CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] Bunuh Zulfarhan : Enam penuntut UPNM terlepas hukuman gantung

[Copy link]
Post time 3-11-2021 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 2-11-2021 11:06 PM
Alamak takde pulak. Tp ni movie lama la. Cuma heroin die tu walaupun hipokrit nak mati tapi tu pun ...

Iols ingat ada kat Netflix, semangat iols nak carik cuti nnt, huhu

Tak pe kang iols google mana leh dapat sbb cam menarik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru dpt nyembang dgn laki aku
1 je dia cakap pengganas!

Sambil2 tgk nyamuk kat anak dia

Peh ini kalau kena kt anak2 aku
Tk tau nk cakaplah  ..
Mmg aku tak maafkan
Mati hidup balik.
Time tu tayah sesapa nk kuarkan hadis

Mmg koyak hati ni ....
Aku mmg tk boleh sapa cuit ank2 aku
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
adikfatin replied at 2-11-2021 03:20 PM
Itulah. Tapi tadi tengok family arwah zulfarhan pon macam letih sangat tu. Depa pon dah maafkan pe ...

Sebab duit sanggup peguambela membela orang2 yg dah sah2 bersalah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 08:27 AM | Show all posts
anggeriklatifah replied at 2-11-2021 08:22 PM
Most of them bukan calang2
-Peguam Bela Lim guan eng
-peguam bela kes alatunya

padan lah

semoga ampa saitan2 sekalian kena seksa dalam penjara
takkan tenang wei hidup korang sekalian famili


wahai pakcik pemandu teksi, jangan sedih kita semua pihak pakcik k


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Jumpa bomoh pastu buat undang2 pakai kepala sendiri. Bagus punya ajaran
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 08:39 AM | Show all posts
Ada 90 tekapan seterika wap di badan Zulfarhan sebabkan kematian
Bernama
Diterbitkan:  Nov 3, 2021 8:13 AM

Dikemaskini: 8:13 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada anggota badan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain telah menyebabkan kematian mangsa namun ia tidak terjumlah kepada niat membunuh dengan sengaja.

Hakim Azman Abdullah dalam penghakimannya berkata selepas mengambil kira keterangan Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan, mahkamah membuat dapatan bahawa kematian mangsa bukan suatu kematian yang mengejut selepas dicederakan.

Katanya mahkamah membuat penemuan fakta bahawa berdasarkan penelitian dalam kes pembelaan, tertuduh pertama hingga kelima yang menyebabkan 90 tekapan seterika wap ke atas Zulfarhan Osman.

"Tertuduh pertama, kedua, keempat dan kelima mengaku menekap hanya sekali atau dua kali manakala tertuduh ketiga tidak mengaku menekap namun tertuduh keenam dan seorang saksi pendakwaan melihat tertuduh ketiga turut menekap," katanya.

Azman berkata tiada keterangan kukuh menunjukkan bahawa terdapat individu lain menekap seterika ke badan Zulfarhan Osman selain kelima-lima tertuduh yang secara niat bersama melakukan perbuatan itu.

Beliau berkata di peringkat pendakwaan, Dr Salmah berkata, bedah siasat mendapati terdapat 90 kesan luka lecur di hampir keseluruhan badan termasuk kedua-dua belah punggung dan zakar Zulfarhan Osman.

“Kesan luka lecur itu adalah pada kategori tahap satu, dua dan tiga yang didapati dari pangkal leher sehingga ke kaki mangsa termasuk bahu, lengan, dada, perut, rusuk, belikat, betis, paha dan buku lali,” katanya.

Enam tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Zulfarhan Osman.

Biasanya telefon polis

Mahkamah juga menjatuhikan hukuman penjara tiga tahun terhadap lima tertuduh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya yang didapati bersalah mencederakan mangsa. Kesemua tertuduh kini berumur 25 tahun.

Dalam penghakiman, Azman berkata Dr Salmah dan Dr Rohayu bersetuju bahawa terdapat 90 kesan tekapan seterika pada tubuh mangsa kecuali pada bahagian muka dan belakang tapak tangan.

