|
Orang2 KLANG mehh sini.. (Sijangkang/Telok Panglima Garang pun leh..)
[Copy link]
|
|
org klang...nnt flyover depan public bank yg nak g federal h/way tu tutop 28/10 ni...nnt roundabout bwh tu tutop gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
moga info yg yg terdapat dlm article ni dpt membantu ..
KLANG 23 Okt. - Jika anda mahu ke Bandar Diraja ini menggunakan Lebuh Raya Persekutuan, bersiap sedia untuk menghadapi kesesakan jalan yang lebih teruk untuk masuk ke bandar itu.
Ini kerana mulai 1 November ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menutup sepenuhnya jejambat di atas Bulatan 100 dari arah Shah Alam ke Pelabuhan Klang selama tiga bulan.
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja membina approach slab jejambat baru ke Jambatan Kota dilaksanakan.
Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menaik taraf Jalan Persekutuan itu yang melalui pusat bandar Klang yang dimulakan sejak awal tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan.
Bulatan 100 yang sememangnya sentiasa sesak walaupun sebelum projek itu dimulakan, dijangka akan bertambah teruk berikutan penutupannya.
Ahli Majlis MPK, Jamuliddin Elias berkata, berikutan penutupan itu, semua kenderaan dari Shah Alam yang menggunakan Lebuh Raya Persekutuan perlu melalui Bulatan 100 dan jalan susur Persiaran Sultan Ibrahim atau Jalan Batu Tiga untuk ke pusat bandar, Pelabuhan Klang atau Banting.
Menurutnya, kenderaan dari Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh raya Persekutuan yang hendak ke Jalan Kapar, Jalan Meru, Pelabuhan Utara atau Pelabuhan Klang dinasihatkan supaya tidak melalui pusat bandar sebaliknya menggunakan Lebuh Raya Shahpadu.
Katanya, kenderaan dari Lebuh Raya Shahpadu, NKVE dan Lebuh Raya Persekutuan yang hendak ke Jalan Kota Raja, Jalan Kebun, Jalan Sungai Jati dan kawasan sekitarnya juga diminta tidak melalui pusat bandar.
"Mereka dinasihatkan supaya menggunakan Jalan Datuk Mohamad Sidin atau lebih dikenali sebagai Jambatan Connaught atau Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).
"Pada masa yang sama, bagi melancarkan aliran trafik di Bulatan 100, Jalan Batu Tiga, Lebuh Tapah dan Jalan Mantin akan diubah menjadi jalan sehala," katanya kepada pemberita di sini.
Jamuliddin berkata, kenderaan dari Jambatan Musaeddin yang hendak ke Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur atau Jalan Meru hendaklah melalui Jalan Pasar ke Lebuh Tapah kemudian menuju ke Jalan Mantin seterusnya Jalan Sireh dan Bulatan 100.
Ujarnya, bagi kenderaan dari Jalan Keretapi Lama dan Jalan Kapar yang hendak ke Klang atau Banting boleh melalui Jalan Kapar ke Jalan Sireh kemudian ke Bulatan 100 dan seterusnya ke Jalan Batu Tiga dan Jambatan Musaeddin.
"Kenderaan dari Lebuh Raya Persekutuan yang hendak ke Klang Selatan atau Banting pula boleh menggunakan Bulatan 100 menuju ke Persiaran Sultan Ibrahim dan Jambatan Kota.
"Bagi kenderaan dari Jalan Keretapi Lama dan Kapar yang hendak ke Jalan Pasar atau Lebuh Tapah pula, mereka boleh melalui Jalan Kapar/Jalan Meru ke Jalan Raja Bot kemudian ke Jalan Nanas seterusnya ke Jalan Pasar," katanya.
Sehubungan itu, pengguna diminta bersabar dengan kesesakan yang berlaku terutama pada waktu puncak di sebelah pagi dan petang.
MPK, pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya turut menasihatkan orang awam supaya memilih laluan alternatif untuk menuju destinasi dan mengelakkan daripada menggunakan laluan tersebut sebanyak mungkin.
"Jika tiada pilihan lain, diharap pengguna dapat merancang masa perjalanan iaitu mungkin keluar lebih awal di sebelah pagi dan pulang lewat malam bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan," katanya.
Tinjauan mendapati, walaupun berlaku kesesakan tetapi laluan tersebut masih dapat menampung jumlah trafik dan kenderaan dapat bergerak perlahan untuk beredar dari pusat bandar.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
td lalu x jem pon. lupe lak. 1 nov baru close daaa |
|
|
|
|
|
|
|
thanks liolia psai info tuh...
start sabtu ni mau jem giler la Klang nih....
Salam perkenalan semua...
FYI, aku duk Tmn Sri Andalas. Rasanya ada nmpk bbrp org tadi yg dyk situ2 gaks...
Selamat berjumpala lenkali. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #246 melia_star's post
ha ah....tak ke mana laaa ari ni...g bkt tinggi je
nanie dok kat bayu perdana :victory: :victory: :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
smlm lalu kat atas jambatan bulatan 100 tu, dpt flyer pasal penutupan stat 1 november, siap ada foto lagi..
so, ada update x hari ni jem teruk ke..?
dan adakah die akan tutup berpanjangan. atau die akan buka balik jap lps2 ni..?
lps ni kalau aku nak g bkt tgi mmg sah2 aku lalu jln bukit kemuning je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #244 liaolia\ catat
oh, baru prasan, just tutup 3 bulan.. tp die mmg choose most of the time is cuti sekolah, kurang skit jem..
BTW, thanx 4 this info.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamalaikum semua.. nak kena pindah ke Klang la plak ujung taun ni..
saper2 yg tau la..kat Kampong Idaman ada rumah tuk disewa tak? tuk rumah teres sebulan berapa sewa dia ya..? |
|
|
|
|
|
|
|
sape2 lalu klang ari ni...jalan jem tak? plz updates. sok ade appointment. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #251 nanie's post
aku balik yg jwb
td g bkt raja dlm kol 10.15. dah start jem kat depan mpk. flow cam biasa sbb masih boleh lalu atas jambatan.
on da way alik da jem kat depan centro klang. aku trus amik kiri. kire lalu jambatan hala ke kedai2 india. |
|
|
|
|
|
|
|
BTW, skit lagi nak g klang.. asalnye nak g bukit raja dulu pastu bukit tinggi.. nmpka gayanye better g bukit tinggi dulu, baru bukit raja, so kurang skit jem.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #253 laislabonita's post
arah nak ke town klang nazak la gak. sbb jambatan atas xleh lalu. kene lalu bawah je. tu yg jem sampai ke depan centro klang. |
|
|
|
|
|
|
|
salam sumer....saye duk dekat ngan Klang Parade tuh....salam perkenalan sumer... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam warga Klang..............:victory:
Saya lahir kat Klang, mak kata dulu hospital dia kat depan sekolah Convent Klang tu!!! pas tu merantau ke Penang & N. sembilan, akhirnya dapat rasa sekolah kat Klang, masa ni duduk kat Port Klang form 6 Sekolah Tuanku Ampuan Rahimah (STAR) anyone from star?? rasanya yg. `sezaman' tak berapa celik IT kut!...
Sekarang Kat Shah Alam, parents kat Bukit Kapar, in-laws kat Sg Udang, dulu diorang duk banting kejap, pas tu balik s. udang balik. memang kejanya `antara shah alam & klang' |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #259 HARY's post
bese laa...nak lalu mane lg. jalan tu je ade. mmg tensen sungguh lalu situ. weeekend pon jem |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|