CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Jenayah] Kita Tunggu Mereka Beratur Minta Maaf Pada PM

[Copy link]
Post time 20-7-2015 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Jilat selagi mampu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2015 09:27 PM | Show all posts
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 20 July 2015| Kategori: Jawapan Untuk Mahathir,Semasa,Utama |
1MDB Dari Kaca Mata The Edge: Keluarga Di Raja Arab Saudi, Kerajaan Abu Dhabi Bersubahat Menipu Rakyat Malaysia


Tong Kooi Ong dan The Edge Financial Daily berada dalam keadaan tersepit apabila Polis Thai mengesahkan terdapat penerbit media yang terbabit dengan skandal pendedahan dokumen Petrosaudi yang diubah.

Hari ini mereka tampil membuat gerakan terakhir meraih simpati kononnya apa yang mereka terbitkan adalah tanggungjawab rakyat bukannya konspirasi menjatuhkan kerajaan.

“We have a duty to find and report the truth. Our reports on 1MDB had exposed how a group of individuals – Malaysians and foreigners – schemed a multi-billion ringgit fraud against the people of Malaysia.

“How can the work that we have done be deemed as a political conspiracy?”

Bagaimanapun jurublog Lim Sian See, dalam artikel The “Final Kopek” of Tong and The Edge? mendedahkan laporan The Edge yang cuba menarik simpati rakyat telah membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan United Arab Emirates (UAE).

“Salah satu penipu asing yang dinamakan oleh The Edge ialah IPIC (International Petroleum Investment Company). The Edge menuduh transaksi 1MDB dan pilihan pembayaran tidak dinyatakan dalam laporan kewangan tahunan 2014 IPIC. Ini bukan sahaja tidak benar malah ia seolah-olah menuduh kerajaan Abu Dhabi (UAE) menipu dan terbabit dalam kegiatan penipuan”

Laporan kewangan IPIC 2014 boleh dibaca di laman web mereka (klik sini).



Gambar di atas menunjukkan semua transaksi berkaitan 1MDB, Aabar dan pilihan yang perlu dinyatakan dengan JELAS dalam laporan kewangan mereka yang diaudit oleh salah sebuah firma audit terbesar dunia, Ernst & Young.

Sangat melucukan, ketika The Edge menyatakan semua transaksi tersebut disembunyikan sebagai cubaan “covering the hole” ia sebenarnya dilaporkan dalam audit dan dipamerkan untuk akses umum.

Menurut Lian Sian See lagi, usaha terakhir The Edge dalam keadaan terdesak ialah membuat “serkap jarang” dengan menuduh semua pihak dari ahli keluarga Diraja Arab, KPMG, Deloitte, Ernst & Young dan kerajaan Abu Dhabi bersubahat dengan Kerajaan Malaysia untuk menipu rakyat Malaysia.

This “covering the hole” part is important as this is the final step which proves money is missing or not in the entire transaction. In this final part, The Edge is essentially saying these transactions are not disclosed by IPIC in their Financial Statements – however, they ARE disclosed.

Apa yang The Edge dakwa sebagai “covering the hole” sebenarnya ternyata palsu apabila ia dengan jelas dinyatakan dalam penyata kewangan IPIC diaudit dan dipamerkan kepada umum.

The Edge mungkin telah sedar bahawa mereka tidak lagi boleh berpegang kepada kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat dan membuat penampilan terakhir untuk menarik simpati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 09:31 PM | Show all posts
Tu dia...adakah dgn statement Tim MB Kelantan ni menunjukkan pemimpin PAS tidak terlibat dgn pertemuan sulit ini...adakah yg terlibat tu pemimpin PKR dan DAP..tak lupa dari UMNO...siapa dia?..mungkinkah Tun?..


Timbalan Menteri Besar Kelantan minta polis jalankan siasatan dakwaan Justo
20 Julai 2015 2:12 PM
  
KOTA BAHARU 20 Julai - Polis hari ini digesa menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo bahawa dia telah berjumpa dengan anggota politik pembangkang dari Malaysia untuk menjual maklumat sulit syarikat itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata penjualan maklumat sulit itu tidak sepatutnya berlaku.

