CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
Post time 11-12-2015 04:05 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 04:01 PM
Ko qarin aku, memang sah laa tak boring

kadang2 bila kita berkongsi cerita dan rasa, bebanan tu akan berkurang sikit..

jangan dilayan sgt bisikan2 dalam diri tu.. kita tak tahu adakah itu dr hati kita atau dr siapa..

nnti dah update, bgtau yek.. selamat bercuti qarinku.. hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2015 04:13 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 11-12-2015 04:05 PM
kadang2 bila kita berkongsi cerita dan rasa, bebanan tu akan berkurang sikit..

jangan dilayan s ...

Betul..

Dah lepaskan ke luar, rasa sedikit lega.


Penah tengok the lord of the ring? yang watak goblin; yang kejap sore baik bisik kejap sore jahat bisik tu..
Ada masa-masa tertentu, benda gitu aku alami.

Entah..perasaan je kot.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 04:15 PM | Show all posts
Edited by Clover_Hill at 11-12-2015 04:25 PM
bunga_lestari replied at 11-12-2015 04:05 PM
kadang2 bila kita berkongsi cerita dan rasa, bebanan tu akan berkurang sikit..

jangan dilayan s ...


Dabel posting lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 04:18 PM | Show all posts
Edited by Clover_Hill at 11-12-2015 04:21 PM

Siapa penah lalu jalan alternatif ke Kota Bharu ikut arah signboard TEMERLOH?
Kalau dari KL, simpang tu ke kanan.
Kalau dari Klate, simpang tu alik kiri.
Check pointnya adalah Sekolah Menengah Teknik Sultan ape mende ntah.

Yang aku nak share ni bukan pasal jalan alternatif tu, tapi berkisarkan sebuah masjid tua yang ada area-area situ.

Kejadian ni berlaku masa anak teruna kecik aku, si awe baru umo 2 tahun.
Yang Si Syawal pun masa tok wan teman pi jamban pun umo 2 tahun.
Anak aku kene usha bukan dengan tok wan, pun umo 2 tahun.

Drama sangat kebetulannya tu, kan?

Dah tu nak buat macam mana. Fakta.
Redho la sekadarnya.

Pun kisah ni masa kami pulang dari klate.
Gerak dari KB dah lewat petang sebab siangnya tu bawak family mertua pi Rantau Panjang dulu.
Nak shopping katanya.
Ntah apa yang best sangat RP tu aku pun tak reti nak cakap.
Dahla jauh, barang nak kata murah sangat tu tak jugak.
Lebih kurang jer dengan beli kat Pasar Siti Khadijah.
Tapi orang luar kalau datang Klate tak nyinggah RP tak sah oke trip depa.
Seolah tak gi shopping RP or wakaf che yeh bukan gi klate namanya..

Nak balik Nismilan, kalau tak ikut Jalan Bentong, kami suka ikut Sertik Mempaga.
Lalu pekan Karak dan jalan Karak lama yang simpang siur tuh.

Haa sebut jalan Karak lama ni pun ada kisah.
Nasib sebut, terus datang wahyu pasal kisah tu.
Nanti kedian-kedian lah aku story mory.
Sampai satu masjid yang agak usang tapi masih diguna kat jalan alternatif yang aku sebut di awal entri ni tadi jam dah pukul 10.30 malam.
Kitorang konvoi tiga bijik kereta.
Dah namanya konvoi, memang tak dapek laaa nak berdesup sangat drive.
Tu yang selow mellow jah memasing.
So berhenti kat masjid tu kira untuk take break kejap sebelum meneruskan perjalanan yang masih berbaki lagi 2-3 jam untuk sampai.

Tak lama pun berhenti situ.
Dalam sejam jerk lepas setel masuk toilet dan betul-betulkan lenguh badan, ketiga-tiga kereta kami bergerak semula.

Sampai rumah mentua aku, jam sudah pukul 2.30 pagi.
Setel hangkut barang apa semua, mandikan anak lebih kurang, masing-masing rebahkan diri untuk tidur.
Penat kot.

Malam kian sunyi.
Tik…tik…tik..detik waktu berjalan.
10 minit..15 minit..30 minit..




Asar dah nak masuk.

Aku stop sini dulu,k.


To be continue....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 04:33 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 04:18 PM
Siapa penah lalu jalan alternatif ke Kota Bharu ikut arah signboard TEMERLOH?
Kalau dari KL, simpan ...

alaaaa.. saspennya....

aku setia menunggu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 06:15 PM | Show all posts
Malam kian sunyi.
Tik…tik…tik..detik waktu berjalan.
10 minit..15 minit..30 minit..

