YA ALLAH ..
JANGANLAH JADI MASAKU INI MASA TERAKHIR BAGIKU DGN RUMAHMU
JIKA SEKIRANYA ENGKAU JADIKAN MASA INI TERAKHIR BAGIKU,
MAKA GANTILAH SYURGA UNTUKKU DENGAN RAHMATMU
WAHAI TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
TERIMALAH DOA KAMI WAHAI TUHAN SEKELIAN ALAM..
AMIN ... Last edited by aziefa on 13-10-2012 07:12 PM
Kat lantai atas tu saya lihat ramai jemaah daripada negara jiran kita solat sebelah-menyebelah suami isteri. Bila kita tegur, mereka jawab "Bikin repot aja". Ironinya, jemaah Malaysia pun ada yang terikut-ikut solat bersebelahan suami isteri. Kalau jemaah negara jiran tu haru biru, jemaah kita pula biru haru jadinya. Ha ha ha
Di lantai atas MH, ada juga jemaah-jemaah wanita daripada Iraq dan negara jiran solat di hadapan jemaah lelaki. kalau boleh mereka nak solat di barisan hadapan, mungkin nak tengok kaabah. Bila pegawai MH suruh pindah ke saf belakang, ada yang degil tak mahu berganjak daripada saf depan. Ada satu ketika, bila dah tak mahu beralih ke saf belakang-belakang saya cakap macam ni kat mereka: "Jadi imam saja bu, nanti boleh duduk paling depan."
msaadhamid posted on 14-10-2012 11:13 AM
Kat lantai atas tu saya lihat ramai jemaah daripada negara jiran kita solat sebelah-menyebelah suami ...
Betul tu Haji, terutama Jemaah lelaki Indonesia mereka tak segan silu solat kalangan jemaah wanita. Pernah sekali tu jemaah lelaki dia sorang je dikalangan jemaah wanita sampai kena halau dekat petugas Masjid. Ada juga jemaah M'sia yang terikut amalan ni macam takut sangat nak tinggal kan suami/isteri masing masing nak jugak solat sebelah menyebelah.
msaadhamid posted on 14-10-2012 11:19 AM
Di lantai atas MH, ada juga jemaah-jemaah wanita daripada Iraq dan negara jiran solat di hadapan jem ...
Pernah terjadi masa musim Haji, ada jemaah wanita india atau pakistan tak pasti tapi memang dari negara tersebut tengok pada pakaian mereka, dia masuk kalangan jemaah lelaki turki (dia sorang je kat situ) kena marah dengan jemaah wanita turki juga jemaah lelaki turki tapi dia wat tak tau je he he last last dia wat saf sendiri sorang sorang hu hu.
HUSSAINTAHIR posted on 13-10-2012 01:33 PM
adoii...lagi 35 tahun....register kt US cepat sket
Registerlah kat manapun tapi kalau Allah tak pilih jadi tetamuNya tak akan jadi juga.Saya fikir yang penting sesiapa yang berhajat nak gi haji berdoalah, mudah-mudahan menjadi tetamuNya secepat mungkin.
saya yakin tempoh menunggu lama kuota ni berpunca dari bekas jemaah haji yang mendaftar semula setelah selesai menunaikan haji.Rasanya sekarang ni Tbg Haji ada buat sekatan tak boleh daftar dlmasa 5 tahun tunaikan haji.itupun rasanya belum boleh menyelesaikan masalah.mungkin Tbg Hj patut sekat langsung org yg nak pergi 2nd time kecuali org2 yg ada alasan tertentu,misalnya menjadi mahram utk ibu bapa yg uzur & tiada mahram lain yang layak menemaninya.
Bagi yang telah pergi menunaikan haji , kalau teringin nak pergi lagi,mintak tolong sangatlah pergilah masa musim Umrah.Rasullulah pun cuma sekali seumur hidupnya menunaikan Haji.Haji yang wajib itu sekali,berilah laluan & peluang bagi orang lain yang berhajat sangat nak pergi.Mungkin dengan memberikan peluang kepada bakal haji yg belum menunaikan haji mendorong kepada haji yang lebih mabrur insyaAllah.
JuanM posted on 15-10-2012 12:10 PM
Registerlah kat manapun tapi kalau Allah tak pilih jadi tetamuNya tak akan jadi juga.Saya fikir ya ...
Hehehe..satu segi, betul jugak kata JuanM, kalau takdak izin drNya, mmg tak dapat nak pergi pun..tapi satu segi plak, kena berusaha utk pergi (contohnya buat rayuan dan lain-lain kaedah yg dirasakan berkesan), so, kedua2nya betul la tu..hehehe..
isu kuota ni, memang TH tak pernah gagal memohon utk dapatkan extra place dr Kerajaan Arab Saudi, cuma kuota ni dr Arab Saudi, so, tengok pada situasi..kekadang dapat banyak (lebih dr 10k), kekadang dapat skit, kekadang dapat dlm bentuk lumpsum, kekadang dapat dlm bentuk runcit..
