CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bzzts

SembanG suRi daN bakaL suRi-gathering BFT kawin <chapter21>

 Close [Copy link]
Post time 17-4-2009 10:02 AM | Show all posts

Reply #2380 oreosz_neyz's post

ada tazkirah pagi ni.....


tu yg baru masuk.....


kira,

comelnya baby tu...............................geraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 10:07 AM | Show all posts
Que suka lihat bentuk badan Linda ketika hamil
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

KEKEBALAN yang dimiliki oleh aktor Que Haidar mampu merealisasikan cita-citanya untuk bergelar seorang jurulatih lakonan.

Seawal kemunculannya dalam industri seni sejak tahun 2003, bakat Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mula dihidu sehingga dia telah diiktiraf sebagai Pelakon Harapan Lelaki dalam Festival Filem Malaysia ke-19 pada tahun 2006.

Que menerima anugerah tersebut atas keberkesanan lakonannya sebagai ketua sindiket dadah bernama Sepet dalam filem Castello.

Selang dua tahun selepas itu, Que diiktiraf pula sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2008.

Kehebatan lakonannya dalam drama Tuhan Pun Tahu tidak perlu disangkalkan lagi untuk memenangi anugerah tersebut.

Sabtu lalu, nama Que diumumkan memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

Que sudah berlakon lebih dari 15 buah filem seperti Bilut, Castello, Syaitan, Cinta, Badai Pasti Berlalu (Indonesia) KL Menjerit 1, Zombi Kampung Pisang dan Maut.

Jadi, tidak mustahil jika kekebalan yang dimilikinya itu mampu merealisasikan cita-citanya itu sekaligus membawanya ke satu tahap yang lebih tinggi daripada sebelum ini.

Namun begitu, Que berkata dia belum bersedia untuk berada di kerusi pengarah.

揝aya mempunyai impian untuk memasuki bidang pengarahan tetapi bukan sekarang.

揝aya ada terfikir juga tetapi banyak lagi perkara yang saya perlu belajar.

揓adi, apa yang saya fikirkan sekarang, saya teringin hendak mengendalikan kelas lakonan dan bergelar seorang 慳cting coach
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:08 AM | Show all posts
linda kalu x peknen pun bdn dia mmg cantik dh, putih melepak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:12 AM | Show all posts
morning huda...
mlm td kira bg hsbnd tgk video tu... dia xnk, kena paksa pun dia pndg sipi2 je.. :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:14 AM | Show all posts
morning mommies!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:17 AM | Show all posts
Dynaz: Tuhan lebih sayangkan Emma
Oleh WAHIDA ASRANI



Dynaz redha dengan keguguran yang dialaminya pada Jumaat lalu

DARI suaranya yang bernada perlahan, jelas membuktikan dia masih lagi berduka akibat keguguran yang dialami Jumaat lalu, tatkala usia kandungannya sudah pun mencecah tujuh bulan.

Namun, Wan Intan Edrinaz Wan Mokthar yang mesra dengan panggilan Dynaz ini akui, pasti ada hikmah di sebalik titik hitam yang berlaku dalam dirinya.

Ketika sedang meratap kehilangan bayi sulungnya itu yang belum sempat merasa belaian daripada seorang ibu, terubat sedikit kesedihan itu apabila dia menerima berita kemenangannya Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) yang berlangsung di Genting Highlands, Ahad lalu.

Tutur pelakon berusia 28 tahun ini, dia menganggap kemenangannya adalah rezeki anak yang dikurniakan oleh Allah. Dia sendiri sepatutnya berada di majlis anugerah itu, tetapi nampaknya keadaan tidak mengizinkan.

"Sebenarnya, sejak Isnin minggu lalu saya selalu rasa 'cramp' di perut. Kemudian saya mula mengalami sedikit pendarahan. Suami saya akhirnya membawa saya ke Pusat Perubatan Prince Court.

"Ketika itu, degupan jantung 'baby' amat lemah. Dan nampaknya, tuhan lebih sayangkannya. Tetapi bayi saya itu dapat dikeluarkan secara normal," kata Dynaz yang sebelum ini juga pernah mengalami keguguran pada tahun lalu.

Menurut Dynaz, bayi perempuan itu dikebumikan oleh ayah dan suaminya di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada hari yang sama, Jumaat lalu.