"Penjualan maklumat ini tak sepatutnya berlaku. Saya nak komen lebih pun saya tak tahu. Jadi kita minta polis siasatlah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Khamis lepas, Polis Thailand mendedahkan bahawa pemimpin pembangkang bertemu dengan Justo di Singapura untuk membeli maklumat sulit milik syarikat itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula dipetik sebagai berkata rakyat Malaysia yang terbabit akan dipanggil memberi keterangan berhubung pendedahan terbaharu polis Thailand hasil siasatan terhadap Justo.- BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.h1fKKtMp.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 09:33 PM | Show all posts
Dua bekas KPN gesa siasat isu jatuhkan kerajaan
20 Julai 2015 3:01 PM
  
KUALA LUMPUR 20 Julai - Dua bekas Ketua Polis Negara menggesa polis menyiasat mana-mana pihak yang cuba mengancam ketenteraman dan keselamatan negara untuk menjatuhkan kerajaan.

Ketua Polis Negara kelima, Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Nor berkata, polis harus membuka kertas siasatan dengan segera kerana menjadi tanggungjawab mereka menangani cubaan pihak yang terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan secara tidak sah dan membelakangkan undang-undang negara.

"Cara yang sah untuk menukar kerajaan adalah mengikut undang-undang menerusi pilihanraya dan usaha selain daripada itu dikira salah daripada segi undang-undang dan Perlembagaan negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketua Polis Negara keempat Tun Mohammed Hanif Omar pula berkata tidak salah bagi parti pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan tetapi ia mesti mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara.

Mohammed Hanif dan Abdul Rahim berkata demikian sebagai mengulas laporan yang mendakwa ada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan dengan cara mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.

Abdul Rahim bagaimanapun tidak setuju dengan cadangan menubuhkan pasukan siasatan khas kerana khuatir ia akan menimbulkan suasana panik di kalangan orang ramai.

"Apa yang penting adalah memulakan siasatan dan saya percaya polis sedang berbuat demikian," katanya.

Mohammed Hanif pula berkata, sebarang cubaan menjatuhkan kerajaan tanpa mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara adalah satu kesalahan besar dan bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara demokrasi berparlimen.

"Dalam hal ini tugas polis sebagai badan penguatkuasa undang-undang adalah menjalankan siasatan bagi mengetahui sama ada tindakan yang dilakukan pihak terbabit melanggar lunas undang-undang dan Perlembagaan negara," katanya. - BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.dVol0LFf.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 09:35 PM | Show all posts
1MDB bidas The Edge Financial siarkan pelbagai dakwaan tidak berasas
20 Julai 2015 4:34 PM

KUALA LUMPUR 20 Julai - 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) membidas The Edge Financial Daily kerana menyiarkan pelbagai dakwaan dan kenyataan tidak berasas.

Semasa menyifatkan laporan empat muka surat itu sebagai "laporan tidak bertanggungjawab", syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu berkata: " Kami tidak menyangka kerana dakwaan-dakwaan lapuk dan tidak terbukti ini dipergunakan sekali lagi, sedangkan beberapa siasatan serentak kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan isu-isu yang ditimbulkan sebelum ini."

Laporan akhbar harian mengenai 1MDB memberi tumpuan terutamanya kepada usaha sama dan pergerakan wang antarabangsa.

Menurut 1MDB, mana-mana pihak yang boleh membantu para penyiasat patut berbuat demikian di bawah peruntukan undang-undang, tanpa perlu membuat laporan yang tidak bertanggungjawab dan disensasikan.

1MDB mengulangi keyakinan di dalam proses wajar seperti yang dibuktikan oleh siasatan yang sedang dijalankan secara profesional dan teliti oleh pihak berkuasa.- BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.I8q9TKLu.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 09:37 PM | Show all posts
Bukit Aman tubuh pasukan penyiasat ke Bangkok soal siasat Justo
20 Julai 2015 7:06 PM
  
KUALA LUMPUR 20 Julai - Bukit Aman menubuhkan pasukan penyiasat untuk dihantar ke Bangkok bagi menyoal siasat bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, berhubung dakwaan lelaki itu mengenai pertemuannya dengan ahli-ahli politik pembangkang dari Malaysia bagi menjual maklumat sulit.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bagaimanapun, polis Malaysia masih menunggu panduan daripada Polis Thailand untuk ke negara itu dan menjalankan siasatan ke atas Justo.

"Pasukan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk ke Thailand telah kita tubuhkan dan mereka telah bersiap sedia untuk ke sana (tetapi) sehingga hari ini kami belum dapat kebenaran dari sana ... jadi, saya tunggu mereka di sana selesaikan bahagian mereka terlebih dahulu sebelum pasukan kita ke sana untuk rekodkan keterangan dan jalankan siasatan.

