CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dzeko

[Tempatan] TERKINI:Subsidi RON95 dan Diesel dihapuskan mulai 1 December 2014

[Copy link]
Post time 22-11-2014 10:29 AM | Show all posts
ditor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 21 November 2014
Hapus Subsidi Petrol RON 95 Wajar, Namun Perlu Mekanisme Realistik

  


Oleh Ab Jalil Backer

Keputusan Kabinet untuk menetapkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember 2014 ini merupakan langkah terbaik mengatasi inflasi dan kemelut kos sara hidup rakyat yang sangat mengganas sekarang ini.

Melalui pengapungan terkawal ini kerajaan akan menentukan harga Ron95 dan Diesel mengikut kaedah RON 97 iaitu bergantung kepada pengiraan harga semasa selama 3-6 bulan sekali.

Ini bermakna sungguhpun subsidi telah ditarik balik, petrol dan diesel masih merupakan barang kawalan dan tidak boleh ditentukan oleh peruncit sesuka hati seperti di kebanyakan negara lain. Adalah dijangka pengahpusan subsidi ini tidak membabitkan sebarang perubahan harga dalam masa terdekat ini.

Dalam masa yang sama kaedah ini mengelakkan peruncit menaikkan harga berulang kali setiap kali kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi Petrol tetapi tidak menurunkan harga apabila harga petrol diturunkan.

Ketika menumumkan keputusan kabinet ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, berikutan itu harga kedua-dua harga bahan bakar api itu akan dilaksanakan sama seperti harga runcit RON97 yang telah dibuat sejak Julai 2010.

Bagaimanapun pada hemat saya kerajaan perlu memperkenalkan harga maksimum tahunan untuk Ron 95 dan Diesel ini. Jika paras harga RON 95 dan Diesel dunia melebihi harga yang maksimum yang ditetapkan, maka kerajaan perlu memberi subsidi sementara sehingga ia kembali ke paras yang realistik.

Melalui kaedah penetapan harga maksimum ini ia memudahkan rakyat, peniaga dan usahawan merancang bajet dan perbelanjaan mereka serta menetapkan harga barangan. Ini sekaligus mengelak kenaikan harga yang berlipat kali ganda setiap kali perubahan harga petrol.

Mungkin juga dalam mengurangkan bebanan subsidi ketika harga RON 95 dan Diesel melambung tinggi, maka kerajaan perlu mewujudkan stok penimbal sendiri bagi membolehkan ia mengawal harga pasaran dalam negara selama beberapa tahun.

Membenarkan RON 95 menjadi tidak stabil juga tidak bagus kepada negara biarpun ia menjimatkan kos pengurusan subsidi. Ini akan menggalakan inflasi dan perbelanjaan syarikat dan individu di luar jangkaan kerana harga minyak dunia sendiri tidak stabil dan bergantung kepada manipulasi pasaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2014 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-11-2014 10:29 AM
ditor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 21 November 2014
Hapus Subsidi Petrol RON 95 Wajar,  ...

Pakcik rasa minyak akan naik harga x kalau subsidi dihapuskN?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 10:56 AM | Show all posts
noor2 posted on 22-11-2014 10:49 AM
Pakcik rasa minyak akan naik harga x kalau subsidi dihapuskN?

ramalan pakar2 ekonomi...kalau harga minyak dunia makin turun...1 disember ini kita bakal menikmati harga minyak yg rendah dari sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 11:00 AM | Show all posts
Mungkinlah pada satu ketika bila harga minyak naik, kerajaan akan menggunakan mekanisme lama semula, kita mana tahu tapi yakinlah akan ada mekanisme yang sesuai sebab kerajaan BN ini kerajaan prihatin dan pro rakyat. Tak mungkin kerajaan ini akan menganiaya rakyat sendiri, terutama dari kalangan yang memerlukan.

Nak muntah aku bc blog macai ni...pro rakyat kapla hangguk dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 11:32 AM | Show all posts
hahahaha.... gelakkan aja...

hidup ni jgn minta org suakan 24jam...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 11:39 AM | Show all posts
kelana36 posted on 22-11-2014 03:26 AM
tambah sikit,

mungkin reason yang sama kenapa jokovi potong subsidi dan naikkan harga minyak... ...

dan tetiba ade isu nelayan kena tangkap kat yindon... nk lari isu ptuiiiiii
aku stuju subsidi akan dibagi balik.... once harga naik balik.....  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2014 12:03 PM | Show all posts
Saya bajet isu hapus subsidi minyak ni rakyat akan perkatakan habis2 pun dalam sebulan dua je...lepas tu balik ke normal krn rakyat dah biasa dgn keadaan tidak ada subsidi lagi..ini bagus utk negara yg sedang menuju negara maju dgn pendapatan rakyat yg mula tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 12:22 PM | Show all posts
Lebih banyak dana bangunkan sosioekonomi negara-PM
22 November 2014 12:06 PM
  0  0 Google +0
SERDANG 22 Nov. - Penggunaan mekanisme pengapungan terkawal bagi menentukan harga runcit petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember ini membolehkan kerajaan menyalurkan dana yang sebelum ini dibelanjakan untuk menampung subsidi bahan bakar itu untuk pembangunan sosioekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan langkah itu menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi minyak di antara RM10 bilion hingga RM20 bilion setahun.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014 di MAEPS di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.BFqbLLEz.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2014 01:02 PM | Show all posts
Perbezaan petrol RON91, RON92, RON95, RON97, RON98 DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar. RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium. Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97. Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2. Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri. Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan. Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded. Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B. Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing- masing. Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana. Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio? Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking). Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana. Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95. Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku. Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin. Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai ‘pakar’ automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 02:21 PM | Show all posts
mirage_46 posted on 22-11-2014 09:02 AM
Perbezaan petrol RON91, RON92, RON95, RON97, RON98 DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan b ...