Si awe pun sama lelap dengan mak ayah dan si kakak yang bergelimpangan tido di ruang tamu.
Dia ni memang dari kecik tak banyak ragam.
Heret lah kot celah mana sekalipun, stedi jah dia dok dalam carseat kalau dalam kereta.
Kalau jalan luar, meredii jela dia dok dalam stroller.


Tepat jam tiga…..


“Wuuuuhuuuhhuuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu..akutttttttt..akuuuuutttt!!!”
Serentak itu kelibat hitam kecik berlari dari ruang tamu, menuju ke dapur.

Yang aku ni baru la nak lelap mata, terloncat bangun bila dengar suara sape pulak dok takut takut nih!
Macam ku kenal saja suara itu, tapi siapaa..???

Bila ternampak si awe berlari masuk dapur lepas tu lari pulak masuk bilik atuk dan nenek, lepas tu lari pulak ke depan semula baru otak ku betul-betul berfungsi.
Tak mampu dinafikan lagi, kelibat hitam kecik yang berlari itu adalah di si awe, anak aku sendiri!

Dengan aku, dengan tok batin (laki aku laa..aku suka panggey dia tok batin :p) sekali pakat berlari kejar si awe.
Bagaikan orang memintas ayam jantan terlepas dah kami.
Pintas sana, pintas sini si awe ni.
Kemain laju si kerdil ni lari.
Macam orang india main kavadi kavadi!

Dapat tangkap, terus tok batin baca ayat-ayat kasik hembus di telinga.
Tak cukup ayat, azan. Lepas azan, baca ayat balik.
Huru-hara habis.

Gitulah keadaan berterusan sampailah azan subuh.
Bayangkan berapa jam si awe dok terpekik terlolong tengah-tengah malam buta sampai serak sore.

Lepas subuh, baru keadaan huru hara tu reda.
Merasala sorang sikit malam tu jadik burung hantu belaka.

Bila dah siang, si kakak ni bukak cerita.
“You know mum, I saw something flashy near the toilet”
Toilet mana, aku Tanya.
“The toilet where we stopped at that spooky place last night”

Kesian anak aku, masjid pun bule jadi tempat spooky pada dia..huhu..

Pakatla bermesyuarat tergempar masing-masing time breakfast pagi tu.
Masa kejadian takde sorang pun berani keluarkan hipotesis.
Maklum ler masing-masing dah pakat kecut tali pusat tengok keadaan awe yang tak berhenti-henti meracau.

Dan mesyuarat itu digulung dengan kata sepakat..
mungkin ada mende yang menumpang ikut dari masjid tu sampailah ke rumah.
Adik ipar aku pun bagitau yang dia macam Nampak bayang-bayang putih dok lalu lalang di luar tingkap rumah masa awe mengamuk.

Mungkin itulah bendanya..
Dan yang menjadi mangsa nya pulak adalah si awe, insan paling halus di rumah!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2015 06:15 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 11-12-2015 04:33 PM
alaaaa.. saspennya....

aku setia menunggu..

Ok dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 09:28 PM | Show all posts
KARAK.

Ini bukan karak highway yang terkenal dengan cerita kereta Volkswagen kuningnya.
Tapi jalan yang menghubungkan pekan karak-kuala pilah.
Sape-sape penah lalu simpang pelangai, akan tahulah jalan mana yang aku maksudkan.


Ini kisah raya tahun lepas.
Lepas habis beraya di klate aku sekeluarga nak balik ke nismilan.
Dan seperti biasa, kalau time raya memang kitorang takkan lalu ikut jalan biasa, raub-bentong-kl.
Sebab tahu dah memang kompom akan jem punya.

So ikut jalan alternatif sertik mempaga-karak-pilah-seremban.
Dan modus operandi, macam biasa..gerak lewat petang dan hanya sampai kat jalan karak tu pukul 12 malam.

Time tu memang teramat sunyi.
Kereta sebijik pun takde lalu situ.
Aku cakap dah kat tok batin, agak-agak lewat sangat nak sampai kita benti jela hotel memana dulu kat karak tu, tido.
Esok pepagi baru gerak semula.
Dah dia kata dia ok dan boleh bertahan lagi, so kami meneruskan perjalanan.

Kiri kanan of kros lah hutan banat.
Dengan jalan koner-koner macam jalan bukit putus lama, mata aku memang tak pandang lain lagi dah melainkan tepat ke depan.
Aku jenis mudah mabuk kenderaan kalau tak kena gaya.
Anak-anak aku jer stedi main tab sorang satu dalam kereta tanpa pening apa.
Aku buat gitu, mau terburai jugak usus perut aku muntah!

