|
Reply #279 darlingangel's post
Muahahahah... tak reti gaks aa nak buat~
Skang baca dh smpai chapter 53!
Mlm ni nak gi kinokuniya.. besh ke ek RELEVENKAH AKU DI HATI MU & PERCAYALAH tu? :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gepren at 16-2-2007 02:58 PM
Muahahahah... tak reti gaks aa nak buat~
Skang baca dh smpai chapter 53!
Mlm ni nak gi kinokuniya.. besh ke ek RELEVENKAH AKU DI HATI MU & PERCAYALAH tu? :stp:
dua2pun best beb......... |
|
|
|
|
|
|
|
dah beli 5 tahun 5 bulan.. tapi tak baca lagi..
tengah beratur dalam senarai buku yang perlu di baca..
kena ikut giliran.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #283 aprilsnow's post
2 buku ni takder stok kat Brunei sekrg laaa....aaarrrrggghhhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #281 KRUfan's post
wahhh... tak menyabar eh hehehehe coolllll.... takpe baca 5 tahun 5 bulan dulu... tak try order ngan JS ke lagi 2 buku tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #282 gepren's post
hheheehehe takpe esok mana tau teringin nak try recipe dah ada...
Percayalah dan Radha memang sangat best... besides..pada saya la.. dua dua ni pun backgroundnya di luar negara.. seronok baca buku begini.. bukan apa.. selama ni kita baca buku orang putih berlatarbelakangkan negara mereka atau orang negara lain.. skang nih kita dapat baca tentang negara mereka daripada penghuraian orang kita pula, dalam bahasa kita.. saya rasa memang interesting.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #284 t10k's post
hehehe betul tu.. ikut turn hehehe... kita pun pernah buat cam gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
From Berita Harian, Thursday February15 2007. Ruangan Sastera
5 Tahun 5 Bulan
LIMA Tahun Lima Bulan karya Hlovate merakam pahit getir kehidupan gadis yang menolak kehadiran lelaki dalam hidupnya dan tidak pernah menaruh sebarang kepercayaan terhadap kaum Adam, ekoran didikan ibunya yang tegas.
Sebagai anak yang dididik agar tidak bergantung kepada orang lain apabila dewasa,
Johanna, gadis bijak dan anak tunggal itu cuba mencari duit saku dengan bekerja sebagai pembantu rumah sementara menunggu keputusan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah besar majikannya, Latfi, Johanna yang hanya memperkenalkan diri sebagai Ana dikehendaki melayan tiga anak Latfi, iaitu Apeh, Nana dan Nina yang sedang meningkat remaja.
Tanpa pengetahuan Ana, beliau juga ditugaskan melayan anak sulung majikannya, Afeq yang dipanggil Along dan tinggal berasingan, tetapi akan pulang ke rumah berkenaan setiap hujung minggu.
Setiap kali Along pulang, Ana akan sentiasa sibuk di dapur kerana Along sengaja meminta gadis itu menyediakan pelbagai menu harian yang rumit sehingga akhirnya Ana berasa dirinya dibuli.
Suatu hari, Ana dipanggil untuk temu duga di ibu kota dan terpaksa meminta cuti daripada majikannya dengan alasan ada beberapa perkara penting berkaitan keluarga yang perlu diselesaikannya.
Ditakdirkan ketika pulang daripada temu duga terbabit, Ana terserempak dengan Along sehingga menyebabkan identitinya bukan remaja dan pembantu rumah sebarangan terbongkar.
Sungguhpun demikian, Ana merahsiakan pertemuannya dengan Along daripada Apeh, Nana dan Nina kerana tidak mahu dianggap penipu apalagi pada saat dirinya akan berhenti untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Aberdeen, Scotland.
Ana yang melepaskan tugasnya sebagai pembantu rumah, memulakan hidup baru sebagai penuntut jurusan perubatan di luar negara bersama beberapa rakannya seperti Bat, Aie, Noni, Yaya dan Fakhrul.
Di luar kawalan Ana, dia mula merindui Along meskipun sikapnya sarkastik dan sering membulinya dengan kerja rumah, tetapi lawak jenaka pemuda tidak pernah padam daripada mindanya.
Di tanah air, Along seperti kehilangan sesuatu dan sentiasa teringat keenakan masakan Ana, telatah gadis itu yang rajin melayan Apeh, Nana dan Nina sehingga memaksanya merancang sesuatu.
Apakah Ana dan Along akan dipertemukan semula dan bagaimanakah gadis itu menghilangkan rasa tidak percayanya kepada lelaki akan diketahui dengan membaca novel setebal 509 halaman terbitan Jemari Seni Publishing berharga RM20 senaskhah.
[ Last edited by darlingangel at 17-2-2007 02:00 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #288 darlingangel's post
wakakaka.. mana taknya amalkan prinsip macam tu..
kalau koleksi buku asyik dok bertambah..
tak menyempat nak membacanya..
tapi itu tak penting, janji..
buku yang best tu dah selamat berada dalam genggaman.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #290 KRUfan's post
yeah! give me five!
tapi, kadang2 kalau aku dah tahu buku2 yang sekian ni best..
aku akan simpan dulu..
lepas tu baca buku yang tak best dulu..
tu yang ketinggalan LRT..
orang dah habis baca.. aku baru nak baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #294 t10k's post
betul.. bila dah dalam genggaman hati pun sudah senang.. at least bila teringin nak baca dah depan mata.. tak le terpikir-pikir ish buku ni aku belum beli.. bila nak beli.. etc etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #291 NickyAzrai's post
cayalah nicky.. memang.. buku ni amat mencuit hati.. boleh nak baca kat public.. tapi self-control mau kuat ooooo kang tetiba je gelak kuat eheheheh satu lrt lak nak numpang baca hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
he.. he.. he...
aku baru je habis khatam buku nie angel
best gilor w/pun ade part2 dragging
tp semua tu boleh diabaikan sebab hampir 70% of it
menarik, kelakar banget buat aku ketawa tak hengat
rasanya mcm nak baca seround lg
buku ni bg aku rasanya mcm baca buku Indahnya Cinta
buku yg paling ngetop last year
bahasa sempoi & kelakar tu yg penting..
Notes utk Kucing:
aku dah jumpa
kat bab 41 pg 342 baris ke 13
berbunga sungguh hati ku ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #302 NickyAzrai's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by darlingangel at 20/2/07 10:09 PM
Indahnya Cinta by whom?
by ainon zaini |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by darlingangel at 20-2-2007 10:09 PM
Indahnya Cinta by whom?
ko biar betul angel :
buat malu aku je kata
novel nie paling ngetop last
tp ko pun tak tau
mana aku nak letak muka aku nie
:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NickyAzrai at 18-2-2007 08:07 AM
tgh menggadap 5 thn 5 bln
tak habis lagi
bahaya sungguh baca buku nie
gelak sensorang dlm LRT
sah org kata aku nie tak betul
kesian budak nie, muka cun tp gelak sensorang
(lantak ler) ...
hahaha betul tu!
Risau je baca novel ni.. asyik duk gelak sowang2!
Cemana la dia dpt idea wat lawak mcmgitu eks?
Mesti writer dia pon lawak gitu gak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|