|
[Tempatan]
Pelajar dibelasah, dibuli rakan sekelas di Putatan, Sabah. #244 Gesaan MCPF
[Copy link]
|
|
Khen, picit sampai meletup sebelah bijik tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu laporan perubatan
SEDUTAN video menunjukkan mangsa dipukul suspek di sekolah di Putatan.
Ruzaini Zulkipli
[email protected]
Kota Kinabalu: Polis masih menunggu laporan perubatan murid sekolah yang dipercayai menjadi mangsa buli di sekolah di Putatan, Sabah pada 30 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, ia bagi
melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.
"Setakat semalam, polis sudah mengambil keterangan bapa mangsa selain akan merekodkan percakapan guru besar serta guru sekolah agama terbabit yang bertugas ketika hari kejadian.
"Lain-lain murid (saksi kejadian) akan diambil keterangan selepas mereka selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), " katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 12:25 PM |
|
|
|
|
|
|
|
mesti tak aman budak2 yang amek periksa neh kan?
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Ganding bahu cari penyelesaian kes buli - MCPF
Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin [email protected]
Tan Sri Lee Lam Thye.
KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa pihak berkuasa, sekolah dan ibu bapa mengambil langkah positif bagi menangani isu keganasan terutama kes buli dalam kalangan pelajar daripada terus berleluasa.
Naib Pengerusi Kanannya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 1.6 peratus daripada jumlah indeks jenayah negara adalah membabitkan pelajar, manakala Kementerian Pendidikan pula memaklumkan hanya dua peratus daripada lima juta pelajar terbabit dalam salah laku di sekolah.
Katanya, walaupun kes salah laku pelajar di sekolah amat rendah, namun semua pihak tidak seharusnya leka kerana masalah itu boleh mendorong perlakuan jenayah lebih berat lagi. "Kes buli semakin membimbangkan di sekolah termasuk sekolah agama. Masalah disiplin pelajar sekolah sudah wujud, namun kita perlu mengambil iktibar daripada kes sebelum ini supaya langkah awal diambil untuk mengenal pasti penyelesaian terhadap masalah itu.
"Kejadian buli dan tingkah laku ganas di sekolah agama tidak seharusnya berlaku kerana pelajar sudah dilengkapi ajaran agama yang sepatutnya menjadi contoh kepada pelajar lain. "Justeru, semua pihak berkepentingan perlu berganding bahu mencari punca perlakuan jenayah termasuk buli dalam kalangan pelajar sekolah dan mencari jalan penyelesaian segera," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BH melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes pukul membabitkan seorang murid sekolah agama di Putatan, yang menjadi viral di laman Facebook, sejak semalam. Video berdurasi selama dua minit 27 saat itu menunjukkan seorang murid lelaki memukul rakannya menggunakan kerusi, selain menumbuk dan mencekik leher mangsa dalam kejadian di sebuah kelas di sekolah berkenaan. Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, pihak sekolah terutama guru disiplin dan kaunseling perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelajar yang terbabit dalam jenayah terutama kes buli. Selain itu, katanya, pihak pengurusan sekolah juga perlu melaporkan kepada ibu bapa pelajar berkaitan tingkah laku anak mereka, selain membuat laporan polis.
"Pegawai polis perhubungan sekolah dan anggota keselamatan sekolah juga perlu memantau pergerakan pelajar di sekolah. Mereka juga boleh memberi nasihat dan teguran kepada pelajar bermasalah supaya membantu mereka menghindari perlakuan jenayah. "Ibu bapa pula perlu meluangkan masa berkualiti untuk berbincang dan mengenali masalah anak mereka, selain mencari jalan penyelesaian bersama," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
hrmmm...
skrg tunggu siasatan...
tapi mmg tak mustahil... maybe yang dibuli itu pembuli.. atau pembuli itu yang dibuli...
sbb.. kita hanya tgk pada video..tak nampak depan mata..tak berada disitu...
contoh : anak aku hari2 dibuli.. diejek..'eh bapak ko cina ek...eh ko ni kafir eh... eh ko ni anak cina bodoh"...
satu hari anak aku tak tahan...kebetulan bapak budak yg membuli meninggal then anak aku sound balik:... ooo bapak ko selama ni hidup rupernya...masa hidup pun ko kurang ajar.. xde bapak ni lagilah ko kurang ajar...
ko rase .. mana lagi abuse?.. hari2 ko ngadap pembuli tu...nasib ko x de sapa tau... tapi disebabkan wrong timing.. anak ko melawan dengan cara balas verbal then tetiba jd viral...
