CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eazzad

Negeri Perak penuh misteri

  [Copy link]
Post time 27-5-2011 11:28 AM | Show all posts
saya berminat nak tau pasal beting beras basah
nanti story ye
immortallez Post at 27-5-2011 10:53


Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh Perak, sememangnya sinonim dengan catatan sejarah kesultanan Perak sejak sekian lamanya. Namun, di sebalik kewujudannya sebagai lokasi wajib diziarahi Sultan baru, ada pelbagai catatan lain yang mengaitkannya sebagai lubuk misteri yang menggerunkan.

Ini termasuk kaitannya sebagai tempat penunggu, tempat makhluk ghaib ‘dipenjara’, selain kewujudan lubuk pusar ketika air pasang.

Menyingkap kewujudannya, penyelidik dan pengkaji sejarah, Ariffin Mohd Dahlan atau Pak Engku mendakwa semuanya bermula pada 1528 apabila pembesar Perak mengadap Sultan Mahmud Shah, pemerintah terakhir Melaka yang bersemayam di Kampar, Sumatera, ketika itu.

Permintaan mereka ialah supaya salah seorang putera baginda dijadikan pemerintah Perak yang tidak mempunyai Sultan. Permintaan itu diperkenankan dan Raja Muzaffar dititah menjadi pemerintah Perak pertama.

“Bagaimanapun Raja Muzaffar lari ke Pagar Ruyong ketika itu kerana merajuk apabila adindanya dilantik Sultan Johor, sedangkan beliau anak sulung. Rombongan diraja itu belayar membawa bersama alat kebesaran diraja Melaka seperti nobat, nafiri, pedang Chura Simanjakini, cop mohor halilintar dan beberapa alat lain.

“Rombongan diiringi Megat Terawis. Mereka singgah di Siak, kemudian ke Klang dan seterusnya ke kuala Sungai Perak dengan pelayaran dikemudi Nakhoda Tumi. Bagaimanapun, bahtera Raja Muzaffar dilanda ribut taufan dan ombak besar ketika melalui kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Bahtera baginda tidak boleh bergerak sehingga terpaksa membuang segala peralatan kecuali alat kebesaran diraja,” katanya pada majlis sembang sejarah Kesultanan Perak, baru-baru ini.

Pak Engku berkata, jin yang menjaga lubuk pusar itu, Datuk Maharaja Siraja Jin, meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut.



“Arahan itu dituruti Raja Muzaffar. Selepas itu barulah ribut taufan reda dan bahtera boleh belayar. Sejak itu, Perak tidak memakai gelaran Tengku Mahkota memandangkan mahkotanya sudah dibuang sebaliknya diganti dengan gelaran Raja Muda.

“Selepas Raja Muzaffar berseru ‘Selikit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilingkung Ular Saktimuna, Sebenarnya Aku Menjadi Raja, Jauhkan Segala Malapetaka, Perpisahan Aku Di Selat Melaka” barulah bahtera baginda dapat bergerak ke tepi tebing dan disambut rakyat negeri Perak yang diketuai Tun Saban. Baginda kemudian dibawa mudik ke hulu dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang,” katanya.

Kajian Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdullah Jumain Abu Samah, pula menyebut Raja Muzaffar terpaksa menyelam ke dasar laut selama tujuh hari tujuh malam untuk mengadakan perjanjian dengan makhluk ghaib yang menjaga kawasan berkenaan.

Bagi Pak Engku, lokasi Beting Beras Basah di kuala Sungai Perak dan menghala ke selat Melaka itu juga kaya dengan pelbagai misteri tersendiri.

“Kawasan beting ialah kawasan lubuk pusar yang kadang-kadang timbul dan tenggelam apabila air pasang. Keadaan pasirnya keras dan putih, seluas padang bola seperti beras basah. Ia tempat pertabalan Sultan Perak sejak Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak pertama pada 1528 hingga sekarang. Setiap Sultan yang bakal menduduki takhta Perak dimestikan menziarahi Beting Beras Basah dan menjejakkan kaki di atas beting pasir,” katanya.

