CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: midory

[GAME] (kredit) KUIZ MACAM-MACAM ADA [kuiz baru di post #759 page 31]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 2-7-2011 11:21 PM | Show all posts
pesal cikmid tawa2 tuh?
moyas Post at 2-7-2011 23:18



   gelak sbb tak pernah dengar perkataan tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2011 11:27 PM | Show all posts
gelak sbb tak pernah dengar perkataan tu...
midory Post at 2-7-2011 23:21



    moy pon bca kt slanga. tu yg tau apa makna nyawa, hahahaha, kelakau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 11:44 PM | Show all posts
moy pon bca kt slanga. tu yg tau apa makna nyawa, hahahaha, kelakau
moyas Post at 2-7-2011 23:27



   blh hilangkan stress bile bace thread tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 12:01 AM | Show all posts
super saiya yg dalam dragon ball tue ker?
ciksurie Post at 2-7-2011 06:24



   a'ah .....dalam cerita dragon ball .....sekali dia fire jadi rentung orang jahat tu .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 12:16 AM | Show all posts

#7 - pantun





1. sila cipta serangkap pantun 4 kerat yg membawa maksud 'usaha tangga kejayaan'






2. sila beri maksud tersirat pantun di bawah :



a) bintang tujuh sinar berseri,


bulan purnama datang menerpa,


ajaran guru hendaklah dicari,


mana yang dapat janganlah lupa.






b) tengku muda raja di linggi,


pergi berniaga ke negeri palembang,


biar ambil rasmi padi,


jangan diikut rasmi lalang.








3. teka jawapan pantun di bawah:




a) tarik pukat dari pengkalan,


gula Melaka dibuat inti,


bila diikat ia berjalan,


bila dibuka ia berhenti.




b) jika ke kedai pergi belanja,


belikan saya sudu dan senduk,


jika pandai katakan ia,


semakin berisi semakin menunduk.




c) ulat daun tidur berembun,


dipohon kelapa setiap masa,


banyak daun perkara daun,


daun apakah dahan tiada?






4) sila balas pantun di bawah:




sedapnya minum air kelapa,


kelapa dibeli dari pekan,


bukan mudah untuk berkata,


silap kata binasa badan.






bonus :


sile jwb soalan nih :


dalam banyak2 kotak, kotak ape yg tak blh diangkat?





masa tamat menjawab :


3/7, 11 malam





good luck!!!

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 12:58 AM | Show all posts
Reply 205# midory

tok tok tok...
ambe mari nk tutip tacang yg paling tecik skali..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2011 01:02 AM | Show all posts
Reply 242# moyas


   cik moy.. kuiz baru dah ade...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:06 AM | Show all posts
Reply  moyas


   cik moy.. kuiz baru dah ade...
midory Post at 3-7-2011 01:02



    jap dtg. moy nk pasang badan dulu. x tau nk sangam saper punya baju la plak nk ke melaka ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 01:07 AM | Show all posts
assalamualaikum.
ziarah thread kuiz mido~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 01:08 AM | Show all posts
jap dtg. moy nk pasang badan dulu. x tau nk sangam saper punya baju la plak nk ke melaka n ...
moyas Post at 3-7-2011 01:06



   heheh... sape2 punye baju pon blh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 01:09 AM | Show all posts
assalamualaikum.
ziarah thread kuiz mido~~
pinklollipop Post at 3-7-2011 01:07



   w'salam cik pink...
kuiz baru aje post.. sile le jawab..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by chit_ana at 3-7-2011 01:50

#7 - pantun




1. sila cipta serangkap pantun 4 kerat yg membawa maksud 'usaha tangga kejayaan'

Hang Tuah dikenang sejak berzaman
Penglipur lara sejarah lama
Kuatkan tekad penuh keazaman
Kejayaan pasti akan menjelma



2. sila beri maksud tersirat pantun di bawah :


a) bintang tujuh sinar berseri,

bulan purnama datang menerpa,

ajaran guru hendaklah dicari,

mana yang dapat janganlah lupa.

maksud: kita dapat melihat bahawa ilmu sangat penting dan setiap orang digalakkan menuntut ilmu. Hal ini demikian kerana ilmu dapat diibaratkan seperti obor yang dapat menerangi malam yang terang, bahkan ilmu dikatakan menjadi teman ketika keseorangan, dijadikan teman ketika keseorangan, dijadikan teman ketika diperantauan, dan menjadi penyuluh dalam kegelapan. Kini, kita mendapati bahawa orang yang berilmu mencapai kejayaan dalam hidup mereka, manakala orang yang jahil terkial-kial entah di mana. Oleh itu, setiap orang digalakkan menuntut ilmu kerana ilmu mempunyai pelbagai faedah dan manfaatnya.




b) tengku muda raja di linggi,

pergi berniaga ke negeri palembang,

biar ambil rasmi padi,

jangan diikut rasmi lalang.

maksud: kita hendaklah bersikap merendah diri di hadapan orang tua



3. teka jawapan pantun di bawah:



a) tarik pukat dari pengkalan,

gula Melaka dibuat inti,

bila diikat ia berjalan,

bila dibuka ia berhenti.

