CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dzulqarnain

Relevankah demokrasi pada pandangan Islam?

[Copy link]
Post time 16-3-2012 05:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 16-3-2012 18:22
process demokrasi hanya dilaksanakan diperingkat memutuskan perbahasan dan mencapai persetujuan dalam parlimen sedangkan hakikat yang sebenarnya perbahasan mengenai sesuatu keputusan itu dibuat sebelOm process demokrasi belum pun bermula... jadi yang sebenarnya tidak selari dengan tuntutan Islam itu adakah process demokrasi atau process parlimen...cipOt_cedOt Post at 15-3-2012 15:47


mengenai proses parlimen nak tahu selari ke idak dengan tuntutan Islam kena di lihat dari sudut :

1) orang2 yang turut serta dalam proses tu -

Siapa saja yang dipilih rakyat melalui pilihanraya, tak kiralah orang tu ada ilmu atau jahil nak mampus , dan orang2 bukan Islam boleh menyertai proses itu sedangkan menurut Islam dalam majlis syura hanya orang2 Islam yang berpegang kepada ajaran Quran Sunnah sajalah yang layak menyertainya  

2) perkara2 yang di bahaskan -

Dalam parlimen bukan stakat cara perlaksanaan di perbahaskan tapi apa yang nak dilaksanakan turut di bahaskan juga.

Tapi menurut Islam pula, majlis syura tidak boleh membahaskan dalam konteks nak buat atau tak nak buat , segala perkara yang Allah dah tetapkan sebagai wajib untuk di laksanakan oleh pemerintah , begitu juga perkara yang di haramkan memang tiada perbahasan lagi dah , so yang wajib kena dilaksanakan dan yang haram kena di cegah tanpa boleh di bahas lagi . Perbahasan mengenai cara perlaksanaan boleh lah di buat agar menjadi teratur dan berkesan apa yang nak dilaksanakan kelak .

Dan hanya perkara halal yang tidak pasti dapat memberi keuntungan pada rakyat sekiranya di laksanakan boleh di bahas  , malah perlu di buat kajian menyeluruh dan ditanya pendapat rakyat secara menyeluruh dulu adakah itu menjadi keperluan mereka agar resource negara tidak di boroskan pada perkara yang tak perlu, agar tiada rakyat yang di kucar kacirkan hidup nya kelak apabila ia terlaksana .

Tapi dalam proses sekarang ni di parlimen , tidak langsung difikirkan hukum hakam Tuhan dalam apa saja perbahasan yang berlangsung .

Segala maknenek perkara remeh temeh turut di perbahaskan, dan tiada kajian menyeluruh terlebih dahulu yang di buat dalam masyarakat untuk memastikan apa yang di perbahaskan dan apa yang nak dilaksanakan kelak dapat betul2 memberi manfaat kepada rakyat,  lebih kepada apa yang boleh menguntungkan parti, pemimpin dan kroni mereka aje walaupun boros dan menghabiskan resource negara sekalipun .

3)  cara perbahasan tu berlangsung

Menengking, memaki, keluar dewan sebagai protes , malah membaling kerusi takkan wujudlah kalau orang2 berilmu yang mengamalkan ajaran Quran Sunnah memperbahaskan cara perlaksanaan hukum Tuhan yang memenuhi dewan perbahasan . Nak berkelakuan tak senonoh buat hapa apabila perbahasan hanya berkisar kepada cara perlaksanaan aje pun .

Yang berlaku sekarang yang memanjang macam kucing ngan anjing dalam parlimen ketika perbahasan tu kerana semangat kepartian dan kebencian yang membuak2 yang wujud dalam diri orang-orang dalam dewan tu terhadap parti lawannya .

Dalam majlis syura mana ada berparti-parti pulak sebab semua yang menganggotainya perlu punya satu matlamat dan satu tujuan yakni berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar kerana redha Allah semata-mata. Bukan kerana parti, undi atau kroni

So segalanya yang berlaku dalam proses parlimen sekarang memang tak selari langsung dengan tuntutan Islam .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2012 03:58 AM | Show all posts
mengenai proses parlimen nak tahu selari ke idak dengan tuntutan Islam kena di lihat dari sudut  ...
blastoff Post at 16-3-2012 17:58



Tepat, melekat dan penuh hikmah saudara.
Input yg terbaik stakat ini.