Beliau berkata, kawasan lubuk pusar itu dikenali sebagai Tasik Pawa Janggi dan menurut cerita rakyat Perak, ia tempat yang digeruni kerana banyak perkara misteri berlaku. Di dasar tasik itu dikatakan mempunyai kerajaan yang diperintah tujuh jin.

Kawasan berkenaan dikatakan menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib yang jahat sejak dulu sehingga sekarang.

“Ia juga dikatakan ‘pusat’ makhluk ghaib seluruh dunia, termasuk Islam serta perkampungan orang bunian,” katanya yang turut berharap catatan sejarah itu mendapat perhatian dan pengiktirafan Persatuan Sejarah Malaysia dan bahannya dapat dibukukan untuk tatapan serta rujukan pencinta sejarah tanah air,” katanya.

Malah, Pak Engku sendiri tidak terkecuali mengalami pengalaman pelik sepanjang mengenali Beting Beras Basah.

“Saya bermimpi seseorang berpakaian ihram, duduk di atas sejadah mengarahkan supaya saya ke Beting Beras Basah. Saya ingat tarikh pertama kali ke sana iaitu 5 Januari 1976. Pada jam 6.30 pagi saya bertolak dari jeti Sepani Kampung Kayan, Bagan Datoh menyusuri Sungai Perak sehingga tiba di Beting Tepi, tempat pertabalan Sultan Perak pada jam 7.00 pagi.

“Saya turun ke laut mengambil segenggam tanah dan kemudian menuju ke muara Sungai Perak di kawasan lubuk pusar Beting Beras Basah iaitu beting tengah,” katanya.

Selama hampir 15 minit, bot yang dinaikinya mengelilingi lubuk pusar itu sementara menanti beting berkenaan muncul.

“Tiba-tiba saya ternampak kain berwarna-warni muncul dari lubuk pusar itu. Apabila air semakin surut, beting timbul dan saya dapati ada bendera tujuh warna terikat di tujuh batang tiang setinggi kira-kira 4.5 meter.

“Kain berkenaan berwarna putih, hijau, kuning, biru, merah, hitam dan ungu. Kain dengan warna bendera negeri perak berada pada tiga tiang tengah, dua lagi tiang dengan kain pelbagai warna itu di kiri dan kanan tiang bendera perak, manakala kain putih membentuk tiga segi di hujung kiri dan kanan,” katanya.

Beliau mendakwa warna berkenaan mewakili setiap satu jin yang memerintah kerajaan bawah laut. Pada jam 7.20 pagi berkenaan, Pak Engku meminta pawang yang mengiringinya membacakan tahlil dan doa arwah di situ. Selesai majlis beliau terus menuju ke kolam air pusar membawa kain tujuh warna yang dibawa untuk diikat pada tiang bendera negeri Perak.

“Pada awalnya ia tiada masalah tetapi sebaik menghampiri kawasan pusar itu, saya tidak boleh melangkah seolah-olah ada sesuatu yang menghalang.

“Saya cuba merempuh tetapi gagal dan akhirnya saya berseru ‘Aku adalah keturunan Panglima Hitam daripada Raja yang berdaulat. Mudahkan segala pekerjaanku.’ Selepas itu barulah kain tujuh warna berkenaan dapat diikat pada tiang bendera berkenaan. Saya juga sempat berdoa sebelum keluar.

“Selepas keluar dari kolam itu untuk mengambil wuduk, saya lihat ke arah laut dari luar kolam dan nampak seperti mata manusia tetapi cuma sebelah memerhatikan saya. Saya tidak berkata apa-apa kerana sudah dipesan, jika ternampak sesuatu di situ jangan ditegur,” katanya.