Jawapan: Kasut Bertali


b) jika ke kedai pergi belanja,

belikan saya sudu dan senduk,

jika pandai katakan ia,

semakin berisi semakin menunduk.

jawapan: padi

c) ulat daun tidur berembun,

dipohon kelapa setiap masa,

banyak daun perkara daun,

daun apakah dahan tiada?

Jawapan:

Banyak orang pergi ke dusun
Dusun kaya dengan buah-buahan
Banyak daun perkara daun
Daun terup tidak berdahan




4) sila balas pantun di bawah:



sedapnya minum air kelapa,

kelapa dibeli dari pekan,

bukan mudah untuk berkata,

silap kata binasa badan.

jawapan:

Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
tuturkata mesra dan sopan



bonus :

sile jwb soalan nih :

dalam banyak2 kotak, kotak ape yg tak blh diangkat?


jawapan: Kotak Penalti.

masa tamat menjawab :

3/7, 11 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 01:15 AM | Show all posts
#7 - pantun




1. sila cipta serangkap pantun 4 kerat yg membawa maksud 'usaha tangga kejayaan ...
chit_ana Post at 3-7-2011 01:13



   cepatnye cik ana jwb...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:18 AM | Show all posts
cepatnye cik ana jwb...
midory Post at 3/7/2011 01:15


ada yg xleh jawab.sat nak edit
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:19 AM | Show all posts
Reply 245# midory
(1)Cantik halaman dipenuhi bunga,
    Bunga seroja indah menawan,
    Ingin dipesan untuk semua,
    Rajin dan usaha tangga kejayaan...

(2) a. maksudnya ilmu hendaklah kita mencari, selepas mendapat ilmu hendaklah diamalkan supaya tidak lupa...

     b. maksudnya mengikut resmi padi di mana makin berisi makin menunduk atau merendah diri, tidak seperti resmi lalang ditiup angin atau pun di mana orang tersebut mengikut apa orang dikatakan sahaja tanpa mempunyai pendirian yang teguh...

(3) a. gasing

     b. padi

      c. daun teh

(4) kelapa dibeli daripada pekan,
     buat juadah berbuka puasa,
      jika tahu sebab mulut binasa badan,
     jagalah adab dalam  bertutur kata...

bonus: kotak penalti



pantun untuk Midori:

Jolok mangga pakai galah
Mangga di jolok gadis jelita
Makin ramai yg datang singgah
Makin meriahlah thread negeri Melaka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:59 AM | Show all posts

#7 - pantun





1. sila cipta serangkap pantun 4 kerat yg membawa maksud 'usaha tangga kejayaan'


Jawapan:

Indah rupa cantik budi bahasa,

Indah khabar dari rupa tiadalah eloknya,

Buangkan sifat mudah berputus asa,

Usaha dan kejayaan pasti menyusul jua.



2. sila beri maksud tersirat pantun di bawah :



a) bintang tujuh sinar berseri,


bulan purnama datang menerpa,


ajaran guru hendaklah dicari,


mana yang dapat janganlah lupa.


Jawapan:

Ilmu sangat penting dalam kehidupan. Kita disarankan agak mencari ilmu dan berguru untuk mencari ilmu. Bahkan, ilmu yang kita pelajari tu hendaklah kita selalu ingati dan sentiasa kita amalkan.





b) tengku muda raja di linggi,


pergi berniaga ke negeri palembang,


biar ambil rasmi padi,


jangan diikut rasmi lalang.


Jawapan:

Orang yang semakin banyak ilmu atau harta malah semakin tinggi pangkat, semakin merendah diri. Jangan sombong dan lokek dengan ilmu atau harta yang ada.



3. teka jawapan pantun di bawah:




a) tarik pukat dari pengkalan,


gula Melaka dibuat inti,


bila diikat ia berjalan,


bila dibuka ia berhenti.


Jawapan:

Kasut bertali.




b) jika ke kedai pergi belanja,


belikan saya sudu dan senduk,


jika pandai katakan ia,


semakin berisi semakin menunduk.


Jawapan:


Padi.




c) ulat daun tidur berembun,


dipohon kelapa setiap masa,


banyak daun perkara daun,


daun apakah dahan tiada?


Jawapan:


Daun terup.






4) sila balas pantun di bawah:




sedapnya minum air kelapa,


kelapa dibeli dari pekan,


bukan mudah untuk berkata,


silap kata binasa badan.


