CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 10-10-2012 10:26 PM | Show all posts
transporter posted on 10-10-2012 08:50 PM
Saya & famili duduk di hotel ni 2009 bila buat Umrah.
Dalam 80m selepas Dar Umi Hane.
Anak 11 t ...

Kak Azie masa Umrah 2009 duduk kat Ufuk Fateh berdepan dgn Hijaz Hotel.
Husain dan ayahjoe masa pegi Umrah sama sama duduk kat Aber Garden.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 10:32 PM | Show all posts
norim posted on 10-10-2012 09:36 PM
Sayu hati bila lihat teman-teman dapat panggilan haji.. Cuma berharap, saya dapat rezeki mengerjakan ...

Assalamualaikum norim..
Kalau ikut kuota bila ye?
Jangan putus asa buat rayuan..Insyallah kalau Allah nak panggil kita menjadi tetamuNYA ,tiada siapa yg dapat menghalang.
Insyallah berusaha dan bertawakallah kpd Allah swt.

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 10:42 PM | Show all posts
aily posted on 10-10-2012 05:22 PM
Dapat panggilan ke sana pun dah banyak2 syukur. Makanan tu perkara kecil je kalau tak suka makan ...

Kak Aily nak tanyalaa...
Masa buat Haji Muasasah dulu..tiap waktu Kak Aily solat kat Masjidil haram ke?
Kalau yg tak pergi Masjid tu dia orang solat kat mana ?
Kat Maktab tu ada surau ke utk solat berjemaah atau solat kat bilik masing masing.
Azie bab solat ni kalau boleh setiap waktu solat nak  solat kat Masjidil Haram...
Masyallah..pahala ganjaran 100,000..ruginya.
Tapi kalau nak berulang setiap waktu ..jauh 1km .
Doa sangat moga Allah mempermudahkan Haji kami nanti.
Tiada yg permudah melainkan dipermudahkan oleh Allah.


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 10:57 PM | Show all posts
aziefa posted on 10-10-2012 10:42 PM
Kak Aily nak tanyalaa...
Masa buat Haji Muasasah dulu..tiap waktu Kak Aily solat kat Masjidil har ...

Azie, nak kata tiap waktu solat kat masjid tak ada jugak lah sebab bersama mak, kalau dia uzur akak kena teman kan dia solat kat surau. Maktab kami dulu jauh jugak dalam 750m kita yang muda laratlah berulang alik tapi yang warga emas ni kesian sikit. Kadang kadang tu mak kata tak apa lah biar dia solat berjemaah kat surau je (selalunya maktab ada sediakan surau) tapi kesian jugak kat dia kena naik lif turun lif tak berteman. Ingatkan tak ramai lah orang kat surau rupanya ramai bukan warga emas je yang muda pun ramai. Solat jumaat memang tak pernah pergi masa kat Makkah sebab Ustazah nasihatkan tak payah pergi bagi jemaah lelaki je pergi. Jadi kami berjemaah bersama ustazah.

Kami pergi KT awal jadi mula mula masuk Makkah jemaah tak ramai jadi feeder bas ada seorang SR5 je tapi selang 2 minggu nak Haji banyak jalan tutup jadi bas dah tak amik. Mula mula memang rasa jauh tapi lama kelamaan cam dah biasa rasa dekat je he he. Kurus jugak lah waktu balik Malaysia.

Azie, kali ni pergi suami tak ikut ke? Last edited by aily on 10-10-2012 11:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 11:01 PM | Show all posts
stroberi_80 posted on 10-10-2012 08:30 PM
Kejadian ini memang benar berlaku ...... serba salah jadinya kami ....

Stoberi cerita lah kisah benar tersebut boleh kita buat panduan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 07:36 AM | Show all posts
banyak ifo lately....thanks pada yang sudi berkongsi..moga2 aku dapat turn taun depan....daftar tahun 2010..jangka pergi tahun 2036..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2012 08:36 AM | Show all posts
aily posted on 10-10-2012 10:57 PM
Azie, nak kata tiap waktu solat kat masjid tak ada jugak lah sebab bersama mak, kalau dia uzur aka ...