"Kalau boleh, memang kita hendak ke sana secepat mungkin tetapi kita kena faham, menjalankan siasatan membabitkan kes besar seperti ini perlu dilakukan lebih teliti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Pada Khamis lepas, Polis Thailand mendedahkan bahawa ada pemimpin pembangkang bertemu dengan Justo di Singapura untuk membeli maklumat sulit. - BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.av8mmszv.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2015 09:57 PM | Show all posts
Acik, peguam tu sebahagian dari Jabatan Perdana Menteri, duduk dibawah najib, sudah pasti PM arahkan dia untuk cakap yang  akaun2 tu bukan milik najib, simple as that...aiyoooo....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 10:05 PM | Show all posts
Rafizi akan saman yeeeeeeee.

Monday, July 20, 2015
RAFIZI RAMLI NAFI KENAL LESTER MELANYI... MENGULANGI KEMBALI PEMBOHONGANNYA TENTANG 'KAJANG MOVE' YANG TERKANGKANG!!!


Rafizi Ramli terkelam-kabut membuat penafian yang dia mengenali Lester Melanyi, bekas kakitangan Sarawak Report dan Free Sarawak Radio. Malah dia juga menafikan pernah bertemu, berbincang mahupun memberikan arahan kepada Lester Melanyi. Pada masa yagn sama, dia juga menyerang Ramesh Rao dan melabelkan Abdul Rahman Dahlan, Ramesh Rao dan Lester Melanyi sebagai orang yang tidak boleh dipercayai.

Baca kenyataannya di bawah:

Saya menyeru rakyat meneliti kredibiliti nama-nama yang terbabit di dalam perkara ini:

1. Datuk Abdul Rahman Dahlan dikenali sebagai penyokong kuat Dato’ Seri Najib Tun Razak. Sebagai seorang ahli politik junior yang kalah di bahagian sendiri (beliau tewas bertanding Ketua Bahagian Umno Kota Belud), beliau telah mendapat manfaat besar dari Dato’ Seri Najib Tun Razak sehingga dilantik menjadi Menteri Persekutuan. Sudah tentu beliau mempunyai kepentingan (vested interest) untuk mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan apa cara sekalipun kerana jika ada Perdana Menteri baru, besar kemungkinan beliau digugurkan dari kabinet dan kerjaya politik beliau akan tamat.

2. Ramesh Rao Krishnan Naidu yang membuat laporan ini adalah seorang pesuruh bawahan yang selalu digunakan untuk menghentam pimpinan pembangkang selain membuat laporan-laporan polis tidak berasas. Malah, beliau dilihat pernah melobi untuk dilantik menjadi senator bagi menggantikan P. Waythamorthy yang meletakkan jawatan seperti yang ditulis di laman-laman maya http://tenteramaya.blogspot.com/…/ramesh-rao-krishnan-naidu…

3. Lester Melanyi adalah seorang bekas wartawan yang pernah menimbulkan kontroversi dan mengundang kemarahan umat Islam dalam tahun 2006 dahulu apabila sebagai editor, akhbarnya Sarawak Tribune menyiarkan kartun Rasulullah sebagai pengganas, seperti dilaporkan http://www.thesundaily.my/node/175163

Hakikatnya ketiga-tiga orang ini yang membuat dakwaan ini adalah individu-individu yang berkepentingan. Ramesh Rao dan Lester Melanyi pula mempunyai latar belakang yang meragukan dan bukanlah sumber maklumat yang boleh dipercayai.

Oleh itu, saya sekali lagi menafikan dakwaan yang dibuat dan telah mengarahkan peguam-peguam saya meneliti dengan tujuan mengambil tindakan saman terhadap Ramesh Rao dan individu-individu lain dalam masa yang terdekat.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



Nampaknya, kali ini Rafizi Ramli sudah terperangkap dengan permainannya sendiri. Dalam kenyataannya berhubung cincin Rosmah Mansor bernilai RM24 juta, katanya dia bergurau. Sekaligus segala kempen, ceramah, hasutan dan fitnah jahat yang dilakukannya selama ini, cuba dihalalkan dengan label, GURAUAN.

Kini, Rafizi Ramli melabelkan orang lain sebagai tidak boleh dipercayai dan meragukan hanya semata-mata kerana namanya disebut dan dikaitkan dengan pengkhianatan menerusi penggunaan data-data curi yang telah dipinda dan kemudian dipolitikkan untuk menggulingkan sebuah kerajaan yang sah di Malaysia.