bagi aku.. tgk body language dah boleh tahu...sapa yang samseng sebenar ....
cuma biasalaaa.... org yang biasa buat salah mmg selalu selamat..yang sesekali tu yg selalu kantoi...
mase masih budak2 ni laa patut dibendung ..kalau dah tua bangka..x payahlaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok budak2 mulut longkang zaman skrg pun dah tau dr mana derang pick up habit tu. Kecik2 diajar mulut longkang. Tu psl klu parents ni nak maki hamun, tgk kiri kanan dulu. Karang esok anak2 sendiri guna perkataan tu hamun mak pak derang balik, mendapatlah kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh nyer buat mcm tu dekat anak org..
selalu yg perangai buli2 neh masa sekolah, bila dewasa esok sampah jadinya..
|
|
|
|
|
|
|
|
ni semua salah bapak lu....masa hidup terlalu manjakan lu.
dah besar lu suka suki debik member seopis.
nak mampos meyusahkan lu adik bradik 5 tahun plakkkk..
haiyaaa.
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg skrg semua trendnya gitu...
bila anak2 bertanya..mak bapak skrg xdak guna otak nak jwb ..hentam jaa jwpn konon anak tu kejap lagi diamlaa..
contoh :
mak ....napa budak tu pakai gaun gi sekolah.. napa dia boleh..kita x boleh?
parent pemalas akan jwb : ooo yg pakai gaun tu kafir jee.. nanti ko besar ko tau laaa
anak dlm otak dah tanam.. pakai gaun ja kafir... tu yang mulut lancangjaa kecik2 mengkafirkan org...
termasuk jua laa yg memaki...kehulu kehilir maki..tiba depan sekolah..belajar rajin2 yer nak..jd yg soleh dan solehah yer.... phuiihhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
cutieslilies replied at 7-9-2016 05:57 PM
mmg skrg semua trendnya gitu...
Dlm class taekwando aku ada gak yg mcm ni. Satu hari tu aku terdengar salah sorang student tu maki kwn dia motherfucker. Mau aku tak terkejut budak umur 9 thn maki camni. Aku tanya dia ko tau tak apa tu mother fucker? Dia kata tak tau tp selalu dengar bapa dia klu marah kuarkan perkataan tu.
After class bila parents derang dtg pick up anak msg2, aku pi bgtau parents derang apa anak dia dah buat. Derang tersipu sipu. Aku ckp sy tak mau dengar lg budak2 kecik begini pandai maki maki dlm class sy. Pls mind yr words when yr kids are around |
|
|
|
|
|
|
|
taikwando la pulak.....
mesti pak lu silap didik lu ni sebelum dia mampos...
pak lu ajar anak jadi pariah debik rakan seopis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-9-2016 06:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Syd at 7-9-2016 06:32 PM
Two boys in bully video to undergo anger management counselling
7 SEPTEMBER 2016 @ 6:13 PM
BY AVILA GERALDINE
KOTA KINABALU: Two schoolboys who were involved in a recent fight at a religious primary school near here will be called up to attend counselling sessions after their Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) examinations.
Sabah Community Development and Consumer Affairs Minister Datuk Jainab Ahmad Ayid said counsellors from the Education Ministry have met with the boys’ parents yesterday to discuss the matter.
“We view this (bullying case) seriously and we want to know why such incident happened especially among our young students. The ministry is here to give guidance to the boys and make them understand that violence is not the answer to anything.
“I have been informed that the parents have agreed with the counselling session and the boys will attend their first counselling and anger management counselling session after the UPSR,” she said, during her visit at the Women and Children Hospital in Likas, here.
A video clip showing a school boy violently assaulting another in a classroom went viral on social media yesterday, raising anger among netizens who criticised the act and called on the police to investigate the event.
Following the assault which occurred last week, the victim’s father lodged a report at the Penampang police headquarters on the same day the video went viral.
Penampang police chief Deputy Superintendent Rosley Hobden said checks showed the assault started after the victim had teased his attacker about his late father.
The video clip showed the victim being kicked, choked and punched in the face. The boy was also being beaten up and attacked with a plastic chair.
Police have recorded statements from the two boys and their parents as well as the school headmaster and teachers who were on duty during the incident.
Meanwhile, Universiti Sabah Malaysia’s Faculty of Psychology and Education academician Dr Rosy Talin pointed out young people could become aggressive because they lack self-control.
“It is important for parents to nurture their young ones with self-control in order to tackle violence. This should start at the very tender age thus it should start from home.
