Kajang: Penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid sekolah di Beranang, Semenyih, di sini, terpaksa ditangguhkan berikutan wang itu dilarikan penjenayah, semalam.
Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook rasmi sekolah itu malam tadi.
"Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, penyerahan BAP yang dijadualkan pada Selasa, 17 Januari, (hari ini) ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan nanti. Maaf atas kesulitan," katanya.
Semalam, Harian Metro melaporkan seorang guru besar berputih mata apabila wang tunai bagi bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000
hilang dilarikan penjenayah.
Guru berkenaan mengeluarkan wang itu dari bank di pekan Semenyih. meletakkannya di beg dan meninggalkannya di dalam kenderaan sebelum ke restoran untuk membeli minuman.
Difahamkan, selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, guru itu mendapati cermin kereta berkenaan dipecahkan beg berisi wang tunai hilang.