CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Surabaya, Indonesia

   Close [Copy link]
Post time 22-11-2012 03:26 PM | Show all posts
Dari Sunrise, perjalanan dilanjutkan turun ke padang pasir.

Disebabkan jalan ke Viewpoint Penanjakan 1 ditutup sampai 28 Nov 2012, kawasan sekitar desa Cemoro Lawang menjadi penuh sesak dengan pengunjung & kenderaan. Ini adalah disebabkan oleh semua pengunjung & TA dari Surabaya & Malang tertumpu pada Penanjakan 2 & Mentigen untuk melihat matahari terbit.

Setelah lepas dari kesesakan lalu lintas, destinasi pertama ialah Watu Kutoh / Batu Kota. Untuk mencapai lokasi ni cukup dekat. Tapi memandangkan tidak banyak kenderaan yang melalui kawasan ini kecuali motorsikal, harus berhati-hati laluan mungkin terputus oleh sungai jadian, bekas aliran air semasa hujan lebat.



Watu Kutoh ini sebenarnya kawasan penuh berbatuan & di dalam kawasan ini, terdapat sumur-sumur tua yang kononnya boleh sampai ke Pulau Madura. Sebelum permodenan masuk ke kawasan Taman Negara BTS, inilah sumber air orang Tengger.

Sekilas kelihatan biasa-biasa saja, tapi permandangan dari sini juga tidak kalah menarik apa lagi, untuk mereka yang belum pernah melihat Cemoro Lawang, Gn Batok, Kawah Bromo & Lembah Savana dari jauh. Saya cuba mencari lokasi sebenar sumur tua, tapi kebanyakan sumur telah tertutup oleh abu Bromo. Cari punya cari, jumpa 1.



Kawah Bromo, Batok & Perkampungan Cemoro Lawang dari Watu Kutoh.



Lubang di Batu. Sekilas, memang buatan alam. Bukan buatan manusia.



Lembah Savana dari Watu Kutoh.



Gua tersembunyi di sebalik bebatuan



Sumur Tua yang telah ditinggalkan & tertutup oleh abu Bromo



Dari Watu Kutoh & Sumur Tua, saya bergerak ke arah Watu Singa. Pak Supir memandu melalui sebuah padang rumput yang juga tidak kalah menarik dengan permandangan di Padang Savana. Perbezaannya, rumputnya kuning. Hehehe...





Sama seperti padang rumput dalam filem God Must Be Crazy.



Dan inilah patung Watu Singa dari jarak dekat. Terletak tidak jauh dari Pasir Berbisik. Saya diuntungkan dengan patung singa yang bersih kerana 2 malam sebelumnya, hujan telahpun turun terlebih dahulu di Taman Negara Bromo-Tengger-Semeru.



Setelah mengambil beberapa foto panorama, kami bergerak ke arah sisi kiri kawah Bromo. Setiba di situ, saya mendapati sebahagian kecil kawasan tersebut agak menyerupai Gurun Pasir. Untuk yang bercadang ke Jogja, di kawasan Jateng tersebut terdapat sebuah Gurun / Padang Pasir yang diberi nama Gurun Padangkusumo. Video klip Diva Indonesia, Agnes Monica difilemkan di tempat tersebut.







Dari sini, kami bergerak kembali ke Hotel Bromo Permai I untuk sarapan & bersiap ke Air Terjun Madakaripura. Sempat diberitahu oleh pak supir kalau orang Bali ke sini, pasti ke Mata Air Suci. Tapi, keadaan jalan sekarang rosak parah. Hanya boleh dilalui oleh motorsikal.

Foto-foto lain dapat dilihat di http://s1080.photobucket.com/albums/j326/sapsamsok/Watu%20Kutoh/

Next > Air Terjun Madakaripura
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2012 04:40 PM | Show all posts
Destinasi terakhir untuk 18 Nov 2012, Air Terjun Madakaripura.

Kalau tanya pak Google, gambar-gambar yang ditunjukan memang wah wah wah...

Dari Hotel Bromo Permai I, saya memulai perjalanan ke Air Terjun Madakaripura. Perjalanan dimulai pada jam 9:03 pagi. Dalam perjalanan, saya membawa kereta agak laju supaya cepat sampai ke tujuan. Biasanya, cuaca akan menjadi mendung atau berawan menjelang tengah hari. Saya tiba di pertigaan menuju Wisata Air Terjun Madakaripura jam 9:57 pagi dengan catatan jarak 23 km.

Jarak 23 km, 54 minit.