Jawapan:

Cantik sungguh cincin suasa,

Terletak elok di tepi gangsa,

Jagalah budi pekerti dan budi bahasa,

Itulah yang melambangkan jiwa bangsa.



bonus :


sile jwb soalan nih :


dalam banyak2 kotak, kotak ape yg tak blh diangkat?


Jawapan:

Kotak penalti





masa tamat menjawab :


3/7, 11 malam





good luck!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 03:50 AM | Show all posts

#7 - pantun

1. sila cipta serangkap pantun 4 kerat yg membawa maksud 'usaha tangga kejayaan'
Puteri Hang Li Po datang ke Melaka bertamu

di hidang dengan makanan dan tari menari

berusaha dan berdoalah tanpa rasa jemu

walaupun terpaksa menempuh onak dan duri


2. sila beri maksud tersirat pantun di bawah :
a) bintang tujuh sinar berseri,
bulan purnama datang menerpa,
ajaran guru hendaklah dicari,
mana yang dapat janganlah lupa.

bermaksud: ilmu adalah sangat dituntut untuk dipelajari dan dihayati. seperti pepatah "mencari ilmu biarlah sampai ke negeri cina". setelah mendapat ilmu itu, maka hendaklah dimanfaatkan ke jalan kebenaran dan jgn dipersiakan.


b) tengku muda raja di linggi,
pergi berniaga ke negeri palembang,
biar ambil rasmi padi,
jangan diikut rasmi lalang.

maksud: selalulah  bersikap merendah diri di hadapan orang tua atau sesiapa sahaja

3. teka jawapan pantun di bawah:
a) tarik pukat dari pengkalan,
gula Melaka dibuat inti,
bila diikat ia berjalan,
bila dibuka ia berhenti.

Jawapan: Kasut Bertali

b) jika ke kedai pergi belanja,
belikan saya sudu dan senduk,
jika pandai katakan ia,
semakin berisi semakin menunduk.

jawapan: padi

c) ulat daun tidur berembun,
dipohon kelapa setiap masa,
banyak daun perkara daun,
daun apakah dahan tiada?

Jawapan: Daun terup (Joker / Pakau )

4) sila balas pantun di bawah:
sedapnya minum air kelapa,
kelapa dibeli dari pekan,
bukan mudah untuk berkata,
silap kata binasa badan.

jawapan:
hang tuah sangat disayangi oleh tuanku

menerima apa jua tugas yang diberi

jagalah seluruh tingkah dan laku

agar tidak menyesal kemudian hari


bonus :
sile jwb soalan nih :
dalam banyak2 kotak, kotak ape yg tak blh diangkat?

jawapan: Kotak Penalti.

masa tamat menjawab :
3/7, 11 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 04:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by mencacus at 3-7-2011 16:53
#7 - pantun



1. sila cipta serangkap pantun 4 kerat yg membawa maksud 'usaha tangga kejayaan'
...
midory Post at 3-7-2011 00:16



  

#7 - pantun





1. sila cipta serangkap pantun 4 kerat yg membawa maksud 'usaha tangga kejayaan'


Asam jawa di dalam asam pedas ,

menjamu selera bersama keluarga ,

Alang berusaha fikiran perlu bebas ,

kelak usahamu nanti akan berharga.




2. sila beri maksud tersirat pantun di bawah :



a) bintang tujuh sinar berseri,


bulan purnama datang menerpa,


ajaran guru hendaklah dicari,


mana yang dapat janganlah lupa.



Menuntut ilmu adalah dituntut untuk menjamin perjalanan hidup kita berjalan dengan selesa.




b) tengku muda raja di linggi,


pergi berniaga ke negeri palembang,


biar ambil rasmi padi,


jangan diikut rasmi lalang.



Jangan diikut ukuran baju orang lain , ukur baju di diri sendiri . Rendah diri paling utama.






3. teka jawapan pantun di bawah:




a) tarik pukat dari pengkalan,


gula Melaka dibuat inti,


bila diikat ia berjalan,


bila dibuka ia berhenti.



Tali kasut




b) jika ke kedai pergi belanja,


belikan saya sudu dan senduk,


jika pandai katakan ia,


semakin berisi semakin menunduk.



Pokok padi




c) ulat daun tidur berembun,


dipohon kelapa setiap masa,


banyak daun perkara daun,


daun apakah dahan tiada?



Daun terup






4) sila balas pantun di bawah:




sedapnya minum air kelapa,


kelapa dibeli dari pekan,


bukan mudah untuk berkata,


silap kata binasa badan.



Minum kopi di tengah kota ,

tempat yang jauh dari pekan ,

Jangan takut untuk berkata ,

kalau salah hamba maafkan .




bonus :


sile jwb soalan nih :


dalam banyak2 kotak, kotak ape yg tak blh diangkat?