“If we teach and train them with self-control, children will know how to react when they are teased or hurt. They know what they can and cannot do.”
Rosy also advised parents to spend quality time with their children and monitor their daily activities so they will stay away from negative influences, adding schools need to be alert and responsive at all times. |
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 replied at 7-9-2016 06:07 PM
Dlm class taekwando aku ada gak yg mcm ni. Satu hari tu aku terdengar salah sorang student tu maki ...
Iya lah....
Kau ingat ank yg buli org, maki & ejek org tu belajar dari mana? Dari mak bapak lah...
Again....
Mak pak yg ada anak suka ejek-ejek org ni fail didik anak....
Sila meninggal..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jazaa100 at 7-9-2016 06:36 PM
Anak aku dulu bkn nak ejek...nak cite pangai kwn dia pun tak berani...
Cth: (tiru cutieslilies)
Ma...ijam tu lembut, org panggil dia sotong....
Aku : MYOB......
Sejak tu anak aku tau aku tak suka dia ejek kwn-kwn dia....aku pun tau ank aku takkn usik org klu org tak usik dia...dah dari kecik aku ajar dia mcm tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
ku guna kata ganti nama diri aku je lah ya. Nak guna abang,macam kekok pulak. Aku berumur pertengahan 30-an. Dah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata. Kisah yang aku nak confess ni bukan pasal aku, tapi pasal kawan baik aku sejak sekolah lagi. Kita mulakan ya..
Aku ada seorang kawan baik, sangat rapat namanya A. Kitorang jadi rapat sebab mak-mak kitorang rapat. Mak-mak kitorang selalu pergi mengaji sama-sama kat surau kampung petang-petang, pergi belajar menjahit sama-sama ikut program ajk kampung. Rumah kitorang pun tak jauh. Jarak 3 buah rumah je. Kiranya memang kamceng la aku dengan A ni, selalu main sama-sama. Dia lepak rumah aku dan aku lepak rumah dia. A ni anak tunggal. Dia pelajar cemerlang dan harapan sekolah untuk dapat 5 A masa UPSR dulu. Dia ketua pengawas dan olahragawan sekolah. Nampak tak betapa cemerlangnya dia? Aku ni walaupun tak berapa bijak, tapi dapatlah juga sekelas dengan si A sampai darjah 6.
Masa kitorang darjah 6, satu hari tu masa aku nak jemput dia pergi sekolah sama-sama (bukan jemput sangatlah . kalau nak pergi sekolah kena lintas rumah dia dulu. kitorang pergi sekolah sama-sama), A berlari kat aku dengan muka girang. Dia teruja bagitau aku mak dia mengandung dan ada adik. Nanti dia dapat adik. Aku pun tumpang seronoklah. and the rest is history.
Satu hari tu, masa tu hujung minggu, A duduk rumah aku sebab mak ayah dia nak keluar beli barang dapur. Sebab diorang ada motor je, A biasanya tak ikut sebab pergi pekan kan. A lepak la dengan aku kita main sama-sama. Lepas tu ada polis datang rumah, bagitau kat mak ayah aku, mak ayah si A terlibat dalam kemalangan. Ayah A masuk ICU seminggu lepas tu meninggal. Mak A pulak meninggal kat tempat kejadian, sekali dengan baby. Kau bayangkanlah, motor yang kecil tu bertembung dengan trailer balak. Hurm.
A masa mula-mula tu memang terkejut,sedih. Tapi dia jenis budak yang pintar kan. Dia pandai urus emosi dia. Dia tak adalah recover dari kesedihan dia terus, cuma dia pandai kawal je. Seminggu dia cuti lepas ayah dia meninggal, lepas tu dia datang sekolah balik. Atuk dan nenek belah ayah dia yang datang rumah jaga dia sebab kitorang nak UPSR dah. Lepas UPSR kiranya atuk dan nenek dia nak bawak pindah tinggal dengan diorang la. Kat kampung depan je.
Aku pun mulut lepas, aku tanya A, dia tak sedih ke mak ayah dia meninggal. Boleh pulak datang sekolah belajar macam biasa. A senyum tapi mata dia bergenang. Dia kata dia anak tunggal mak ayah dia. Kalau bukan dia yang mesti berjaya dan jadi budak baik, siapa lagi? Mak ayah dia ada dia seorang je. Masa tu aku pun diam, aku tepuk-tepuk bahu dia.
