KETUPAT SOTONG
Bahan-bahannya:
10 ekor sotong
1 cawan beras pulut [dikukuskan dulu]
2 inci halia(dimayang)
3 biji bawang merah(dimayang)
1 sudu besar halba
2 cawan santan
Lidi kelapa dipotong 2 inci
Gula & garam(secukup rasa)
Cara-caranya:
1. Sotong dibasuh sehingga bersih.
2. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh dan direndam.
3. Kemudian beras pulut dimasukkan kedalam perut sotong sehingga 3/4 badannya.
4. Tutup ruang terbuka badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi supaya beras pulut tidak terkeluar.
5. Selepas itu rebus sotong tersebut dengan santan sehingga masak dengan api sederhana.
6. Masukkan halia, bawang, halba, gula & garam.
7. Masakkan ia sehingga mendidih dan agak pekat.
|