CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

KLUANG

 Close [Copy link]
Post time 7-1-2009 09:11 AM | Show all posts
yeyeyye....minggu ni ada keja kat johor..leh singgah balik umah kat kluang...kluang mall dh bukak ek..ketinggalan tren btul haku ni...pepepun ...kluang mmg best......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 04:39 PM | Show all posts
aku nak cari buku paranormal di Kluang ni x tau mana....
ada sesape leh tolong???
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:59 PM | Show all posts
nak tanya skit laa.. hmba nih orang JB.. hari tuhh.. hamba dan rakan2 lakukan aktiviti mendaki Gunung Belumut.. 6 Jam baru sampai puncak.. memang lega dan syok laa bila dah sampai tuhh.. bangga rasanya dapat tawan gunung yang tertinggi dan dibanggai orang kluang..

masalahnye di sini ialah.. hamba ikut laluan yang betul.. dari pejabat perhutanan tuhh.. melintasi jambatan gantung dan bermula dengan trek tangga batu tuhh... dan sampai di puncak... Puncaknya ialah kawasan lapang.. takde pokok langsung.. kawasan rata lah yang sesuai untuk perkhemahan..

bila hamba balik dari gunung dan bukak laman web.. puncak gunung belumut amat berlainan dengan yang hamba jejak tue.. dalam gambar tuh menunjukkan gunung belumut punya pyncak ada dua batu dan salah satunya iberi nama batu pisau...  

Jadi di sini, hamba nak tanyalah orang2 Kluang.. sebenarnya.. hamba sampai ke gunung mana???? tapi laluan trek yang hamba naik tuhh memang betul.. confius laa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 05:39 PM | Show all posts

Balas #243 edy137\ catat

hayok...dh pergi ke alam bunian...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 07:33 AM | Show all posts
hehehe.. alam bunian??? tapi tak jumpa puteri bunian ponn.. kena return balik nihh sampai jumpa puteri bunian.. ahaks..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 07:34 AM | Show all posts
ada suggestion dari warga Kluang tak gunung mana lagi yang best2 kat Kluang yang sama best dan sama dasat trek dia macam gunung Belumut.. kalau gunung lambak tuhh.. macam tak best jekk.. 2 jam lebih daki dah boleh sampai puncak.. tapi tak tau laa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2009 09:33 AM | Show all posts
Kluang Mall mercu tanda baru

Oleh JAAFAR AHMAD







KLUANG 8 Jan. - Kompleks beli-belah dan riadah terbesar Kluang Mall, di sini yang memulakan operasinya dua minggu lalu kini menjadi mercu tanda baru bandar ini dalam membantu memacukan ekonomi daerah tersebut.

Kompleks itu selain menyediakan 1,700 pekerjaan untuk penduduk tempatan, ia juga memiliki daya tarikan tersendiri untuk menarik golongan pertengahan dan atasan dari daerah lain berbelanja di situ.

Pengarah Urusan Syarikat Tenaga Nusantara, Tey Ah Kau berkata, Kluang Mall berkonsepkan berbelanja bersama keluarga dan sasaran pelanggannya pula golongan pertengahan dan atasan.

''Sebab itu, hampir semua jenis perniagaan di kompleks ini berasaskan barangan serta keperluan berjenama yang bermutu tinggi bagi memenuhi kehendak golongan tersebut," katanya ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum ini kebanyakan golongan pertengahan dan atasan di daerah ini didapati sering berbelanja di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kuala Lumpur untuk memenuhi selera tinggi mereka.

''Tetapi kini mereka tidak lagi perlu ke bandar lain untuk membeli-belah kerana pelbagai barangan berjenama dan bermutu tinggi boleh ditemui di Kluang Mall," katanya.

Sementara itu, beliau berasa gembira kerana lebih 50,000 orang membanjiri kompleks tersebut pada hari pertama beroperasi.

Menurutnya, sambutan luar dugaan itu membuktikan kompleks tersebut setanding dengan pusat beli-belah di beberapa bandar besar termasuk bandar raya Johor Bahru.

Beliau berkata, selain dilengkapi pasar raya terkemuka, kompleks tersebut juga menyediakan pelbagai kemudahan riadah seperti pawagam, ruang permainan kanak-kanak, karaoke serta restoran.