Sbb, dunia yg dikejar utk kuasa dan kekayaan
adalah ciri² pemerintahan hari ini. Tiada pengecualian.

Pada fikiran saudara, wujud ke 'negeri akhirat'?
Dulu, harini, akan dtg?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2012 04:45 AM | Show all posts
dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: ""Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca ...27:44
blastoff Post at 16-3-2012 14:56


Pndpt saya, zaman la ni pn manusia dh dpt bersiar²/bersafari spt di dasar laut.
Bila manusia cipta 'tempered glass' i.e. aquaria, underwater world, etc.
Mungkin juga ye? Dan byk juga perkara yg x dpt digambarkn.

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab: ""Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip ...27:40


Yg ni plk, bole dikatakan hambaNya 'yg diberi mukjizat'.
(Sbb nabi s.a.w. kata nubuwwah slpsnya dh tamat kecuali satu)
Kuasa hambaNya tu hanyalah ke'jadi'an yg Maha Kuasa.
Tiada siapa yg dpt menyamai KuasaNya, Al-Aziz.

Mungkin juga saya salah.

p/s: Tp cuma nk kata yg tiada tamadun sblm zaman kita yg wujud secara 'global'
i.e. PBB, IMF, WHO, WWF, IAEA, etc. hasil 'kolonial' (satu kuasa). Ada ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2012 05:22 AM | Show all posts
takkan Zulkarnain tak boleh fikir nak bina kereta, jet, kapal, roket yang lagi canggih dari yang dok ada la ni kot ? ...
blastoff Post at 16-3-2012 09:57



Pemerintah yg diberi kuasa Allah:
- menghukum manusia yg membuat kezaliman,
- tdk mengambil kesempatan trhdp mereka yg tiada perlindungan
(cth: laluan strategik perdagangan, kaya hasil bumi, tiada pertahanan, etc.)
- membina tembok pemisah antara, penindas dan ditindas.

Jd, jika teknologi ciptaan manusia hari ini kebykannya:
- menindas
- zalim
- merosak bumi
- tiada unsur akhirat
- tiada unsur kerohanian
- tiada unsur Islam
- tiada 'insya Allah'

Maka pemerintah yg diberi kuasa tu pasti cenderung
kpd teknologi berciri 'keperluan dunia utk akhirat'. - Setuju?

Dan bkn 'kehendak dunia utk dunia'...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 08:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-3-2012 09:30
Pndpt saya, zaman la ni pn manusia dh dpt bersiar²/bersafari spt di dasar laut.
Bila manusia cipta 'tempered glass' i.e. aquaria, underwater world, etc.
Mungkin juga ye? Dan byk juga perkara yg x dpt digambarkn.
Dzulqarnain Post at 17-3-2012 04:45


Hah menarik sekali komen kau ni , memang tempered glass cukup kukuh untuk menampung tekanan air , maknanya teknologi kaca yang kukuh tak masuk dalam maksud ayat " telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, "  , tapi masuk dalam maksud ayat istana kaca di zaman nabi sulaiman itu .

Maknanya tak mustahil untuk manusia di zaman la mencapai apa yang di capai oleh manusia dulu kala itu . Dan manusia dulu kala tak mustahil untuk mencapai apa yang di capai oleh manusia zaman la ni . memandangkan teknologi tempered glass ada sekarang dan juga di masa silam  .... it works both ways .

Jadi tak mustahil lah untuk manusia zaman la ni mencapai teknologi pengangkutan kargo bersaiz besar yang kelajuannya lebih cepat dari kerdipan mata seperti mana tak mustahil untuk mereka mencapai teknologi tempered glass yang dah wujud di zaman Nabi sulaiman itu !

Yg ni plk, bole dikatakan hambaNya 'yg diberi mukjizat'.
(Sbb nabi s.a.w. kata nubuwwah slpsnya dh tamat kecuali satu)
Kuasa hambaNya tu hanyalah ke'jadi'an yg Maha Kuasa.
Tiada siapa yg dpt menyamai KuasaNya, Al-Aziz.

Mungkin juga saya salah.
Dzulqarnain Post at 17-3-2012 04:45

Semata-mata kerana kita tak mampu capai lagi lalu kita menganggap ia pelik , adakah ia menjadi mukjizat ?