“Jika mangsa memakai baju lengan panjang dan umur mangsa panjang maka parut tidak akan kelihatan, begitulah betapa telitinya orang yang menekap seterika wap panas di tubuh mangsa.

“Tertuduh-tertuduh menyatakan mereka sayang kepada mangsa, kalau mereka tidak rasa sayang, muka Zulfarhan Osman akan ditekap juga dan lebih daripada 90 tekapan akan dikenakan,” katanya.

Hakim itu juga berkata nyawa Zulfarhan Osman mungkin boleh diselamatkan sekiranya terdapat campur tangan oleh seorang doktor sebuah klinik swasta di Bangi semasa mangsa menerima rawatan di klinik tersebut.

Kata hakim pada kebiasaannya, pihak hospital atau klinik kesihatan akan menelefon polis jika mengesyaki pesakit didera kerana ia adalah isu perundangan perubatan.

"Sepatutnya doktor tersebut tidak membabi buta mempercayai mangsa terlibat dengan letupan dalam latihan sehingga terkena pada semua tubuh mangsa termasuk zakar dan testis namun tidak pada muka si mati," katanya.

Menurut Azman jika mangsa tidak mengalami cedera parah, dia tidak perlu dibawa ke klinik sebanyak dua kali memandangkan kosnya adalah mahal iaitu kira-kira RM500 bagi setiap sesi rawatan.

Mula pukul pada awal pagi

Katanya tertuduh boleh membawa mangsa ke hospital kerajaan yang percuma atau klinik UPNM namun mereka tidak berbuat demikian kerana bimbang rahsia mereka (mencederakan Zulfarhan Osman) terdedah.

Azman juga berkata Zulfarhan Osman mungkin boleh diselamatkan jika seorang jurulatih di UPNM tidak bertindak menularkan keadaan pegawai kadet laut UPNM itu di dalam kumpulan WhatsApp.

Katanya nasib tidak menyebelahi mangsa apabila Kapten Haryani Hassan pendek akal dengan menularkan dalam kumpulan WhatsApp itu siapa yang dimaksudkan ‘sakit’ menurut surat layang yang diterima.

“SP23 (penuntut UPNM, Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi) yang menulis surat layang bersama tertuduh kelapan (Muhammad Akmal Akif Alias) menyatakan ‘si mati ada memesan kepada beliau jika hendak sapu ubat, sapu semasa dia lena sebab sakit sangat jika dia sedar.’

“Surat layang itu membuktikan penelitian mereka berdua (SP23 dan tertuduh kelapan) bahawa si mati sakit tenat semasa berada di dalam bilik asrama namun tertuduh pertama hingga keenam tidak perasan mangsa cedera parah dan mereka nampak mangsa kelihatan biasa sahaja tidak seperti orang sakit,” katanya.

Azman berkata nasib malang mangsa bermula apabila komputer riba tertuduh pertama iaitu Muhammad Akmal hilang dan ayah tertuduh ke-17, Noriznan Izzairi Noor Azhar, menelefon serta mengesahkan tiga suspek termasuk mangsa sebagai individu yang mencuri komputer riba itu.

“Pada 21 dan 22 Mei 2017, Zulfarhan Osman telah dibawa ke bilik 03-05 Blok Jebat pada jam 2.30 pagi dan bermula sesi memukul mangsa oleh tertuduh bertujuan untuk mendapatkan pengakuanya.

“Pada 22 Mei 2017, jam 4.45 pagi hingga hampir Subuh, mangsa mula diseksa dengan menggunakan seterika wap oleh Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin atas arahan Muhammad Hasif apabila mangsa tidak mengaku mencuri komputer riba berkenaan,” kata hakim itu.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2021 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tak terlepas hukuman
Debar2 je takut ada tangan belakang yang menimbulkan keraguan sampai susah nak sabit kes
Seumur hidup! Berkampung la korang kat dalam penjara tu demi sebuah laptop
Barbaric act sangat memasing
Alhamdulillah! Terbela jua kematian Paan

Ada sebat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 2-11-2021 01:46 PM
Sayang sungguh jadi kat universiti. Duduk uni pun tak jadi manusia.
Agaknya berlaku kalau ada gap ...

