CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: smarties78

Tolonglah!! Walaupun da biasa jadi

[Copy link]
Post time 3-7-2008 02:23 AM | Show all posts
Originally posted by bezita60 at 29-6-2008 08:22 PM
apa la ko nyer merepek ni..


abih dah pijak semut tak mati...yang aku tahu penjejak badai jer boleh buat macam nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2008 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by smarties78 at 29-6-2008 08:01 AM
itu lah yang aku buat ni. aku simpan jer semua sms tu. n then bila suami aku cakap yg dia tak akan berikan anak pada aku sebab dia nak baritahu mahkamah aku tak layak jadi mak, lagi aku simpan se ...


anak ko tu lelaki ke perempuan?
kalau anak lelaki..mmg wajib laa ko pertahankan..anak lelaki pelindung mak..
tapi..kalau anak perempuan ..pastu sulung pulak..aku rasa..kalau laki ko nak jaga..ko kasi ajer la..
sebab..nnt besok2 anak perempuan ko nak kawen.. kena cari laki ko gak..sbg wali..
anak perempuan misti nak kawen punyer lah 1 day..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2008 09:31 PM | Show all posts

Perlukah diteruskan atau stop sajer perkahwinan ini???

sekarang aku dah pergi ke pejabat agama. dan 15hb ni aku perlu pergi ke pejabat agama dengan suami aku untuk jumpa dengan pegawai kaunseling dahulu. tapi my husband taknak. dia kata dia tak perlukan orang lain utk nasihatkan dia. aku cakap yg aku nak berpisah dengan dia utk sementara waktu (bercerai) untuk bagi masa dan ruang bagi kami berfikir sama ada aku ni penting atau tak untuk dia. dia mengamuk dan cakap aku tak boleh berlebih kurang dengan dia dalam hal ni. pada aku, aku da bagi banyak peluang pada dia sebelum ni, tapi dia tetap buat jugak. dan seperti yg aku beritahu aku tak boleh terima dia cakap keburukan aku pada perempuan lain sedangkan dia tak perfect jugak. dia jer boleh komen tentang aku, tapi bila aku cuba untuk berbincang dia kata tak perlu. dia kata aku hanya perlu dengar cakap dia dan lupakan hal perempuan tu (sedangkan yerlah, bukan senang nak lupakan keperitan tu semua). dan semalam bila aku sebut pasal aku nak berpisah (aku nak tengok respon dia sebenarnya), terus dia mengamuk dan beritahu yang dia akan lafazkan cerai kalau aku nak. dan jangan salahkan dia kalau dalam masa setahun yg aku bagi masa tu dia jumpa perempuan lain yg boleh bagi kasih sayang pada dia. aku cakap oklah, maksudnya bagi dia aku tak penting. dan dia jugak kata yang aku tak akan dapat jaga anak kami serta dia akan pastikan yg anak kami tak akan kenal aku sebagai mama yang baik disebabkan aku yg mintak berpisah. sedangkan aku kata aku sayang dia, cuma aku bagi masa untuk kami fikir dan muhasabah balik diri masing2. kalau dia jumpa orang lain aku akan terima sebab itu lah kehendaknya serta dia memang tak perlukan aku. aku nak bergilir jaga anak dengan dia. maksud aku, aku taknak emosi anak aku terganggu, tapi dia kata asalkan dia puas hati.
so, sekarang aku pikir balik perlukah aku teruskan perkahwinan ini untuk puaskan hati dia atau berpisah sahaja disebabkan keegoannya. tolong lah bagi pendapat?? adakah aku ni penting kan diri sendiri sedangkan dia tak pennah pujuk aku dan menyesal dengan apa yg dia buat (alasan dia, dia perlukan tempat nak luahkan masalah yang dia tak puas hati dengan aku). bagi aku dia boleh g cerita dengan family dia yang boleh nasihatkan aku kalau betul aku ni tak perfect tapi bukannya ceritakan dengan wanita lain yang akan ambil kesempatan serta ada perasaan pada dia. please.......... just to share and get ur opinion walaupun tak settle kan masalah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 09:46 PM | Show all posts
oleh sbb aku dah baca kisah kau dr page 1 ari tu lagik...aku nak kata kau teruskan saja niat kau kau nak bercerai tu. org mcm tu mmg dah tak nampak hukum, tak nampak undang2. biarkan dia, kau pun dah penat kan nak layan kerenah dia yg nak kata pandai takleh diikut, bodoh takleh diajar tu kan?
kalau dia tanak gi kaunseling, biarkan dia, org ego selangit mmg gitu, kalu bunuh org pun dia kata tak buat salah, nikan pulak salah-laku kat bini ni. takyah la gentar dgn ugutan separuh masak dia tu, dia ingat undang2 negara ni mak bapak dia yg buat? takde apa2 asas pun dia nak hak jagaan anak2 pun, ckp mcm org takde akal adalah.
kalu dah tak tahan sgt, kau pegi amik borang kat court terus, pohon fasakh, dia takmo tanggung kau kan sbb dia kata kau kerja ada duit sendiri kan? tu pun dah cukup2 konkrit kau nak tinggalkan dia..belum masuk lagik bab curang-murang tu.

