"Jangan kerana gemuruh bergempita,
Air di tempayan kau keringkan...
Jangan kerana unggas di rimba,
Denak di sangkar kau lepaskan...
Jangan kerana pelangi yang indah,
Lampu di kamar kau matikan...
Jangan kerana kerlipan kaca,
Zamrud di tangan kau lepaskan...
Jangan kerana buih yang indah,
Bumi yang nyata kau tinggalkan...
[ Last edited by sosimple at 30-6-2008 02:21 AM ] |