CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 18-2-2016 11:44 AM | Show all posts
mr_sab replied at 18-2-2016 11:36 AM
saya ada semua brochure TH, Rayhar, Wira & CS sbb sy mmg dah communicate directly dgn diorg...base ...

kena selak2 page blakang ada jugak tips & feedback utk agensi2 nie...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 11:46 AM | Show all posts
btul tu..saya nyaris2 nak buat confirmation utk guna non-recommended agent which is En xxx...tapi Alhamdulillah terbaca pasai dia dalam thread ni dan terus reject agent tu walaupun harganya murah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 02:01 PM | Show all posts
mr_sab replied at 18-2-2016 11:36 AM
saya ada semua brochure TH, Rayhar, Wira & CS sbb sy mmg dah communicate directly dgn diorg...base ...

iya.. rayhar terbaik.. saya pergi tahun lepas dengan rayhar..
keseluruhan mmg terbaik..

bulan depan akan pergi dengan andalusia pula..
tak tahu lagi mcm mana..

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 02:28 PM | Show all posts
anniez08 replied at 18-2-2016 02:01 PM
iya.. rayhar terbaik.. saya pergi tahun lepas dengan rayhar..
keseluruhan mmg terbaik..

bulan depan pergi berapa haribulan dengan andalusia?
saya pertama kali nak pergi dengan agensi yang ada dan pilihan kali pertama ni andalusia.

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 02:42 PM | Show all posts
mr_sab replied at 17-2-2016 02:17 PM
As salam semua,
InsyaAllah pada bulan Mei nanti saya bersama ibu, mother & father-in-law akan menun ...

Kalau terus ke Madinah, bermakna tuan akan berihram di Bir Ali yang memakan masa kira2 6 jam ke Mekah. Madinah ke Mekah naik bas, kena semak semua keselesaan. Nak lebih selesa naik pajero. Itu caj lain dalam travel.

Kalau terus ke Jeddah, bermakna tuan akan memakain pakaian ihram dari Malaysia lagi, sampai Jeddah ke Mekah 1 jam. Tak campur semua urusan bagasi, visa semua.

Atas tuanlah nak timbang bagaimana sebab bawa orang tua yang uzur.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 06:39 PM | Show all posts
dee556 replied at 18-2-2016 02:28 PM
bulan depan pergi berapa haribulan dengan andalusia?
saya pertama kali nak pergi dengan agensi ya ...

pertengahan bulan march nanti.. time cuti sekolah..dee sblm ni pergi dgn pakej yg mana?..
TH travel pun rasanya ok juga..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2016 06:47 PM | Show all posts
smartheartku replied at 11-2-2016 01:28 PM
husben n group jemaah umrah masa first time umrah tinggalkan selipar di rak kasut. tapi mmg hapal ra ...

masa saya buat umrah tahun lepas saya terpaksa beli 3 pasang kasut..
sebab 3 kali hilang bila letak di rak kasut.. kalau tak hilang semua..
hilang sebelah.. dan balik pun terpaksa berstokin saje..
bawa selipar bilik hotel pun hilang juga..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 09:21 AM | Show all posts
anniez08 replied at 18-2-2016 02:01 PM
iya.. rayhar terbaik.. saya pergi tahun lepas dengan rayhar..
keseluruhan mmg terbaik..

Rayhar hotel di Mekah dekat tk? Harga Rayhar boleh tahan jugak...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2016 09:24 AM | Show all posts
anniez08 replied at 18-2-2016 06:39 PM
pertengahan bulan march nanti.. time cuti sekolah..dee sblm ni pergi dgn pakej yg mana?..
TH trav ...

ohhh.....kami pergi selepas cuti....22hb insya Allah fly.
tak pernah pegi umrah.....ni pertama kali nak pegi.
kami alhamdulillah dah buat haji tahun lepas.

