CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: EVERYDAY IS A FRESH START

 Close [Copy link]
Post time 5-12-2024 04:18 PM | Show all posts
telracs replied at 5-12-2024 04:13 PM
Kalau target 50k dalam masa seminggu macam boleh dapat atau tak?

Macam tamak sangat pulak...

boleh mod

kena kutip 2k sehari

5 hari dah capai 50k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2024 04:20 PM | Show all posts
nona84 replied at 5-12-2024 08:18 AM
boleh mod

kena kutip 2k sehari

Macam tu kena banyak kerja merobohlah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:21 PM | Show all posts
‘Mekna’ berjaya dipujuk Abot dan Rambai, pindah ke Taman Negara Terengganu



KAKITANGAN UTG Perhilitan bersama penduduk di hadapan gajah jantan yang ditangkap di Kampung Som di Jerantut.


JERANTUT – Unit Tangkapan Gajah (UTG), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kampung Som dekat sini.

Ketua Operasi UTG, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Mohamad Zainuddin Busrah, berkata, operasi pemindahan mamalia besar berkenaan dibuat selepas Perhilitan menerima aduan daripada penduduk Kampung Som dan Kampung Baharu sejak haiwan itu berkeliaran dan memusnahkan tanaman dan menghampiri rumah penduduk sejak 2021.

“Kaki tangan UTG Kuala Gandah bersama Perhilitan telah melakukan pemantauan secara berkala mulai tahun lalu sehinggalah berjaya mengesan menangkap gajah jantan ‘Mekna’ yang tidak bergading berusia 40 tahun untuk dipindahkan ke Taman Negara Terengganu hari ini.


“Tangkapan gajah seberat hampir lima tan dengan ketinggian 2,7 meter dan besar tapak kaki 46 sentimeter mengambil masa selama empat jam dengan dibantu seramai 22 orang kaki tangan UTG dan Perhilitan Pahang,” katanya di Kampung Som dekat sini hari ini.
Menurut Mohamad Zainuddin, UTG dan Perhilitan mula melaksanakan operasi tangkapan sejak bulan lalu apabila gajah jantan itu kerap menceroboh tanaman dan menghampiri kediaman penduduk di Kampung Som dan Kampung Baharu daerah ini.


“Operasi tangkapan haiwan liar ini dibantu gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, iaitu Abot dan Rambai sekurang-kurangnya dapat melegakan penduduk di kawasan ini, sekali gus bagi mengelakkan kerugian berterusan berikutan kemusnahan tanaman dan harta benda akibat konflik haiwan berkenaan,” katanya.




Menurut Mohamad Zainuddin, UTG dan Perhilitan mula melaksanakan operasi tangkapan sejak bulan lalu apabila gajah jantan itu kerap menceroboh tanaman dan menghampiri kediaman penduduk di Kampung Som dan Kampung Baharu daerah ini.

“Operasi tangkapan haiwan liar ini dibantu gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, iaitu Abot dan Rambai sekurang-kurangnya dapat melegakan penduduk di kawasan ini, sekali gus bagi mengelakkan kerugian berterusan berikutan kemusnahan tanaman dan harta benda akibat konflik haiwan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Som, Rafiz Azuan Ahmad, 49, berkata, penangkapan gajah jantan liar itu melegakan sedikit penduduk setempat kerana haiwan liar itu yang dikenali dalam kalangan penduduk sebagai ‘Yang Som’ sangat agresif dan membahayakan keselamatan kerana kerap kali menghampiri rumah ketika mencari makanan pada waktu malam. – KOSMO! ONLINE


“Tangkapan gajah seberat hampir lima tan dengan ketinggian 2,7 meter dan besar tapak kaki 46 sentimeter mengambil masa selama empat jam dengan dibantu seramai 22 orang kaki tangan UTG dan Perhilitan Pahang,” katanya di Kampung Som dekat sini hari ini.

Menurut Mohamad Zainuddin, UTG dan Perhilitan mula melaksanakan operasi tangkapan sejak bulan lalu apabila gajah jantan itu kerap menceroboh tanaman dan menghampiri kediaman penduduk di Kampung Som dan Kampung Baharu daerah ini.

“Operasi tangkapan haiwan liar ini dibantu gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, iaitu Abot dan Rambai sekurang-kurangnya dapat melegakan penduduk di kawasan ini, sekali gus bagi mengelakkan kerugian berterusan berikutan kemusnahan tanaman dan harta benda akibat konflik haiwan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Som, Rafiz Azuan Ahmad, 49, berkata, penangkapan gajah jantan liar itu melegakan sedikit penduduk setempat kerana haiwan liar itu yang dikenali dalam kalangan penduduk sebagai ‘Yang Som’ sangat agresif dan membahayakan keselamatan kerana kerap kali menghampiri rumah ketika mencari makanan pada waktu malam. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/12/05/mekna-berjaya-dipujuk-abot-dan-rambai-pindah-ke-taman-negara-terengganu/








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:23 PM | Show all posts
Rezeki berganda, Zahnita terima tempahan 3,000 pai


ZAHNITA bersyukur jumlah tempahan pai hasil air tangannya meningkat dan berterima kasih kepada semua yang menyokong perniagaannya.



