Filem ini berdasarkan novel Stephen King yang mengisahkan pengakuan seorang suami, Wilf yang telah membunuh isterinya. Wilf merupakan seorang petani yang tinggal bersama isterinya,Arlette dan anak mereka Henry. Arlette telah mewarisi tanah pusaka danbercadang untuk menjualnya serta berpindah ke Bandar untuk membuka butik tapiWilf tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Maka, mereka membuat keputusan untuk bercerai dan Arlette akan membawa Henry bersama. Wilf mencari jalan supaya tanah tersebut tidak dijual dan Henry dapat tinggal bersamanya. Wilf cuba menyakinkan Henry untuk membantu dia membunuh Arlette. Pelbagai insiden buruk dan kesan hitam yang berlaku setelah mereka melakukan perbuatan terkutuk itu.
Bagi aku filem ni best tetapi awal-awal agak perlahan sikit. Suasana, pakaian dan lakonan semua pelakon sangat hebat tambah2 Wilf. Adegan pembunuhan dan Arlette yang berusaha melawan nampak sangat real dari pelbagai sudut. Suntikan emosi dan penyesalan betul-betul sampai pada penonton. Pengajarannya, membunuh bukanlah jalan penyelesaian untuk mendapat apa yang kita kehendaki, lebih-lebih lagi membunuh orang tersayang! Adakah Wilf dan Henry dapat apa yang dikehendaki oleh mereka atau sebaliknya?
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
baru habis nonton movie ni.. Filem tamil yang best. Filem berkisahkan watak utamanya, arun yang obses dan suka kaji kisah-kisah psycopath yang berlaku seluruh dunia dan nak jadi pengarah filem. malangnya semua proposalnya ditolak oleh producer yang die pergi. Kecewa, Dia pun terima offer abang ipar dia untuk dia jadi polis.
waktu jadi polis, kebetulan dia kena handle satu kes pembunuhan bersiri anak-anak gadis sekolah yang dia boleh kaitkan dengan perangai pembunuh psycho. Teori dia diterima pakai oleh pasukan polis untuk teruskan sisatan.
setiap plot sangat menarik, kita tak rasa nak berganjak dari depan screen dan nak tengok betul-betul siapa penjenayah yang dicari ni. plot plot twist sangat menjadi . action best dan real. pelakon semua bagi lakonan yang real. minimum sangat kecacatan. hampir takde.
tengok ni macam pengembaraan join skali team penyiasatan.
hasil pengalaman dan kebijaksanaan menonton filem sebegini, i dapat meneka siapa psycho tu sebalik semua kejadian dalam movie ni masa filem ni nak bawk ke plot twist..
Siapa nak tengok nanti bolehla cuba-cuba teka. =D
BEST!!!
rating saya bagi 5/5 Sebab sangat puashati.
p/S: Siapa yang boleh cadang movie crime thriller yang dia nonton best, silalah beri cadangan ye. thank u.
Movie mengenai sekumpulan nelayan di Port Isaac, England menjadi artis rakaman utk Universal records. "Sea shanties" style nyanyian diorang, lagu2 yg sering dinyanyikan mereka sewaktu berkerja adalah lagu2 patriotik, sejarah, humor...Nak dijadikan cerita, bakat mereka telah dikesan oleh seorang executive music yg sedang bercuti.Santai je cerita ni. Sesuai uk semua, base on true story.
Mengisahkan ketua gangster & seorang detektif berkerjasama untuk menjejaki seorang pembunuh bersiri tanpa pengetahuan pihak atasan polis.
Hal ini berlaku apabila ketua gangster ( mamat sado berlakon dlm Train to Busan ) hampir dibunuh oleh pembunuh tersebut.
Habis satu bandar dicarinya. Layan. Tak sesuai utk semua, biasalah adengan tikam menikam, darah...
Dengar rumours, Sylvester Stallone nak buat versi English dgn mamat sado tu pun berlakon !
Saya bagi 4/5
Semalam movie ni tayang kat tv2. Tertengok jugak sampai habis walau movie ni ade part yang tak logik, tapi layan kan je la.hewhew
Tak pasti dah ada orang masukkan ke belum.
2 orang adik beradik, Lisa dan Kate pergi bercuti. Lisa baru je break up. Untuk hiburkan hati Lisa, Kate bawa ke club.
Kat sana diorang jumpa dengan 2 orang lelaki.
Endup lelaki ni ajak pergi tengok jerung live kat laut.Lisa macam 50-50. tapi Kate beriya ajak.
Esok nya, diorang still pergi jugak.
Lisa dan Kate masuk dalam cage dan dibawa turun ke bawah.
Masa cage dibawa naik, tali tiba-tiba rosak. cage tu turun laju hingga ke dasar laut-47 meter.
Dari situ, diorang survive cuba cari jalan nak lepaskan diri.
Sampai lah satu masa, Kate dah kurang udara, so Lisa cuba cari jalan untuk cari lelaki yang turun tolong diorang.
