|
Thread Luahan (V-8) - |STRICT REMINDER| NO Reply or Quote
[Copy link]
|
|
Dulu mak aku dok sensorang kat rumah dia aku dgn abang KL tu aja yg balik raya, dia pulak touch and go makanya akulah yg terperok kat dapor, bergincah sorang-sorang. Dulu tenaga muda, tak pernah tahu penat, setiap malam buat kuih sampai 3 ke 4 pagi. Alang-alang gitu mmg cantik sgtlah mak terus menetap dgn aku kan? Lagi payah depa nak mai. Mak akupun lagi bagus, tak nak dulik lagi, mampoih pi kat hangpalah, ni semua dah ada anak-anak, cucu-cucu...nak pi mana, esok lusa semua dapat rasa sama rata.. kalau rasa Oren tu ok juga, kot pahit ka payau.....masa tu hangpa ingatlah kat mak hangpa.
Hargailah mak kita masa dia masih ada - Pesanan ini dari seorg anak yg roarrrrrr rock n roll |
|
|
|
|
|
|
|
Eh... jadah aku nk edit ter delete pulak post... takpe gigih aku taip balik jap lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
org kata, ko tu andartu perangai, adab & bahasa jaga la sikit.... kurang la skit org ngata "TAK LAKU".... bahasa baik kalu, org pun senang hati doakan "Semoga jumpa jodohnya kelak".... harap kekal la andartu sampai monopaus... kahwin kalu, baik aje jangan membiak. Tak sanggup nnt ada lagi anak bukak thread citer pasal mak sendiri.. Kesian gak nnt ada pulak laki bukak thread dibabikan bini mcm thread Lara tu.
Kahwin kalu, jangan membiak ok. Tapi aku rasa bagus ko andartu sampai mati la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku saspek misteri caller tu baca luahan ni kot...sejak aku ckp hritu psal call tu lepas tu dah xde call lagi. AKu tau mulut aku ni jahat kadang..tapi hati aku baik tauuuu..
Esok aku kena pi jumpa anak sedara kt cybrjay..tau pon dia tercari2 macik dia ni..aku kena bawak dia pi beli baju raya pastu nk bagila skit duit raya kt dia. Aku belum kira bajet utk anak2 lagi..walopun aku tau bapak diorg mesti kena pow ckup2 raya ni...hade aku kesah..udah dia pasrah aku pasrahkan dia ckupp2..tapi kang aku jugak yg beriya2 spend beli itu ini..pastu aku jgak yg stresss
Nk wat kuih raya..malasnya rasa ya ampunn. |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi terserempak tukang jahit baju aku tu...tekujat dia tengok aku dh kurus ..kurus sgt ke..puasa kan..dhla hari biasa aku makan takat tu..posa pum camtu mana tak makin kurus. kan aku dh kata..baju yg dia buat tu besar sgt. Aku ckp...itula..kenapa pulak jadi besar..laaa kan haritu dtg umah bekain batik..tu psal pinggang dia besar. Erk..camtu ke?? Dah xde sapa nk oter terpaksa la aku sendiri ejas sana sini. Senang beli yg dh siap je. Yg sbnrnya kain tu lebih kain yg aku jual dulu. Untung dia la kain2 tu..tinggal lagi aku beli kain kosong ngan upah jahit jah utk 6 psang plus anak2 punya. Tidakla byk sgt ongkosnya pun..dia caj murah jah..lagi byk songeh aku ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekejapnya dah nak sampai hujung Ramadhan.
Bila gue cakap kat husband, raya tinggal sekian2 hari, dia marah.
Patutnya you sedih ramadhan dah nak sampai penghujungnya.
Opst, bila gue mahu berubah? Masih tak sedar umur dah makin banyak.
Hurrrmmmm....
