sampras dulu menang 14 grand slam dalam jangka waktu yang panjang, dalam tempoh tersebut dia banyak kali kalah dan takde winning streaks yang bagus...
untuk federer, kita dah tgk track record dia yang begitu cemerlang, almost semua tournament yang dia masuk semua jadi johan atau at least semifinal...
jadi utk tahun 2008 ni, dengan tiada lagi title yang dia grrrabbbbb ... nampak macam prestasi dia sedikit membimbangkan...
adakah sebab tanpa jurulatih prestasi dia merudum??
adakah dia ada krisis dengan Mirka???
adakah strategi dia untuk mengelakkan peminat tennis menjadi bosan dengan dia saje yang menang??
atau.....
adakah dia telah terkena sindrom atlit Malaysia yang cepat lupa diri..setelah melawat malaysia tempoh hari????
aku ade ternampak kt youtube ri tu, nadal cm pakai outfit hijau muda....
federer lak pakai outfit hitam rasenye... mampuslah pakai itam panas nanti, dh la clay court ni meletihkan...
thread ni cm nak jatuh2 je... moh le upkan balik... takkan le mood penyokong Federer dh down kot... aku pun nak jugak Federer menang... tak sabar nak tgok camne prestasi dia kt Estoril Open nanti. kalau takde hal, leh masuk final, kemungkinan jumpa Davydenko...
Sharapova dipaksa berhempas pulas SHARAPOVA guna segala
pengalaman untuk membenam cabaran Garrigues pada aksi
pusingan ketiga kelmarin.
FLORIDA - Ratu tenis Rusia, Maria Sharapova terpaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan suku akhir pada Kejohanan Tenis Bausch & Lomb kelmarin.
Pemain pilihan pertama itu menang 7-6, 5-7, 7-6 ke atas pemain kurang ternama dari Sepanyol, Anabel Medina Garrigues kelmarin, sekali gus melebarkan rekod kemenangannya kepada 20 perlawanan musim ini.
Begitupun, juara Terbuka Australia itu mengakui pertemuan dengan Garrigues kelmarin benar-benar menguji keupayaan sebenarnya.
"Perlawanan ini merupakan antara perlawanan yang sukar bagi saya," kata Sharapova yang beraksi buat pertama kali dalam kejohanan gelanggang tanah liat musim ini.
"Pada mulanya saya rasa saya mampu mencatat kemenangan dengan dua set sahaja tetapi dia (Garrigues) bukannya pemain yang mudah berputus asa."
Pada pusingan suku akhir, Sharapova akan menentang pemain pilihan ke-10, Alona Bondarenko yang terlebih dahulu membuat kejutan menewaskan pilihan keenam dari Rusia, Dinara Safina 7-6, 0-6, 7-5.
Sementara itu, pemain Amerika Syarikat, Lindsay Davenport juga turut mara selepas menewaskan pemain Croatia, Karolina Sprem, 6-4, 3-6, 6-4 dalam masa satu jam dan 49 minit.
Begitupun, nasib tidak menyebelahi pemain pilihan kedua, Anna Chakvetadze yang tersingkir pada pusingan ketiga selepas tewas kepada pemain Slovakia, Dominika Cibulkova 2-6, 6-3, 1-6.
Bekas juara, Amelie Mauresmo dari Perancis pula menundukkan pemain Poland, Agnieszka Radwanska 3-6, 7-5, 7-6 (8/6) untuk satu lagi tiket ke suku akhir. - AFP