|
xabiss nk perli champion 20 kannn..
liverrfool xderr kann
ashburn Post at 11-5-2012 10:06
la, sy ada mention ke?
champion 20 tu sapo? |
|
|
|
|
|
|
|
xabiss nk perli champion 20 kannn..
liverrfool xderr kann
ashburn Post at 11-5-2012 10:06
jenuhlah nak tunggu libepul menang |
|
|
|
|
|
|
|
jenuhlah nak tunggu libepul menang
Gnola83 Post at 11-5-2012 10:11
takpe.. dh menang 1 cup pun cukup la |
|
|
|
|
|
|
|
la, sy ada mention ke?
champion 20 tu sapo?
RosesAre_Red Post at 11-5-2012 10:09
mcmm derr mention jekk..
champion 20 tu tgkk pergerakan mulot
saya nie.....MANCHESTER UNITED |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa gelak ros?
nabs Post at 11-5-2012 10:19
ayat copy paste je |
|
|
|
|
|
|
|
mcmm derr mention jekk..
champion 20 tu tgkk pergerakan mulot
saya nie.....MANCH ...
ashburn Post at 11-5-2012 10:19
saya liverpool, littlepool, libepull... kelab penuh sejarah, dok muzium pun takpe, yg penting legend |
|
|
|
|
|
|
|
saya liverpool, littlepool, libepull... kelab penuh sejarah, dok muzium pun takpe, yg penting ...
RosesAre_Red Post at 11-5-2012 10:30
nabs harimau malaya |
|
|
|
|
|
|
|
nabs harimau malaya
nabs Post at 11-5-2012 10:34
semangat kebangsaan |
|
|
|
|
|
|
|
Kejutan Siti untuk peminat
Barangkali di mata masyarakat, penyanyi ternama bernama Datuk Siti Nurhaliza ini sudah memiliki segala-galanya - kemasyhuran dan kemewahan selama 17 tahun menakluk dunia seni tempatan dan Nusantara.
Beratus-ratus anugerah dan penjualan album yang memberangsangkan semuanya terpahat kemas dalam direktori seni figura unggul ini.
Pun begitu bagi Siti, sebagai anak seni istilah puas hati tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
Selagi apa yang diimpikan dan rancangannya belum dapat direalisasikan, selagi itu Siti dia tidak akan duduk diam.
Kata bekas juara Bintang HMI 1995 itu, dia mempunyai banyak perancangan yang belum tercapai dan salah satunya adalah untuk mengadakan sebuah konsert.
Mungkin impiannya kedengaran mustahil tetapi sebagai penghibur, dia mahu mencipta rekod sendiri dengan menghiburkan masyarakat dengan konsert yang akan berlangsung di jalan raya terkemuka negara.
Mengakui mengambil inspirasi daripada kejayaan konsert terbuka Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Chow Kit, Kuala Lumpur lebih dua dekad lalu, tetapi kali ini Siti mahu menampilkan kelainan.
“Memang ini sebuah projek besar. Kertas kerja pun sudah disiapkan dan hanya menunggu mencari penaja sahaja.
“Kalau boleh, saya mahu melakukannya secepat mungkin. Tetapi memandangkan pilihan raya semakin hampir, saya berharap ia akan dapat direalisasikan selepas itu," kata pemenang Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak 11 kali itu penuh optimis.
Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu berkata demikian sewaktu ditemui pada sidang akhbar Istimewa Hari Ibu... Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Kali terakhir penyanyi tersohor itu mengadakan konsert solo adalah pada tahun 2009 menerusi Konsert Eksklusif Satu di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Mengenai perkembangan lain pula, seperti mana yang pernah diberitahu sebelum ini, Siti kini sedang mencari bahan terbaik untuk album Melayu terbarunya. Untuk itu katanya, dia mengalu-alukan lagu daripada semua komposer tidak kira baru atau lama untuk menyumbang dalam album terbarunya itu.
Sambil menyatakan kekagumannya kepada lagu Terukir Di Bintang ciptaan dan nyanyian Yuna, Siti mahu album terbaru itu berkonsepkan muzik yang digemari oleh khalayak masa kini.
“Berkemungkinan besar juga album itu nanti hanya memuatkan lima atau enam buah lagu sahaja. Kalau boleh saya mahu kesemuanya adalah karya yang berkualiti dan bagus agar album tersebut dapat dinikmati sebaik mungkin.
“Saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat sebaliknya apa yang saya pentingkan adalah melodi dan lirik yang bagus. Tidak kira komposer muda ataupun senior, semuanya saya alu-alukan," ujar pemilik vokal lagu Falling In Love dan Jawapan Di Persimpangan ini penuh bersungguh.