|
|
|
|
|
|
|
|
Last week balik berbuka rumah mertua, harini pun sama..aku suka mil aku masak,kalau mkn mesti bertambah..kalau dkt rumah lauk sendiri masak,makan pun ala2 kadar je..tp bagusla jugak kurus sikit badan aku puasa ni..kikiki..ni tengah tunggu anak teruna aku habis kelas,panas harini,kering tekak..syukur alhamdulillah tercapai hasrat berpuasa n berbuka dgn mertua,ipar,biras,anak sedara..tunggu nk berpuasa n berbuka dengan belah aku pulak |
|
|
|
|
|
|
|
OMG aku mmg ada saka
baru luah kat sini adik aku dah message 'pls book homestay, nak balik raya 3 hari'
hahahhahahah dgn supannya akupun tanya 'tak nak duduk sini ke, rumah mak'
'ramai sgt, tak muat' ...aku ? amin
Bagi aku kalau adik beradik balik raya nak tinggal 5 star hotel ke homestay ke aku no hal. Aku lagi suka. Sbb apa tau, aku cepat naik angin tengok muka bini-bini depa yg monyok tu, pastu memerintah, hamboi. Nama aja suri rumah, masakpun tak lulus, kalau rajin basuh-basuh pinggan tu ok juga, ni sokmo duk depan TV....'abang, bila kita nak jln-jln?' tension laki hangpa.
Aku tau sbb apa adik aku decided nak balik raya dgn mak dia, sbb selama dia kahwin 18 tahun, raya pertama tak pernah balik kecuali masa aku tak balik raya. Pagi itulah juga aku dpt call mak aku masuk ICU. Last-last aku jugalah beraya dgn mak kat ICU sampai dekat seminggu.
Mak mertua adik aku dah meninggal baru-baru ni, so depa nak raya dgn sapa? Mau tak mau jemerang lautlah jugekk.. Abang aku yg KL confirm duduk hotel dgn anak menantu dia. Adik akupun...silap-silap kak akupun balik, minta cari hotel juga. Agaknya kena invest buat homestay juga aku ni.......mak happy, I am happy
|
|
|
|
|
|
|
|
Dear Diary..macam tak tertahan je rasa hati..aku rasa da super duper bibik of the year dah...rela dalam trpaksa...spanjang posa ni, agaknya kalo aku tak kejut budak budak tu makan..dgn bapak bapak skali tak bangun...aku benci..aku geram..tader sapa tolong aku....tapi aku simpan dalam hati..macam nak jerit je..tak sabar nak balik ptg ni jumpa mak....
aku mesej kawan aku..teringin nak laki belikan baju raya..opsss ..jangan berangan laaaa....saja jer cakap.....
why me..why me...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pagi tadi beri rm200 kat bibik utk dia shopping kain baju raya.
Dia membeli jubah dan baju kurung.
Baru ni gue turun nak hantar anak ke kelas dia bagi tau jubah dia beli tak muat.
Bibik ni beli baju tak try ke?
Alahai, satu kerja pula nak hantar balik ke sana.
Nak kena gue juga teman membeli ke bibik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Next raya aku dah plan nak pergi travel. Tak perlu nak pikir pasal balik kampung persiapan raya yada yada |
|
|
|
|
|
|
|
Dipenghujung jalan menerima apa yg terpaksa diterima adalah penerimaan yang harus diterima..umpama melepaskan ia meneruskan perjalananya tanpa aku..manakala aku..termangu disitu melihat ia semakin jauh hilang bersama kabus dan harus meneruskan kehidupan seolah tiada apa kesan dalam hidupku.
Tapi...ia adalah perjuangan yang amat menyiksakan sementra diberi ketenangan dalam penerimaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hana at 27-6-2016 09:46 AM
#Sejak masuk bulan puasa ini, aku jadi bibik (tak panggil part time maid) bersihkan rumah hari sabtu.
bila aku penat, mula la jadi monster.
#Hari jumaat lepas, aku jumpa cikgu kelas anak aku sempena report card day. aku sebenarnya dah tahu kedudukan anak aku dlm kelas sebab aku tengok via internet. Sekarang result anak mmg boleh tengok kat internet. takde dah nak tunggu2 Hari Report card. Aku sampai, dlm 730am (datang ofis pun boleh kalah ni ) aku tunggu cikgu. Cikgu mcm impress bila aku cakap, aku dah tengok result kat Internet. Result anak aku teruk sebab dia dpt 2 A, 1B, 1C. Pelajaran yg tak dikira markah/gred, dapat A mcm jawi, pendidikan islam, bahasa Arab
aku takut anak aku turun kelas aje. Skrg dia kelas no. 2 (cikgu cakap ye ). aku le over frust kalau anak aku turun kelas. kalau boleh maintain le kelas tu.
aku rasa, aku dah ajar anak dah tapi, still result mcm tu. frustnya. aku rasa jgk , aku le mak yang akan enroll anak dia tuisyen bila darjah 2. mmg le anak kecik lagi tapi, bila ko tengok result anak2 orang lain, mcm KACANG AJE DPT 100%.