Hehehe..isue surau ye?

Begini, setiap maktab memang menyediakan surau utk kegunaan jemaah haji, surau ni..selain utk solat, banyak aktiviti dijalankan kat sini, contohnya ceramah agama, taklimat masyaier, forum perdana dll la.

Ni gambaran surau di Bangunan Dar Al Janadiriah





Well, memandangkan jemaah haji ni datang dr pelbagai golongan, so, tak sama kemampuan mereka utk pergi ke Masjidilharam.

Bagi yg muda dan sihat, boleh pergi setiap hari dan setiap waktu. Bagi yg kurang sihat, atau yg dah berusia..mereka akan pergi ke Masjid secara selang seli, mungkin sehari pergi dan sehari tidak. So, dlm tempoh tu memang mereka ni akan banyak berada di surau maktab utk aktiviti keagamaan.

Kebiasaannya, apabila makin hampir dengan hari wukuf, contohnya beberapa hari sebelum nak wukuf tu, pihak TH akan menasihatkan agar jemaah haji utk habiskan masa di sekitar maktab sahaja, dan kami juga tidak menggalakkan jemaah haji utk tidak lagi ke masjidilharam. So, time ni surau tu biasanya penuh la..

Rasional bagi arahan ni (utk tidak ke masjdilharam) adalah kerana time tu dah sampai dekat kemuncak haji, so that ramai la jemaah haji dr seluruh dunia berada di Mekah, keadaan jadi sangat sesak (dan berdebu). Badan jemaah haji juga perlu direhatkan agar cukup 'kuat' untuk menghadapi waktu mencabar sepanjang tempoh masyaier, selain tu, kita risau takut kesihatan jemaah haji kita terjejas..kita juga risau takut jemaah haji kita ditimpa kemalangan akibat rempuhan dll la sebab bila jemaah haji ni ramai..memang banyak risiko la.

Berkenaan arahan ni, ada juga jemaah haji yg 'memberontak kecil-kecilan' (hehehe..taktau nak guna istilah apa..boleh la ye..), marah kami mengatakan TH menghalang mereka nak pi masjid. So, bila berlaku perkara mcm ni..kami bagitau, "ini adalah nasihat sahaja, kalau tuan nak ke masjidilharam, terpulanglah..cumanya kalau yg warga emas tu..baiklah berada di maktab ni je". Still ada yg degil bawak mak mereka yg dah berusia berasak2 ke masjid, bila dah nak sampai hari wukuf, ada jemaah haji warga emas yg marah kami tu jatuh sakit, ada yg terjatuh akibat ditolak oleh jemaah haji negara lain dan few case lagi la.

Tapi time tu, barulah ada yg datang cakap, "betullah arahan TH..waktu ni dah tak sesuai nak pi masjid..ramai betui orang kat luar..", pengurus maktab bagitau balik.."kami bukanlah nak halang sesiapa, cuma arahan ni dikeluarkan sebab kami ni dah banyak kali terlibat dlm operasi haji..dah belajar banyak perkara, so, mesti ada rasional di sebalik setiap arahan tu".

Sebenarnya orang salah faham, kita ke Mekah adalah utk haji, iaitu utk melakukan ibadah wukuf, mabit dan melontar dgn sempurna. Ada satu jemaah haji tu, memang dia all out walaupun dia tak berapa sihat, pi masjid setiap waktu, walaupun pihak doktor dah nasihatkan agar kurangkan pergerakan dan jangan kerap ke masjid due to suasana yg tak sesuai. Tapi dia ni pergi jugak walaupun dah nak wukuf..

Akhirnya time wukuf, mabit di mudzalifah dan di Mina dia demam panas yg teruk..menangis dia, kata dia "saya datang nak buat haji, tapi nak melontar pun kena wakilkan..patutnya saya beringat awal2 dan patuh arahan TH..". Apa lagi yg boleh kami kata, "takpalah..ni semua ujian drNya..banyakkan bersabar ye tuan"..


