|
[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI
[Copy link]
|
|
jalan melaka teruk..camne nak complain eh..aku nak usul pasal jalan dan parking.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penang akan buka HRC Hotel + cafe pada 19th Sep 2009 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 herrhughie's post
besday aku time tu
buleh laa aku dapat masuk free
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Sentral: 3 acara Pesta Sungai Melaka jadi pertandingan antarabangsa
MELAKA: Tiga acara utama Pesta Sungai Melaka akan dijadikan pertandingan antarabangsa tahun depan dengan mengundang penyertaan peserta luar negara, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata, acara yang akan dinaik taraf itu ialah pertandingan perahu naga, bot kawalan jauh serta dan pertandingan layang-layang moden dan tradisional.
Katanya, acara itu boleh dianjurkan selama sebulan ataupun setiap tiga bulan, yang akan menjadikan Dataran Sungai Melaka sentiasa dipenuhi aktiviti sekali gus mempromosikan Sungai Melaka.
揕angkah ini juga akan mewujudkan kerjasama erat antara kerajaan dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya pada majlis penutupan Pesta Sungai Melaka 2009, di sini, malam semalam.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Osman Muhammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Seet Har Cheow dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai, Baharom Majid.
Pesta Sungai Melaka 2009 bertemakan 'Sungai Nadi Kehidupan' bermula 30 Mei lalu dan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Mohd Ali berkata, pesta kali ini berjaya menarik 100,000 pengunjung biarpun mendapat saingan daripada beberapa acara serupa yang diadakan di negeri lain.
"Saya dimaklumkan, ia dikunjungi seramai 100,000 orang dan 30,000 pengunjung menggunakan perkhidmatan bot Melaka River Cruise sepanjang sembilan hari ia berlangsung. Jumlah ini akan meningkat kerana kita masih dalam musim cuti persekolahan.
"Saya berharap dengan kehadiran pelancong yang begitu ramai, tujuan menjadikan sungai sebagai lokasi utama rekreasi dan bersukan tercapai," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu... bikin jalan dulu.. record jam hari ahad satu ketika yg pernah di lalui... dari plaza mahkota (PM Securities) hingga ke hotel equatorial... 1 jam beb.. hari ahad... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 Z77\ catat
Tu la kan? Sampai dah malas nk g banda Hilir da.....
Mcm tu je la satu2nye tmpt kat Melaka nak shopping....
Abg ak sampaikan hari2 bese pun x mungkin nk bawak ak g sane, bercinta dier nk g sana..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 nameloo\ catat
memang pun.. sekarang kalau nak gi sana kalau ada urusan naik motor.. tu pun kekadang susah nak selit |
|
|
|
|
|
|
|
penin2 semua development nak bertumpu kat satu tempat jer......
serabut dah jadinya area tu......
dah la situ kawasan tambak |
|
|
|
|
|
|
|
ape yang best kat melaka nih ek? citer la kat aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
ape2 pon melaka ttp best...tp jln kene upgradekn yek |
|
|
|
|
|
|
|
best naik bot ni...aku penah naik....mlm lg best |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 nurulshidah's post
aku rasa raya nih
aku nak beraya ke melaka
ni budak2 opis tu hari
p sana bercoti
dok promote gila2
best katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 Syd's post
eh..patut pi cuba mungkin dapat free stay 1 mlm... |
|
|
|
|
|
|
|
Arab City di Melaka tahun 2011
Oleh SHAWKATH AZDE
[email protected]
Hesham (kiri) dan Saleh Al Mansour menunjukkan lakaran projek Arab City di Melaka di Kuala Lumpur kelmarin.
