|
[Jenayah]
Tragedi MH17 V4 : Kemungkinan MH17 ditembak jet pejuang Sukhoi?
[Copy link]
|
|

kesan 30mm cannon |
|
|
|
|
|
|
|

30mm cannon round |
|
|
|
|
|
|
|

Impact on MH17 |
|
|
|
|
|
|
|
matamata posted on 8-8-2014 10:50 PM 
Impact on MH17
bagus info ni ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cilaka tul..bila.tgk.impact.klu betul.lah fighter yg tembak..mmg.cilaka..cian mas. |
|
|
|
|
|
|
|
djflux2000 posted on 9-8-2014 08:36 AM 
Cilaka tul..bila.tgk.impact.klu betul.lah fighter yg tembak..mmg.cilaka..cian mas.
Malaysia Airlines MH17: Mangsa Pertama Rakyat M’sia Berjaya Dikenalpasti
Posted 2014/08/08 by Ana Ghoib in Berita Harian

Tiga minggu selepas pesawat MH17 ditembak jatuh, identiti seorang rakyat Malaysia berjaya dikenalpasti, menurut sumber.
Elaine Teoh, 27, yang berasal dari Pulau Pinang, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang berjaya dikenalpasti oleh pakar forensik di Belanda.
Alumni Universiti Melbourne berkata identiti mangsa berjaya dikenalpasti dalam tempoh dua dan empat hari lalu.
Pihak polis telah menghantar wakil untuk memaklumkan kepada keluarga Teoh untuk pengesahan.
Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenan masih belum dapat dikenalpasti sehingga kini.
Teoh dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dalam perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di Portugal dan Belanda.
Sebelum ini pernah dilaporkan, teman baik Teoh, Tan Sook Then sepatutnya menjemput pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Julai. – mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia Airlines MH17: Bila Terpaksa Mengenal Pasti Jenazah Sahabat Sendiri…

