ARKIB : 26/07/2001
Zamani diundang berduet dengan Illa
SETELAH sekian lama menyepi tanpa album baru bersama kumpulan Slam, penyanyi utamanya, Zamani diundang berduet dengan penyanyi Illa Sabry.
Zamani diundang menyanyikan lagu Saat Bahagia yang dimuatkan di dalam album sulung Illa yang akan dipasarkan pada Ogos.
Penyanyi itu berharap kemunculannya menerusi lagu duet itu akan dapat mengubat kerinduan peminat terhadapnya setelah sekian lama menyepi.
Apatah lagi, katanya, lagu-lagu duet semakin diminati kerana tidak banyak penyanyi menghasilkannya.
Lagu Saat Bahagia dicipta oleh Aidit dan menjadi lagu pertama Zamani setelah dua tahun menyepi.
Kali terakhir dia merakamkan lagu Falsafah Cinta yang dimuatkan di dalam album kompilasi lagu-lagu terbaik ciptaan M. Nasir.
Paduan suara Zamani dan Illa sesuai kerana kedua-dua mereka mempunyai suara yang tersendiri.
``Saya berharap peminat akan menerima kehadiran saya di dalam album Illa,'' kata Zamani lagi.
Sementara itu, Illa yang melonjak setelah lagu Keranamu Kekasih mendapat sambutan berkata, dia tidak menumpang nama Zamani apabila penyanyi itu muncul di dalam albumnya.
Idea menghasilkan album duet adalah daripada pihak syarikat dan dia berpuas hati setelah mendengar hasilnya.
``Saya juga meminati suara Zamani dan peluang berduet dengannya amat menyenangkan saya,'' jelas Illa lagi.
Illa juga berharap nama yang dicipta menerusi populariti lagu tersebut akan dapat dikekalkan apabila muncul dengan album penuh berjudul Jatuh Cinta.
``Saya berharap peminat akan berpuas hati dengan album ini kerana saya telah letakkan sepenuh jiwa saya semasa menghasilkannya,'' kata Illa.
Album tersebut mendapat sentuhan komposer Ajai, Eddie Hamid, Roshid Sumantri, Aidit dan Shah Slam. Ia terbitan syarikat Nova Music.
lagu2 yg uols sebut tu kalau x slp bukan tokti yg tulis,, tu semua penulis lirik lain yg tulis .. purnama merindu tntg kisah cinta azmeer kalau x slp, nian di hati tntg kesah anak dara yg resah menunggu waktu diijabkabulkan.. kau kekasihku tu azam dungun yg tulis .. antara yg terawal lirik lagu yg tokti tulis percayalah ,, tu myb utk abg adek tapii kalau ikutkan AJL 2001 tokti ckp agu percayalah tntg luahancinta dia terhadap peminat,, tapi kan kalau utk abg adek pon xkkn tokti nak gtau kan hehehheh...
Post time 23-2-2016 09:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
masmelon replied at 23-2-2016 09:30 PM
lagu2 yg uols sebut tu kalau x slp bukan tokti yg tulis,, tu semua penulis lirik lain yg tulis .. ...
hehehe..iols x berapa tau sgt penulis lirik nih. percayalah kuar 2001 x silap.masa tu ntv 7 selalu pasang video klip lagu ni. pastu lagu azimat cinta yg vclip dia kat tepi tasik tu. tu pon 2001. masa akhir 90an tu iols pon kanak2 lagi, jadi x berapa tau. tau masa tgk muzik2 n ajl jah masa kau kekasihku menang kategori balada
iolss pon bbnu lagi akhir 90an itu .. yup percayalah thun 2000-2001 album safa kot kalau xslp .. tokti start bnyk buat lirik lagu dalam album emas , dlm emas 5-6 lagu kot dia yg buat lirik, prasastis seni pon bnyk lagu yg dia buat lirik .. tapii mostly lirik yg dia buat adlah tntg kisah cinta n putus cinta ..
hikhikhik, iols x pernah register n follow aktiviti sitizoner pon kuikuikui .... x minat tokti lpas dia kawin ngn DK,, tpi sejak dia gugur iols rsew kesian sngt dgn dia, so start minat balik n start dngr blik lagu lama2 dia n termasuklaa kesah cinta2 dia itu hikhikhik
Post time 23-2-2016 09:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
masmelon replied at 23-2-2016 09:39 PM
iolss pon bbnu lagi akhir 90an itu .. yup percayalah thun 2000-2001 album safa kot kalau xslp ...
bukan cinta biasa tu album emas kah? iols ngan kawan2 masa sekolah dulu pernah memparodikan lagu Bukan cinta biasa tuh jadi lagu bukan karangan biasa gara2 tgh tension ckgu terlalu byk bagi homework karangan!