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh ya , btul2 sblh masjid selat pulau mlk akan didirikan kompleks membeli belah 3 tgkt .. btul2 sblh masjid .. isk .. |
|
|
|
|
|
|
|
baru kejap ni Tok Ali htr 2 org pak arab dtg opis aku. Dgr cite pak arab ni nak beli company aku nih...(company yg aku kije nih) |
|
|
|
|
|
|
|
aku mcm pelik ar
nk wat arab city, tp kat banda hilir tu rate2 majoriti chinese, yg mlayu2 pon g mancing kt pulau mlk tu je hahaha ..
nk kate pak arab dtg, student2 mmu je la kot ngn niger2 smue ..
sah2 jd tmpt mat rempit brhibur pahni ..
pulau mlk tu if open 24jam mmg byk port beromen hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm...bertambah2 sesak la lepas ni...harap2 pembangunan x terlampau drastik sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Arab City Pulau Melaka
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
[email protected]
Pengerusi Golden Corporate Heritage, Saleh Al Mansour (dua kanan) mendengar penerangan yang disampaikan oleh Pengurus Projek GCH, Zulkifli Mohammad (kiri) ketika melawat tapak projek Arab City di Pulau Melaka, Melaka, semalam.
MELAKA 22 Jun - Projek pembangunan Arab City di Pulau Melaka di sini bakal menyediakan kira-kira 850 peluang pekerjaan baru kepada anak tempatan apabila projek yang menelan belanja RM250 juta itu siap menjelang awal tahun depan.
Presiden Golden Corporate Heritage Sdn. Bhd. (GCH), Saleh Al Mansour berkata, walaupun projek tersebut berkonsepkan Arab namun pihaknya menetapkan kuota 75 peratus untuk pekerja tempatan manakala bakinya bagi ekspatriat.
Menurutnya, pengambilan pekerja akan mula dibuat pada Ogos ini dan sebagai permulaan tugas penyeliaan akan dikendali oleh kakitangan terlatih yang dibawa khas dari negara Arab.
''Kita sengaja memilih untuk melabur di Melaka kerana ia merupakan bandar warisan dan kedudukannya juga strategik kerana negeri ini bakal mempunyai kemudahan lapangan terbang yang moden dan berdekatan dengan Kuala Lumpur berbanding Pulau Pinang dan Langkawi di Kedah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Arab City di Pulau Melaka di sini yang pada masa ini mencapai tahap 20 peratus pembinaan.
GCH yang ditubuhkan sejak setahun lalu merupakan syarikat usaha sama antara Dubai, Arab Saudi dan rakan usaha sama Malaysia.
Syarikat tersebut mempunyai pejabat cawangan di Dubai dan Arab Saudi dengan kepentingan dalam hartanah, dagangan dan perniagaan minyak dan gas.
Selain itu, kata Saleh, Malaysia mempunyai tarikan istimewa kepada dunia Arab memandangkan budaya masyarakatnya yang mirip dengan penduduk Arab.
Katanya, selain statusnya yang bercirikan Islam, Malaysia juga dilihat mempunyai kemudahan infrastruktur yang mencukupi sekali gus menjamin keselamatan pelaburan syarikat itu pada masa depan.
Mengenai projek Arab City Pulau Melaka, katanya, ia merupakan projek fasa pertama GCH melibatkan pembinaan kawasan perdagangan iaitu menyediakan 240 bazar yang menjual barangan, kraftangan dan makanan mewakili 20 negara Arab di atas tanah seluas 1.84 hektar.
Katanya, ia termasuk pembinaan sebuah muzium Mesir yang menampilkan replika raja firaun, taman tema, teater, spa untuk golongan lelaki dan wanita serta 20 restoran makanan asli Arab.
''Kita yakin projek ini akan berjalan lancar dan mampu menjadi tumpuan pelancong Arab kerana mereka kini mempunyai destinasi pilihan baru di Melaka selain hanya tertumpu di Bukit Bintang," katanya.
Kata Saleh, selain tumpuan fasa pertama Arab City di Pulau Melaka, pihaknya juga menggerakkan projek fasa dua yang lebih berkonsepkan kesihatan di kawasan seluas 13.6 hektar di Klebang dengan kos projek bernilai RM750 juta.
Jelas beliau, antara kemudahan yang bakal dibina ialah pusat penjagaan kesihatan meliputi dua bangunan perubatan masing-masing untuk golongan lelaki dan wanita dengan 400 katil, 40 buah vila berserta pantai persendirian dan hotel dengan 240 bilik.
Pada masa yang sama, katanya, projek fasa ketiga ialah di Kampung Jawa melibatkan kawasan seluas 1.84 hektar dan berkonsepkan pembangunan komersial. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|