|
Brapa kutipan sekarang? sesaper leh update |
|
|
|
|
|
|
|
stroyline mmg hancur.....
mcm citer kartun yg petang2
org jahat wat komplot, hero gagalkan
nway...still a good effort
harap kalo ada cicakman 3, leh improve lagi
not just the CGI also the story |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #238 nashrudean\ catat
|
|
|
|
|
|
|
tu aaa... ingat mcm xnak tgk jugak sbb dah tgk yg first movie dulu.. cam x bape nak menarik. masa review dlm tv, kemain tunjuk mcm menarik je..tp bile tgk,hampeh.. jalan citer agak slow... heroin x reti berlakon, skrip? aahaahaha.. fail. yg menonjol pun lakonan apek (so-so jek) dgn prof klon.. yg jahat 2 org tu.. kalu buat elok2 sket aku rasa ok gak, tp dibuat pulak stail lawak, ala2 robot gagap abih tu, dah x bape nak lawak la jawabnye... so apa lg tinggal kat cicakman? cgi? aku tgk sekali je kat panggung, kuar kat tv aku dah tak tgk dah.. dan tak teringin tgk pun...bkn la nak boikot, tp dah byk sgt filem2 m'sia ni x best...x bleh masuk ah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dh pi tgk..sbb dh xde cite nk tgk...bwk anak2..start aje cerita aku dh rase bosan bila Rrama tu asyik gelak aje...then anak aku yg 2 tahun pun boleh terlelap tido smpi abis cerita..aku dok tgk jam bila nk abis...boring giler wey..dgn bingkit telinga bila prof. klon dgn rrama tu dok gelak aje...
mcm mane lah depa boleh buat cerita mcm ni...cicak man 1 rasenye lg ok lah jln cerita die... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa orang ramai kata tak best sbb korang letak harapan yg tinggi sgt kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
tadi baru balik tgk cicakman2. Kalau tak sebab nak bawak budak2 mmg takkan beli tiket tengok wayang la..
Masuk panggung, anak siap tanya, "kenapa takde orang?"..Selain dari kitorang, penonton tak sampai 10 orang..Kesian betul! |
|
|
|
|
|
|
|
xbest.... CGI mcm zaman dulo2 aje... hampes... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by moonah at 22-12-2008 04:45 PM
tadi baru balik tgk cicakman2. Kalau tak sebab nak bawak budak2 mmg takkan beli tiket tengok wayang la..
Masuk panggung, anak siap tanya, "kenapa takde orang?"..Selain dari kitorang, penonton ta ...
ada 2-3 filem melayu skrg.. cicakman 2 terpaksa bersaing dgn Los Dan Faun dan Histeria... |
|
|
|
|
|
|
|
aku belum tengok lagi cicakman 2 ni.. memang tak plan pun nak tengok...
cicakman 1 dulu aku hampir2 nak tengok kat panggung sebab tengok trailer cam best.. finally, kuar kat astro..
all i want to say is, thank god aku tak spend duit tengok cite ni.. loya aku tengok lawak tak kelakar.. bohsan ya amat..
paling aku benci ketawa prof klon ngan cakap lintang pukang gingerman kejadah tu.. daripada kekunun nak create sense of humor, terus jadi annoying gila.
yang aku tak paham, kenapa mesti filem2 malaysia ni berpaksikan humor / komedi?
sebab aku rasa idea ngan effort (CGI) kejadah tu dah ok.. bile masuk lawak2 sengal terus jadik tak best.... buang la karekter2 merepek macam gingerman tuh..
(pandangan aku yang tak seberapa..maap)
[ Last edited by thermostat at 23-12-2008 11:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
mcm xde motif je citer cicak man ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
erk...aku terpegi tgk...huhuhu...
kalo x kerana hero aku tu...xdela aku nk buang duit tgk cicakman tu..
cite nyer busan gila..smpai aku tlelap2...
mmg buang duit...dhla aku bli smpai 4tiket..siap kena cas booking lg..
rugi sgala2 nyer...
rasa cm nk santau je yusry sbb gatai wat smbungan haprak cmtu...hehe..emo sket ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
dr segi kritikan mmbina...ermm....
ada certain parts dlm cite ni yg background music nyer lebih kuat dr dialog...
smpai xpaham apa yg dorg cakap....& bagus gak ada sh.amani lam cite ni...kiut... |
|
|
|
|
|
|
|
cicakman 2 x best langsung...jgn la g tengok..membaziaq... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #255 juanalisa81's post
nasib la ris tak pergi tengok............ walaupun anak merengek mintak ris kata nanti beli cd |
|
|
|
|
|
|
|
Cicak Man 2 gagal?
SELEPAS dua minggu filem Cicak Man 2: Planet Hitam ditayangkan di pawagam, filem tersebut dikatakan gagal mencapai sasaran awalnya iaitu sebanyak RM5 juta.