Saya membelok ke kiri mengikut penunjuk arah yang ada di situ. Kalau mengikut jarak yang dipampangkan di papan hijau tepi jalan tersebut, jarak ke wisata air terjun adalah 5 km. Kenyataan adalah 8 km! Saya tiba di pintu masuk Wisata Air Terjun Madakaripura jam 10:20 pagi. Agak lambat sikit sebab kena menghafal jalan yang dilalui. Ternyata tidak susah. Jumpa simpang 3? Belok kiri je. Keluar nanti, jumpa simpang belok kanan!

Jarak 8 km, 23 minit.

Setelah membayar tiket masuk Rp 3,000 (penjaga dok sengih2, faham2 sendiri je la), saya memandu ke tempat letak kereta. Tidak ada tempat letak kereta khusus untuk pengunjung. Park je tepi jalan yang sempit tu. Bayar parking Rp 5,000. Penjaga parkir bermisai, kelihatan garang... Gerun! Hehehe... Belum sempat ke mana-mana, saya didatangi 2 orang yang mau menawarkan jasa guide. Pertanyaan pertama "Dari mana, mas?". Saya jawab "Surabaya".

Selepas mengunci semua pintu kereta, saya pun bergegas ke toilet yang ada di situ. Rp 2,000. Saya diikuti oleh 2 orang tadi. Kali ini giliran saya membuka perbicaraan.

" Piro pak? ".  (berapa pak)
" Sampeyan nawar piro? Terserah sampeyan. " (kamu tawar berapa, tergantung kamu).
" Bapakx aja yang buka harga. " (kamu aja yang sebutkan harganya)
" Ya udah... Pitu Limo. " (Ya sudah, 75")

Untuk yang belum pernah ke sini, sebetulnya kita tidak perlu memakai jasa guide. Cukup mengikuti orang terdahulu dari kita. Dan jangan terpengaruh dengan dakyah2 diorang "Turun naik menyeberangi sungai 4 kali". Kalau katakan tidak ada orang atau sepi, jalan sendiri je. Jalannya dah ada semua. Hanya memang kena turun menyeberangi sungai. Tapi, dijamin tak mungkin sesat kecuali... sembang tak tentu hala.

Foto-foto lainnya dapat dilihat di http://s1080.photobucket.com/albums/j326/sapsamsok/Madakaripura%20Waterfall/

Pintu Masuk ke Wisata Air Terjun Madakaripura



Kawasan tempat letak kereta hanya ruang kosong tepi jalan sempit



Penjaga Madakaripura? Watch your words!



Warung-warung kopi



Cari duit poket... Untung masih banyak sebab pakai air sungai je untuk cuci!



Inilah yang dimaksudkan dengan "turun naik menyeberangi sungai". Oleh kerana saya sampai sini musim panas, aliran airnya kecil & bersih. Lebih digalakkan untuk berjalan di dalam sungai kerana bebatuannya mungkin licin. Sungai pun tak dalam, sedalam lutut orang dewasa.









Selebihnya perjalanan atas jalan bersimen dan sesekali jalan tanah terutama ketika menyeberang ke kanan sungai.



Sepanjang jalan menuju lokasi air terjun, kita akan berjumpa dengan sekurang-kurangnya 4 warung kopi tepi jalan. Camna diorang bawa barang dagangan diorang & diorang ni balik pukul berapa?

Setelah menempuh perjalanan hampir 30 minit, dari jauh dah kelihatan puncak air terjunnya... Tinggi juga kan?



Ternyata dari jauh hanya pemanasannya...

Thin Water Curtain sebelah kiri... Untuk masuk lebih jauh ke dalam, kena diberkati dahulu dengan siraman water curtain ni... Memang sejuk & menyegarkan!







Bukan hanya 1... tapi 4!



Untuk mengambil foto di bawah ini, kena siram dulu dengan air terjun ni. Lepas tu memang kena extra hati-hati sebab kaki & tangan dah basah semua + kena bawa camera lagi. Memang berbahaya!



Kalau explore lebih dalam lagi, kita akan dijamu dengan view cantik ni... Bukan mas yang pakai singlet basah tuh...



Tetapi untuk mencapai lokasi air terjun paling tinggi itu, perlu extra berhati-hati sebab kolam ni sangat dalam & kita kena berpegangan pada batu dan bergerak pelan-pelan ke dalam. Salah langkah, batu tajam tebing tu & kolam tu lah jawapnya.







Buat semua yang ke Bromo, mungkin boleh jadikan ini sebagai transit dalam perjalanan turun dari Bromo. Tak rugi. Pengeluaran juga sedikit.