Kotak penalti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 06:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by ciksurie at 3-7-2011 18:32

midddddddoooooooo....surie mmg hantu pantun


#7 - pantun


1. sila cipta serangkap pantun 4 kerat yg membawa maksud 'usaha tangga kejayaan'


Tikar mengkuang si tikar buluh

Mahu dijual di kedai nyonya

rajin usaha usah mengeluh

tiap keringat indah hasilnya


2. sila beri maksud tersirat pantun di bawah :


a) bintang tujuh sinar berseri,

bulan purnama datang menerpa,

ajaran guru hendaklah dicari,

mana yang dapat janganlah lupa.


Bercerita tentang kepentingan ilmu. Kita hendaklah mencari dan berguru dengan guru yang arif tentang sesuatu ilmu itu. Ilmu yang telah dipelajari hendaklah di manfaatkan ke arah kebaikan supaya mendapat keberkatan



b) tengku muda raja di linggi,

pergi berniaga ke negeri palembang,

biar ambil rasmi padi,

jangan diikut rasmi lalang.


Membayangkan agar kita sentiasa merendah diri walaupun kita sudah berjaya atau kaya dan hendaklah tidak menjadi seorang yang tidak tetap pendirian.


3. teka jawapan pantun di bawah:


a) tarik pukat dari pengkalan,

gula Melaka dibuat inti,

bila diikat ia berjalan,

bila dibuka ia berhenti.


Lepas hujan banyak katak

Ada menyorok di balik papan

Puas sudah ku perah otak

KASUT BERTALI jadi jawapan





b) jika ke kedai pergi belanja,

belikan saya sudu dan senduk,

jika pandai katakan ia,

semakin berisi semakin menunduk.


Terik mentari buat ku pening

Sakit kepala datang mengundang

Tentulah PADI yang masak menguning

Luas terbentang ditengah bendang




c) ulat daun tidur berembun,

dipohon kelapa setiap masa,

banyak daun perkara daun,

daun apakah dahan tiada?



Anak dara jalan perlahan

jalan berlenggang nak p kenduri

Untuk daun yg tak berdahan

DAUN TERUPlah yang tuan cari





4) sila balas pantun di bawah:


sedapnya minum air kelapa,

kelapa dibeli dari pekan,

bukan mudah untuk berkata,

silap kata binasa badan.


Kalau tersilap seribu bahasa

Janganlah diam seribu kata

Kita kaya budi bahasa

Mohonlah maaf seikhlas kata


bonus :

sile jwb soalan nih :

dalam banyak2 kotak, kotak ape yg tak blh diangkat?


Kain sarung kain pelikat

Kotak penalti tak boleh angkat



masa tamat menjawab :


3/7, 11 malam


good luck!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 10:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by akashiro at 3-7-2011 22:43

#7 - pantun

1. sila cipta serangkap pantun 4 kerat yg membawa maksud 'usaha tangga kejayaan'.

=carilah ilmu hingga ke china,

disana tertanam pelbagai rahsia,

biarpun terseksa jiwa merana,

kelak usahamu tidak sia-sia.


2. sila beri maksud tersirat pantun di bawah :
a) bintang tujuh sinar berseri,
bulan purnama datang menerpa,
ajaran guru hendaklah dicari,
mana yang dapat janganlah lupa.
=carilah ilmu di mana jua, dan gunakan ilmu itu sebaiknya


b) tengku muda raja di linggi,
pergi berniaga ke negeri palembang,
biar ambil rasmi padi,
jangan diikut rasmi lalang.
=semakin berjaya atau tinggi kedudukan kita, perlu lebih rendah ego kita dan jangan meninggi diri

3. teka jawapan pantun di bawah:
a) tarik pukat dari pengkalan,
gula Melaka dibuat inti,
bila diikat ia berjalan,
bila dibuka ia berhenti.
=kasut bertali

b) jika ke kedai pergi belanja,
belikan saya sudu dan senduk,
jika pandai katakan ia,
semakin berisi semakin menunduk.
=padi

c) ulat daun tidur berembun,
dipohon kelapa setiap masa,
banyak daun perkara daun,
daun apakah dahan tiada?
=daun terup

4) sila balas pantun di bawah:
sedapnya minum air kelapa,
kelapa dibeli dari pekan,
bukan mudah untuk berkata,
silap kata binasa badan.

=kelapa dibeli dan juga cuka,

singgah sebentar di tempat kerja,

menjaga hati dari diluka,

lebih baik diamkan sahaja.


bonus :
sile jwb soalan nih :
dalam banyak2 kotak, kotak ape yg tak blh diangkat?
=kotak suara

masa tamat menjawab :
3/7, 11 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.612498 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list