang tidak boleh bertolak ansur dengan kualiti untuk memastikan pembeli mendapat kepuasan yang sebenarnya. Lagipun, Siti serius dengan bidang ini untuk jangka panjang. Apapun Siti yakin dengan SimplySiti dan percaya kualiti dan keberkesanannya dan produk yang baik boleh 'bercakap' sendiri.

Produk ini berasal dari Korea, kenapa memilih negara luar sebagai kilang pengeluarnya?
SITI NURHALIZA: SimplySiti adalah hasil daripada kajian saintis Korea tetapi dimiliki oleh anak tempatan. Kami mendapatkan nasihat dan rundingan dari sana memandangkan Korea mempunyai teknologi terkini dalam industri kecantikan dan sangat popular. Malah banyak produk kosmetik dari Amerika Syarikat dan Eropah sekalipun memilih formula saintis Korea Negara-negara ini yang menjalankan penyumberan dari Korea kerana kos pengeluaran di negara itu sangat kompetitif.

Apakah produk yang ditawarkan?
SITI NURHALIZA: SimplySiti menawarkan dua rangkaian produk iaitu penjagaan kulit dan kosmetik. Produk New Age untuk kulit yang matang, bagi mereka yang mahu melakukan pencerahan kulit, gunakan produk C Bright. Sebenarnya Siti suka untuk menyatakan, semua produk-produk ini adalah daripada citarasa Siti yang mahu dikongsikan kepada semua peminat-peminat Siti. Warna-warna kosmetik ini adalah warna kegemaran Siti, selaras dengan tagline SimplySiti, Rahsiaku Kini milikmu. Bagi Siti sendiri, SimplySitiadalah lebih bersifat peribadi sebab itu Siti menamakan kosmetik SimplySiti dengan nama lagu-lagu nyanyian Siti.

Apakah bahan utama bagi semua produk SimplySiti?
SITI NURHALIZA: Antaranya Bunga Opuntia Tuna, Arbutin, estrak pokok pin, vitamin dan sebagainya. Siti sebenarnya amat cerewet dalam penghasilan semua produk SimplySiti dan menyebabkan kami beberapa kali menukar formula untuk memastikan jenama ini setanding dengan jenama-jenama antarabangsa. Apa yang boleh Siti katakan, SimplySiti mencapai piawaian dan memenuhi kehendak Siti selain telah mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Jakim telah ke Korea untuk melihat sendiri proses pembuatan SimplySiti termasuk bahan-bahan yang digunakan sebelum diberikan status halal. Selepas melalui proses ini barulah Siti sedar bukan mudah untuk mendapat status halal kerana pihak Jakim akan memastikan kilang yang mengeluarkan SimplySiti tidak berada dalam kedudukan radius sehingga lima kilometer berhampiran dengan kawasan dan bahan-bahan atau perkara-perkara yang meragukan. Kami telah berjaya memenuhi semua kriteria serta prosedur.

Baru berada di pasaran, bagaimanapun difahamkan sehingga kini pelaburan lebih RM5 juta sudah dikeluarkan untuk SimplySiti? Benarkah begitu?
SITI NURHALIZA: Ya, lebih kurang begitu. Tetapi sehingga hari ini, sukar untuk menyatakan pelaburan sebenar memandangkan banyak perkara lain yang perlu dilakukan untuk membina dan mengukuhkan jenama ini. Bagaimanapun Siti boleh katakan, untuk fasa pertama pemasaran SimplySiti, kami mempunyai stok dengan nilai RM14.6 juta. Buat masa ini di 220 cawangan Watson, selain berbincang dengan pasar raya seperti Jusco dan Parkson. Kami akan meningkatkan lebih banyak kawasan untuk memasarkan produk tersebut.