"Kluang Mall terbukti sebagai pusat beli-belah berkonsepkan cara hidup di bandar raya bagi 300,000 penduduk Kluang serta kawasan berhampiran," katanya.

Beliau berkata, sebagai kompleks beli-belah yang memusatkan pelbagai barangan berjenama ia juga mampu menarik pengunjung luar berbelanja di Kluang.

''Ini secara tidak langsung dapat pula menggerakkan pasaran dan ekonomi Kluang," katanya.

Menurut Ah Kau, ekoran sambutan hangat yang berterusan itu, pihaknya akan sentiasa memberikan keutamaan kepada para penyewa berdasarkan konsep 'menang-menang' dengan meningkatkan tahap pengurusan kompleks serta mewujudkan suasana membeli-belah dan riadah yang ideal.

Selain itu, beliau berkata, Tenaga Nusantara juga akan sentiasa bekerjasama dengan peniaga-peniaga lain di Kluang untuk memajukan lagi prospek perniagaan lebih baik di kawasan tempatan.

Menurut beliau, pihaknya telah menyediakan 1,200 petak meletak kereta untuk kemudahan pengunjung dan pelanggan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pacific Hypermarket & Departmental Store Sdn. Bhd., Charlie Tan berkata, pembukaan Pacific Hypermarket di Kluang Mall merupakan cawangannya yang ke-12 di Johor.

Menurutnya, pihaknya memperuntukkan lebih RM5 juta untuk membuka cawangan yang turut menyediakan 500 pekerjaan kepada penduduk tempatan.

''Kami yakin pasar raya ini akan menerima sambutan menggalakkan kerana kedudukannya yang strategik," katanya.

Beliau berkata, seperti beberapa cawangan lain, pihaknya bukan sahaja menyediakan keperluan harian seperti ikan, sayur dan buah-buahan tetapi turut menempatkan bahagian pakaian, kosmetik, peralatan sekolah dan sukan di pasar raya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 09:35 AM | Show all posts
Kompleks beli-belah jadi tarik pelancong
KLUANG 8 Jan. - Para pengunjung Kluang Mall berharap pusat beli-belah tersebut akan dapat menarik pelancong tempatan terutama dari Mersing dan Segamat untuk berbelanja di situ.

Menurut mereka, kemasukan pelancong penting kerana ia dapat membantu merancakkan perniagaan lain di sekitar bandar Kluang termasuk restoran dan keperluan harian.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Daerah Kluang, Mahmud Rohani, 52, berkata, sekiranya Kluang Mall berjaya berfungsi sebagai pemacu ekonomi, maka ramai peniaga di Kluang terutama bumiputera akan menerima limpahan dan manfaat daripadanya.

''Ini kerana pelancong bukan sahaja akan berbelanja di situ tetapi akan turut berbelanja atau makan dan minum di restoran atau gerai sekitarnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, persatuannya percaya perniagaan di kompleks tersebut tidak akan menjejaskan peniagaan bumiputera kerana Kluang Mall mempunyai sasaran pelanggannya sendiri.

''Perniagaan di Kluang Mall berasaskan barangan berjenama dan bermutu tinggi untuk golongan pertengahan dan kaya yang mana harganya pasti lebih mahal," katanya.

Beliau berkata, bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana mereka mempunyai banyak tempat lain untuk berbelanja termasuk di kedai dan bazar yang menawarkan harga rendah.

Rakannya, Mohd. Amin Mohamad, 36, berharap Kluang Mall akan dapat menarik lebih ramai pelancong Kluang untuk berbelanja dan beriadah.

''Memandangkan ekonomi Kluang tidak begitu memuaskan maka kemasukan pelancong penting dalam membantu mengerakkan perniagaan di bandar ini," katanya.

Mengenai corak perniagaan di kompleks tersebut, beliau berkata, kebanyakan barangan yang dijual berjenama, bermutu tinggi dan agak mahal.

''Tetapi ia sejajar dengan konsep perniagaannya yang memberikan tumpuan kepada golongan pertengahan dan berpendapatan tinggi," katanya.

Sementara itu, menurut seorang kakitangan swasta, Nur Auzani Ismail, 25, pembukaan Kluang Mall memberikan kemudahan kepada golongan muda dan remaja untuk berbelanja dan beriadah.