Maknanya sebelum tercipta teknologi tempered glass , lantai istana tu di anggap sebagai mukjizat ? Ternyata anggapan tu meleset selepas terciptanya tempered glass .

Tidakkah mukjizat dan teknologi dua-dua pun dari Allah jua ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 10:11 AM | Show all posts
mengenai proses parlimen nak tahu selari ke idak dengan tuntutan Islam kena di lihat dari sudut  ...
blastoff Post at 16-3-2012 05:58 PM


so... boleh konklud tak yang sebenarnya bukan sistem demokrasi yang tidak selari dengan tuntutan Islam tetapi sistem parlimen yang sebenarnya perlu ditambah baikkan supaya selari dengan tuntutan Islam...

so sekarang ni kita beralih kepada persoalan parlimen la pulak yek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2012 11:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-3-2012 13:17
so... boleh konklud tak yang sebenarnya bukan sistem demokrasi yang tidak selari dengan tuntutan ...
cipOt_cedOt Post at 17-3-2012 10:11


what about pilihanraya, calon, cara pencalonan, berkempen , cara undian,   .... itu tak termasuk dalam sistem demokrasi ? Atau sistem demokrasi yang dimasukkan ke dalam itu ?

Yang dibenarkan Islam untuk mengguna pakai suara majoriti manusia adalah pada perkara yang di haruskan/dihalalkan oleh Allah  , bukan pada perkara haram atau wajib .

Lagu mana sistem demokrasi tu di gunapakai yang penting untuk menentukan ia selari atau tidak dengan tuntutan Islam . Maknanya pada perkara halal maka gunalah sistem demokrasi, tapi pada perkara haram dan wajib tak boleh .

Contoh kalau nak buat kenduri kat masjid , nak pilih lauk apa yang nak di masak antara ayam, daging dan ikan maka boleh di tanya pendapat majoriti kariah masjid yang mana yang depa nak, kalau ramai nak ayam maka boleh lah buat masak ayam . Itu guna sistem demokrasi lah tu .

Tapi kalau nak tambah premise arak banyak mana samada 50, 100 , atau 200 kemudian pi tanya pendapat masyarakat negeri tu berapa banyak lagi premise arak yang depa nak , tentulah sistem demokrasi yang di gunapakai cara tu jadi haram dan tak selari dengan tuntutan Islam .
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 01:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-3-2012 13:54
p/s: Tp cuma nk kata yg tiada tamadun sblm zaman kita yg wujud secara 'global'
i.e. PBB, IMF, WHO, WWF, IAEA, etc. hasil 'kolonial' (satu kuasa). Ada ke?Dzulqarnain Post at 17-3-2012 04:45


Bukankah pertubuhan tu semua adalah hasil idea yang di bisikkan syaitan ke dalam minda manusia ..... dan iblis ( satu kuasa yang punya bala tentera yang bergerak secara global di seluruh dunia) wujud sejak zaman Nabi Adam lagi .... penjajahan minda oleh syaitan berlaku merentasi tamadun dan masa .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2012 03:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-3-2012 17:03
sistem parlimen yang sebenarnya perlu ditambah baikkan supaya selari dengan tuntutan IslamcipOt_cedOt Post at 17-3-2012 10:11


Nak menambah baikkan sistem parlimen selari dengan tuntutan Islam memerlukan usaha dari siapa ?

Dari mereka yang ada dalam parlimen itu ?

Dalam parlimen,

yang bukan Islam memang dah sah-sah tak nak ikut tuntutan Islam sampai nak kena langkah mayat dulu lah ,

yang jahil memang menolak jugak atas alasan negara majmuk tak sesuai melaksanakan tuntutan Islam ,

yang mengaku perjuangkan Islam dan bergelar ulama dan tok guru pun tak mahu jugak memenuhi tuntutan Islam walau mereka punya kesempatan untuk melakukannya atas alasan tak leh paksa orang2 kafir untuk ikut hukum-hakam Islam  ....

Tak ada penambah baikkan yang boleh di lakukan sekiranya orang2 yang memainkan peranan utama dalam tu semuanya pakat boikot tuntutan Islam belaka2 .

Sebab itu Islam suruh masuklah ke dalam agama secara keseluruhannya, makna kata tak boleh di buat tampalan sana sini just untuk menghalalkan apa yang dah secara menyeluruh menjadi haram , kena di tinggalkan terus aje lah jawabnya .