Jika filem pertama tahun lalu mencatat kejayaan luar biasa apabila pecah panggung sehingga mencatat angka RM6 juta, sambutan untuk kali ini tidak sama.
Justeru ada yang kata Cicak Man 2: Planet Hitam gagal mencapai sasaran diinginkan, selain gagal menandingi rekod pertama yang dicipta.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh penerbit filem Cicak Man yang juga Ketua Pengarah KRU Studio, Norman Abdul Halim.
Menurut Norman sememangnya benar sasaran asal kutipan tiket yang dijangka adalah lebih daripada RM5 juta, tetapi sehingga kini filem tersebut sudah meraih kutipan sebanyak RM2.7 juta semenjak ditayangkan bermula 11 Disember lalu.
"Filem Cicak Man bukan satu kegagalan, saya percaya selepas tarikh wajib tayang, filem ini akan mendapat kutipan sebanyak RM3.5 juta di panggung dan saya yakin perolehan luar panggung akan capai sehingga RM5 juta.
"Ini termasuklah tayangan di Indonesia dan Filipina tahun depan, selain jualan video serta hak siaran di televisyen," jelasnya kepada Kosmo!.
Walaupun sasaran RM5 juta tidak menjadi, keadaan ini tidak mengecewakan. Ini kerana padanya ini adat orang berniaga tambahan pula, kala filem ini ditayangkan, persaingannya dilihat begitu sengit.
"Saya tidak kecewa, sebab satu faktor filem ini agak perlahan sambutannya kerana penayangan filem Hollywood yang tidak terkawal jumlahnya walaupun kita ada sistem wajib tayang.
"Bayangkanlah satu filem barat ditayangkan setiap minggu, dan filem tempatan pula setiap dua minggu sekali, jadi itu yang menyukarkan kedudukan filem ini," ujarnya.
Tegasnya lagi, jika semua filem mahu disumbatkan dalam satu musim seperti musim cuti sekolah sekarang ini, pastinya menimbulkan masalah terutamanya daripada segi kutipan kerana penonton mempunyai banyak pilihan.
"Kebanyakan filem yang pecah panggung ditayangkan antara bulan Mac atau April, macam filem Duyung memperoleh RM4.7 juta, filem Jangan Pandang Belakang pun begitu juga.
"Kalau filem ini dapat ditayangkan pada bulan Mac atau April, mungkin boleh beri peluang dan kutipan mungkin lebih tinggi kerana tidak ada gangguan filem tempatan yang lain. Ini tidak, musim cuti sekolah inilah semua mahu serbu, macam mana nak capai kutipan yang besar," ulasnya panjang lebar.
Sungguhpun begitu, Norman bukannya mempertikai kewujudan sistem wajib tayang kerana padanya sistem tersebut harus wujud demi memastikan periuk nasi penerbit tempatan lebih terjaga.
Bagaimanapun, tegas Norman, kawalan perlu dilakukan supaya filem tempatan yang ditayangkan tidak bertindih dengan filem tempatan yang lain, sekali gus menyumbang kepada kutipan rendah sesebuah filem.
"Harus diadakan kuota, kita hadkan filem yang masuk wajib tayang kepada empat filem sahaja. Memang ada penerbit besar yang keluarkan filem dengan jumlah yang banyak setahun, tetapi kena adillah kepada penerbit kecil. Saya rasa cadangan itu harus dipertimbangkan dan pada masa yang sama persaingan masih lagi wujud antara filem tempatan dan antarabangsa.
"Apa yang saya boleh katakan, dengan keadaan ekonomi sekarang ini mustahil untuk penerbit filem memperoleh kutipan seperti dahulu," bicara Norman lagi.
Filem Cicak Man 2: Planet Hitam merupakan filem sekuel daripada filem Cicak Man yang diarahkan oleh pengarah yang sama dengan filem Cicak Man terdahulu iaitu Yusry KRU. - HARYATI KARIM
link: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... an&pg=hi_02.htm |
|
|
|
|
|
|
|
dh agak dh,,..filem ni mesti gagal... |
|
|
|
|
|
|
|
Kekdahnye ade ke tak sequel |
|
|
|
|
|
|
|
filem2 komedi malaysia ni boleh x jgn buat pelakon2 dia jadik mcm clown.. dan jgn lagi memperbodoh2kan masyarakat. setakat bdk tadika bleh aa.. or bdk2 sekolah je.., ada citer yg mesejnye bagus tp bile penyampaian, skrip dan lakonan sume x menjadik, boleh pulak nak ditokok tambah jadik bhn lawak pulak.. kdg2 ada filem aksi tp elemen komedi je lebih, so dah takde la aksinye...sedih btol la... |
|
|
|
|
|
|
| |
|