   


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 11:31 AM | Show all posts
Salam pagi Jumaat,
ada satu kampung d Grik - kampung Benggol Belimbing org kt situ majoriti menggun ...
catalina Post at 27-5-2011 10:50


banggol belimbing kat lenggong...
kat gerik banggol berangan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 11:35 AM | Show all posts
catalina Post at 27-5-2011 11:28


jauh la kan beting basah dgn kuale...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 11:51 AM | Show all posts
banggol belimbing kat lenggong...
kat gerik banggol berangan...
nagaijau Post at 27-5-2011 11:31



   ok , tq sy betulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:02 PM | Show all posts
Salam pagi Jumaat,
ada satu kampung d Grik - kampung Benggol Belimbing org kt situ majoriti menggun ...
catalina Post at 27-5-2011 10:50



catalina .....eazzad.....tempat Beras basah ni...nama tempat ek...saya bayangkan...ia kawasan lapang...tanah lapang..tepi sungai (sebeb beting  biasanya kat sungai kan)
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:03 PM | Show all posts
jauh la kan beting basah dgn kuale...
nagaijau Post at 27-5-2011 11:35



dulu kjaan pertama Perak di Tanah Abang - tu sbb Makam Sultan Muzaffar Syah I di Marhum Tanah Abang....Tanah Abang ni ada citernya.....berkaitan Buluh APA....

Kisah Buluh Apa...

Zaman dahulu di Tanah Abang (pusat pemerintah Perak Tua) terdapat dua orang putera raja yang sama bentuk fizikalnya. Sama cantik, sama gagah, sama dari segi kesantunannya. Cuma sifat mereka berdua ini sahaja yang membezakan mereka berdua. Si Abang lebih lembut, lebih penyayang dan manakala Si Adik agak sedikit kasar, pemanas dan juga agak gopoh di dalam tindakannya.

Seperti kebanyakannya permainan anak raja dulu-dulu, masa lapang mereka akan diisi dengan pemburuan di hutan, persilatan dan permainan senjata sebagai lambang dan status kegagahan seorang anak raja.

Pada suatu hari, kedua anak raja ini bermain senjata seolah-olah seperti pertempuran yang sebenar. Oleh kerana masing-masing terlalu gagah, tiada pihak yang menang atau kalah. Di akhir sayembara itu mereka menggunakan buluh sebagai medium pertarungan. Buluh tersebut tersangat keras dan membahayakan sehinggakan si adik merasa amat berpuas hati dengan penggunaan buluh itu. Lantas ditanyakan kepada abangnya.

Adik : Cukup keras buluh ini ya Kanda. Apakah namanya buluh ini..??

Abang : Buluh Apa, Dinda.

Adik : (Ketawa) Kanda memang suka bergurau. Adinda bertanya buluh apakah ini Kanda?

Abang : Buluh Apa, Dinda.

Adik : Kanda, Dinda bertanya ini. Kanda sebagai seorang bijak laksana tentu tahu akan nama buluh ini.

Abang : Buluh Apa, Dinda.

Akibat rasa seolah dipermainkan, sewaktu berangkat pulang ke istana, si adik menikam belakang abangnya sehingga mangkat. Puas sudah hati si adik kerana berjaya menghapuskan seorang abang yang suka mempermainkan adiknya.

Kepada ayahanda dan bonda serta menteri pembesar dikhabar, kematian abang disebabkan kemalangan sewaktu bersilat dan tiada niat tersembunyi di sebaliknya. Memikirkan sudah suratan takdir bahawa kematian itu tidak mungkin dapat mengembalikan mereka yang telah pergi, kesemua pihak pasrah dan redha kepada ketetapan ilahi.

Istiadat permakaman pun dilaksanakan dengan penuh kebesaran selayaknya seperti mana kemangkatan seorang raja yang berdaulat. Si Abang dimakamkan di Tanah Abang tidak jauh dari rumpun Buluh Apa yang bersejarah.

Selesai sahaja, istiadat permakaman itu, sewaktu perjalanan pulang, si adik merapati Datuk Bendahara yang budiman. Datuk Bendahara berjalan tunduk kesedihan berkabung atas kemangkatan putera yang sangat rapat dengan beliau.
Adik : Ayahanda Bendahara.
Bendahara : Patik, Tuanku.
Adik : Bolehlah beta bertanya suatu perkara??
Bendahara : Tanyalah Tuanku. Mana yang patik tahu, akan patik jawab. Mana yang patik tidak tahu, akan patik tanyakan kepada mana-mana jauhari yang mengetahui..
Adik : Tahukah Ayahanda Bendahara, apakah nama rumpun buluh yang tumbuh berhampiran dengan gelanggang persilatan milik beta dan juga kekanda itu. Rumpun yang sama yang tumbuh dekat dengan makam kekanda?
Bendahara : Oh, itu.. nama buluh itu BULUH APA, Tuanku..