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 09:42 AM | Show all posts
aryn_mz replied at 19-2-2016 09:21 AM
Rayhar hotel di Mekah dekat tk? Harga Rayhar boleh tahan jugak...

dekat juga.. tinggal di al safwah hotel..
keluar hotel da depan dataran masjidil haram..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 09:53 AM | Show all posts
dee556 replied at 19-2-2016 09:24 AM
ohhh.....kami pergi selepas cuti....22hb insya Allah fly.
tak pernah pegi umrah.....ni pertama ka ...

22hb da sampai ke madinah waktu tu..
kali ni dgn andalusia terus ke mekah dulu..
seronok dpt buat haji pada tahun lepas kan..
masa kejadian kren runtuh tu puan hajjah da ada di sana ke?..
pengalaman paling tak dpt dilupakan  bila berada di arafah dan mina..
kepanasan yg melampau kata doktor tabung haji..
tapi tetap rasa seronok. ntah bila akan dpt buat haji lagi..
sb sekarang ni.. org yg baru balik haji hanya boleh mendaftar haji
selepas 8 tahun dari tarikh kita balik haji..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 10:07 AM | Show all posts
anniez08 replied at 19-2-2016 09:53 AM
22hb da sampai ke madinah waktu tu..
kali ni dgn andalusia terus ke mekah dulu..
seronok dpt bua ...

alhamdulillah.....kepuasan mengerjakan haji tak terkata...
semasa kejadian kren tu kami masih berada di hotel.
ada jugak sebilangan jemaah yang keluar sebaik je asar di hotel.
roommate suami ada 2 orang di masjid tapi kedua2nya tak tahu.
sorang baru nak masuk masjid dengan basah kuyup sebab hujan dah turun seawal 430 petang.
sorang lagi solat di bangunan King Abdullah expansion.

suami saya bercadang nak keluar ke masjid jam 530 petang.
saya pulak uzur ..........kami hanya tahu kira-kira jam 830 malam.

cuaca panas????.....itu dugaan untuk kita hambaNya.
apapun saya tetap seronok di Arafah dan Mina walau cuaca begitu menduga keimanan kita.

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 01:39 PM | Show all posts
aryn_mz replied at 19-2-2016 09:21 AM
Rayhar hotel di Mekah dekat tk? Harga Rayhar boleh tahan jugak...

Pernah pergi umrah dan haji dgn Rayhar. hotel yg paling dekat As Safwah Royale Orchid Hotel. Turun hotel terus dataran masjid. Hotel yang lain spt Al Maqam pun dekat. servis rayhar mmg bagus.

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 02:50 PM | Show all posts
anniez08 replied at 19-2-2016 09:42 AM
dekat juga.. tinggal di al safwah hotel..
keluar hotel da depan dataran masjidil haram..

tq for sharing..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 02:52 PM | Show all posts
viscosesss replied at 19-2-2016 01:39 PM
Pernah pergi umrah dan haji dgn Rayhar. hotel yg paling dekat As Safwah Royale Orchid Hotel. Turun ...

Jemaah Rayhar selalunya ramai tk?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 08:33 PM | Show all posts
aryn_mz replied at 19-2-2016 02:52 PM
Jemaah Rayhar selalunya ramai tk?

Masa saya pergi dulu ramai jugak. Ada la dlm 3 Buah bas (lbh krg 100+)jemaah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2016 09:57 AM | Show all posts
viscosesss posted on 19-2-2016 08:33 PM
Masa saya pergi dulu ramai jugak. Ada la dlm 3 Buah bas (lbh krg 100+)jemaah

ooo...ramai gak yer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 12:27 PM | Show all posts
nashrudean replied at 9-12-2015 09:10 AM
nk tnya..
sy nk bw adik OKU berkurasi roda.
ada x servis tlg tolah kusi roda masa tawaf dan saie?
...

Sempat lagi ke ni?

Untuk Saie ada buggy. Dia panggil electronic car kalau tak silap. Naik eskolator ke tingkat atas sekali sebelah Safa.
1 buggy SR50. Kalau tambah lagi tarik belakang, tambah lagi SR50.
Tengok ada yang naik berdua 1 buggy. Ada yang sewa 2 buggy yg belakang anak2 & isteri duduk.
Senang je nak bawanya. Macam go cart

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 01:01 PM | Show all posts
msaadhamid replied at 8-12-2015 10:43 AM
Assalamu'alaikum wbt

Faktor pemilihan TA, antara lain ke lihat:

Saya baru balik dari Umrah 10/2. Pergi dengan Tiram.