Ada sorang budak dalam kelas ni, aku bagi nama dia B. B ni, dia tau dari mak dia yang mak si A ni meninggal masa tengah mengandung. Kau tau apa si B ejek arwah mak si A? “Mak kau mesti jadi pontianak kan? Mak kau mati masa mengandung” sambil tu dia buat mimik muka macam takut-takut la konon,lepastu dia gelak dengan kawan-kawan dia. Tapi A ni buat pekak je. Aku tanya A, kau tak marah ke B cakap mak kau pontianak, A cakap, dia marah tapi apa dia boleh buat.
Tapi si B ni pun satu, mentang-mentang A tak melawan, dia lagi giat mengejek arwah mak A pontianak. Mak kau pontianak.Mak kau pontianak. Kalau kau tanam paku kat leher mak kau, mak kau boleh jadi manusia balik. Pergilah cari pontianak dalam kampung kita tanam paku kat leher dia.Lebih kurang macam tu lah ayat yang si B dok guna nak ejek arwah mak A. Sampai satu masa, A hilang sabar, dibalunnya si B. Gaduh la diorang. Bertumbuk. B tu pecah bibir jugaklah masa tu. Cikgu datang tarik dua-dua pergi bilik kaunseling dengan aku sekali kena ikut sebab aku ketua kelas masa tu (A yang cadang nama aku, dan aku pun dapat undi banyak.Terharu aku masa tu)
Cikgu disiplin panggil A dulu masuk bilik sekali dengan aku sebagai saksi. Cikgu pun soal siasat. Bila dah puas hati, dia suruh keluar dan panggil si B pulak. Dua-dua ceritakan perkara sebenar dan di sahkan oleh aku. Cikgu kata dua-dua salah. Lepas tu dua-dua kena hukuman. Aku tak ingat pulak apa jenis hukuman yang diorang kena. Tapi lepas tu si B dah tak ada nak mengejek arwah mak si A dah. Tapi aku rasa, ejekan si B tu ada meninggalkan kesan jugak kat dalam diri A.
Pernah satu hari tu, masa tu dia lepak rumah aku lepas kitorang main konda kondi depan rumah aku. Mak aku hidangkan milo panas, roti benggala dengan ubi rebus cicah sambal. Aku ni tengah nak cicah roti benggala aku dengan milo, tapi terbantut dengan soalan si A kat mak aku. Dia tanya mak aku, betulke kalau orang mati masa mengandung jadi pontianak? Mak aku terkedu jugaklah dengan soalan dia. Oh,mak aku tau kes dia bertumbuk kat sekolah tu, aku yang cerita. Dia pun tunduk lepastu cakap, kalau betul, dia tak kisah kalau mak dia pontianak pun asalkan mak dia dapat teman dia hari-hari. Aku masa tu nak marah jugaklah si A sebab aku takut dia sebut-sebut pontianak tu. Tapi dah tua ni, bila aku imbas balik, aku jadi sebak dan sedih bila teringat balik budak umur 12 tahun cakap macam tu.
Mak aku pun terangkanlah benda sebenar kat dia. Pasal pontianak semualah siap dengan ceramah kehidupan di alam barzakh semua. Sejak hari tu, mak aku memang bagi perhatian lebih kat A. Mak aku cakap kat aku, mak aku kesian kat A.Jadi mak aku nak bagi A rasa jugak kasih sayang ibu tu. Yang si A pulak, bila kitorang merayau satu kampung, lalu pokok besar, mesti dia pandang-pandang atas tengok pokok besar. Aku tanyalah, dia cari apa? Dia kata dia cari mak dia. Nak terkencing aku masa tu. Kita budak kampung, nak senja pun boleh merayau lagi. Tengah nak senja tu dia cakap macam tu, meremang aku. Aku ajak dia balik, sampai rumah terus aku bagitau mak aku. Mak aku risau, dia ajak ayah aku jumpa imam kampung mintak air penenang semua. Lepas tak lama tu, kuranglah si A cakap pasal mak ayah dia dan pontianak semua. Tapi kadang-kadang dia bergurau jugak dengan aku.
Kitorang dapat satu sekolah SBP sampai tingkatan 3 sama-sama, lepas tu dia pindah masuk MRSM, aku pulak stay kat SBP tu. Tapi hubungan kami tak pernah putus. Lepas SPM, dia buat A-level lepastu fly sambung kat RCSI Ireland. Korang taulah sekarang dia kerja apa kan? Aku sambung local, tapi kami masih contact walaupun jauh. Sekali sekala hantar surat.