Dalam masa yang sama, Siti memberitahu dia akan terlibat dalam sebuah projek album istimewa di mana ia akan dihasilkan dan diterbitkan sepenuhnya oleh karyawan muzik Indonesia.
“Album yang bakal memuatkan 10 buah lagu itu memuatkan beberapa buah lagu lama saya yang diberi nafas baru dan selebihnya adalah lagu baru.
“Teruja juga dengan album ini kerana saya dijanjikan oleh pihak terbabit bahawa penerbitnya adalah Erwin Gutawa," kata Siti yang kali terakhir muncul dengan album solo Melayu, Tahajjud Cinta sekitar dua tahun lalu.
Selain itu, Siti juga bakal berduet dengan penyanyi dan komposer antarabangsa, Richard Marx selain sedang berusaha mendapatkan khidmat Bruno Mars dan David Foster untuk album Inggeris keduanya kelak.
Peminat dokongan utama
Perbualan seterusnya beralih pula kepada sambutan ulang tahun pembabitannya dalam bidang seni yang ke-17 pada 1 April lalu.
Sambil memanjatkan kesyukuran, Siti menggambarkan usia 17 tahun itu umpama seorang gadis yang dalam proses kematangan sebelum menuju alam dewasa.
Sudah pasti kata isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini, tunjang utama kepada kekuatannya sehingga mampu bertahan sehingga 17 tahun lamanya adalah kerana peminatnya.
Mungkin kedengaran klise, tetapi jelas penyanyi berusia 33 tahun ini, itulah hakikat sebenar yang dia sendiri tidak boleh menafikannya.
“Peminat-peminat saya memang cukup hebat dan mereka sanggup bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan sentiasa berpihak kepada saya. Itu adalah nilai yang cukup tinggi buat seorang penyanyi dan saya amat menghargainya.
“Mereka sentiasa bersama saya sejak awal dan sehingga kini masih setia, tidak pernah jemu menyokong sehinggalah saya sudah berumah tangga. Sebab itu, saya mahu terus melakukan yang terbaik buat mereka," ujarnya.
Sempat juga Siti berkongsi cerita tentang percutiannya ke Bogor, Indonesia bagi membuat kejutan buat peminatnya di sana pada hari ulang tahun pembabitannya dalam dunia seni ke-17 yang lalu.
Cerita Siti, saban tahun, ahli kelab peminatnya yang digelar SitiZoners akan berkumpul untuk meraikan sambutan ulang tahunnya sesama sendiri walaupun Siti tidak bersama mereka.
Lalu, apabila mereka berhimpun sekali lagi di Bogor, Siti merasakan adalah lebih baik untuk berkumpul sesama mereka.
Dengan bantuan pengurus peribadi yang juga kakak iparnya, Rozi Abdul Razak, Siti ke lokasi percutian tersebut bersama suaminya.
“Pada malam tersebut dalam keadaan gelap kerana Earth Hour, ketika sedang bermain soalan trivia, tanpa mereka sedari, saya duduk sekali bersama mereka.
“Apabila tiba giliran saya dan sebaik sahaja saya bersuara, ternyata mereka cukup terkejut dan terharu dengan kehadiran saya.
“Melihat riak wajah gembira masing-masing, membuatkan saya puas dapat bersama-sama walaupun perjalanan ke sana cukup memenatkan," katanya yang sempat melibatkan diri dengan pelbagai permainan yang diaturkan pada keesokan harinya.
Pada sidang akhbar itu juga, Siti telah dikejutkan dengan kehadiran 17 peminatnya yang menghadiahkan penyanyi kesayangan mereka itu dengan dua biji kek istimewa sambil diiringi lagu popular Siti, Seindah Biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
mak ai.. front page semua!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2358# nabs
ada...
yg joget2 sampai terjatuh handbag tu!! |
|
|
|
|
|
|
|
ct nyanyi ngan sape tu ang? |
|
|
|
|
|
|
|
nyanyi ngan ank zahid hamidi kalu x silap..
nama nurul zahid.. tp dia letak nama fofular annzy (btul kot eja camni..) |
|
|
|
|
|
|
|
x sedapla lagu tu..ct pon mcm x all out..inikan pula anak zahid hamidi yang kawalan vokalnya tah apa2... |
|
|
|
|
|
|
|
walaweyy kagumlah saya ngan CT.. bekerja keras betul dia.. baru je abis show hari ibu dah bergegas masuk hutan brainstorming simplysiti.. aduiii..
all the best mek ti.. such an inspiration! |
|
|
|
|
|
|
|
dapat info siti nanti ada kat MANIA akhir. |
|
|
|
|
|
|
|
satu dunia semalam dan hari ini rasa binget jek coz MU kalah....
tapi kat Singapore lain... dorang bising pasal MIO TV rosak.. wakakakka! sian depa tk dapat nak sorak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|