Apakala mendengar nama buluh itu, mengeletarlah seluruh badan putera itu. Rasa roh melayang meninggalkan jasad rasanya. Wajah putera itu pucat laksana kertas kertas yang putih. Melihatkan perubahan sikap putera itu, Datuk Bendahara seperti dapat menangkap maksud kejadian. Lantas Datuk Bendahara bermadah..

Bayu berpuput di Tanjung Jati
Orang belayar ke Inderagiri
Jangan diturut rasa di hati
Kelak jadi binasa diri

Kekabu diisi di dalam tilam
Untuk hiasi majlis kenduri
Usah ditangisi perkara silam
Tuan yang pergi tidakkan kembali

Sejak dari hari itu si adik menangisi pemergian abangnya di bawah rumpun Buluh Apa. Tidak lama sesudah itu si adik menghilangkan diri dari istana dan tidak diketahui di manakah jejaknya. Putera yang masih berusia 6 tahun terpaksa diisytiharkan seagai Putera Mahkota kerajaan negeri.


Indera :
Sejak kehilangan kedua-dua putera raja itu rumpun Buluh Apa semakin mengecil dan akhirnya kini menjadi rumpun buluh yang bantut. Ada pendapat mengatakan si adik membawa dirinya ke hutan rimba di belakang kampung kami dan meninggal dunia dalam kerajaan bunian (bunian??). Ini kerana terdapat beberapa orang penduduk kampung saya yang mendakwa bertemu dengan makam si adik di dalam hutan yang dikelilingi dengan rumpun Buluh Apa. Mereka kemudian menandakan lokasi makam itu dengan apa sahaja tanda seperti kayu atau kain. Tetapi keesokan harinya mereka ke lokasi berkenaan, makam tersebut tiada lagi. Yang tinggal cuma tanda yang mereka tinggalkan.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2011 12:50 PM | Show all posts
catalina .....eazzad.....tempat Beras basah ni...nama tempat ek...saya bayangkan...ia kawasan  ...
aku_tulip Post at 27-5-2011 12:02



Beting Beras basah tu mmg tanah selut...tgk sini rupa dia dari jauh ek....




Ini adalah gambar kawasan misteri yang dikenali sebagai Beting Beras Basah iaitu betul-betul di bahagian selatan kuala Sungai Perak. Nampak tak kawasan seperti kelabu hitam terbentang memanjang di bahagian belakang gambar?




Ini pula potongan dari gambar yang sama, dibesarkan untuk menunjukkan bendera Perak yang terpacak pada satu bahagian Beting Beras Basah. Untuk pengetahuan ia menandakan tempat terakhir yang perlu dijejaki seseorang Sultan Perak dalam proses pertabalan, sebagai mengingati tempat kapal Sultan Muzaffar Shah, Sultan pertama Perak tersangkut ketika mahu masuk ke Perak sekitar tahun 1528.




Pokok Melaka
Pokok Melaka di Tasik Pawa Janggi (Beting Beras Basah) di Bagan Datoh, Teluk Intan, Perak. Pokok ini sangat ganjil kerana ia satu-satunya pokok yang boleh hidup selama berpuluh-puluh tahun di dalam air. Jaraknya dengan pantai adalah 200 meter. Sultan Muzaffar Shah, putera Sultan Mahmud Shah dengan Tun Kecil anak Tun Bendahara mula-mula mendarat di Beting Beras Basah ketika dilantik sebagai Sultan Pertama di negeri Perak (1528-1549).
Ketika air surut. Kelihatan akar-akar pokok. Ia tidak dapat dihampiri kerana tanah berselut yang sangat lembut sehinggakan sesiapa yang cuba berjalan ke perdu pokok akan terbenam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:51 PM | Show all posts
hohoho..byk citer2 yg bes utk di baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 12:54 PM | Show all posts
sy jumpa satu lagi versi berkaitan nama Tanah Abang & Buluh Adik tu....jap sy paste....