Pastinya anda masih ingat dengan LANGKAH KAJANG yang terkangkang ketika PRK Kajang tahun lepas. Begitu berbangga dengan Langkah Kajang yang diperkenalkannya tetapi kemudian segera menafikan dengan penafian PALING BANGANG dengan merujuk kepada 'FOR YOUR EYES ONLY' sebagai satu kesilapan yang menunjukkan dokumen tersebut adalah palsu, sehingga ke hari ini, Rafizi Ramli yang cukup kuat mengacum dan membuat laporan polis, tidak berani langsung meminta polis menyiasat dan mendedahkan tentang LANGKAH KAJANG yang cuba menobatkan Anwar Ibrahim yang kemudian bertukar kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.

Beberapa langkah dalam dokumen LANGKAH KAJANG (KAJANG MOVE) yang berjaya dibongkar, menunjukkan sebahagian daripada serangan yang berlaku pada hari ini, mempunyai kaitan langsung dengannya.

Rafizi sudah tersangkut nampaknya. Kalau Tony Pua ada Lim Kit Siang, Rafizi Ramli pula hanya mampu berbekalkan PENYAKIT BERBOHONGnya yang sudah mendarah daging!!!

Nafilah apa pun, yang pasti, Rafizi Ramli tidak pernah berani bercakap tentang LANGKAH KAJANG dan segala KEBETULAN YANG SEDANG BERLAKU DI NEGARA ini yang kelihatan tersangat sama dengan perancangan dalam LANGKAH KAJANG!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2015 10:27 PM | Show all posts
..betul kan, aku cakap dulu, TaskForce teleh mula menjalankan tugasnya...


...yang sebenarnya tugas TaskForce tu nanti hanya untuk mengisytiharkan Jibby Kepit bersih suci muruni putih berseri bak kain kapan simati aje...purcayalah...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 10:52 PM | Show all posts
ISNIN, 20 JULAI 2015 @ 10:41 PM Waran antarabangsa untuk ekstradisi pengasas Sarawak Report KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia boleh memohon waran antarabangsa bagi mengekstradisi pengasas portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown ke Malaysia, kata peguam veteran dan ahli politik, Tan Sri M Kayveas.

Katanya, ini boleh dilakukan jika ada bukti cukup bahawa portal yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu telah mengubah suai maklumat sulit yang ia terima daripada bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Andre Justo. Kayveas berkata, jika perbuatan itu benar, kerajaan hendaklah mendakwa Brown di bawah Akta Fitnah.

Kavyeas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) mengulas laporan media mengenai siasatan polis Thailand yang mendedahkan maklumat yang dijual warga Swiss itu diubah suai untuk terbitan Sarawak Report.

Kayveas berkata, dalam mendapatkan waran antarabangsa untuk tujuan ekstradisi itu, Peguam Negara hendaklah terlebih dahulu meneliti dan membincangkan kes itu dengan rakan sejawatannya dari UK. Pilihan lain, kata Kayveas, ialah mendakwa portal itu kerana fitnah di mahkamah UK.

"Kita masih boleh mendakwa mereka (Sarawak Report) di bawah akta fitnah di UK kerana kedua-dua negara mempunyai kanun keseksaan yang serupa," katanya. - BERNAMA PENGASAS portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. - Foto ihsan www.thetimes.co.uk

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69158
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 10:59 PM | Show all posts
ISNIN, 20 JULAI 2015 @ 9:08 PM

90 peratus laporan Sarawak Report mengenai 1MDB rekaan pembangkang Azrul Affandi Sobry Dan Rudi Affendi Khalik [email protected]

KUALA LUMPUR: Hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pendedahan itu dibuat bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi, menerusi video bahagian keduanya yang turut diperoleh BH, hari ini.

Dalam video itu, Melanyi juga mengakui menemui bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, yang menyerahkan 10 peratus dokumen berkaitan 1MDB kepada pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. "Saya bertemu Justo di London dua atau tiga kali pada tahun 2012 dan 2013.

Saya percaya bekas eksekutif PetroSaudi itu tidak mengubah sebarang dokumen yang didakwa dicuri daripada bekas majikannya. "Justo menemui Clare dan menyerahkan hanya 10 peratus dokumen diperolehnya.

Baki 90 peratus lagi direka pembangkang. Dia (Justo) tidak mengusiknya. Pereka laman web di London memang mahir. Jika anda berhasrat menghasilkan wang, ia boleh dilakukan dan kelihatan tulen," katanya dalam video berkenaan.   

Dalam video berdurasi 6.02 minit itu juga, beliau menamakan seorang pereka laman web mahir berpangkalan di London, yang didakwanya diupah Clare bagi mengubah dan mereka e-mel serta perjanjian palsu sehingga kelihatan tulen.