Total pengeluaran


Notes :

1. Sebaiknya sampai sini sebelum jam 12 tengah hari kerana cuaca di kawasan pergunungan tidak menentu.
2. Sebaiknya berkunjung ke sini pada musim panas. Bukan musim hujan kerana terdapat risiko kepala air!
3. Siapkan selipar, beg plastik untuk beg & beg kalis air untuk kamera ! Selipar & plastik boleh dibeli kat sini. Kalo x salah, selipar Rp 15,000. Plastik 1 helai Rp 1,000.
4. Siapkan baju mandi & baju kering and ganti bila dah lepas air terjun terakhir. Untuk yang tak mau mandi, bawa rain coat atau payung. Payung boleh disewa di sini.
5. Untuk yang membawa anak kecil, sebaiknya memangku anak sewaktu menyeberang sungai.
6. Dari parking ke air terjun perlu waktu 30 - 40 minit. Jangan lupa, 30 - 40 minit untuk keluar dari air terjun tersebut.

Total Pengeluaran :

Rp 3,000 - Harga Tiket Masuk
Rp 5,000 - Parking
Rp 2,000 - Toilet
Rp 10,000 - Jasa cuci kereta walaupun tak mau, diorang cuci gak. Tapi, memang bersih!
Rp 1,000 - Plastik untuk cover backpack

Foto-foto lainnya dapat dilihat di http://s1080.photobucket.com/albums/j326/sapsamsok/Madakaripura%20Waterfall/

End of 18 Nov 2012 trip. Last edited by sapsamsok on 22-11-2012 04:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 05:28 PM | Show all posts
brswngnya rumah ini..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 06:21 PM | Show all posts
selalunya bulan berapa area bromo langit biru tanpa awan? masa ni la sesuai utk sunrise n foto2.......bulan7-8 gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2012 01:40 AM | Show all posts
Sebuah artikel yang memerlukan perhatian & keperihatinan para pengunjung Taman Negara Bromo Tengger Semeru...

Berhentilah membeli bunga Edelweis kerana 5 tahun lagi, tidak ada Edelweis di Bromo

http://www.tempo.co/read/news/2012/11/02/206439178/5-Tahun-Lagi-Tak-Ada-Edelweis-di-Bromo
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2012 09:38 AM | Show all posts
sapsamsok posted on 22-11-2012 03:26 PM
Dari Sunrise, perjalanan dilanjutkan turun ke padang pasir.

Disebabkan jalan ke Viewpoint Penanja ...

dpt tengok gambar pun jadi lah ... TQ share menarik sesangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2012 09:50 AM | Show all posts
sapsamsok posted on 7-11-2012 05:39 PM
Kalo bayar kereta 1 way trip, boleh terus naik train dari Stesen Probolinggo. Tapi kena check time ...

Noted...klu pakngah dari Juanda terus ke malang n dari sana arrenge ke Bromo apa beza dgn klu ke Bromo dari Sby...
TQ advise U mr sam ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 01:06 PM | Show all posts
Seronok betul semua ye

@sapsamsok masih ingat saya , sudah hampir 2 tahun kali terakhir melawat surabaya ...dulu atas urusan kerja..

tahun depan januari saya kembali lagi untuk berlibur... kali ini dengan family...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2012 03:25 PM | Show all posts
mummycool posted on 4-12-2012 01:06 PM
Seronok betul semua ye

@sapsamsok masih ingat saya  , sudah hampir 2 tahun kali terakhir melawa ...

Aik... cam feature FB pulak... Main panggil pakai simbol "@" je? Hehehe...

Ingat lagi... Waktu tu beli kain sikit punya banyak... kalo x salah, 60 kg... Tu pun waktu check in untung dapat discount. Hehehe... Waktu tu, naik kereta Daihatsu Terios.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 09:15 PM | Show all posts
akan ke surabaya 1 april next year...ingin ke bromo sebelum ke bali..sampai dalam pkul 6 ptg,harap masih ada bas ke probolinggo..aku pegi sorang2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 01:52 PM | Show all posts
sapsamsok posted on 4-12-2012 03:25 PM
Aik... cam feature FB pulak... Main panggil pakai simbol "@" je? Hehehe...

Ingat lagi... Waktu  ...

hahaha, dah berkurun tak berforum
best terios tu.. nak ke surabaya lagi nanti januari.. nak minta arrange transport lagi... nanti saya roger roger ye

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 02:44 PM | Show all posts
mummycool posted on 12-12-2012 01:52 PM
hahaha, dah berkurun tak berforum
best terios tu.. nak ke surabaya lagi nanti janua ...