tak per ker tumpang umah ni? kang tak pepasal jea kena kapak lak ngan tuan tanah sini....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 01:07 PM | Show all posts
kat perak ada org kerinci x?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 01:14 PM | Show all posts
kat perak ada org kerinci x?
namakurahsia Post at 27-5-2011 13:07


setau sy tak dek...klu ada pon mungkin tak ramai sbb tak pnh denga kg kerinchi di maner2 daerah Perak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 01:17 PM | Show all posts
ini satu lagi versi berkaitan asal-usul Tanah Abang .....dan asal keturunan Megat Terawis...

(MARHUM TANAH ABANG)
Sultan Perak Yang Pertama (1528-1549)

Pada masa Sultan Mahmud Shah menjadi Sultan di Kampar, Negeri Perak masih belum mempunyai seorang Raja. Maka bermesyuaratlah seisi Negeri Perak untuk memilih seorang Yang Di-Pertuan. Sidang mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara supaya Tun Saban dan Nakhoda Kassim pergi ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah memohonkan putera Baginda untuk berkerajaan di Perak. Pada masa Kerajaan Melayu Melaka, Negeri Perak dengan Beruas sebagai ibu negerinya tertakluk di bawah Melaka.

Sultan Mahmud Shah telah mengurniakan putera dengan puteri Onang Kening anak Raja Kelantan yang bernama Raja Mudzaffar untuk dirajakan di Perak. Raja Mudzaffar kemudian dikurniakan alat kebesaran (Baur) yang berupa sebilah pedang Cura Si Manja Kini, sebilah keris, sebuah cap (Cap Kayu Kempa) yang berlorek perkataan "SULTAN MUHAMAD SHAH DZIL ALLAH FIL-ALAM", serta Nobat dan Surat Chiri.

Selepas menerima titah ayahandanya untuk berangkat ke Perak, Raja Mudzaffar pun bersiap dan menunggukan saat yang baik untuk berangkat meninggalkan Kampar. Sementara itu Tun Saban pulang ke Perak dan menyediakan 77 ekor gajah yang sarat dengan berbagai persembahan dari penduduk Hulu Perak, lalu menuggu ketibaan Raja Mudzaffar di Kuala Sungai Perak.

Raja Mudzaffar pun berlayar bersama isterinya bernama Tun Terang, putera mereka Raja Mansur dan pengiring-pengiring termasuklah Megat Teraweh Ibni Daulat Pagar Ruyong. Baginda singgah di Kelang dan Siak kerana menziarahi keluarga Baginda. Semasa di Kelang Baginda bertemu Nakhoda Tumi, iaitu orang Manjong yang selalu berulang-alik berniaga dari Perak ke Kelang. Nakhoda Tumi pun membawa Raja Mudzaffar ke Perak. Akhirnya bahtera kanaikan Baginda pun sampai ke Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak.  Dengan takhir Tuhan, bahtera Baginda tersangkut pada beting, beberapa kali dilayarkan orang tidak juga mahu terlepas.  Apabila Baginda melihatkan hal demikian, Baginda pun bersawab-sawab titahnya:-

"Sekongkong Tanah Minngkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di Selat Melaka
Jika sah Beta Raja berdaulat
Lepaskan sekalian malpetaka"

Maka disahut oleh Tuan Saban dengan sekalian hamba rakyat menanti di situ dengan teriakan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali. Setelah itu bahtera kenaikan Baginda pun terlepaslah masuk muara lalu ke suatu tempat, dilihat Baginda seorang budak lelaki menangis disisi mayat seorang budak yang lebih kurang umur dengannya.  Baginda bertitah, "Hai budak, siapakah yang terbaring disisi mu itu".  Budak itu menyembah, dan menjawab bahawa yang mati itu ialah abangnya sendiri yang telah ditikamnya dengan keris kerang setelah abang itu mengolok-ngolok pertanyaannya.