Menerusi video sama, Melanyi turut menunjukkan beberapa contoh artikel palsu Sarawak Report, yang pernah disiarkan sebelum ini.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan ketika dihubungi BH, berkata lebih banyak pendedahan akan dibuat menerusi video pengakuan Melanyi, bahagian ketiga dan keempat, minggu depan.

"Justeru, saya meminta kerajaan Malaysia bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk menyiasat dan menahan pereka laman web berusia lewat 20-an itu sebab dia masih bebas melakukan aktiviti pemalsuan di London. "Kerajaan juga perlu menasihatkan kerajaan Switzerland supaya menghentikan penajaan terhadap Sarawak Report, yang didapati sudah terpesong daripada tujuan asal penubuhannya iaitu memfokuskan isu alam sekitar," katanya.

Ramesh berkata, dalam video seterusnya ada disebut nama beberapa orang yang berpengaruh, termasuk bekas pemimpin negara. "Banyak lagi isu lain yang ada dalam bahagian ketiga dan keempat.

Video penuh sudah diserahkan kepada polis, bagaimanapun kami akan keluarkannya secara berperingkat," katanya.

Sementara itu, Melanyi yang dihubungi BH, semalam, tetap mempertahankan pendedahannya sebelum ini mengenai komplot terancang portal berita berkenaan untuk menjatuhkan Najib.

Melanyi berkata, pendedahan beliau adalah bersandarkan kebenaran dan keengganannya bersekongkol dalam komplot itu yang didalangi pemilik dan pengendali portal berkenaan. "Ia satu kebenaran dan bukannya pembohongan...saya tetap mempertahankan pendedahan saya, malah sudah membuktikannya melalui komunikasi e-mel saya dengan Brown," katanya.

Berikutan pendedahan itu, Brown membuat kenyataan di London, bahawa beliau tidak mengenali Melanyi secara peribadi. Melanyi pernah berkhidmat dengan Radio Free Sarawak (RFS) yang turut dimiliki Sarawak Report. BEKAS pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi. - Foto NSTP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69148
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai korang ni, takat bejuta orang pi mintak maaf dgn sorang manusia tu, bukan susah pun. buat je.

kesian kat dia seksok weh.... tepacak kat depan tuhan tunggu bejuta manusia ni bagi keterangan saksi masa dia jadi pemimpin. sekso!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 09:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 09:35 AM | Show all posts
tunggu bijan mintak maaf kat bank international camne keluarkan statement paqlsu..tipah tertipu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 09:43 AM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 21-7-2015 09:44 AM
Anak_Nogori replied at 20-7-2015 10:59 PM
ISNIN, 20 JULAI 2015 @ 9:08 PM

90 peratus laporan Sarawak Report mengenai 1MDB rekaan pembangkan ...

Lester Melanyi ni, kaki putar alam.
Dia dah putar alam kat Sarawak Report, Free Sarawak Radio & Sarawak Tribune.
Apas kes nak caya cakap kaki putar alam, bila dia cakap Najib sesuci embun pagi
bila mengaku  dia berkomplot dengan orang tu or orang ni untuk jatuhkan Najib......???
Boleh ke mahkamah pakai pengakuan kaki putar alam ni.................?
Kalau dulu, dia sanggup putar alam dengan bayaran GB500 paun seminggu or sehari untuk
berkomplot jatuhkan Najib, apa kes nak caya cakap dia sekarang bila dia nyokong Najib pulak.....???
Mungkin sekarang dia dibayar USD100 setiap hari untuk putar alam menyokong
Najib. KIHKIHKIH....................................
Pendek kat video si Lester Melanyi ni memang kena masok tong sampah Mahkamah.
Kalau nak buktikan Najib sesuci embun pagi, carilah bukti yang credible sikit
daripada orang-orang yang tak terkenal sebagai kaki putar alam.

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 09:58 AM | Show all posts
excuse me
bila mao na na na na
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2015 10:23 AM | Show all posts
Tony Pua no balls to "nafi" so he "maki-maki"
Posted by The Unspinners at 7/20/2015







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 10:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 10:32 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 10:51 AM | Show all posts

KIKIHKIH................pura-pura terkejut pulak dia.............

Lester putar alam kat Sarawak Report, Free Sarawak Radio & Sarawak Tribune
bukan  percoma. GB500 paun sterling seminggu. Apa kes kita kena caya or
nak terkejut berok, tengok video confessionya.........???????




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.236994 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list