CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: produkherba

Raya nanti kita kahwin -[U]

  [Copy link]
Post time 14-9-2011 01:30 PM | Show all posts
entah2 1st nite sat gi nan hado.. ungku hadi kena cirit birit sbb makan sambal terpedas... taktik yasmin nak ngelat 1st nite...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2011 01:38 PM | Show all posts
entah2 1st nite sat gi nan hado.. ungku hadi kena cirit birit sbb makan sambal terpedas... taktik  ...
asyriqa Post at 14-9-2011 13:30



    1st afternoon boleh gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:41 PM | Show all posts
Reply 218# genchi

meh la join
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:46 PM | Show all posts
mohtip cobaan sabotaj mlm prtama??
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:47 PM | Show all posts
Reply  genchi

meh la join
midar Post at 14-9-2011 13:41



    eheh.. tu tgh layan cite herb neh besh le pulak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 01:51 PM | Show all posts
Reply 224# genchi


    mana ada sabotaj.  dah tu salah ungku juga yang menjemput orang datang breakfast.  Yasmin takkanlah nak hidang mihun goreng aja.  dah la masih minggu raya,  tu yang dia beria2 sediakan hidangan raya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2011 01:54 PM | Show all posts
"Abangggg... perlahan  la sikit, sakit la" suara manja Yasmin membuatkan Ungku Hadi melonggarkan pelukannya.  Lembut aja badan si isteri dalam dakapan si suami.  Tapi kenapa lembik pulak badan sayang ni fikir Ungku Hadi kehairanan.  Bila dilihatnya kembali rupanya bantal peluk yang berada dalam dakapan.  Isteri tersayang tidak pula kelihatan.  Laa... mimpi aja rupanya nasib  baik cepat sedar kalau tak buat malu aja kalau sayang tahu.  Nak tergelak pula Ungku Hadi memikirkan mimpi dan bantal peluknya.  Dikerlingnya jam di sisi, baru jam 5.45 pagi.  Mana pula sayang abang ni pergi?  Ungku Hadi membetulkan bearing sebelum mencari si isteri.

Seperti diduga, Yasmin di dapur menyiapkan bahan untuk masak lodeh lepas solat subuh nanti.  Dilihatnya Yasmin telahpun mandi dan bersiput satu menyerlahkan lehernya.  Tiba-tiba Ungku Hadi terpandang kesan lebam di leher Yasmin membuatkan dirinya pelik kerana semalam tiada pula kelihatan.

"Eh, kenapa dengan leheri sayang ni?  semalam takde pulak" Ungku Hadi bertanya sambil jarinya menyentuh kesan lebam berwarna ungu kemerahan dengan lembut.  

"Buat-buat tanya pulak.  Ntah drakula mana agaknya ngacau Min tidur" selamba aja Yasmin menjawab walau pipi dah mula terbias warna merah jambu.  

oh, mimpi tu separuh menjadi la rupanya.  Ungku Hadi tersenyum gembira sebab mimpi dah jadi kenyataan walaupun mungkin tak sampai suku dari perkara yang satu tu.  Yasmin menjeling sekilas melihatkan wajah suami yang gembira semacam.  Dalam hati timbul kesian tapi takpelah, lagipun masa masih panjang lagi.  Nanti, Min ganti ya abang janji Yasmin dalam hati.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 02:00 PM | Show all posts
Auwww..min ganti..hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 02:17 PM | Show all posts
Reply  genchi


    mana ada sabotaj.  dah tu salah ungku juga yang menjemput orang datang break ...
produkherba Post at 14-9-2011 13:51



    ehhehe tu la ungku neh pong satu.. slh strategi la neh..   pdn muke.. kan dah terlepas..

ps: sdpnya kuah kacang peberet gen tuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 02:20 PM | Show all posts
ha ha ha ha ha ungku kali ni betul2 mandi wajib ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 02:35 PM | Show all posts
aiseh...
sudah kena gigit ngan drakula..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:27 PM | Show all posts
HAHAHA.....KELAKAR.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:38 PM | Show all posts
menarik nih... dpt wife pandai masak.......... membesar dgn jaya la ungku..... next.........
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:41 PM | Show all posts
Reply 226# produkherba

weh jemputlah hakak qimi sama dah kita dok satu kawasan sejiran...........
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 05:13 PM | Show all posts
alahai sian ungku... lum upacara pecah tanah ekkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 05:21 PM | Show all posts
Reply 235# asyriqa


    yasmin dah ada tema  utk perkara yang satu tu... kejap aja lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 05:26 PM | Show all posts
eheheheeee... wahhh siap ada tema2 bagai... hide n seek ke... ni yang tak sabor nih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 05:44 PM | Show all posts
suke... suke.. suke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 05:48 PM | Show all posts
Yasmin teringat peristiwa pagi tadi sewaktu ahli keluarga Ungku Hadi datang bersarapan di rumah mereka.  Yasmin perasan mata Ungku Maimunah dan menantunya sesekali mengerling di bekas gigitan drakula tidak bertauliah.  Masih nampak juga rupanya walaupun puas Yasmin menuam dengan rambutnya yang disimpulkan.  Walaupun tidak sejelas sebelumnya, masih ada kesan sedikit di lehernya yang cuma dapat disorok dengan rambut yang sengaja disisirkan di leher yang bertanda.  Mengingatkan peristiwa itu, Yasmin senyum sendiri mengenagkan hajat suami yang tidak kesampaian.