Akui pelakon filem Impak Maksima ini, pada awalnya dia sememangnya amat kecewa dengan keguguran itu. Namun, sokongan si suami, Mohd Hafizy Hafiz dan ahli keluarga yang lain membuatkan Dynaz akhirnya akur dengan takdir tuhan dan cuba berfikiran positif.

"Sudah tujuh bulan saya mengandungkannya, memang cukup pilu apabila doktor kata dia sudah tiada.

"Walaupun saya dan suami belum membeli persiapan bayi, tetapi kami sudah pun sediakan nama untuknya, iaitu Emma Malissa. Nama itu jugalah yang kami letakkan di batu nisannya.

"Saya tahu, suami juga sedih. Tetapi saya kagum dengannya yang pandai kawal emosi untuk cuba tenteramkan hati saya. Banyak juga mesej-mesej takziah yang saya terima dari rakan-rakan dan peminat.

"Ramai yang cakap saya masih muda dan boleh cuba dapat anak lagi. Terima kasih banyak-banyak kerana memahami keadaan saya.

"Banyak juga ucapan tahniah yang saya terima atas kemenangan saya di ABP tempoh hari," kata Dynaz yang ketika ini sedang menjalani pantang selama 44 hari.

Mengulas tentang kemenangannya itu pula, kata Dynaz, dia sememangnya tidak menyangka mampu meraih anugerah itu untuk kali kedua berturut-turut, apatah lagi bila melihat saingan hebat daripada calon-calon lain iaitu Abby Abadi, Rita Rudaini, Fasha Sandha dan Diana Danielle.

"Saya langsung tidak letak harapan tinggi. Ini adalah satu penghargaan yang istimewa buat saya.

"Saya sendiri tidak tahu di mana kelebihan saya, mungkin juga kerana saya selalu berinteraksi dengan peminat-peminat menerusi Internet dan itu membuatkan mereka rasa 'dekat' dengan saya," kata Dynaz yang akan kembali aktif berlakon selepas habis berpantang nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2009 10:25 AM | Show all posts

Balas #2384 syakira_hazenan\ catat

video aper aku tak tau pon...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:27 AM | Show all posts

Reply #2384 syakira_hazenan's post

oooh ya ke...

kira berani ngok....huda tak berani ngok langsung...huhuhuuu

tp asben huda ngok....die kata ok jer...biasalah tu hmmmm

berbeza lak kite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 10:28 AM | Show all posts
morning ara

rayna apa kaba?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:29 AM | Show all posts

Reply #2386 YiPPiE's post

sedihnya...


moga dynaz tabah...semua ni pasti ada hikmahnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:31 AM | Show all posts
kira, tp alahai, takyah lah cakap kat dalam paper, suka tgk badan linda masa pregnant. aku dah terbayang lain dah.

mungkin sbb nenen dan punggung bertambah2 mantap.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:32 AM | Show all posts

Reply #2387 oreosz_neyz's post

video pasal kelahiran bayi secara vacum


huda da forwardkan juga  kat oreo

tapi takleh go through may be ofis oreo block...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:36 AM | Show all posts

Reply #2391 YiPPiE's post

aku rasa semua org duk byg kn apa yg ko byg kn..
dh ttu2 la bnda2 tu yg mkin mantap
que x terthn kn dh, tu yg btau paper
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:37 AM | Show all posts

Reply #2389 hudaini's post

rayna sehat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:38 AM | Show all posts

Reply #2392 hudaini's post



kwn ara baru bersalin anak guna vacum..

ada kesan sikit kat kpale bb,pstu kena jangkitan kuman + kuning..

now bb dia ade kat ICU spital kajang
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:39 AM | Show all posts
esok nak kena jemput adik balik dr asrama

semua brg2 nk kena angkut bawa balik...sebab asrama kena renovate..

nmpknya kena berulang alik 2 kali nk mengangkut barang....

dah la bilik kat tgkat 5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 10:41 AM | Show all posts

Reply #2394 ara's post

alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:46 AM | Show all posts

Reply #2395 ara's post

alahai....kesiannya


semoga anak kawan ara cepat sihat dan sembuh....

amin.......


kawan ara cmner?...da dibenarkan pulang ke masih kat sepital?...

huhuhuu harap2 tiada apa2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:46 AM | Show all posts

Reply #2396 hudaini's post

:@ :@ :@  jgn angkut brg2 berat tau huda
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:46 AM | Show all posts

Reply #2398 hudaini's post

maknye ok..cuma lemah sikit..xsmpat nak sembang lama...sbb die kata tgh sakit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.134906 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list