Dengan bangunan parlimen tu sekali perlu di tinggalkan   , kerana kos membaik pulihnya aje mengambil belanja RM520 juta  

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/5/mstar_berita/20111005144240&sec=mstar_berita

sedangkan punyalah banyak rakyat merempat tak berumah , tapi kesemua mereka yang bertenggek dalam parlimen tu sat sat aje pun sanggup pulak melihat ratus jota di bazirkan untuk perbetul sebijik bangunan aje yang tak menjadi tempat tinggal sesiapa pun .
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 04:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-3-2012 19:16
Jd, jika teknologi ciptaan manusia hari ini kebykannya:
- menindas
- zalim
- merosak bumi
- tiada unsur akhirat
- tiada unsur kerohanian
- tiada unsur Islam
- tiada 'insya Allah'
Dzulqarnain Post at 17-3-2012 05:22


Teknologi apa pun tak salah tapi yang salah adalah manusia yang menyalahgunakan teknologi tu untuk melakukan apa yang Allah haramkan .

Kereta ferrari tak salah kerana ia memiliki teknologi engin berkuasa tinggi yang pantas meluncur , tapi yang salah adalah perompak yang menggunakan teknologi ferrari tu untuk lari dari di tangkap polis , dan kerajaan yang menggunakan teknologi engin berkuasa tinggi ferrari tu untuk mengaut cukai tinggi nak mampus .
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 07:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-3-2012 19:32
Pemerintah yg diberi kuasa Allah:
- menghukum manusia yg membuat kezaliman,
- tdk mengambil kesempatan trhdp mereka yg tiada perlindungan
(cth: laluan strategik perdagangan, kaya hasil bumi, tiada pertahanan, etc.)
- membina tembok pemisah antara, penindas dan ditindas.
Dzulqarnain Post at 17-3-2012 05:22


Setuju , dan yang paling utama sekali : pemerintah yang takutkan Allah , yang rela di kritik rakyatnya , dan yang berpandukan Quran Sunnah dalam setiap tindak tanduknya .

Maka pemerintah yg diberi kuasa tu pasti cenderung
kpd teknologi berciri 'keperluan dunia utk akhirat'. - Setuju?

Dan bkn 'kehendak dunia utk dunia'...Dzulqarnain Post at 17-3-2012 05:22

Adakah pemerintah yang takutkan Allah akan menggunakan teknologi nuklear dan bagaimana ia di gunakan untuk memenuhi keperluan dunia untuk akhirat  ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2012 01:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by Dzulqarnain at 18-3-2012 01:46
memang tempered glass cukup kukuh untuk menampung tekanan air  ...
blastoff Post at 17-3-2012 08:54



Tahap teknologi (ilmu) dulu² dan moden tu kita cuma andai² je pn.
Cuma bila kita kata pembangunan yg 'cepat', 'progresif', 'maju', etc.
i.e. quantum fizik, pangangkutan, perdagangan, ekonomi, komunikasi, politik, etc.
mmg jelas atas dasar 'cintakn dunia'. Hampir² 'sifar' tahap taqwa dan imannya.

Ilmu yg tinggi tanpa kerohanian tu mcm perhiasan je, sia² belaka.
Sbb ciptaanNya akan kembali kpdNya, yg lain musnah ditelan bumi.

Cth:
Skim 'cepat' kaya - mengumpul harta tu digalakkan, tp dgn serta-merta tu 'hawa nafsu'.
Perdagangan 'global' - bila dh global, jurang masa dan jarak dicepatkn hanya krn 'hawa nafsu'.
'Pemusatan' kekayaan/populasi - bkn je mencipta 'permintaan' malah 'hawa nafsu' yg tinggi utk air, letrek, etc.
Parti politik - ditubuh hanya utk menjaga 'hawa nafsu' dlm parti, tp tdk sesama parti yg lain?

Tidakkah mukjizat dan teknologi dua-dua pun dari Allah jua ?


Slps Muhammad s.a.w. wafat,
katanya tiada lg perkara² 'kenabian'
spt mana para nabi/rasul/wali Allah tu
diberi kuasa 'luar biasa' (mukjizat) kecuali ru'ya.