1.  Jarak hotel dengan Masjidil Haram -> Duduk di Safwa Towers. Harga below RM6K. Di Madinah duduk di Al Massa, dekat pintu 6.
2.  Penerbangan direct (ke Jeddah atau Madinah) -> Direct Jeddah. Alhamdulillah masa sampai tak lama sangat processnya. Cuma time balik ada aral sikit.
3.  Airlines apa? -> Air Asia X. Pegi ada banyak tempat kosong so boleh pindah2 or duduk berdua/sorang. Balik full house. Makan 2 kali. Selesa? Err.. boleh laa
4.  Bilangan hari umrah -> 12H/10M
5.  Bilangan hari di Madinah dan Makkah. -> 6 malam di Mekah, 3 malam di Madinah. Sempat solat Jumaat di Mekah.
6. Ada tak mutawif pengiring KLIA-KLIA (pergi balik dan dalam semua perjalanan). -> Mutawif ikut dari pegi sampai balik.
7.  Kalau berhenti di R&R masa dalam perjalanan Madinah/Makah, makan tu dia bayar atau kita yang bayar? -> Yang ni bayar sendiri. Terkulat2 la jgak kami masa baru sampai. Duit paling kecil SR500. Makan 1 dulang baru SR15. Sudahnya minum air panas je. Korek2 duit kecil tak sampai SR10. Nak pecah duit 500 takut pak arab marah . Yang kemudian2 berenti pun tak makan sebab dah kenyang sangat makan di Hotel.
8.  Mutawif pengiring/staff TA di Makkah dan Madinah, adakah mesra alam atau buat muka garang supaya kita tak tanya soalan banyak-banyak? -> Mutawif kami rockers. Mesra alam sesangat
9.  Kalau ambil hotel yang dekat dgn masjidil haram, adakah fullboard (minum pagi, makan tengahri, makan malam) atau hanya just breakfast jer? ->Fullboard disediakan oleh Felda D'saji. Sedap & memenuhi citarasa.
10. Bilangan umrah tambahan yang free (bus dan mutawif disediakan) -> Kami dapat buat umrah 3x dengan Mutawif
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 02:28 PM | Show all posts
Edited by smartheartku at 23-2-2016 02:31 PM

murahnya tiram 6k +- je.
untuk tabung haji aritu ramai jugak dalam 270 orang. ni perjalanan 20 jan - 1 feb. chartered fligh dijadualkan jam 10 gerak. ada masalah pada pesawat so tunda ke pukul 2 petang. MAS bagi kupon RM20 per person. kemudian dah naik flight ada 2 jemaah yang tidak sihat tgu Dr. so 1 jam uruskan jemaah tu. Kesian tak dapat mneruskan perjalanan atas sebab kesihatan. flight kami terus ke Madinah airpot baru. Lmaa jugak urusannya. kena scan jari bagai.

sampai sana dah siap2 bagi no bas kepada jemaah ikut pakej, sama ada fairuz, nilam or topaz. bas bila cukup org je gerak terus. mutawif tgu di airport. cuma masa balik kami dengan driver je sbb halfway mutawif turun bas. masa balik pon ok juga cuma biasala menunggu lama di airport.

di madinah menginap di movenpick. dekat pintu 15. hotel dekat cuma lift sikit so sesak sikit kalau waktu puncak.

di mekah menginap di hotel anjum. lift banyak. masa menunggu kurang 1 minit. alhamdulillah.

kali ni mutawif ok bawak kami p pasar kurma, ladang kurma, dengan tempat beli belah di mekah. apa tah namanya. rindu betul nk p haramain. tayah pikir apa pegi masjid balik. basuh baju. buat ibadat. cuma kesihatan kurang. so tak explore masjid sangat jalan jauh takut badan tak larat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.224025 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list