Sampai tengah-tengah alam tuh, dari suluhan lampu kereta Nampak mata bersinar warna merah.
Tak jelas bentuk dia sebab gelap.
Yang tok batin ni pulak relaks jerk menekan minyak tanpa sedikit pun rasa nak tekan break ke ape.

“Bukkkkkkkkkkkkk” kuat bunyi, seperti tayar kereta terpenyek sesuatu.

“Huih..ape tu..? Abang langgar apa-apa ke?” Tanya tok batin.

“Larh..abang tak Nampak ke natang musang ke kucing ke ape ke tadi yang lintas? Yang gi langgar natang tu buat apa..?”

“Tak Nampak! Mana ada apa-apa melintas. Kalau Nampak takkan laa abang tak reti nak break?”

Dah bertekak pulak laki bini memalam.
Lepas tu aku diam, dia pun diam.

Bila dah lepas jalan karak tu, baru masing-masing kembali bersuara. Aku cakaplah yang aku Nampak mata bersinar warna merah melintas jalan.
Tapi tak sure ke mende apakah.
Yang tok batin pulak ketegar la menyatakan yang memang dia tak Nampak apa-apa pun.
Usah kata kucing, bayang kucing pun dia tak de Nampak.

Dah sampai rumah, dia turun check kereta.
Kot la ada apa-apa darah ke merecik ke kereta sebab gaya ke bukkk bunyi tu macam langgar bende besar.
Kalau betullah binatang yang syahid malam tu, pasti akan ada meninggalkan kesan lekuk or kesan darah.

Nan hado.

So..apakah ia yang aku Nampak malam itu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2015 09:31 PM | Show all posts
KENAPA TINGGI SANGAT NI..?

Lokasi kejadian di sebuah hospital di utara tanah air.

Dan ‘aku’ di dalam sinetron ini adalah merujuk kepada cousin aku, sepertimana yang diceritakan sendiri kepada aku, tatkala aku sendiri sedang menjaga mak aku di hospital yang sama..bulan 9 nan lalu.

I

************************


Masa tu mak aku sakit dan dia ditempatkan di bilik sorang-sorang, sesuai dengan dia yang dah tua dan kelayakan yang dia ada sebagai pesara kerajaan.

Ikut aku yang penakut ni, aku lagi rela bersesak-sesak dalam wad third class.
Paling tidak pun, second class.
Ramai pun ramailah, janji asal aku celik mata aku bule Nampak orang lalu lalang.
First class yang sorang-sorang ni walau ada kekosongan, tak mau nye aku stay situ.

(See..bukan aku sorang jer yang bangsa penakut, sepupu aku pun sama..ahaks..)

Tapi demi keselesaan mak, kami request untuk stay bilik sorang.

Malam tu aku yang jaga mak.
Port untuk aku lepak or tido or makan or main hp adalah di sebuah kerusi sebelah dengan katil mak aku.
Tak jauh mana pun, dekat je.
Yang pasti, kerusi aku adalah di sebelah dinding dan bukannya di sebelah tingkap.
Mana mungkin aku nak tidur tepi tingkap, aku kan ‘berani’!

So malam tu lepas make sure mak aku dah selesa apa semua, aku pun lepak la situ.
Sebelum tido, lampu-lampu aku swift off kan, kecuali lampu toilet saja,
Aku jenis tak leh pejam kalau tido dalam cerah benderang.
Mesti tak boleh lena.

Dalam proses nak tidur tu, biasalah dah kembali ‘single’ ni rasa macam lapang dan banyak jerk masa, Godek henpon, skrol sana, baca sini sementara nak tunggu mata ku lali.
Sebelum hilang ditelan malam, sempat aku kerling jam di tangan.
Dah pukul 12 malam dah rupanya.

Tiba-tiba.......




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 09:33 PM | Show all posts
Tiba-tiba aku tersedar. Rasa macam dah lama aku terlelap.
Rupanya baru 2 jam gitu.
Dalam sedar tak sedar, aku seakan ternampak sorang nurse berdiri di tepi katil mak aku. Di sebelah sana.
Kira muka nurse tu mengadap aku dan dia membelakangkan tingkap.

Yang aku musykilkan, kenapa aku tak Nampak muka dia.
Ke mata aku yang kero sebab mamai?
Or mungkin nurse tu sebenarnya sedang membelakangkan mak aku tetapi otak aku mentafsirkan sebaliknya.

Dalam mamai-mamai pun masih boleh berperang dengan diri sendiri.