kalu dia rasa bersalah ada affair dgn minah tu pun dah cukup baik, aku akan suruh kau stay jugak dgn dia, mana tau dr rasa bersalah tu mana tau dia akan insaf dan tinggalkan awek tu. ni rasa bersalah pun tak? siap bulih justify lagik? aku rasa takde kompromi lah menda gini. lagipun kau dah lama put up dgn dia punya nonsense kan? sudah2 lah tu...teruskan kawin sbb nak puas ati org, that's not marriage lah my dear, that's mental torture. kau yg gila nanti.

[ Last edited by  hzln at 3-7-2008 09:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 10:05 PM | Show all posts
Quote :  "dia jugak kata yang aku tak akan dapat jaga anak kami serta dia akan pastikan yg anak kami tak akan kenal aku sebagai mama yang baik disebabkan aku yg mintak berpisah."

Just nak bg u info skit...

Dalam undang2 Keluarga Islam, seorang IBU adalah lebih berhak terhadap seorang anak (x kira lelaki atau perempuan).


Dan...Seorang IBU hany hilang kelayakan terhadap hak jagaan anak kalau
boleh dibuktikan yg dia tu pompuan yang x baik akhlaknya..
Cth : keja GRO ke, Pernah kena tgkp khalwat ke...

Dia cuma gertak u aje tu...

For me, tak timbul masalah nak cari dia balik untuk jadi wali anak tu,
sbb kita bukan nak pisahkan diorang terus...

Suami akan dap hak lawatan dan bermalam dgn anak...

Ni kena fight masa perbicaraan Hadhanah @ Hak Jagaan Anak kat Makamah.

Hopefully, ni dpt bg ketenangan skit kat u...


And, mlm ni mlm bbarakah utk u bertahajud...
sembahyang Istikharah n sembahyag Hajat...

Mintak petunjuk dan mengadu pada Alllah...

Mlm ni mlm Jumaat dan esok adalah 1 Rejab...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 10:30 AM | Show all posts
kalau rasa boleh hidup dgn tenang sbg widow wp sbnrnye pegang status J lagi byk cabaran masyarakat..proceed lah..

tapi.. bukan senang dan simple kalau pegang status J.

masyarakat melayu masih kuno lagi terhadap status perempuan.
kalau tak kawen2.. pandang serong..
kalau dah kawen tapi, takder anak..pandang serong...pompuan tu "M"
kalau perempuan tu "J"..pandang serong.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-7-2008 11:51 AM | Show all posts

Reply #246 Hana's post

yer lah kan...
mesti pandangan masyarakat. tapi yg tu aku letak number 2 la. yg penting pasal anak. ok, thanks...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by norsha at 22-6-2008 09:16 AM
cerai je la..


knape mesti nak cerai ... tak bek taw .... akak nih lagik mcm2 pangai husben akak .... nak cite 3 ari 3 mlm belum tentu abih lagik ... cam ner pun tuan umah banyak2 bersabar ... sentiasa berdoa supaya husben anda sentiasa menyayangi anda .... akak dah rasa situasi ini ....

[ Last edited by  kabintang at 4-7-2008 12:05 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2008 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by smarties78 at 3-7-2008 21:31
sekarang aku dah pergi ke pejabat agama. dan 15hb ni aku perlu pergi ke pejabat agama dengan suami aku untuk jumpa dengan pegawai kaunseling dahulu. tapi my husband taknak. dia kata dia tak perlu ...
...buat apa nak bercerai kalau korang cuma memerlukan some space to sort korang punya feelings dan fikiran??...kalau dah bercerai...bererti korang dah tak bley nak work things out dan korang sepakat setuju tuk ikut haluan masing2 meneruskan hidup korang...selagi bley bawak runding...bley bawak bincang...then janganlah bercerai...kalau nak some space or time off ngan laki ko...then...tinggallah berasingan for a couple of weeks or months...depending on how long korang take to sort out your own feelings and problems...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 09:14 PM | Show all posts