Bila dia dah grad balik malaysia, posting dekat hospital utara tanah air, lagi selalu lah kami berjumpa sebab aku pun kerja dekat dengan kawasan tu jugak. A ni, walaupun dah besar dah kahwin dah ada anak, boleh pulak dia bergurau lagi dengan aku pasal pontianak tu. Sampailah satu hari aku tegur perbuatan dia tu, Aku bagitau khurafat semua tu. Dia pun tergelak, cakap, relaksla Al. Aku gurau je kot. Tapi lepas tu muka dia merah, dia kata, dia terkilan mak ayah dia tak dapat tengok kejayaan dia harini. Dia dah jadi orang bijak pandai, orang baik macam yang mak ayah dia selalu doakan malam-malam bila tiup ubun-ubun dia. Tapi apa gunanya, bila dia tak dapat nak kongsi kejayaan dia dengan mak ayah dia. Aku pun lepas tu ceramah panjang la kat dia.
Aku tergerak nak share kisah ni bila video budak sekolah agama yang pukul kawan sekelas dia sebab ejek nama arwah ayah dia tu viral. Aku macam terimbas kembali, macam nampak balik A cuma latar masa dan tempat je yang berbeza. Bila aku search pasal budak tu, ayah dia baru meninggal. Aku tengok komen salah seorang mak kepada murid kelas tu, dia kata Danish (budak yang memukul tu), budaknya baik. Pengawas sekolah. Bila mengganas macam tu, terus semua cop dia pembuli sedangkan yang mulakan dulu, budak satu lagi tu.
Aku tak kata apa si Danish tu buat betul, tapi aku tak naklah netizen menghentam dia pembuli, pengganas, mak ayah tak ajar semua. Sebab aku dah saksikan sendiri apa yang jadi pada A dan aku sangat memahami situasi budak macam Danish tu. Masyarakat sekarang semua memandang physical contact sebagai membuli, tapi selalu hiraukan verbal bullying. Aku memohon kepada netizen semua, kalau kalian boleh jadi seorang hakim, seorang polis, seorang pengkritik tetap bila ada sesuatu isu, kenapa korang tak boleh jadi seorang pakar psikologi kepada seorang budak. Pandang benda yang berlaku tu sebagai sisi seorang budak yang baru 12 tahun dan masih belajar mengawal emosi dia. Aku bukanlah nak back up kes pukul memukul kat sekolah ni, tapi at least bila dah tau perkara sebenar, janganlah dicaci maki budak tu. Ni bila aku baca komen, semua memaki hamun budak tu, padahal masa tu polis dah keluarkan keterangan berhubung kes tu, puncanya disebabkan apa. Tak taulah diorang yang komen maki-maki tu tak baca berita susulan kan.
Aku harap masyarakat kita boleh didik anak jaga bahasa dia. Jaga tingkah laku dia. Ajar dia jangan guna bahasa tak elok. Ajar dia jangan mengejek nama mak ayah orang lain. Ajar dia jangan memandang rendah orang lain. Sebab pada aku, bila tatasusila dan bahasa dah cantik, tak akan ada masalah lain akan timbul. Ajar anak kita hormatkan hak orang lain. Tak banyak aku mintak, tu je.
Akhir kalam, sedikit kata hikmat, Biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum.
– Aldi
@Syd |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-9-2016 08:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
juliez replied at 7-9-2016 07:32 PM
ku guna kata ganti nama diri aku je lah ya. Nak guna abang,macam kekok pulak. Aku berumur perten ...
Sedih....
Ditambah pulak quote yang last tuu.
Teringat kat Sunan |
|
|
|
|
|
|
|
Tepat sekali. Harap esok kena hamun blk dgn anak2 menggunakan ayat2 derang pernah hamun, barulah ingat betapa sialnya parents begini.
|
|
|
|
|
|
|
|
pak lu tak ajar lu la ni bab doa yang buruk2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Well written post ni. Harap tulisan brader blh enlighten sikit set set yg dok back up anak tak bertempat walaupun anak serupa mulut longkang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ingat balik zaman skolah selalunya yang mulut celupar ni ble tahan mngampu...potrayed a good image dpan cikgu2 dan pantang d sentuh. jadi budak yg jadi mangsa mulut dia x berani counter balik....masa paling sesuai counter balik tu masa nk cuti skolah..final year exam...drama wajib akhir musim skolah...
Kalau tngok vid tu ble andaikan bebudak lain pun mmng dah maklum...
Mngkin sbb yg dibuli tu mmng hantu buli d skolah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|