PETALING JAYA – Sejak mendedahkan dirinya mangsa keganasan rumah tangga pada Isnin lalu, ramai bersimpati dengan nasib bekas peragawati dan pelakon Zahnita.
Bahkan rezeki wanita berusia 39 tahun itu juga semakin melimpah ruah apabila pai hasil air tangannya semakin mendapat perhatian ramai.
Terbaharu, menerusi hantara dalam Instagram pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu memaklumkan sedang menyiapkan tempahan 3,000 pai.
“3,000 biji pai sedang dalam pembikinan. Kini saya mempunyai mesin pengadun industri seberat 9 kilogram.
“Kalian semua telah melonjakkan jumlah pesanan. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Perniagaan pai ‘home made’ yang diberi nama Zahnita Humble Pie mendapat sambutan ramai sejak dia memperkenalkan kepada pengikutnya beberapa bulan lalu.
Bilangan tempahan pai yang dihasilkannya meningkat mendadak sejak kes keganasan rumah tangganya menggemparkan negara.
Zahnita yang kini menetap di Kuantan, Pahang membuat sendiri pai di rumahnya.
Dia juga mempunyai ejen di Kuala Lumpur dan beberapa daerah lain untuk mereka yang ingin merasai keenakkan pai buatannya. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2024/12/05/rezeki-berganda-zahnita-terima-tempahan-3000-pai/






Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:25 PM | Show all posts
Umur 62, Susan Lankester sebak menang Pelakon Wanita Asia Terbaik


SUSAN dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi Kreatif Asia 2024 menerusi filem Rain Town.


PETALING JAYA – Menjelang kemuncak Festival Filem Malaysia ke-33 Sabtu ini, calon Top 5 Aktres Terbaik, Susan Lankester terlebih dahulu mengukir kejayaan dalam Anugerah Akademi Kreatif Asia 2024 apabila dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara yang berlangsung di Singapura, semalam.
Susan, 62, menewaskan empat lagi calon dari negara Asia yang lain menerusi lakonan hebatnya menerusi filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza.
Susan dilihat menangis saat namanya diumumkan sebagai pemenang.
Dalam ucapannya, Susan berterima kasih kepada barisan juri kerana masih melihat pelakon yang berusia lebih 60 tahun untuk meraih anugerah tersebut.
“Terima kasih kerana melihat bakat saya, terima kasih kerana melihat bakat pelakon yang berusia lebih 60 tahun.
“Saya sangat berbesar hati dapat berkongsi pentas ini bersama empat lagi calon hebat yang lain.
“Semoga akan ada lebih banyak peluang dan watak untuk pelakon wanita selepas ini,” katanya.
Susan turut berterima kasih kepada pengarah filem Rain Town kerana memilihnya untuk melakonkan watak Aileen biarpun dia bukan pilihan pertama.

“Saya ingin berterima kasih kepada Tunku Mona kerana memberikan watak ini kepada saya. Sewaktu sesi uji bakat, dia beritahu saya bahawa saya bukanlah pilihan pertama. Ada pelakon lain juga. Tetapi saya bersyukur kerana akhirnya dia memilih saya,” kongsi.

Pelakon yang terkenal dengan sitkom 2+1 itu juga turut mendedikasikan kemenangan penuh makna tersebut buat ibunya.
Menurut Susan watak Aileen diciptanya berdasarkan ibunya sendiri.
“Saya ingin dedikasikan anugerah ini kepada para ibu di luar sana, termasuklah ibu saya sendiri. Ibu saya ialah Aileen. Saya cipta karakter Aileen disebabkan dia,” katanya.
Ini bukanlah kali pertama Susan memenangi trofi dalam anugerah berprestij sedemikian.
Sebelum ini dia pernah merangkul trofi Pelakon Komedi Wanita Terbaik pada anugerah sama tiga tahun lepas menerusi drama Keluarga Baha Don. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2024/12/05/umur-62-susan-lankester-sebak-menang-pelakon-wanita-asia-terbaik/









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:27 PM | Show all posts
Suami isteri didakwa terima wang haram lebih RM3 juta



James dan isterinya, Yin Ying masing-masing berdepan lima dan sembilan pertuduhan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.- Foto oleh MOHD. SHAHJEHAB MAAMIN.


SEREMBAN – Sepasang suami isteri yang juga pengarah beberapa syarikat farmasi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah lebih RM3 juta, sejak 2021 hingga 2023.

