KUALA KANGSAR – Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah yang diadakan di Dataran Pavillion di sini hari ini, mendapat sambutan hebat apabila berjaya menarik penyertaaan lebih 12,000 peserta.
Tambah meriah apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berangkat mencemar duli menyertai acara larian tersebut.
Turut menyertai baginda berdua ialah anakanda, Raja Nazira Safya.
Terdahulu, Sultan Nazrin turut berkenan menyempurnakan upacara pelepasan peserta bagi kategori 15 kilometer (5,579 orang), 10 kilometer (4,623 orang) dan tujuh kilometer (1,418 orang).
Tuanku Zara kemudian berkenan menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/10/lebih-12000-peserta-ikuti-larian-hari-keputeraan-sultan-nazrin-shah/