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 11:27 AM | Show all posts
Hotel Berasap, Jemaah Haji Kita Dipindah
  
Kuala Lumpur: Seramai 1,329 jemaah haji Malaysia dari Maktab 92 yang menetap di Hotel Qars Al-Janadriyah di Makkah, melalui detik cemas apabila asap dikesan di lobi bangunan 14 tingkat itu, pagi semalam.

Kejadian jam 8.15 pagi (waktu tempatan) itu menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut, namun tindakan pantas petugas Tabung Haji mengumpul dan memindahkan mereka ke kawasan selamat, berjaya menenangkan keadaan.

Jemaah dipindahkan Semua jemaah itu dari Sarawak, Kedah, Perak dan Johor kemudian dipindahkan ke hotel lain kira-kira 100 meter dari Qars al-Janadriyah. Proses perpindahan jemaah ke Hotel Abraj Al-Janadriyah mengambil masa hampir sejam.
Bahagian Hal Ehwal Awam Komunikasi Korporat Tabung Haji dalam kenyataannya berkata, siasatan mendapati asap itu berpunca daripada puntung rokok yang dicampakkan penghuni hotel dan masuk ke saluran paip.

“Puntung rokok yang tersangkut di paip itu mengeluarkan asap yang dikesan di lobi hotel,” katanya di sini, semalam.

Tabung Haji berkata, selepas disahkan selamat oleh pasukan bomba, semua jemaah kemudian dipindahkan semula ke Hotel Qars Al-Janadriyah kira-kira jam 10.30 pagi.

Sebaik asap dikesan, empat ambulans turut ditempatkan di pekarangan hotel sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang proses perpindahan jemaah haji.
Sementara itu, Ketua Biro BH Sarawak, Misiah Taib yang turut menginap di hotel berkenaan memuji tindakan pantas petugas Tabung Haji memindahkan jemaah ke tempat selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Petugas Tabung Haji mengetuk pintu setiap bilik penginapan jemaah untuk memaklumkan kejadian itu. Kami diminta meninggalkan semua barangan, kecuali dokumen penting sebelum dipindahkan ke lokasi selamat.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, jemaah dibawa turun melalui tangga kecemasan dan ketika itu memang ada bau benda terbakar dan kepulan asap,” katanya.

Misiah berkata, semua jemaah mulanya dikumpulkan di pejabat Tabung Haji berhampiran hotel, manakala mereka yang uzur dipindah menggunakan ambulans.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 12:07 PM | Show all posts
forselab posted on 11-10-2012 11:27 AM
Hotel Berasap, Jemaah Haji Kita Dipindah
  
Kuala Lumpur: Seramai 1,329 jemaah haji Malaysia dari  ...

Saya dapat tahu semalam..hehehe..ye la, info berlegar di tabung haji jugak kan..

Tu la jemaah haji kita..issue rokok ni sebenarnya dah tak larat nak dah nak layan, kekadang kami pun buntu..pesan la berpuluh kali, dr saat taklimat dlm bas semasa ketibaan, pastu semasa taklimat pengurusan, pastu tampal poster2 zon larangan merokok dan segala benda la..hujungnya berasap jugak.

Kat bangunan saya jaga, ada smoke detector..pernah berbunyi beberapa kali sebab pengera berbunyi, kekadang tu saya berlari naik ke tingkat atas sebab nak check..hujungnya ada pakcik mana ntah dok hisap rokok..sabor je la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 12:54 PM | Show all posts
haji_one posted on 11-10-2012 12:07 PM
Saya dapat tahu semalam..hehehe..ye la, info berlegar di tabung haji jugak kan..

Tu la jemaah h ...

hmm...dia campak kot mana la tu yek sampai termasuk saluran paip...
sepatutnya jemaah haji ni kena berpantang merokok jgk sepanjang musim haji...jdkan sbg latihan utk berenti merokok...tp ye la...mende dah jd habit & ketagih...tetap nak hisap jgk...sekurang2nye jagala perangai buang puntung rokok tu elok2...sbb buang merata2 ni la yg sampai menyusahkan org 1 hotel...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 01:22 PM | Show all posts
haji_one posted on 11-10-2012 12:07 PM
Saya dapat tahu semalam..hehehe..ye la, info berlegar di tabung haji jugak kan..