Pada pendapat peribadi saya, kerajaan Arab Saudi akan berikan kuota berdasarkan tempat penginapan disana, disiplin jemaah haji, pengurusan haji negara tersebut, hubungan dua hala antara dua negara dan few faktor lagi la. Klu ikut situasi semasa, pengurusan haji kita memang yang terbaik (ni memang diakui pun oleh Arab Saudi), hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi pun yang terbaik..jemaah haji kita pun disiplinnya terbaik, jarang melakukan masalah besar.
Tahun ni, kuota tambahan memang satu pun tak dapat. Alasan utama adalah kerana pembesaran ruang masjdiilharam..yang ni kita kena paham dimana pembesaran ni bukan mengambil masa setahun, tapi dlm 3 tahun. So, rasannya dlm tempoh 3 tahun jugak la kita akan hadapi isu kuota tambahan ni (ni personal opinion je ni..)..mungkin boleh dapat tahun depan, tapi mungkin tak banyak..melainkan kalau pembinaan dah complete tahun depan, insyaAllah isu ni tak berbangkit lagi.
Selain itu, tempoh menunggu memang lama bagi kuota negara kita, kerana lebih kurang 90k - 100k rakyat Malaysia telah mendaftar haji berbanding tempat kosong yg ada setiap tahun. Tapi ada jugak negara yang menghantar jumlah jemaah haji yg kurang dr kuota negara mereka, contohnya filipina, myanmar..boleh jadi sebab kekangan kemampuan kewangan rakyat mereka, ada juga yg dah pergi berkali2 sebab jumlah rakyat yg kecil (contohnya Singapura dan Brunei).
So, nak tak nak, kena tunggu dan buat rayuan setiap tahun, kalau ada kes yang membabitkan warga emas, kesihatan, mahram lagi la bagus utk merayu.
bagi yang pernah pergi (ada kekerapan), selection utk mereka terpilih amat ketat, tapi still ada kelulusan berdasarkan isu dan permasalahan. bagi yang dah balik haji, mereka tidak dibenarkan utk mendaftar semula utk pi haji dlm tempoh 5 tahun..arahan semasa ni secara dasarnya tidaklah overtake terus masalah kuota ni, cuma ianya membantu utk mengurangkan sedikit tempoh menunggu tu.
Tapi rasanya, isu terbesar sebenarnya adalah kuota tambahan tak dapat, 10k tu bukan skit, kalau setiap tahun boleh dapat 10k atau lebih, memang bagus, no wonder kenapa jemaah haji tahun2 lepas, let say layak tuk tahun 2009, tapi tahun 2008 dah dapat pergi..tapi tahun ni..hehehehehe.. Last edited by haji_one on 15-10-2012 12:29 PM
Nak tanya Haji One, semalam tengok kat tv salam baitullah, ada tunjukkan maktab TH yang buat roti canai/telor rasanya untuk sarapan pagi, itu kat Maktab mana tu?
Nak tanya Haji One, semalam tengok kat tv salam baitullah, ada tunjukkan maktab TH ...
hehehe..semalam saya pi kenduri doa selamat, tak tengok TV..hehehehe..tak dapat nak jawab Aily.
Tahun lepas takdak pun roti canai kat Maktab, taktau la tahun ni ada..tapi kalau kat Maktab, mesti kat kafeteria kelolaan TH Global & Services ni..cuma bangunan mana tu saya tak pasti..hehehehe..
Roti canai ni saya makan kat madinatul hujjaz je..kat Maktab (mekah) tak pernah makan kecuali di Mina la..hehehehe..
haji_one posted on 15-10-2012 12:59 PM
hehehe..semalam saya pi kenduri doa selamat, tak tengok TV..hehehehe..tak dapat nak jawab Aily.
...
mesti kat kafeteria kelolaan TH Global & Services ni.
Copy the Code
Nampak jemaah puashati dapat lepas rindu makan roti canai/telor sebab tak payah susah mencari breakfast. Yang dorang interview penebar pun cakap dorang bersyukur dan seronok dapat berkhidmat dan buat haji sekali he he.
haji_one posted on 15-10-2012 12:59 PM
hehehe..semalam saya pi kenduri doa selamat, tak tengok TV..hehehehe..tak dapat nak jawab Aily.
...
tahun 2009, masa saya pergi kalau teringin makan roti canai kami pergi Al-Safwa Tower. bangunan disebelah Zam Zam tower.Kat situ banyak masakan melayu sebab Al Safwa Tower tu Felda yg pajak.
haji_one posted on 15-10-2012 12:28 PM
Hehehe..satu segi, betul jugak kata JuanM, kalau takdak izin drNya, mmg tak dapat nak pergi pun. ...
Tapi let say kalau kita daftar gunakan kuota negara lain, konfirm kita kena aturkan sendiri perjalanan kita kan sebab kita tak berdaftar dengan Tbg Haji.