Reply #2 smarties78's post

sape jumpa saper? Tuan umah jumpa pompuan tuh ker or sebaliknya??
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 09:23 PM | Show all posts
Ishh aku nih ketinggalan ketapi sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 09:25 PM | Show all posts

Reply #229 smarties78's post

sorylah kalau ketinggalan, ko nih dah berapa lama kawen?? Anak rapat tak dgn ayah dia? Dah fikir masak2 ker kalau betullah nak bercerai?? Dah pikir ke hidup tanpa suami di sisi? Sanggup ker dengar orang cakap belakang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2008 09:36 PM | Show all posts

Reply #250 hazen's post

laki aku g jumpa pempuan tu lah. bukan aku lak. jumpa untuk 3+1 celcom.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 10:45 PM | Show all posts
mendapsss?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2008 08:08 AM | Show all posts

Reply #252 hazen's post

aku baru 4 tahun kawin. baru nak masuk 4 tahun bulan 8 ni. anak lebih rapat dengan aku sebab anak duk dengan aku start umur 6 bulan. sebab bila anak aku umur 6 bulan kami da start duk asing. laki aku dapat keje yang lain yang buat dia kene training kat oversea. so, dia pindah balik umah mak dia dan aku duk bersama kawan2 bujang dekat dengan tempat keje aku. so, aku la yang jaga anak sampai sekarang (kawan2 aku sekali njadi dayang2 anak aku)
jadi, kira sekarang walaupun dia da balik training tu kami still duk jauh2 sebab kami beli rumah yang akan siap hujung tahun ni. jadi, tengah nak tunggu rumah lah ni. tengah2 ok, tetiba tahun ni dia terus berubah. maybe dia rasa dia da hebat dari dulu. entahlah,  pandangan orang??? for me, itu bergantung kepada pembawakan diri kita. sebab kat tempat keje aku dah ada banyak contoh yang berstatus J. ada yg ok, takder pun org nak kutuk. ada pulak yg kene ngumpat jer. so, terpulang lah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 10:17 AM | Show all posts
Smarties,
U sayang lg tak hb u? Sayang biasa2 je ke or sayang banget cam kak ayang68 tuh?
If perasaan u towards hb u dh kureng, & u r not interested pun nk menyemarakkan balik so as ur hb...cam ala2 masing2 tawar hati dah...then leh le u fikir2kn ttg divorce..
If not, x even thing ttg cerai berai neh...

Bab berpisah sementara tu, u faham ke konsep berpisah sementara ni for couple yg tinggal serumah...but ur case, kan ke u tinggal jauh dr hb? So, nk berpisah sementara mcm mana yg u maksudkan?
Unless u maksudkan cerai terus...then rujuk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2008 01:47 PM | Show all posts

Balas #1 smarties78\ catat

ko buang jer hp laki ko tuh....xpon simcard dia kasi rosakkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2008 03:05 PM | Show all posts

Reply #256 zanorba's post

yer maksud aku... bercerai la. kalau dalam masa tu dia rasa aku masih penting kami bole rujuk balik. tapi kalau dah tak penting teruskanlah nak hidup dengan sesiapa yang dia rasa sayang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by smarties78 at 5-7-2008 03:05 PM
yer maksud aku... bercerai la. kalau dalam masa tu dia rasa aku masih penting kami bole rujuk balik. tapi kalau dah tak penting teruskanlah nak hidup dengan sesiapa yang dia rasa sayang


Teringat lak lagu rasa sayang....

rasa sayang
rasa sayang eh
rasa sayang sayang eh
eh lihat nona jauh
rasa sayang sayang eh
buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan di kandung tanah
budi yang baik di kenang juga
dua tiga kucing berlari
mana sama si kucing belang
dua tiga boleh ku cari
mana sama abang seorang
pisang emas dibawa berlayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh di bayar
hutang budi di bawa mati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2008 08:57 PM | Show all posts

Reply #256 zanorba's post

macamana nak eratkan hubungan kalau satu pihak jer yg berusaha, sedangkan satu pihak lagi tetap menyalahkan orang lain. aku rasa dah give up jugak. anak aku sekarang selalu je cakap nak jumpa ayah dia. bila aku cakap dengan suami aku, dia diam jer. dia kata selagi anak aku duk dengan aku dia taknak ambik tahu. dia akan ambik berat kalau anak tu duk dengan dia. apakah lagi usaha aku? bila mintak nak berpisah, cepat jer dia buat keputusan. tapi bila bab nak baik semula, dia tak berapa respon sangat. aku usaha pun untuk anak aku. terganggu emosi dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.625325 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list