Yang nyata dan pasti, susuk tubuh nurse tu agak tinggi.
Amat tinggi untuk seorang wanita asia.

Owh mungkin sebab dia tinggi kot makanya aku tak boleh Nampak muka dia.
Dalam pada berkira-kira tu, aku kembali terlelap..tanpa disedari.

Seketika keadaan kembali seperti sediakala.
Hening..seakan tiada apa yang berlaku.

Tetiba sekali lagi aku terkejut.
Kali ni mata ku terus buntang.
Nak marah pun ada sebab aku baru jerr nak lena, dah ada nurse lain pulak yang masuk.
Dua orang pulak tuh.

“Pukul berapa ye ni..?” Tanya aku. Padahal jam ade jerk kat tangan.
Saje.

“Pukul 4 pagi, puan..” Jawab salah sorang nurse.

“Tadi bukan ke dah ada nurse yang datang check?”

Dua orang nurse muda tu pandang jer muka aku.

“Kami baru jer masuk sini”

“Betul..tadi dah ada sorang nurse ni datang masuk sini. Tapi saya tak Nampak plak dia buat apa. She was Just standing there”

Diam kejap nurse-nurse tu, sambil tangan salah sorang daripada mereka membelek-belek kertas rekod perubatan yang ada atas meja di hujung katil.

“Ikut rekod, kali terakhir mak puan diperiksa pukul 10 tadi..Itupun hanya check BP. Hingga kami masuk ni, takde sape lagi yang masuk check. Kalau ada, mesti mereka akan rekodkan.”

Aku dah mula menelan liur.

“Lagi pula, selalu kalau staf datang masuk bilik patient, kami akan buka lampu kasi terang sikit. Macam mana kami nak menulis dalam samar gini”

Terlupa pulak aku yang bilik mak aku hanya diterangi dek lampu toilet tu saja. Ikut logic, amat sukarlah kalau nak mencatit apa-apa dalam terang tapi gelap gitu.

“Dah tu..sape pulak yang saya nampak pukul 2 tadi..? Memang saya Nampak nurse baju putih dok jer tepi katil tu ha..tinggi-tinggi orangnya”

Lebih tepat lagi, amat-amat tinggi!

Lepas tu nampak macam dorang berbisik sesama sendiri.

“Biasala tu, puan..sini kan hospital..ada la kot yang melawat…” balas salah sorang nurse muda tu.

“Takpela puan..puan berehat la ye..kalau ada apa-apa lagi, panggil kami..” katanya lagi sambil tersenyum.

Terkulat-kulat aku kat situ.
Langsung hilang nafsu nak sambung tidur kembali.




Dengar cerita dari sepupu aku, terus hilang semangat pahlawan nak teman mak aku masa tu..bertuah punya sepupu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 06:15 PM
Malam kian sunyi.
Tik…tik…tik..detik waktu berjalan.
10 minit..15 minit..30 minit..

Sian si awe mu mek.aku pulak rasa seram...kebetulan tgah melayn crita mu guling2   tas sofa tepi tgkap.....trus cover cemin tgkap dgn kain lgsir...kahkahkah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 09:38 PM | Show all posts
bebeng replied at 11-12-2015 09:34 PM
Sian si awe mu mek.aku pulak rasa seram...kebetulan tgah melayn crita mu guling2   tas sofa tepi t ...

Memang naya lah ke dia masa hari jadi tuh..
Hungga sana sini umpama tak cukup tanah!


Terbayang2 lagi aksi dia..sebabnya aku dok umah mentua sekarang..
tempat awe kene usik.


Ce intai skit kat lua tu..untong2 ada yang mengenyit mata kat ko..haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 09:42 PM | Show all posts
Sementara momentum menulis ada, dan saka malas aku tengah berkabung dalam gua lagi..
teruslah aku sap sap soi jah cerita yang dok berbungkam dalam kepala selama kini..

Cukup la kot untuk santapan kalian semua...

@chicmushroomkd : sis seniyur..ku tunaikan hajatmu itu..dah lebih dua pages dah ni cerita ku persembahkan sblm aku pi holiday..harapnya trcapai impian nak jadik kakak kawasan!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Best n seram.. pasal si awe tu mmg kesian laa dia.. yerlaa budak kan.. teringat pulak anak aku awal tahun baru ni.. en suami bawak aku dan anak ke port memancing kat sungai yg kitorg x penah pegi..

Masa tu lebih kurg lepas asar laa.. agak2 nak pukul 6 tu en suami ajak balik dan kami berkemas..