Menurutnya, jika sebelum ini mereka sering ke Johor Bahru, Batu Pahat atau Melaka untuk mencari sesuatu barangan, tetapi kini mereka boleh memperolehnya di Kluang.

''Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka," katanya.

Selain itu, katanya, pembukaan Kluang Mall juga memberikan peluang pekerjaan kepada ramai remaja terutama bumiputera tempatan.

''Kini mereka tidak perlu keluar daerah untuk mencari pekerjaan kerana banyak peluang pekerjaan ada di sini," katanya
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 10:41 AM | Show all posts
kak kodok.. pomot kluang mall nampak...

smlm pas g JKR singgah situ jap beli donut big apple... nyum2... tak payah susah2 nk p tesco plentong mkn donut tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:55 AM | Show all posts
wah ade gak benang ttg kluang...lama tunggu ni....................
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:57 AM | Show all posts
aku xsmpat ronda lg kluang mall...nnti blik gi aarr


tp kenapa ler kat kluang ni x de ipta....ade IKM ...atau IKBN pun dah ok....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 12:05 PM | Show all posts

Reply #239 shamsadis's post

lama x mkn goreng pisang situ sblh kedai makn din kota kan......?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 12:50 PM | Show all posts
aku nak cari buku paranormal di Kluang ni x tau mana....
ada sesape leh tolong???

buku paranormal mcm ufo,misteri dunia dll...?
ada sesape tau??? please help me
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 03:56 PM | Show all posts

Reply #253 Zaharul_Asriq's post

x jumpe2 lagi ke kedai2 buku kat kluang ni.. terhad laa dik kedai2 buku kat kluang ni..akak tak ingat nama kedai buku yg  bangunan belakang maybank tu..try cari kat sana pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 08:42 PM | Show all posts

Balas #254 kodoklawa\ catat

kedai buku blakang maybank tu? oh..kedai Buku Pakar..

x de langsung buku paranormal...
dekat POPULAR Kluang Mall pun takde..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 02:42 PM | Show all posts
takde sape nak answer hamba punye question ker??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2009 03:05 PM | Show all posts
kluang mall ni kat ner eh??aritu ada g kluang parade tp cam x syok
ar..masa me g,byk kdai lom bkak g..x lama pon kat stu.
msuk giant jap beli psing2 trus chow
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 07:31 PM | Show all posts

Reply #256 edy137's post

sungguh pun akak ni dekat ngan gunung lumut tp x pernah pula akak memanjat gunung lumut tu..tp kata adik akak..klu kat puncak tu akan nampak sebuah tasik milik  k'jaan spore so tasik tu xde dlm peta johor..tu kata dia dan cikgunyer
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 07:32 PM | Show all posts
Originally posted by pinky46 at 10-1-2009 03:05 PM
kluang mall ni kat ner eh??aritu ada g kluang parade tp cam x syok
ar..masa me g,byk kdai lom bkak g..x lama pon kat stu.
msuk giant jap beli psing2 trus chow
kat jln pasar..yg ni best sket aje dr kluang parade
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 12:03 PM | Show all posts
awal muharam yang lepas aku ade la balik ke kluang.
so far tengok memang la banyak perubahan dah berlaku..
kalau dulu shoping mall cume BCB tu ler.
tempat melepak segala mcm manusia sebab dah tarak tempat len nak port selain taman2 dan juga sekitar pesisir sungai yg x berapa nak chantek tu
ingat zaman school dulu BCB tu lah je yg kitorang ade.
tp skg kluang parade dah de dan yg terbaru kluang mall.
ari tu gi kluang parade banyak kedai yg x bukak lagi.memang lengang sket..
tp at least ade lah gak kdai2 yg slama ni susah nak jumpe kat kulang spt secret recipe,oldtown,dunkin donut dan mcm2 lagi..ade gak perubahan tu..
men boling lak kat kluang parade.biase jek tempatnya..at least ade la tempat men boling kan x macam dulu kene gi b.pahat nak men boling..
cume kluang mall jek aku tak pegi lagi..
ingat balik raya cina nie aku nak menjelajah lah kat sane..tp ade ke kedai bukak ye since raya cina nie sume pakat tutup kodai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.289736 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list