Berita terkini MH17: BELIAU adalah pakar forensik yang disegani dan pernah terlibat dalam Ops Daulat semasa sekumpulan militan dari Selatan Filipina menyusup masuk di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, tempoh hari.
Tahun ini, Dr Shah Mahmood sekali lagi menyumbangkan kepakaran beliau dalam bidang patologi dengan mengemudi pasukan berjumlah 24 orang bagi mengenalpasti identiti mayat mangsa tragedi kapal terbang MH17 yang terhempas itu.
Selalunya beliau profesional dalam mengendalikan tugasnya tanpa melibatkan sebarang hubungan ‘emosi’ dengan ‘objek’ yang beliau kendalikan; Namun kali ini, keadaan itu bakal berubah.
Salah seorang jenazah mangsa nahas kapal terbang itu arwah Mohd Ghaffar Abu Bakar, Ketua Pramugara MAS yang juga rakan baiknya sejak sekian lama.
Dr. Shah memanggil Mohd. Ghafar dengan nama Mogab, sama seperti rakan sekelas mereka yang lain.
Kesugulan jelas terpancar di wajah pakar patologi berusia 54 tahun itu:
“Saya akui, saya tidak tahu sama ada saya mempunyai kekuatan emosi untuk melakukan pemeriksaan ke atas jenazah Mogab, seorang yang saya kenal sejak di bangku sekolah dan saya anggap sebagai saudara kandung sendiri,” keluhnya.
Perkenalan antara Dr. Shah dan Mogab bermula semasa mereka sama-sama menuntut di SM Sains Johor pada tahun 1977.
” Jika ada pakar lain dalam pasukan penyelamat ini yang dapat menggantikan tempat saya, rasanya lebih bagus,” tambahnya lagi yang dilihat cukup terpukul dengan tragedi yang menimpa rakan baiknya itu.
Akhbar New Straits Times telah menemui Dr Shah di fasiliti ketenteraan bersekuriti tinggi di Hilversum, di mana pasukan forensik Malaysia menjadi sebahagian daripada Pasukan Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) antarabangsa.
” Kali terakhir kami berhubung adalah menerusi WhatsApp Group, yang turut disertai oleh rakan-rakan lain,” jelasnya membuka cerita.
Dalam khidmat pesanan ringkas itu, Ghafar telah memaklumkan bahawa beliau bakal berlepas daripada Amsterdam pada lewat tengah hari dan mereka mendoakan perjalanan beliau selamat.
Dua jam kemudian, seluruh tubuh Dr. Shah seolah-olah kaku apabila salah seorang rakannya bertanya kesahihan berita penerbangan Malaysia yang sudah terhempas di Ukraine.
Penerbangan MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia 17 Julai, lalu.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga sekarang tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Sementara itu, sokongan dan kata-kata dorongan tidak putus-putus diucapkan di laman Facebook milik Dr Shah, menyatakan kekaguman dan penghargaan mereka terhadap profesionalisme dan dedikasi yang ditonjolkan.
“Saya rasa letih..terlalu banyak bergerak hari ini di Hilversum,” katanya.
Seorang kenalan persekolahan Dr Shah dan Ghaffar, tampil memberikan kata-kata semangat kepada doktor itu.
” Usaha ini amat berbaloi, Ahli keluarga allahyarham dan rakan-rakan beliau sudag pasti begitu menghargai jasa kalian ” – Sarah, Mynewshub.my
|
|
|
|
|
|
|
|
MH17: 150 mayat sempurna dan 300 anggota badan selesai dibedah siasat
Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) menjalankan bedah siasat terhadap 150 mayat sempurna dan 300 pelbagai anggota badan tidak sempurna mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
“Daripada 226 keranda yang selesai dibuka ada 600 bahagian…pemeriksaan dibuat ke atas 450 bahagian iaitu 150 ialah mayat sempurna manakala 300 pula anggota pelbagai badan tidak sempurna,” katanya.
Dr Subramaniam berkata satu keranda yang baru tiba di Kem Tentera Hilversum, Amsterdam pada 4 Ogos, sedang dalam proses pemeriksaan bedah siasat.
“Jangkaannya dalam seminggu dua ini semua pemerikaaan (bedah siasat) siap dijalankan, selepas itu proses mengenal pasti (pemadanan) akan dijalankan daripada keputusan DNA yang kita hantar daripada ahli keluarga terdekat,” katanya.
Bercakap dalam sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kementerian di Putrajaya hari ini, beliau berkata proses mengenal pasti mangsa mayat pula dijangka siap selewat-lewatnya dalam tiga minggu lagi.
Dr Subramaniam berkata selepas segala proses rumit itu selesai, kerajaan akan membuat keputusan berhubung proses membawa balik mangsa mayat itu ke negara ini dengan mengambil kira pandangan waris mangsa.
“Sebab ada pelbagai pandangan, ada yang tidak mahu ia dibawa balik, ada yang nak dibakar di situ dan ada juga yang mahu membawa balik secepat mungkin. Tiap-tiap pandangan akan diambil kira oleh kerajaan,” katanya.
Beliau berkata buat masa ini pasukan DVI Malaysia dan DVI antarabangsa berada dalam fasa pemadanan data pemeriksaan antemortem dan post mortem bagi tujuan pengesahan secara positif identiti mangsa.
Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai ditembak jatuh, namun tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.– Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kapal kita jadi target, bukan 2 kapal lain yg di kesan dalam radar guna ruang udara yg sama - India dan Singapura kan?
Bincang2 kedai kopi, zionist-us ni berani ke nak tembak kapal india? Giler nak buat 2 billion rakyat india marah. India pun bukan calang2 kuasa nuklear. Singapura pulak, dah sah2 sekutu kuat, dan pusat kewangan. giler nak buat singapura bengang? jadi, kita lah yang 'tak berdosa' ni jadi mangsa. penumpang pun kebanyakannya warga belanda, negara pertanian. tak de kepentingan/ancaman pun kalau jentik sikit. belanda akan ikut je apa kata big boss. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 9-8-2014 08:58 AM 
MH17: 150 mayat sempurna dan 300 anggota badan selesai dibedah siasat
Alhamduliilah urusan ni lancar stakat ni....harap kekal lancar smpi la proses akhir, bwa blk negara masing2
i
|
|
|
|
|
|
|
|
GincuPurple posted on 9-8-2014 01:17 PM 
Kenapa kapal kita jadi target, bukan 2 kapal lain yg di kesan dalam radar guna ruang udara yg sama - ...
Maksud ko both Msia & Belanda dah tau ttg tujuan nak tembak MH17 ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
aechae posted on 9-8-2014 01:25 PM 
Alhamduliilah urusan ni lancar stakat ni....harap kekal lancar smpi la proses akhir, bwa blk negar ...
ha`ah ..
semoga d permudahkan semua urusan
UPDATE
Malaysia Airlines MH17: Dua Rakyat Malaysia Dikenal Pasti Setakat Ini
Posted 2014/08/09 by Ana Ghoib in Berita Harian
THE HAGUE: Dua rakyat Malaysia merupakan antara 21 mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dikenal pasti oleh pasukan forensik, kata Kerajaan Belanda pada Jumaat.
Selain dua rakyat Malaysia, 21 mangsa terdiri daripada 16 warga Belanda, Britain (1), Jerman (1) dan Kanada (1).
|
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 posted on 9-8-2014 02:11 PM 
Maksud ko both Msia & Belanda dah tau ttg tujuan nak tembak MH17 ni??
rasanya apa yang @GincuPurple cuba sampaikan
zionist-us ni berani ke nak tembak kapal india? Giler nak buat 2 billion rakyat india marah. India pun bukan calang2 kuasa nuklear. Singapura pulak, dah sah2 sekutu kuat, dan pusat kewangan. giler nak buat singapura bengang? jadi, kita lah yang 'tak berdosa' ni jadi mangsa. antara sebab2 "mengapa" Malaysia jadi target
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 9-8-2014 02:43 PM 
rasanya apa yang @GincuPurple cuba sampaikan
antara sebab2 "mengapa" Malaysia jadi target
sebab ada kaitan dgn sumpit kot....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ade sorang sepupu yg turut serta wakil PDRM. Nak dgr sendiri dari mulut dia ape yg dia nampak. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 9-8-2014 02:43 PM 
rasanya apa yang @GincuPurple cuba sampaikan
antara sebab2 "mengapa" Malaysia jadi target
Ya, ini itulah yg Gincu nak sampaikan, pendapat 5sen Gincu.
|
|
|
|
|
|
|
|
GincuPurple posted on 9-8-2014 03:23 PM 
Ya, ini itulah yg Gincu nak sampaikan, pendapat 5sen Gincu.
MH17: Pengusaha restoran dirindui warga Rotterdam