Setelah Raja Mudzaffar Shah mendengar perkataan budak itu, maka tersangatlah kasihan hati Baginda lalu Baginda pun menerangkan maksud perkataan abang budak itu yang sebenarnya.  Titah Baginda, "Ada pun makna jawapan abang mu itu, nama buluh yang kamu tanyakan itu ialah Buluh Apa, bukannya ia mengolok-ngolokkan kamu".  Ia pun amat menyesal sebab membunuh abangnya tanpa usul perika.  Ia pun menghunus keris dari pinggangnya dan menikam keris itu ke dadanya.  Kubur kedua-dua adik- beradik itu terletak di tempat berlakunya peristiwa itu di Tanah Abang.

Peristiwa sedih yang berlaku itu sangatlah mengharukan hati Raja Muzaffar. Baginda pun mendarat di tempat itu lalu menitahkan orang berbuat kota istana dan tempat itu pun dinamakan oleh Baginda Tanah Abang. Setelah siap semuanya disekitar tahun 1528 Baginda pun ditabalkan di bawah kelolaan Tun Saban. Baginda bergelar Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah. Pada masa pertabalan Baginda itu Tok Temong datang membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama Mastika embun.

Apabila sudah menjadi Sultan, Baginda Sultan Mudzaffar Shah pun memanggil Tun Mahmud (anak Tun Isan Berakah dengan Puteri Siat) yang bergelar Seri Agar di-Raja yang memerintah di Selangor supaya datang ke Perak dan dijadikan Bendahara Perak yang Pertama. Tetapi Tun Mahmud kemudiannya dipaksa oleh Sultan Alaudin Riayat Shah (adinda sebapa kepada Sultan Mudzaffar Shah) supaya datang ke Johor.

Tidak berapa lama selepas menjadi sultan, Sultan Mudzaffar Shah telah berselisih faham dengan Tun Saban. Tun Saban pun membuat Kota kubunya di Temong. Punca perselisihan itu disebabkan oleh Sultan Mudzaffar Shah yang berkehendakkan anak Tun Saban yang bernama Tun Merah untuk dijadikan gundek. Tun Saban tidak membenarkan. Baginda pun memanggil Tun Saban ke Istana serta menitahkan beliau pergi beramu (mencari kayu) di hutan untuk membuat Istana yang baru. Sepeninggalan Tun Saban, datanglah orang-orang Raja memanggil Tun Merah dan dibawa ke istana. Tun Saban pun terlalu marah dan kembali ke dalam hutan serta ditebangnya sepohon kayu tualang yang amat tajam di pangkal dan hujungnya. Batang kayu yang sudah ditajamkan itu dipuja selama tiga petang berturut-turu, akhirnya batang itu pun terbang berpandu menimpa istana Sultan Mudzaffar Shah menyebabkan banyak kerosakan berlaku. Apabila Baginda ketahui perbuatan itu datangnya dari Tun Saban, maka Baginda pun tersangat murka lalu memberi titah menawarkan pangkat Bendahara kepada barang siapa orang-orang Baginda yang dapat membunuh Tun Saban.

Megat Teraweh menyahut seruan Baginda itu lalu keluar mencari Tun Saban dan mendapat tahu bahawa Tun Saban sedang berkubu di Kuala Temong, dan boleh dilihat muncul di atas kubu tiga kali sehari, di sebelah pagi berpakaian hijau, tengahari berpakaian putih dan sebelah petang berpakaian merah.

Megat Teraweh tiba pada waktu petang dan berjaya menembak Tun Saban dengan istinggar, terkena dada Tun Saban tetapi tiada telap (tembus). Peluru itu jatuh ke tanah lalu diambil oleh Tun Saban dan dilihatnya peluru itu bertulis perkataan "Inilah peluru anak Raja Pagar Ruyong.  Barang dimana ia terjatuh di situlah tuannya menjadi Pembesar". Maka tahulah Tun Saban bahawa ajalnya telah sampai dalam peperangan ini, lalu disuruhnya orang memangil Megat Teraweh. Beliau diminta oleh Tun saban supaya berkahwin dengan puteri yang bernama Tun Bongsu Bangsawan. Permintaan Tun Saban itu diterima dan beliau dinikahkan di hadapan Tun Saban.  Selepas itu Tun Saban pun meninggal dunia dan dikuburkan di suatu tempat bernama Changkat Merah, Hulu Perak. Beberapa orang dari cucu-cicit Tun Saban dilantik menjadi orang Besar di Negeri Perak.