Dan saya tekankn, 'modern science' hari ini adalah 'palsu'.
Semuanya ciptaan manusia yg menyesatkn.
Bkn ilmu kurniaan Allah, tp Syaitan!

Bukankah pertubuhan tu semua adalah hasil idea yang di bisikkan syaitan ke dalam minda manusia...dan iblis wujud sejak zaman Nabi Adam lagi...penjajahan minda oleh syaitan berlaku merentasi tamadun dan masa.


Setuju.
Ketamadunan moden 'global' hasil cetusan 'kolonial' hari ini.
Tambahan plk lbh dasyat dgn bala tentera...
Yakjuj & Makjuj yg diketuai Dajjal.
(Iblis dan syaitan² jin; Dajjal dan syaitan² manusia)
Nabi pernah lihat bumi penuh dgn syaitan...hari ni le kot~

Teknologi apa pun tak salah tapi yang salah adalah manusia yang menyalahgunakan teknologi tu untuk melakukan apa yang Allah haramkan...
Kereta ferrari tak salah kerana ia memiliki teknologi engin berkuasa tinggi yang pantas meluncur...


Nabi kn dh kata jgn...
Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.
- Bukhari/Muslim

Tp bila dh x ikut...
Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"
- Bukhari/Muslim

Adakah pemerintah yang takutkan Allah akan menggunakan teknologi nuklear dan bagaimana ia di gunakan untuk memenuhi keperluan dunia untuk akhirat?


Pemerintah yg takutkn Allah
takut utk merosakkn bumiNya.

p/s: Jika saya andaikn, (berdasarkn kata nabi, perihal umat Adam a.s.),
drpd 7 billion umat manusia hari ini 99.9% adalah syaitan manusia,
bagaimana projection kpd 'demokrasi' dan 'Islam'?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2012 06:01 AM | Show all posts
Kita ambil konsep 'NEGARA' sbg model:

Jika dipersetujui, 'DEMOKRASI',
i.e. persetujuan trhdp suara rakyat (majoriti) drpd perundingan wakil (minority) utk negara
berdasarkn peraturan/undang²/adat rakyat berbilang bangsa/agama/fahaman,

ingin dikaitkn dgn (Islam) - 'SYURA' (mesyuarat),
i.e. perundingan terhdp permaslahatan (yg terlibat - rakyat berbilang bangsa/agama/fahaman) utk negara
berdasarkn Al-Quran dan sunnah nabi s.a.w. (oleh ahlulquran dan ahlussunnah).

Menjelaskan, 'demokrasi' dikatakan bhw 'rakyat sbg pemerintah',
atau kuasa memilih diberi kpd rakyat, pemerintah melaksana tanggungjwb dan hak rakyat.

Manakala, 'syura' dikatakan pula 'Al-Wali sbg Maha Memerintah',
atau tanggungjwb dan hak rakyat tunduk-patuh kpd Allah,
pemerintah melaksana tanggungjwb dan hak kpd Allah.

Persoalannya, jika konsep di atas diambil cth...masih relevankah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 07:03 AM | Show all posts
Tahap teknologi (ilmu) dulu² dan moden tu kita cuma andai² je pn.
Cuma bila kita kata pembangunan yg 'cepat', 'progresif', 'maju', etc.
i.e. quantum fizik, pangangkutan, perdagangan, ekonomi, komunikasi, politik, etc.
mmg jelas atas dasar 'cintakn dunia'. Hampir² 'sifar' tahap taqwa dan imannya.

Ilmu yg tinggi tanpa kerohanian tu mcm perhiasan je, sia² belaka.
Sbb ciptaanNya akan kembali kpdNya, yg lain musnah ditelan bumi.

Cth:
Skim 'cepat' kaya - mengumpul harta tu digalakkan, tp dgn serta-merta tu 'hawa nafsu'.
Perdagangan 'global' - bila dh global, jurang masa dan jarak dicepatkn hanya krn 'hawa nafsu'.
'Pemusatan' kekayaan/populasi - bkn je mencipta 'permintaan' malah 'hawa nafsu' yg tinggi utk air, letrek, etc.
Parti politik - ditubuh hanya utk menjaga 'hawa nafsu' dlm parti, tp tdk sesama parti yg lain?
Dzulqarnain Post at 18-3-2012 01:38


Ini semua wa setuju tepat melekat
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 08:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 18-3-2012 11:38
Slps Muhammad s.a.w. wafat,
katanya tiada lg perkara² 'kenabian'
spt mana para nabi/rasul/wali Allah tu
diberi kuasa 'luar biasa' (mukjizat) kecuali ru'ya.