Malam tu nak tido start jam 12 cmtu.. anak aku menangis2 kata sakit kaki.. aku dah rasa seram lain mcm jee.. kami azankan anak baca qursi dan baca ayat2 lglaa.. kmdn reda la.sikit.. dlm pkul 1 lebih.dia nangis lg.. buat yg sama.. 2 lebih lg skali.. ulang lg..
Masa tu en suami dah ckp cmni.. ni yg abg rasa xnk bawak anak daa gi tmpt2 cmtu lpsni.. alhamdulillah.. lepas pkul 2 tu anak dh ok.. dan smpai skrg ok takde apa2 laa.. oh yer.. anak aku masa tu 3thn lebih klu ikut usia dia.. klu ikut tahun dh 4thnlaa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 09:38 PM
Memang naya lah ke dia masa hari jadi tuh..
Hungga sana sini umpama tak cukup tanah!


Opppp..xmo men intai2 ,dah pndah duk depan tv dah..xfokus nk baca mata dok men jeling2 kat tgkap je.
Umo 2 tahun masih baby lagi..ishh..
Nasib bek la si awe belari pusing2 dalam umah je..senang sikit nk tgkap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 10:20 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 11-12-2015 09:50 PM
Best n seram.. pasal si awe tu mmg kesian laa dia.. yerlaa budak kan.. teringat pulak anak aku awal  ...

Tempat mancing ni lagi laa macam-macam cerita ada.
But since aku bukan kaki pancing dan tak minat pun mancing, tak penah lagi la hadap cerita pelik2 tentang hal ni.

Agaknya mende tu dok bergayut kat kaki anak ko tak, qarin?
Cian dia..
Risau kot kalau jadi mende2 pelik kat anak ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2015 10:23 PM | Show all posts
bebeng replied at 11-12-2015 09:55 PM
Opppp..xmo men intai2 ,dah pndah duk depan tv dah..xfokus nk baca mata dok men jeling2 kat tgkap j ...

Malam kang sebelum tido intai bawah katil plak naa..
Manaaa laaa tawuuu..

Hahaha..

Sonot jerk ahkak nyakat ko ye dikk..(mcm laa diri sendiri tu berani sangat.. )

Eh jenuh gak dik time nak kepung dia
Dia punya gelupur lain macam!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 10:20 PM
Tempat mancing ni lagi laa macam-macam cerita ada.
But since aku bukan kaki pancing dan tak minat ...

Suami kaki pancing.. tp idokler kaki sangat.. sekali sekala hlgkan bosan dia..

Tulaa.. terfikir cmtu jgk.. seriau je rasa..

Tp mmg ye.. klu jd apa2 kat anak mmg risau.. huhuk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 10:57 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 11-12-2015 10:33 PM
Suami kaki pancing.. tp idokler kaki sangat.. sekali sekala hlgkan bosan dia..

Tulaa.. terfikir ...

Yang aku lak..memang laki bini malas mancing..sekufu sangat..haha..

Selalu budak la yang mudah kene, sebab depa fragile dan mudah lemah semangat.
Suka la mende tu ngusik kan..

Memang huru hara jiwa kita kalau jadi apa2 kat anak..
lagi2 kalau puncanya datang dari kita..i.e pi bawak dorang gi memana..lepas tu balik meracau/mengigau.
Bersalah sangat rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 10:57 PM
Yang aku lak..memang laki bini malas mancing..sekufu sangat..haha..

Selalu budak la yang mudah  ...

Aku x suka yg benornya dia gi mancing tp sejak dia krg aktif futsal.. krg aktif aktiviti bertt dgn kelab kereta dia tu.. dia beralih ke hobi zaman remaja purbakala dia tu.. sekali sekala ikutla jgk..

Cuma nak terkena mebi sbb tmpt tu org kata agak keras (lps kejadian anak kena tu kwn2 ckp) dan tak pernah ke situ.. walaupun masa smpai tu ada la jgk naca ayat qursi.. tp nak terkena jgk kan.. huhuk..

Klu ikutkan rasa bersalah mmg rasa sgt.. dulu selalu jgk heret anak kecik2 bertt dan keluar malam2 gi sana gi sini.. tp masa tu selalu sediakan lada hitam dlm sampul tisu selain baca qursi dan ayat2 sepatutnya..

Tp bila anak dh besar ni idokler nak buat cmtu sgt.. dan sejak tu tobat dah aku ngan en suami nak bawak anak ke port mancing.. klu bawak pn ke tmpt yg biasa pegi.. tu pun jrg2.. huhu.. pengajaran laa utk kami..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.187864 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list