Ketiadaan Ungku Hadi ke masjid untuk solat zohor memberikan masa untuk Yasmin mempersiapkan diri sewajarnya.  Apa salahnya isteri menggoda suami fikirnya, lagipun suami sebaik, sesegak dan seloaded Ungku Hadi bukannya mudah didapati dalam zaman ini puji Yasmin.  Matanya dilirik kepada jam di dinding, sekejap lagi tentu abang sampai ke rumah.  Lantas Yasmin ke bilik air membersihkan diri.

Sampai di rumah, salam Ungku Hadi tidak berjawab lantas kakinya dibawa ke dapaur mencari kalau-kalau si isteri masih lagi sibuk memasak.  Sayang di bilik agaknya, kesian sayang penat memasak dari malam tadi fikir Ungku Hadi.  Timbul rasa bersalah kerana mengada sangat minta sayang memasak sampaikan nak bergurau-senda pun tak sempat.  Melihatkan dapur yang bersih berkilat membuahkan rasa kasih dan sayang kepada isteri yang cukup sempurna di mata dan hati.  Rindu semakin menggebu di hati Ungku Hadi buat isteri yang dikasihi.

Bau wangi bunga rampai meresap ke rongga hidung Ungku Hadi tatkala pintu biliknya dibuka. Tidak pernah seharum ini pernah dihidunya, lembut dan menenangkan bilik tidur yang selama ini hanya disembur dengan ambi pur.  Dikerlingnya katil yang sudahpun ditukar cadar putih berenda halus.  Tirai juga telah ditarik menjadikan suasana bilik redup dengan hanya diterangi lilin yang diletakkan di atas meja solek.  Ungku Hadi tersenyum melihatkan persediaan si isteri lantas menuju ke sofa menunggu kejutan selanjutnya.

Jantung Yasmin mula berdegup kencang mendengarkan pintu bilik dibuka walau masih di dalam bilik air.  Ditariknya nafs dalam-dalam bagi mengurangkan debar yang makin menggila.  Kalau difikirkan, lebih mudah jika suami yang memulakan langkah tapi apa salahnya kalau isteri memudahcara.  Dikemaskan ikatan kain batik di dada agar jangan terlepas sebelum waktunya.  Jika isteri lain sibuk dengan nightie dan teddie beraneka fesyen, Yasmin pula memilih tema orang dulu-dulu... berkemban dengan kain batik.  Okay juga idea aku ni, ketawa kecil Yasmin bagi mengurangkan debar.  Diambilnya tuala membalut rambut yang masih lembap sebelum tombol pintu dipulas.  Lafaz bismillah dibaca dalam hati.

"Abang dah lama sampai?" tegur Yasmin sebaik melihatkan Ungku Hadi yang bersandar di sofa bertentangan bilik air mereka.

Gulp, Ungku Hadi menelan air liur melihatkan si isteri yang berkemban semakin menghampiri dirinya.  Hmm, macam mana nak kontrol ya Hadi mula berpeluh.

"Abang, kenapa ni?" soal Yasmin lembut sambil duduk di sisi suami.  Sengaja bertanya walaupun tahu puncanya suami sedemikian rupa.  Sengaja Yasmin buka lilitan tuala di kepala sambil meleraikan rambut yang lembap di sebelah suami yang mula tidak teratur nafasnya.  Yasmin senyum dalam hati melihatkan Ungku Hadi masih cuba menahan diri.  Hmm, nak kena mula juga ni rasanya.  Yasmin tidak tahu bagaimana tetapi diyakinkan dirinya untuk mencuba.

Perlahan-lahan Yasmin hampirkan dirinya ke wajah si suami, bibir Ungku Hadi dipagutnya lembut.  Tidak pasti apa yang hendak dibuat seterusnya, Yasmin membiarkan bibirnya berlama-lama di situ.  Seakan satu signal, Ungku Hadi meneruskan acara tanpa bertangguh sesaat juga.  Maka akhirnya lepaslah rindu keduanya setelah beberapa minggu dipelihara elok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 06:19 PM | Show all posts
uwahahahahaaaa... tetiba tringat lak 1st nite dulu... org kampung wehh ahkak ni pakai kain batik je.. itu pun seksi tauuu......  ishhh herb nih...dah ler sini ujang lebat nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.113479 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list