Mmmm...

Ada 2 sebab...

1. Kedai atau surrounding xde WIFI

2. Taukehnya dok ingat & sibuk cari duit je...

Hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 09:31 AM | Show all posts
akan ke surabaya insyaAllah 23-26 januari 2013.. ada 98 pages nak kena study ni...kami berdua shj...kalau ada yg travel tarikh yg samaboleh join sekali....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 05:01 PM | Show all posts
simpai posted on 25-11-2012 09:38 AM
dpt tengok gambar pun jadi lah ... TQ share menarik sesangat

betuuul tu  

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 10:20 AM | Show all posts
kemanakah AJ? senyap jah....cuti Kerismes nanti gi mana? masih jawa-jawa kah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 10:14 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 22-12-2012 10:20 AM
kemanakah AJ? senyap jah....cuti Kerismes nanti gi mana? masih jawa-jawa kah?

roger2. still around. x smpt lg nk menghapdet report trip nov ari tu. gmbr baru abes hedit n tapis. LOL.
kena peram2 sket sbb tade idea nk menulis huhuhu...
krismes cuti kat kg jer...mandommm gak sebab trg neh musim hujan ...dah 2-3 hari dh..

anyway..jawa2 probably kurang2 sket kot for 2013...the past 2-3 years...tgk passport  stamps cam bibik balik kampung jer. hahaha.
probably kalau ade pun ..tgh consider offer encik sam mau roadtrip southern road pulau jawa tu.. LOL

takpun tgh target nk melangkau jauh sket next year..prolly WA/Kathmandu/China

btw. dragonball travelog...terbaek...!
Last edited by About-Jane on 24-12-2012 10:17 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2012 10:20 AM | Show all posts
About-Jane posted on 24-12-2012 10:14 AM
roger2. still around. x smpt lg nk menghapdet report trip nov ari tu. gmbr baru abes hedit n tapis ...

haha....ada jugak AJ, ingatkan ke Jawa lagi....Melur30 dengar2 kesana balik semula ...aku next year lepas tengah tahun kot baru boleh buat trip Bromo utk kedua kali. WA tu mana? China kalau jadi me g sept, dah ada tiket tapi jadi or tak jadi tu belum tentu....

dragonball katanya... hahaha..

Last edited by cmf_GAIA on 24-12-2012 10:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 08:16 PM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 24-12-2012 10:20 AM
haha....ada jugak AJ, ingatkan ke Jawa lagi....Melur30 dengar2 kesana balik semula ...aku nex ...

hehe..cukup2 sudah kot tanah jawa tu for time being.
melur tu dh jatuh chenta dgn aura tanah jawa tu...x silap tgh cover yogya / central jawa pulak neh.


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 12:09 PM | Show all posts
babycake posted on 10-12-2012 09:15 PM
akan ke surabaya 1 april next year...ingin ke bromo sebelum ke bali..sampai dalam pkul 6 ptg,harap m ...

lewat sgt tu, rasanya macam tkde je bus ke probolinggo petang2 macam tu..dari probolinggo ke cemoro lawang pun last bus/van sekitar jam 4-5pm (kalau tak silap saya)
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 12:13 PM | Show all posts
About-Jane posted on 24-12-2012 08:16 PM
hehe..cukup2 sudah kot tanah jawa tu for time being.
melur tu dh jatuh chenta dgn aura tanah jawa ...

amboi korang!! hehehe
sebenarnya memang dah niat nak explore satu tanah jawa AJ..selagi tak habis selagi tu akan dok ulang ke sana..tak kisahlah wpun dah ala2 bibik blk kg sekalipun

sebut pasal bromo, ada satu tempat yg best utk layan sunrise selain dari kedua2 penanjakan tu..dapat info ini dari blogger indonesia..cun giler viewnya hehehe...tapi kasi saya ke sana dulu (entah bilalah tu) then baru saya share infonya di sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54163 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64362 Replies : 379
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 42644 Replies : 418
'Kalau rasa tak mampu, jangan berhutang'- Aliff
maklukpenggoda'Kalau rasa tak mampu, jangan berhut
Views : 4414 Replies : 5
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 23671 Replies : 7
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276408 Replies : 8066
Bendera Syria diganti
maklukpenggodaBendera Syria diganti
Views : 29941 Replies : 18
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39361 Replies : 44
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 24202 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.061831 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list