Kat KAFA, anak aku dpt no.7. Semua subject dia dapat A. itu beza kiraan markah la kot-aku agak.
itu, laki aku yang pergi utk report card day. aku tahu, anak aku mcm terer subject agama ni. tak belajar pun boleh dapat A. heran aku. so, takyah le aku pergi.
byk kali aku cakap kat anak aku, math tu paling penting. kena belajar hari2.
#Sabtu lepas, lewat bangun. sempat masak maggi aje. patutnya kalau nasi dah ada, masak telur aje la. atau sup telur. abehh..nasi pun belum masak. paling pantas, maggi aje la.
sedap jugak makan meggi sup pagi2.
laki aku cakap, pandainya bini dia masak.
#Sabtu & Ahad aku masak nasi ayam secara kukus. menjadi jugak masak nasi secara kukus.
yela. aku nak masak 3/4 cup aje. tak cukup 1 cup. ini makanan utk anak2 aku. aku tak paksa anak aku berpuasa. mak duniawi.biasala.
kalau masak periuk nasi, nanti kerak aje lebih. periuk nasi tu bengong ke atau aku tak reti masak nasi, pun tak tahu la.
bila nasi dikukus, boleh masak secara sket & takde kerak2. buat nasi ayam bodo2 aje ikut stail aku la. mula2 rebus (+garam, serai + bawang putih) pieces ayam utk stok-air & sup, tumis bawang merah+bwg putih +halia+minyak bijan sket, dah bau harum stop api, pastu gaul2 dgn beras dgn mentega sket, pastu kukus ayam + beras + carrot + brokoli + daun bawang + daun ketumbar. ambikkk kauu.. sekaligus. tapi, sayuran2 tu masuk dekat2 nak abes la. apa motif daun ketumbar pun tak sure tapi, wangi la.
#Akhirnya menjadi jugak kari ikan semlm. setelah 2x percubaan tak jadi (dilain masa), pastu belajar dgn makcik , pastu tengok youtube - chef Azah. bunyi mcm senang tapi, sebenarnya aku tak terer masak kari. lepas ini, terer lah.
percubaan tak jadi tu sebab tak nampak cantik mcm dlm gambar. ada 1x tu terlebih santan. ada 1x tu terkurang minyak-sooo tak lawa.
ada 1x tu, rempah terlebih byk (sbb nak abiskan 1 paket kecil)-sooo pekat gila. ada 1x tu, warna kuah tak lawa sbb guna adabi. eh..4x percubaan lah kiranya ni. ohh malunya. nasib baik tak masak kat umah MIL.
susahnya nak dapat skill -AGAK AGAK.
okla. panjang nau arini. ko tak keje ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rospinki at 27-6-2016 10:42 AM
Nak tau kasih sayang ..? Adelah kasih seorg ibu yg akan menitis air mata bila melihat baju anak2 semasa kecil..masa mereka kecil cukup lengkap penderitaan aku tempuh bersama mereka disaat segalanya begitu payah utk aku teruskan. Kini mereka dh besar..senyuman ini tersimpan harapan utk melihat mereka berjaya dan bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni org miskin ke susah lagi suka duduk rumah tunggu org hulur derma sementara nak raya. Org lain dpt bantuan zakat, awak tak dapat pastu mulalah mengamuk cakap jabatan zakat bodoh, pilih kasih..Hello, awak dok dgn anak, rumah sendiri taraf banglo kecil dah tu, anak menantu kerja, keta baru tukar Jazz baru, kau ingat ada ke org nak kasi zakat pd warga emas sesenang awak? Itu belum masuk hasil padi tiap-tiap musim. Ada mata tengok.
Tahun lepas aku panggil bbrp org utk tolong clearkan semak kat tanah lapang sebelah rumah aku, ialah nak raya, abang-abang aku nak balik senang sikit parking keta. Ni baru sebut, semua cakap tak nak buat, lagi rela main game, main telefon. Tak ada makan korang sanggup jual pekakas rumah satu persatu, kerja tak nak. No wonder Allah bg korang susah gini. Aku hire mat bangla ke Siam jgn pulak cakap aku ni berkira, tak tolong jiran-jiran nak buat duit. Mentality !! |
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya org Langkawi jual tanah dapat berjuta-juta sekarang nak makanpun kena pinjam duit sana sini. Petanda apakah ini? |
|
|
|
|
|
|
| |
|