Dan saya tekankn, 'modern science' hari ini adalah 'palsu'.
Semuanya ciptaan manusia yg menyesatkn.
Bkn ilmu kurniaan Allah, tp Syaitan!
Dzulqarnain Post at 18-3-2012 01:38


Maksud kau macam ilmu sihir dan ilmu nujum lah modern science nih .... tapi kan ilmu sihir dan ilmu nujum tu memang nak belajar pun tak boleh , bukan stakat mengamalkan aje di larang oleh Islam..... makna kata ilmu tu sendiri adalah haram . Tapi adakah modern science jugak macam ilmu sihir yang nak belajar pun tak boleh ?

Adakah mempelajari teknologi perkomputeran jadi seperti mempelajari ilmu nujum dan sihir memandangkan komputer adalah hasil dari teknologi perkomputeran yang merupakan tempias modern science yang mai dari pemikiran orang2 bukan Islam ?

Bukankah komputer dan internet boleh jadi alat dakwah yang praktikal dan murah ? Tak perlu nak pi ketuk setiap rumah manusia untuk nak sampaikan dakwah , kita tak nafikan secepat itu jugak lah budaya kuning maksiat pun ikut masuk sama melalui movie, lagu2 , porno tanpa sempadan yang ada kat web2 .  Tapi itu bukan salah teknologi perkomputeran, yang salah adalah penyalahgunaannya .

Komputer macam senduk lah yang merupakan alat aje , cuma komputer nih lebih kompleks lah dari senduk ciri2nya , guna senduk untuk masak kari ikan tak haram, tapi guna senduk untuk masak sup babis ngan berperasakan kuah arak memang haram lah jadinya , gitu jugak ngan komputer , gunanya untuk main online gambling memang haram lah . Tapi guna untuk berdakwah, belajar ketamadunan manusia, melihat peristiwa dan bencana yang menimpa manusia , mana haram pulak .

Ilmu di zaman moden yang sama macam ilmu nujum tak di nafikan memang wujud, macam ilmu astronomy  .... yang ilmu2 nya banyak berdasarkan andaian dan telekan semata2 tanpa asas yang kukuh  . Tapi itu ilmu semata2 dan bukan peralatan walaupun tak dinafikan ia menggunakan peralatan seperti roket, hubble telescope etc macam jugak ilmu sihir dan ilmu nujum yang menggunakan kain kuning bekas jampi etc ....

Teknologi deals dengan peralatan . Dan peralatan merupakan anugerah Allah pada manusia untuk kemudahan mereka , ia dari Allah dan bukan dari syaitan tapi ia boleh saja di salahgunakan oleh syaitan ke arah kesesatan .

Syaitan cuma membisikkan ilmu2 bathil aje, ilmu mengenai peralatan atau dalam kata lain teknologi perkakasan bukan ilmu bathil so ia tak datang dari syaitan walaupun ia sebahagian dari modern science .

17:66 Tuhan-mu adalah yang melayarkan kapal-kapal di lautan untukmu, agar kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyayang terhadapmu.

Di ayat atas ni Allah menyebut Dia yang melayarkan kapal2 di lautan, maknanya teknologi perlayaran dan perkapalan ilmu nya tu dari Allah lah , dan dengan teknologi itu lah manusia mampu mempelajari bagaimana caranya nak melayarkan kapal2 di lautan secara canggih manggih . Kapal2 merupakan alat aje .

Jadi kesimpulannya dalam modern science terdapat ilmu dari Allah dan terdapat juga ilmu bathil yang di bisikan syaitan pada manusia , so kita kena tahu which is which lah .
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 08:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 18-3-2012 11:44
Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"Dzulqarnain Post at 18-3-2012 01:38


Emas di gunakan pada chip komputer sebab ia pengalir haba yang bagus .... tapi emas jugak di gunakan oleh firaun dulu kala dan firaun zaman moden untuk bermegah2 ..... maknanya ia boleh menjadi barang bermanfaat untuk memenuhi keperluan manusia,  dan ia boleh jugak menjadi barang mewah untuk manusia berboros , so adakah yang salahnya emas atau yang salahnya sikap tamak haloba manusia yang menggunakan emas untuk bermewah secara boros ?.... Tentulah yang salahnya manusia yang bertuhankan hawa nafsu .

