Edited by Redskin at 9-12-2017 12:27 AM
Thanks sis bagi 2 vid dari 2 tokoh ilmuan agama yg Red cukup2 respect .
Tapi Red belum boleh setuju lagi dgn pendapat mereka SEBAB kedua2 mereka TIDAK memberi sebarang rujukan Al Quran dan Sunnah (Hadith)..NONE.
Bukanlah niat Red menentang mereka, memang diakui ilmu agama tokoh2 ini memang tinggi. Bagi Red, ini cuma bertukar2 pendapat dan mencari KEBENARAN.
Komen vid pertama DrMaza. Minit 1:09 – DM kata wanita tua “Termasukla depa tak pakai tudung kepala, kalau nampak sikit tangan, lengan dan kaki mereka tak mengapa. Minit 1:40 - Al Quran adabagi kelonggaran…memang ada dlm Al Quran.
Red setuju dgn apa yg DM cakap till the end EXCEPT Wanita Tua Tak Perlu Pakai Tudung Kepala.
Kalau ternampak sikit2 tangan, lengan, kaki itu dimaafkan, ini sesiapa pon boleh faham..Red Tiada masalah. Dlm situasi apakah yg dimaksudkan DM, adakah wanita tua itu didlm rumah ataupon bebas diluar rumah ??? Ini nak kena tahu jugak.
Adakah wanita tua katalah 80+ boleh pergi berjalan2 makan angin, naik turun shopping complex TAK PERLU pakai tudung or boleh berlengan pendek???
DrMaza bercerita tentang tuhan penyayang, soal neraka, pasal isteri menteri2 tak pakai tudung, tudung 3 segi, tudung bawal, budak university..etc
Sikit pon dia tidak sentuh pasal menerangkan Hukum bagi Wanita Qawa’id.
Dari awal hingga akhir, TIADA SATU PON ayat2 Al Quran diterangkan terperinci utk buat rujukan, TIADA SATU PON Hadith diberi, TIADA SATU PON kisah dizaman Nabi SAW mahupon kisah dari Sahabat2 Nabi SAW….NONE…ZERO.
Adakah sis menerima cakapnya bulat2 TANPA ada satu pon BUKTI.??
Komen vid Kedua UAI. Minit 1:05 -Dimaafkan org2 yg TUA BANGKA tidak memakai tudung diatas kepalanya, ni ada KHILAF ulamak, ada yg kata tua bangka kena pakai tudung jugak, jadi dia boleh pakai baju sahaja tutup aurat tapi diatas kepala takde benda doh.
Tua Bangka macamana yg dimaksudkan ? Kalau org tengok makan nasik, terjeluak keluor nasik2 …dah tak berdaya langsung.
Kalau sudah tua Bangka tak larat, makan pon nak bersuap, bila makan nasik pon tersembur, diaper pon kena org tukarkan tak berdaya… memang la tak perlu dia memakai Tudung, Nak kenakan tudung pon dia tak larat… memang la dimaafkan.
Tapi ini bukan jenis yg sis maksudkan wanita tua yg tak perlu memakai tudung yg dikatakan diberi kelonggaran kann ??
Soo Red setuju dgn kata2 UAI dan sis masih belum bagi sebarang BUKTI kukuh yg menunjukkan wanita tua tak perlu pakai tudung…ZERO.
|