Nk padan muka kat Universiti

Fhm2 la boss dorg mcm mna kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tutup je lah uni tu... uni menghasilkan pembunuh dan pembuli... bukan sorang... ramai... elok tutup je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 3-11-2021 08:45 AM
Alhamdulillah tak terlepas hukuman
Debar2 je takut ada tangan belakang yang menimbulkan keraguan sam ...

Tersebut nama2 mana yg mungkin gagal mengambil tindakan sewajarnya..cth doctor klinik n jurulatih..kes ni bukan dera takat berparut2 tp bawak mati kot...kalo iols di tempat mereka iols mungkin menyesalnn trauma sepanjang hayat kot...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 3-11-2021 08:52 AM
Nk padan muka kat Universiti

Fhm2 la boss dorg mcm mna kan

Betul juga universiti gagal dan menjaga kepentingan individu tertentu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:16 AM | Show all posts
Aku kadang terfikir.. kes buli melampau ni.. ambik contoh kes ni arwah terseksa beberapa hari pastu pergi.. cuba bayankan yang kene buli dan tak mati or mungkin terseksa pastu ada orang dia boleh letgo ada pulak jadi psycho sebab kesan dari deraan mental.. so buli sangat berbahaya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:20 AM | Show all posts
Azman berkata nasib malang mangsa bermula apabila komputer riba tertuduh pertama iaitu Muhammad Akmal hilang dan ayah tertuduh ke-17, Noriznan Izzairi Noor Azhar, menelefon serta mengesahkan tiga suspek termasuk mangsa sebagai individu yang mencuri komputer riba itu.


camne bapak die boleh tau mangsa curi laptop bapak die duduk sekali ngan anak die ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 3-11-2021 09:20 AM
camne bapak die boleh tau mangsa curi laptop bapak die duduk sekali ngan anak die ke?

Bukan ke depa jumpa bomoh...bomoh yg bgtau...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 2-11-2021 09:29 PM
kalau dh dera, tekap seterika panas, tu bkn niat membunuh ke tu? takkan dgn niat bergurau pulak

dipusing kpd niat utk mendera dan menyeksa
tapi barang yg digunakan boleh menyebabkan kematian, camna tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:25 AM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 2-11-2021 04:22 PM
kan sis..I pun benci makpak pesalah semua tu..I membayangkan diorg tgh happy n bersyukur anak x ke ...

Kejam nyer ko dik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 09:26 AM | Show all posts
Aku baru perasan, betullah pertuduhan memang dibuat atas dakwaan membunuh tanpa niat. Sebenarnya peguambela kalah lah sebab gagal membuktikan bukan lehnat tu yang mencederakan dan menyebabkan kematian.

Sakit ati aku baca brotherhood bodoh yang keluarkan statement kata ragging n buli sikit tu biasa la. Nak jadi askar kena la tahan buli jangan lembik. WTF sangat!! Kalau kau kuat sangat jangan jadik lembik nak merayu pendekkan hukuman! 18 tahun je apadehal compare to nyawa orang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:27 AM | Show all posts
doktor tu takmo mintak maaf ke kat famili arwah ni?

kenkadang doktor2 lokum baik yang owner klinik pun sama, periksa pesakit ala kadar aje bukannya nak periksa betul2... kejar patient macam driver lori kejar trip gamaknya.

pengalaman aku sendiri, demam dengan simptom denggi... doc tu takmo buat blood test sebab demam tak tinggi, sekali aku datang balik dengan penuh red spot satu badan ketakutan doc tu, mujur aku tak teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:31 AM | Show all posts
nazurah replied at 3-11-2021 09:27 AM
doktor tu takmo mintak maaf ke kat famili arwah ni?

kenkadang doktor2 lokum baik yang owner klinik ...

Aku selalu rse kematian org menyebab utama adalah doktor2 dan nurse yang bagi rawatan ala kadarmereka adalah pembunuh sebenr bukan penyakit pesakit tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:32 AM | Show all posts
noor2 replied at 3-11-2021 09:21 AM
Bukan ke depa jumpa bomoh...bomoh yg bgtau...

tulah bomoh yg bgtahu...patut ngn bomoh2 tu kene penjara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.265464 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list