12:53 Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2012 08:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 18-3-2012 08:50

Yang menjadi persoalannya walaupun ilmu mengenai berbagai2 teknologi alatan mai dari Allah tapi kenapakah orang2 kafir pulak yang di beri Allah ilmu2 itu , dan orang2 Islam kebanyakannya hanya mampu ciplak aje ilmu2 tu untuk di presentkan dalam dewan2 kuliah di universiti2 dan di praktiskan ketika bekerja di kilang2 orang2 kafir ?

Salah siapa umat Islam tidak mampu melakukan breakthrough dalam teknologi peralatan sepertimana yang mampu di buat oleh orang2 kafir ? Sebab apa mereka jadi gitu ?

Adakah kerana pendidikan sekular yang telah berjaya memblurkan kemampuan berfikir mereka ? Orang2 kafir pun berpendidikan sekular jugak tapi kenapa mereka mampu menguasai teknologi peralatan dengan efisyen sekali ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 02:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 18-3-2012 14:35
p/s: Jika saya andaikn, (berdasarkn kata nabi, perihal umat Adam a.s.),
drpd 7 billion umat manusia hari ini 99.9% adalah syaitan manusia,
bagaimana projection kpd 'demokrasi' dan 'Islam'?Dzulqarnain Post at 18-3-2012 01:38


Allah menceritakan di dua maksud ayat bawah ni bahwa sedikit sekali jumlahnya orang2 yang beriman dan mengamalkan ajaran Quran.

5:68 "Katakanlah: ""Hai Ahli Kitab,kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur'an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu"". Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu."

69:41 dan Al Qur'an itu bukanlah perkataan seorang penyair. sedikit sekali kamu beriman kepadanya.

Sistem negara demokrasi yang mengutamakan kehendak majoriti manusia sudah tentulah tidak sesekali boleh di gunakan oleh orang2 beriman untuk menegakkan ajaran Quran, kerana Allah dah sebut jelas majoriti manusia menolak untuk beramal dengan ajaran Quran, so sistem negara yang berpandukan kehendak majoriti manusia memang secara langsung akan menolak ajaran Quranlah  .

Dan Allah sendiri menyuruh kita mengisytiharkan bahwa selagi mereka tidak menegakkan ajaran Quran selagi tu mereka tidak boleh di pandang sebagai beragama Islam sedikit pun , seperti dalam surah 5 ayat 68 di atas ni . Nak jadi orang yang beragama maka tegakkan ajaran Islam, bukan stakat cakap berdegar2 tapi tiba bab perlaksanaan kantoi macam yang berlaku pada semua pemimpin2 politik bergelar "ulama dan tok guru" di M'sia nih .
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 02:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 18-3-2012 15:39
Kita ambil konsep 'NEGARA' sbg model:

Jika dipersetujui, 'DEMOKRASI',
i.e. persetujuan trhdp sua ...
Dzulqarnain Post at 18-3-2012 06:01


Boleh kita senaraikan elemen2 utama yang bercanggah dengan ajaran Quran , yang bermaharaja lela dalam negara ini yang mendapat sokongan penuh dari para pendokong sistem negara demokrasi M'sia , yang menyebabkan negara ini tidak jauh beza dengan negara2 bukan Islam lainnya di dunia ?

cukai, arak (kilang dan premise arak ) , judi , pusat hiburan (pub, kelab malam, majalah, tv ),  bank riba , monopoli resource negara dan monopoli perniagaan  ....

Semua yang tersenarai ini adalah elemen2 korupsi dan maksiat yang hidup dan bercambah dengan restu dari para pemimpin negara demokrasi .
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 04:43 PM | Show all posts
Ilmu yg tinggi tanpa kerohanian tu mcm perhiasan je, sia² belaka.
Sbb ciptaanNya akan kembali kpdNya, yg lain musnah ditelan bumi.
Dzulqarnain Post at 18-3-2012 01:38

Perhiasan ni lah yang manusia cepat terpukau , lalu jadi taksub pada si pemakainya hingga apa saja fatwa dan teori si pemakainya dianggap kenyataan menyaingi hukum hakam Tuhan   .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065306 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list