Bagaimana dengan unjuran keuntungan yang dirancang?
SITI NURHALIZA: Untuk enam bulan pertama, Siti menyasarkan untuk memperoleh sebanyak RM1 juta sebulan. Tetapi selepas enam bulan, jumlah sasaran itu ditingkatkan kepada RM2 juta sebulan.
Dalam keadaan persaingan industri kosmetik yang cukup hebat ketika ini, apakah strategi untuk memastikan SimplySiti juga menjadi produk nombor satu sepertimana Siti Nurhaliza itu sendiri?
Boleh Siti katakan, semua kejayaan dalam dunia seni sebelum ini memang banyak membantu untuk SimplySiti berkembang jauh. Yang penting, Siti mahu berkongsi apa yang Siti suka dengan semua peminat. Kosmetik adalah sinonim dengan wanita dan merupakan perniagaan yang berpotensi kerana permintaan bagi produk ini sentiasa ada. Biarpun Siti dikenali tetapi penglibatan Siti dalam perniagaan ini bukan untuk mengambil kesempatan tetapi lebih kepada perkongsian Siti dengan peminat.

Adakah dengan populariti Datuk Siti yang diraih sekarang mampu melonjakkan jenama SimplySiti?
SITI NURHALIZA: Tidak, kerana bidang nyanyian dan perniagaan berbeza dan berisiko. Siti tidak pernah melihat populariti sahaja akan membantu sebab itu kita akan melaksanakan promosi agresif dalam tempoh dua bulan ini. Malah, kami turut melabur untuk iklan di semua media.

Banyak artis tempatan yang menghasilkan produk kecantikan sendiri tidak berjaya, bagaimana Siti melihat kelangsungan produk ini pada jangka panjang?
SITI NURHALIZA: Siti sedar akan perkara itu. Malah Siti akui, Siti juga pernah gagal dalam memasarkan produk CT Tea. Meskipun ia mendapat permintaan yang baik, Siti gagal kerana ketika itu tidak mempunyai pasukan baik dalam pemasaran. Tetapi SimplySiti berbeza kerana ada mereka yang penting menjadi tulang belakang Siti untuk menguruskan soal pemasaran dan strategi promosinya, termasuklah suami Siti sendiri. Siti begitu serius dengan setiap perancangan dan Insya Allah dengan pasukan berpengalaman yang tinggi, dijangka mampu memastikan SimplySiti kukuh di pasaran.

Sebagai satu cabang baru, apakah cabaran utama untuk membuka perniagaan ini?
SITI NURHALIZA: Siti akui bukan mudah untuk membuka perniagaan. Cabaran utama adalah daripada pihak bank. Dalam apa-apa jenis perniagaan, kita perlu mengeluarkan modal, walaupun memiliki tunai untuk memulakan perniagaan. Masalahnya, pihak bank tidak berani untuk memberi pinjaman meskipun syarat-syarat yang dikehendaki telah dipenuhi dengan alasan syarikat SimplySiti Sdn. Bhd. tidak mempunyai pengalaman. Sebenarnya alasan ini sukar untuk diterima kerana jika Siti tidak memulakan langkah pertama, bagaimana hendak menimba pengalaman.

Apakah perbezaan apabila menghasilkan produk sendiri dengan menjadi duta kepada produk kecantikan lain sebelum ini?
SITI NURHALIZA: Tidak dinafikan Siti pernah menjadi duta untuk beberapa produk kecantikan dan dari situ Siti belajar dan menimba pengalaman mengenai produk kecantikan. Yang membezakannya ialah menjadi duta kita hanya bercakap untuk produk tersebut selepas memakainya. Sebaliknya apabila mengeluarkan produk sendiri, Siti yang menentukan formula, warna, tekstur dan kandungan. Ini lebih 'Siti'.

Persediaan yang dilakukan untuk menjadi seorang business woman?
SITI NURHALIZA: Memang Siti akui bidang perniagaan memang sukar dan banyak rintangannya. Siti tidak malu untuk menyatakan Siti kini dalam proses belajar dengan 'guru-guru' Siti termasuk suami kerana tidak mahu terkapai-kapai pada kemudian hari. Tetapi pembabitan Siti dalam bidang kecantikan atas alasan sangat mencintainya, seperti mencintai bidang seni. Siti akan cuba melakukan sebaik mungkin sehingga berjaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.974653 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list