AMSTERDAM, (MLP) - Pengusaha restoran, Jenny Loh Yan Hwa, 55, yang terkorban dalam nahas MH17, merupakan seorang rakyat Malaysia yang sangat penting di kalangan warga Belanda.
Loh dan suaminya, Fan Shun Po, 60, merupakan pengusaha dua buah restoran terkenal di bandar Rotterdam, Asian Glories dan Dim Daily.
Menurut rakan baik Loh, Sharina Karim, kedua-dua restoran tersebut bukan sahaja popular di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di Rotterdam, tetapi juga warga tempatan.
Masakan tradisi Malaysia seperti nasi lemak, kangkung goreng belacan, mi kari dan banyak lagi, antara menu pilihan di restoran milik Loh.
Tambah Sharina, seluruh penduduk bandar Rotterdam mengenali Loh dan restorannya, malah restoran Asian Glories pernah menerima rating daripada daripada Michelin, kerana menu bajetnya yang disifatkan hebat dan berbaloi.
Pada 20 Julai lalu, beratus penduduk bandar berkenaan, diketuai Datuk Bandar, Ahmad Aboutaleb, dan chef selebriti, Herman den Blijker, mengadakan upacara khas untuk memperingati Loh yang terkorban bersama suami dan ibunya dalam nahas berkenaan.
Credit To:
http://news.mylaunchpad.com.my/news/local/article/articleid/599598/bm/mh17-pengusaha-restoran-dirindui-warga-rotterdam
|
|
|
|
|
|
|
| |
|