Tu la jemaah h ...
Tu la jemaah haji kita..issue rokok ni sebenarnya dah tak larat nak dah nak layan, kekadang kami pun buntu..pesan la berpuluh kali, dr saat taklimat dlm bas semasa ketibaan, pastu semasa taklimat pengurusan, pastu tampal poster2 zon larangan merokok dan segala benda la..hujungnya berasap jugak.

Selingan...Iklan..


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 01:23 PM | Show all posts
aily posted on 10-10-2012 10:57 PM
Azie, nak kata tiap waktu solat kat masjid tak ada jugak lah sebab bersama mak, kalau dia uzur aka ...


Terima kasih Kak Aily...
Dapatlah sedikit gambaran...

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 01:26 PM | Show all posts
aisya_hadi posted on 11-10-2012 08:32 AM
kalo bole mmg nak solat tiap waktu kat masjid...tp kalo nk berulang setiap waktu, mmg tak larat ko ...


Betul tu...
Masjid tu macam melambai lambai je utk solat disitu..Masyallah.
Tapi yg pentingnya kita kena jaga kesihatan dan tenaga yg diperlukan bila masuk Hari Rukun Haji.
Sebaik baiknya kkita kena dengar Nasihat pegawai TH yg lebih arif...

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 02:11 PM | Show all posts
Credit to: Skycrapercity.com

Latest





Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 02:22 PM | Show all posts
Makkah - 540,000 tickets are now on sale for the Holy Sites Train, and will continue to be available for pilgrims until the third day of Dul Hijjah (Oct. 19), according to Fareed bin Mohammed Al-Ghamdi, head of the ticket collection committee. Tickets are being sold at the Central Administration for Development Projects offices, located on Makkah Ring Road in front of Al-Nour Hospital.

Tickets cost SR 250 for pilgrims and SR 50 for operators, non-pilgrim government sector employees and Haj group officials.

Kalau dorang bukak post sebagai penjaga ticket pun akak sanggup apply he he (tak kisah lah walau hanya musim haji)
                                                                    

Last edited by aily on 11-10-2012 02:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 03:19 PM | Show all posts
aily posted on 11-10-2012 02:11 PM
Credit to: Skycrapercity.com

Latest

nak tanye pd sesape yg penah solat kat atas bumbung Masjidil Haram ni...
ada ruangan khas utk org perempuan ke? seperti di tingkat2 bwh mcm ruangan berpagar gitu atau mmg lapang camtu...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 03:33 PM | Show all posts
forselab posted on 11-10-2012 03:19 PM
nak tanye pd sesape yg penah solat kat atas bumbung Masjidil Haram ni...
ada ruangan khas utk org ...

Tak ada ruang atau sekatan. Dia memang lapang terbuka. Ramai yang suami/isteri solat berdekatan.

Akak kalau solat kat atas rooftop ni cari tempat yang ramai jemaah wanita kat situ lah akak solat. Yang seronok solat kat sini sejuk berangin yang tak seronoknya jemaah lelaki tak segan silu melangkah jemaah jemaah lain tak kira lah jemaah wanita ke jemaah lelaki. Pernah sekali ada jemaah wanita ni tengah sujud dia nak melangkah apalagi akak tahan dengan tangan halang dia nak melangkah.

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 03:48 PM | Show all posts
ooh...mcm kat area Saie la kan..? sekelompok perempuan kat sini...sekelompok kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 04:13 PM | Show all posts
assalamualaikum, apa kabar teman2 grup haji & umrah ?, lama dah tak jengok ...selamat menunaikan ibadah haji kepada semua jemaah Haji dari malaysia termasuk teman2 dari grup ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 07:00 PM | Show all posts
haji_one posted on 11-10-2012 12:07 PM
Saya dapat tahu semalam..hehehe..ye la, info berlegar di tabung haji jugak kan..

Tu la jemaah h ...

Assalamualaikum haji one..
Ada tak Peta Penempatan bagi Haji Muasasah..
Kalau ada..pastelah kat sini.
terima kasih.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.048864 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list