so tak ada masalah la kalau guna RON97 untuk kenderaan yg cukup hanya menggunakan RON95 kan.. tetapi tidak sebaliknya.
tetapi kalau nak dikira dari effectiveness, lagi tinggi octane rating, lagi bagus sebab ignition hanya berlaku bila piston tu betul betul compressed. Kalau lower octane rating, ada kalanya ignition berlaku pramatang, iaitu piston tu belum lagi fully compressed pembakaran dah berlaku. Sebabnya higher octane number, boleh tahan higher temperature.( bila piston tu bergerak dari bawah ke atas dalam cylinder, ia akan compress the air and the fuel mixture, temperature akan naik ), Lower octane fuel, will ignite at lower temperature, itu yg terjadi pramatang (knocking) hasilnya kurang power dan banyak carbon akan terhasil didalam cylinder menjadikan enjin itu jadi kotor dah kurang efficient. sebab tu la required overhoul.

kesimpulannya, its ok kalau guna higher grade fuel untuk RON95 engine, cuma harga mahal sikit tapi tak lah sampai ketahap membazir, sebab in a long run, dapat engine yang lebih sehat in fact, kalau kita isi 20 liter RIN95 dapat pergi 200km, RON97 akan dapat 230 km. so dapat juga pulangan balik kat situ.

btw, standard fuel kita adalah RON95, yang membuatkan jadi RON97 itu adalah disebabkan oleh additive yg di campur dalam RON95 tu, sebab tu lain company minyak, lain performance dia..  macam lelaki biasa dengan lelaki yang makan supplement la, cntohnya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 02:27 PM | Show all posts
bila rege minyak di jangka naik??

masa tuh ngelupor lah seme orng..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 04:38 PM | Show all posts
ronin posted on 21-11-2014 10:53 PM
Roni dah pernah ulas psl ni....
Keluaran minyak negara tak byk berbanding dgn jumlah penduduk apa ...

ok then kalau mcm tu kite just wait n see jelah betul ke kalau skrang ni harga minyak dh diapungkan penyeludupan kat sempadan akan turun kepada 0%.

aku rasa kalau kerajaan tak janji nak naikkan brim bram brom nak bayar smpi 2-3 kali setahun takdela smpi nk buat tindakan drastik mcm ni kot. because i remember last week makcik kerani aku dpt surat dr lhdn suruh register utk brim starting 1hb dec ni. so nk cari duit cover brim kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 22-11-2014 04:38 PM
ok then kalau mcm tu kite just wait n see jelah betul ke kalau skrang ni harga minyak dh diapungka ...

Ish...bior betul lhdn hantar surat suruh rejister brim...bukan pasal suruh kemaskini ke?.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 04:46 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-11-2014 04:43 PM
Ish...bior betul lhdn hantar surat suruh rejister brim...bukan pasal suruh kemaskini ke?.

hai pakcik an dah kaya raya pun dpt surat br1m jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara ron95 dengan ron97   mana lebih baik kandungannya untuk enjin?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 04:52 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-11-2014 12:03 PM
Saya bajet isu hapus subsidi minyak ni rakyat akan perkatakan habis2 pun dalam sebulan dua je...lepa ...

yelah nnt kalau rakyat bising bising nnt kene halau plak ngan pak menteri suruh keluar dr malaysia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2014 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 22-11-2014 04:46 PM
hai pakcik an dah kaya raya pun dpt surat br1m jugak ke?

Ke situ plan...saya tahu SBB saya adalah ajk JKKK kg saya yg dapat maklumat Dari org kg Dan dah tengok pun Surat tu...mana ada lhdn htr Surat suruh register..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 posted on 22-11-2014 04:48 PM
Antara ron95 dengan ron97   mana lebih baik kandungannya untuk enjin?

Yg paling baik ronin tanpa sebarang angka di belakang nya....lol.

Tentulah ron97....tapi tgk keta lah...

Noor keta apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ronin posted on 22-11-2014 04:52 PM
Yg paling baik ronin tanpa sebarang angka di belakang nya....lol.

Tentulah ron97....tapi tgk ke ...

Hihi...tanpa sebarang angka tu apa...

noor pakai viva
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 22-11-2014 04:38 PM
ok then kalau mcm tu kite just wait n see jelah betul ke kalau skrang ni harga minyak dh diapungka ...

Kalau diapungkan tgk harga....kalau time harga murah byklah kes penyeledupan....lagi pun harga petrol dan diesel di thailand tu lebih mahal dari harga sebenar....jadi most probably harga kita yg diapungkan lebih murah dr harga derang....

Sebenarnya itu tujuan brim - nak menampung defisit perbelanjaan utk golongan kurang mampu....yg tentunya golongan tiada atau kurang menggunakan kereta. Jadi kos petrol tanpa subsidi tu lebih byk ditampung oleh golongan yg mampu.
Bak kata bijak pandai, brim dan subsidi tu ibarat irama dan lagu....tanpa subsidi brim jadi lagu kpd kurang mampu. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.135909 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list