Tertuduh Cheong Yin Ying, 39, yang didakwa atas sembilan pertuduhan dan suaminya, James Ooi Joe Behn, 41, berdepan lima pertuduhan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut pertuduhan, Yin Ying telah menerima hasil daripada aktiviti haram dari akaun bank milik seorang lelaki dan akaun bank dua syarikat ke akaun miliknya dengan jumlah keseluruhan RM3,225,484.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Perindustrian Mantin 2, Kawasan Perindustrian Mantin sejak Januari 2021 hingga Mei 2023.
Sementara itu, James didakwa telah menerima hasil daripada aktiviti haram dari akaun bank pemilk individu dan satu syarikat yang sama diterima isterinya ke akaun miliknya dengan jumlah keseluruhan RM530,060 di lokasi sama dari Disember 2022 hingga Mac 2023.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.- KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/05/suami-isteri-didakwa-terima-wang-haram-lebih-rm3-juta/






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2024 04:29 PM | Show all posts
Dewan Rakyat: Pendang digantung 10 hari hina speaker di TikTok

Awang diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung selama 10 hari. - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung 10 hari bermula hari ini kerana mengeluarkan dakwaan negatif terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi aplikasi TikTok pada 18 Julai lalu.
Johari berkata, keputusan itu diambil selepas beliau tidak menarik balik atau melakukan permohonan maaf susulan tindakan terbabit meskipun telah menerima surat supaya berbuat demikian pada 22 Julai lalu.
“Tindakan Pendang adalah menghina Yang Diperta Dewan Rakyat yang dipilih dan diamanahkan menjalankan tanggungjawab berdasarkan peraturan Dewan Rakyat.
“Memandangkan YB tidak menarik balik dan memohon maaf kepada saya sebagai speaker, maka saya perintahkan YB keluar dari dewan ini untuk tempoh 10 hari berdasarkan peraturan 44 (2),” katanya.
Bagaimanapun, keputusan itu cuba dibantah oleh Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang menyifatkan Perkara 44 iaitu keputusan untuk menghalau adalah tertakluk kepada sifat dan kelakuan seseorang ahli yang berada di dalam dewan.

“Yang speaker rujuk adalah kenyataan di luar dewan, di dalam TikTok. Adakah YB menggunakan keputusan itu untuk perkara yang berlaku di luar? Adakah itu wajar?
“Itu tidak wajar, seharusnya perkara, kelakuan, perkataan (dan) ungkapan dalam dewan ini, itu YB boleh menggunakan kuasa di bawah Perkara 44 untuk menghalau orang. Kalau ini dilakukan sebagai satu precedence, ini adalah satu yang luar biasa,” katanya.

Dewan menjadi kecoh apabila Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berkata tempoh gantung selama 10 hari adalah tidak adil dan sepatutnya Ahli Parlimen Pendang digantung selama 60 hari. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2024/12/05/dewan-rakyat-pendang-digantung-10-hari-hina-speaker-di-tiktok/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:32 PM | Show all posts
Muhammad Zaharif tidak mati serta-merta – saksi


Mohd. Nazri (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SHAH MUSTHAFA



IPOH – Pakar Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie tidak meninggal dunia serta-merta selepas kejadian perlanggaran berlaku.
Dr Ain Nurfarahana Hamdan, 35, yang juga saksi pendakwaan ke-24 itu juga bersetuju dengan cadangan M. Athimulan bahawa mangsa meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas perlanggaran.
Malah, beliau juga bersetuju yang mangsa mengalami ‘trauma death’ sebelum meninggal dunia.
Athimulan: Boleh saya beritahu, sebelum Muhammad Zaharif meninggal dunia, dia mengalami trauma?
Dr Ain Nurfarahana: Ya.
Athimulan: Setuju dengan saya bahawa ‘trauma death’ boleh dicegah dengan menyediakan fasiliti dan akses rawatan yang betul, cepat dan efektif kepada orang yang cedera? Dr Ain Nurfarahana: Secara amnya saya setuju.
Athimulan: Adakah kes ini ‘trauma death’? Dr Ain Nurfarahana: Ya.
Athimulan: Oleh kerana kes ini ‘trauma death’, kecederaan-kecederaan yang terdapat pada badan mangsa mestilah berpadanan dengan kerosakan pada pakaian? Dr Ain Nurfarahana: Setuju.

Dr Ain Nurfarahana berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes bunuh membabitkan pegawai polis di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/05/muhammad-zaharif-tidak-mati-serta-merta-saksi/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2024 04:32 PM | Show all posts
Athimulan: Adakah kes ini ‘trauma death’? Dr Ain Nurfarahana: Ya.
Athimulan: Oleh kerana kes ini ‘trauma death’, kecederaan-kecederaan yang terdapat pada badan mangsa mestilah berpadanan dengan kerosakan pada pakaian? Dr Ain Nurfarahana: Setuju.


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:33 PM | Show all posts
nak imply apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:33 PM | Show all posts
kelmarin doktor kata tiada kesan tayar dekat baju zharif
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:34 PM | Show all posts
kena marah kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:34 PM | Show all posts
kalau ada kesan tayar saya dah masukkan dlm report
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:34 PM | Show all posts
takde kan dalam report
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:34 PM | Show all posts
jadi takde lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:34 PM | Show all posts
bekengss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2024 04:35 PM | Show all posts
umur 35 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:35 PM | Show all posts
tak dapat buktikan prima facie ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:35 PM | Show all posts
sbb trauma death
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.094804 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list