Baginda Sultan Mudzaffar Shah sangat sukacita mendengar Tun Saban sudah mati. Megat Teraweh dikurniakan gelaran Bandahara Paduka Raja, menggantikan Tun Mahmud. Sejak itu jawatan Bendahara di negeri Perak berasal dari keturunan Megat Teraweh dan hanya berakhir pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain, Sultan Perak yang ke-15 apabila Bendahara Megat Abu Kassim meletak jawatannya.

Sultan Mudzaffar Shah memerintah selama lebih kurang 27 tahun dan mangkat di Tanah Abang dengan gelaran "Mahrum Tanah Abang".  Baginda mula-mula bersemayam di Tanah Abang dan kemudian berpindah ke Kota Lama Kanan, dekat bandar Kuala Kangsar. Baginda memerintah dari tahun 1528 hingga tahun 1549. Putera baginda yang bernama Raja Mansur dilantik ke Takhta Kerajaan Perak, bergelar Sultan Mansur Shah Ibni Almarhum Ibni Almarhum Sultan Mudzaaffar Shah.



http://sultan.perak.gov.my/bahasa/mudzaffar_shah.htm
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 01:25 PM | Show all posts
kenapa nama Megat "Teraweh" bukan Megat "Terawis" itu kn chk semula ngan ahli sejarah Perak sbb artikel yg ni dtg dr website rasmi kjaan Perak.

atau kalau ada ahli kuarga Megat Terawis Clan (MTC) lih citer skit pon lg bagus...

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 01:36 PM | Show all posts
pasni kita baca lak psl adat TABAL JIN - upacara tabal sultan yg spooky skit kekdahnya...ada lak restu kjaan Jin suma ...hadeihh....baca PERINGATAN ni....

(Peringatan) : Ada pun upacara ‘Istiadat Tabal Jin’ ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya….ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal…. barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja…. tiada berkerajan.. ..)
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 03:44 PM | Show all posts
pasni kita baca lak psl adat TABAL JIN - upacara tabal sultan yg spooky skit kekdahnya...ada lak res ...
catalina Post at 27-5-2011 13:36



Tabal Jin ....macam jin yg jadi raja kan..tapi tabalkan raja sebenarnya...cam ner ya hukumnya klu cm ni...(pertanyaan ni sensitip tak ya utk rakyat perak...klu sensitip mintak maaf...nanti saya delete jer)
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 04:45 PM | Show all posts
Tabal Jin ....macam jin yg jadi raja kan..tapi tabalkan raja sebenarnya...cam ner ya hukumnya  ...
aku_tulip Post at 27-5-2011 15:44


majlis tu namanya Tabal Jin....sbb cam nk dptkan restu Jin2 yg duk di Perak....ikut hukum Islam mmg ler dh merapu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2011 02:49 PM | Show all posts
betul tu.. memang siapa pun nk jadi sultan memang kena tabal jin ni... sebb perak ni adalah kawasan jin2 berkerajaan... dn jin yg besar2... dia je yg boleh berkenan pada siapa yg dia nak dijadikan sultan klu x... xada daulat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 05:28 PM | Show all posts
kawasan santau tu mmg pekan gopeng tptnya.

psl kg kepayang jadi pekan mati bkn sbb santau, tp disbbkan arus pembangunan. as it is dia terltk antara gopeng dan ipoh, so org x brp nk singgah sgt sbb dah dkt. tambah plk dah ada hiway yg btl2 blkg, org2 tua dh xde, yg muda2 dok bando, lg la
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 06:13 PM | Show all posts
kawan aku pernah kena santau
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:20 PM | Show all posts
time dulu2 la masa lum ada highway nk ke grik...guna jln lama...seram oooo!!!...nmpak kain putih terbang la...otw nk balik kg...time tue kecik ag...nampak xbgtaw sape..senyap jek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.150163 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list