CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ummimon

Merged : Rempah & Herba

[Copy link]
Post time 25-11-2008 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by arnabkiut at 22-10-2007 12:39 AM
daun ni sedapp letak lm tomyam..
yummyy..
tp tulaa susah giler nk tanam..asik mamposss jerkkk


betul tu.akak pun dah banyak banyak banyak kali cuba tanam pokok ketumbar ni ... tapi tak pernah nak idup...tanam dari pokok yg beli,juga cuba tanam dr biji benih yg di beli kat supermarket.... dua2 percubaan tak pernah berjaya... asyik MAMPOSSS jerk
susah sangat ke nak idup pokok ni???...
yg orang jual sampai berlonggok2 tinggi kat pasar malam/tani tu camner yea depa tanam? semai biji benih ke apa??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 06:18 PM | Show all posts
wah kegemaran saya ketumbar ni..

memang org siam suka letak daun ketumbar dlm tomyam putih dan sup....superb!

saya pun dah terikut-ikut dah...jarang beli daun sup...beli ketumbar saja...

percubaan utk menanamnya baru cucuk akar dlm tanah..entah hidup atau tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 01:03 PM | Show all posts
jaja dah byk kali try tanam daun sup dgn daun ketumbar,
dua-dua kiok.  kecewa betul. pangkalnya mcm mereput gitu.
menci betul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 02:42 PM | Show all posts
dulu ummi tanam daun sup.. sampai tua2 daunnya (x terabis guna) dan subur ya amat.. kaler mmg sentiasa hijau pekat bukan calang2.. hehehhee.. tp masa tu dok umah flat..ummi gunakan botol minyak kosong, tebuk lobang tepi dan bawah (utk pengaliran air yg baik).. pendedahan pada cahaya mmg maksimum - ummi sangkut botol minyak tu kat ampaian, direct sunlight dari pagi sampai maghrib..

tp biler dah dok umah bawah nih.. biler tanam, dia idup la jugak.. tp sejumput mcm janggut kambing ajer.. x mo plak membesar mcm dulu.. agaknya sbb skarang mewah air kot.. dan cahaya tu 'kureng'..

ujong minggu nih nak try kalih tempat.. kot2 boleh subur mcm dulu.. hari2 boleh mkn daun sup

ps: daun ketumbar x try lgik.. tp boleh gak kalo nak try tanam sekali

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 02:48 PM | Show all posts
saya semai ketumbar da seminggu..x naik2 ..salah teknik kah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 09:55 AM | Show all posts
suka bau daun ketumbar nie....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2008 02:22 PM | Show all posts
hangpa nak tanam daun ketumbar tu tanam elok2... jgn silap plak tanam daun ketum.. dok blakang bar kang..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by pakupayung21 at 26-11-2008 02:48 PM
saya semai ketumbar da seminggu..x naik2 ..salah teknik kah


PP.... tanam pakao pokok beli ka? atau guna biji benih??

akak memang KALAH kalo tanam pokok ketumbar ni.. tak pernah nak idup.dah cuba rasanya berbelas kali dah kot...

kalau tanam daun sop tu memang senang ja... beli kat pasar.. potong2 daun.. amik batang & akar.. tanam/semai.tapi jangan tanam dalam2 sampai tenggelam batang.pokok tak akan tumbuh sbb batang akan mereput.tanam hanya bahagian akarnya saja dalam tanah.di peringkat permulaan siram jangan jirus di bahagian pokok.. jirus/siram bahagian tanah je dlm bekas pokok tu.bila pokok dah tumbuh akar baru dan stabil.. boleh le nak tambah tanah lebih.taruk baja organik memang akan subur banget.biasanya bila dah matang,pokok ni akan mengeluarkan anak2 baru.bila dah agak besar boleh alihkan ke pasu lain anak2 ni.bila alihkan.. pembesarannya akan lebih cepat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 03:09 PM | Show all posts

Menanam herba di kondo

Greetings all!!!
Nak tanya pendapat forumer macam mana nak tanam herba (dill, oregano, rosemary, basil, etc) kat kondo.

Ari tu ada beli basil ngan rosemary dari cameroon tapi 3 minggu pas tu mati. Aku duk siram hari2 pasal letak kat tempat panas (itu je tpt yg ble letak pokok). Beli bunga kat sungai Buloh pun ble mati. Siot je.

Ada website yg ajar cam mana nak tanam herba ni ke? (Klu ble ikut spec Malaysia bukan spec obersea psl sini panas)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by slug at 13-1-2009 03:09 PM
Greetings all!!!
Nak tanya pendapat forumer macam mana nak tanam herba (dill, oregano, rosemary, basil, etc) kat kondo.

Ari tu ada beli basil ngan rosemary dari cameroon tapi 3 minggu pas tu  ...



Ada gambor sekitar kondo tak..maksudnya...kawasan penanaman tu le..nak tau gak kitar cahaya matahari..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 03:48 PM | Show all posts
Nanti letak gambar tapi kan....cam mana nak letak gambar kat sini?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 08:05 PM | Show all posts

Reply #3 slug's post

nnt suh mod kasi tutorial yek...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 12:45 PM | Show all posts

Reply #3 slug's post

Gambarnya dah ada ke lom?
Kalau dah ada nanti pm saya ye..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 01:15 PM | Show all posts

Balas #5 alifinara\ catat

Blum ada. Minggu ni baru amik
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 06:02 AM | Show all posts
Stevia boleh ganti gula

Oleh Rohaniza Idris
[email protected]

Tanaman herba yang cantik untuk landskap.

Daun manis pengganti gula untuk pesakit kencing manis dikategorikan sebagai pokok renek sesuai sebagai penghias penutup bumi

KONSEP Edible Garden atau Taman Ramuan menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan makanan, ubat selain menghias laman.

Untuk itu, ada beberapa pokok yang dikategorikan sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan menarik dalam Taman Ramuan termasuk stevia atau daun manis yang menjadi pilihan ramai kebelakangan ini.


Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.

Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi.

Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.
DARI atas, Stevia kayu khasiat pengganti gula; Bunga putih kecil stevia; Tanam stevia dalam pasu mampu lebih teratur.

Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.

Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.

Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.

Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.
Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.

Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya,

Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.

Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.

Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes.

Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.

Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.

Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.

Di Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.

INFO: Stevia

Tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air

Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas.

Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan. Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.

Nama Tempatan: Stevia
Nama Saintifik: Stevia rebaudiana

Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-殚, kaa jhe殚, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa,

Sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf.

Famili: Astereacea
Asal: Paraguay

Antara ciri-ciri stevia ialah:
Pemanis semula jadi
Menurunkan kadar gula dalam darah
Melawaskan kencing
Menurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 10:54 AM | Show all posts
C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures
testing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2009 09:52 PM | Show all posts
Antara pokok2 herba yang i tanam kat rumah...



Serai wangi



Pandan dan serai makan



Pokok mengkudu/noni dan mak cotek



Pokok kari



Pokok misai kucing



Pokok limau purut



Pokok bunga telang/nasi kerabu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 10:43 PM | Show all posts
Kulit kayu manis dalam katogeri pokok herba ker ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 11:10 PM | Show all posts

Reply #131 harmerz01's post

Rasanya kayu manis herba jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 04:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by alamanda_c at 9-8-2009 07:13

Pudina kat umah saya :



Hentikan penggunaan racun makhluk perosak.

Tanam tumbuh-tumbuhan tertentu di kebun anda seperti pudina dan selasih yang boleh menghalau serangga perosak tanaman.

sumber : http://www.fomca.org.my



Pudina rawat migrain
(Berita Harian, Isnin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 1.338600 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list