Tapi masa bagi warning kat Lisa, lelaki tu kena baham dek jerung.Tapi Lisa berjaya ambil penyangkut dan sangkut kat cage untuk di bawa naik.
Masa cage di bawa naik, tali pulak putus.lagi sekali diorang terhempas ke dasar dengan kaki Lisa sangkut bawah cage.
Taylor,kawan laki diorang campak tong udara ke dasar untuk bagi kat Lisa (almost 5%)
Kate cuba naik atas untuk minta tolong tapi diserang dengan jerung.
Lisa tukar tong udara dan cuba selamatkan Kate, diorang berjaya naik ke permukaan walaupun beberapa kali kena serang dengan jerung.
Masa dalam bot, Lisa rasa lain macam.
Rupanya dia berhalusinasi kesan dari kandungan tong udara yang Taylor campak tadi.Lisa masih ada dalam cage kat dasar laut.
Dia struggle untuk selamatkan diri dan Kate.
Rate: 3/5 boleh la
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
akhirnya iols langgan netflix.kahkah.
ini namanya pengaruh rakan medsos.
best kot movie ni. rupanya OCD bukan macam pompuan rambut putih je.
doktor tu adalah uncle yg suka cakap luc** tu eh? tibe2 lost.
baru tengok semalam.
Ya memang best. fully recommended bagi peminat movie thriller.
Kita ingat Arun akan berjaya selamat kan anak saudara dia..malangnya tidak.
memang berdebar fikir nak jadi apa lepas ni..
takda cheesy romance. takda drag..memang enjoy dari mula hingga akhir.
Parasite (2019).
Movie Korea ni mengisahkan sekeluarga 4 beranak, mak, ayah (Mr Kim), anak lelaki dan anak perempuan. Mereka hidup dalam kemiskinan di basement di kawasan rumah ala setinggan. Keempat-empat mereka hanya bekerja dengan mengambil upah melipat kotak pizza.
.
satu hari anak lelaki nama Ki Woo dapat offer ajar tuisyen di sebuah rumah orang kaya. Sebenarnya dia tak layak pun sebab takda apa2 lulusan tapi dia menipu dengan print sendiri cert. Bila ajar situ dia dapati yang anak lelaki tuan rumah kaya ni ada masalah tingkahlaku, jadi Ki Woo suggest adik perempuan (Ki Jeong) dia pulak ajar tuisyen. tapi dia tak bagitau la adik dia... dia kelentong kata sepupu dia lulusan dari USA apa semua. Bila si perempuan ni masuk.... satu hari masa nak balik rumah driver orang kaya hantar dia balik. Masa dalam kereta dia macam dok goda dia. Apa perempuan ni buat..... dia tanggalkan spender tinggal bawah seat.
.
Esok tu tuan Park mengamuk la kata driver buat perkara tak senonoh dalam kereta dia. Apa lagi, driver tu kena buang. Ki Jeong pun masuk jarum kata driver muda tak bagus... dia ada kenal satu driver tua tiptop. Esok tu bapak depa mai rumah kaya dan jadi driver. 3 beranak lani dah kerja di rumah orang kaya tu tanpa tuan rumah ketahui.
.
Misi nak masukkan mak depa sebagai maid pulak. Setelah disiasat, maid sedia ada ni alergik pada buah peach. Jadi, ketiga tiga depa buat khianat dengan bubuh serbuk buah peach kepada maid. Maid sakit2 dan kena buang. Maka.. bapa depa ni masukkan mak pulak untuk jadi maid.
.
Kemuncak cerita ni apabila satu hari keluarga tuan Park pergi camping. Seronokla depa dok raya hindu dalam rumah tu. Tup... tup... tengah2 dok seronok, maid lama mai, katanya ada barang tertinggal di bawah loteng. Si mak ni serba salah tetapi tetap benarkan maid lama masuk. Bila maid lama masuk ke dalam loteng depa terkejut rupanya ada orang lain yang tinggal di bawah tu iaitu suami maid lama. Maid lama merayu untuk benarkan suami dia tinggal di situ.
.
dok gaduh2 macam mana tah, tuan Park telefon kata depa tak jadi camping. Akan sampai rumah dalam masa 8 minit. Apa lagi, meloncat semua orang. bapa, Ki Woo dan Ki Jeong dok cari akai untuk keluar dari rumah tu dan akhirnya berjaya. Bila balik rumah depa, hujan lebat dan rumah depa tenggelam teruk. sedih sangat part ni....
.
Esok tu bini tuan Park jemput depa untuk birthday party anak lelaki dia. Masa ni lah Ki Woo sedar dia selama ni berpura-pura dan cuba buat sesuatu di majlis harijadi tu. tetapi benda yang lain terjadi. ending dia sedih dan hiba. Bagaimana perbezaan hidup orang kaya dan miskin tetapi kedua2 pun kuat nilai kasih sayang.
.
Recommended movie
Rating 9/10
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register