|
Jalan-jalan di melaka bersama MeesTique
Melaka terletak di Pantai Barat Semenanjung di pesisir Selat Melaka, kira-kira 147 kilometer dari Kuala Lumpur. Melaka dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah kerana terdapat banyak tempat yg boleh dilawati termasuk tempat-tempat bersejarah. Jom jalan-jalan di Melaka.
Taman Mini Malaysia & Mini Asean
Tempat menarik yang perlu dilawati adalah Taman Mini Malaysia & Mini Asean yang terletak di Ayer Keroh. Taman ini memperkenalkan kehidupan & budaya masyarakat Malaysia dan ASEAN. Di sini ditempatkan rumah-rumah tradisi yang berbeza mengikut negeri di Malaysia dan ASEAN. Di setiap rumah, terdapat hasil kraftangan dari negeri-negeri atau negara mengikut jenis rumah. Di samping itu,terdapat pakaian tradisional dan cara kehidupan masyarakat yang boleh kita lihat di setiap rumah. Setiap pengunjung dewasa dikenakan bayaran RM4 dan RM2 untuk kanak-kanak. Jika anda berkunjung pada hari minggu, anda boleh melihat pertunjukan tarian kebudayan. Taman ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang
Tasik Ayer Keroh
Kepada sesiapa yang berminat dengan sukan air, Tasik Ayer Keroh adalah tempat yang paling sesuai untuk anda lawati. Anda boleh menyewa kayak dan bot di sini. Tempat ini juga sesuai untuk kaki pancing selain boleh menikmati keindahan alam. Selain itu, terdapat taman permainan & tempat rehat yang boleh didapati di sini. Dengan pemandangan yang indah, tempat ini sesuai untuk berkelah bersama keluarga.
Auyin Hill Resort
Taman ini terletak di Durian Tunggal iaitu di Utara Bandar Melaka. Taman yang dibina berasaskan kepada Feng Shui ini adalah yang pertama seumpamanya di negara ini. Taman ini dihiasi dengan taman yang cantik seperti Taman Ros.
Taman Rama-Rama
Taman yang terletak di Ayer Keroh ini mempunyai hampir 200 spesis rama-rama tempatan dan mengumpulkan lebih 400 spesimen serangga.
Taman Buaya
Taman Buaya yang terletak di Ayer Keroh ini adalah taman buaya terbesar di negara ini. Taman seluas 3.2 hektar ini telah dibuka pada tahun 1987 mempunyai kitra-kira 200 ekor buaya dari pelbagai spesis dari seluruh dunia
Zoo Melaka
Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh ini memang dikenali sebagai tempat pelancongan di Melaka. Dibina pada tahun 1963 pada asalnya dibawah pengurusan Kerajaan Negeri Melaka kemudia diambil alih oleh PERHILITAN pada tahun 1979. Zoo Melaka adalah yang kedua terbesar di negara ini.
Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti di bawah :
Open Hour:
| 9.00 am- 6.00 pm everyday
| Entrance Fee:
| Adult - RM7.00
| Children - RM4.00
| Elephant And Horse Ride:
| Saturday, Sunday and Public Holidays
| 10.00 am to 12.00 pm /
2.00 pm to 4.00 pm
| Adult : RM 2.00
| Children : RM 1.00
| Tram Ride:
| Adult : RM 2.00
| Children : RM 1.00
| NIGHT ZOO:
| Friday, Saturday and Sunday -
8.00 pm - 11.30 pm
| Entrance Fee (NIGHT ZOO)
| Adult : RM 10.00
| Children : RM 5.00
|
Taman Rekreasi Ayer Keroh
Anda boleh menikmati keindahan alam semulajadi di taman ini. Selain boleh menenangkan fikiran, anda juga boleh mendengar bunyi serangga yang mungkin tidak boleh didengari di tempat lain. Setiap pokok di sini telah dilabelkan bagi memudahkan pembelajaran.
Anda juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti di sini seperti jogging, jungle tracking, mendaki, berbasikal. Anda juga boleh menyewa chalet atau rumah atas pokok. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 06-2328401 atau Fax 06-5294176.
Tempat-tempat Bersejarah
A Famosa
Terletak berhampiran Bandar Hilir, A Famosa menjadi tumpuan pelancong terutamanya pelajar yang ingin melihat sendiri bangunan peninggalan Portugis ketika menyerang Melaka.
Makam Hang Jebat
Makam Hang Tuah
Istana Kesultanan Melaka
Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, pengunjung boleh melihat barang peninggalan Zaman Kesultanan Melaka, monumen-monumen dan gambar ketika zaman tersebut
Selamat bercuti!!!
[ Last edited by natique at 21-5-2007 03:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ok dh review
tambah info lagi..setiap penerangan tu..mcm simple sgt
kat tasik tu..bile2 mase je ke boleh datang..
tmpat2 bersejarah tu..xde penerangan ke..kowang letak pic kan
[ Last edited by pandapenyek at 21-5-2007 01:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 pandapenyek's post
mujurlah juri panda bek hati... nampaknyaa kensel laa haku nak pecahkan tayar keta juri arineh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 pandapenyek's post
wokeyyy ker.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 dee_dee's post
~~Memang ada tapi my PC ni----------> cannot!!!!!...dah try bnyk x!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 pandapenyek's post
Akak tak boleh nak edit dah panda kalau edit akan keluar tulisan jepun
tunggulah si juju yg buat pulak lagi pun kerja tengah banyak |
|
|
|
|
|
|
|
xkanla satu jenis makanan yg dicadangkan tu langsung xde pic..
buah melaka tu kan byk pic |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 pandapenyek's post
wah tak adil sungguh juri ni. yg ni tak da pun kos dan sebagainya dah kata ok |
|
|
|
|
|
|
|
mintakla tolong sesape..lex k..jgn tensen2
ataupon mcm ni kak..pic yang sedia ade tu
akak adit je mane2 yg seswai..kira bagi cantikla..
penerangan dh ok tp agak serabut |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 zetyaiman's post
aikkk.... mana adeeerrr ok.. sis gurau jerk.. sabor sabor... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 zetyaiman's post
ok bkn lepas la kak oiii
ok maknenye tgh tunggu dia cari info
kalo ok panda akan kata LEPAS
td zai tulis nk cari lagi info..adoiiiilaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
museum ni nak masuk free ke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 pandapenyek's post
panda bg jeh ar aper2 komen dulu sbb rasanya cik dut blom bleh masuk sini lagi...dia ader hal sket tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 pandapenyek's post
tadi nak cari gambo... tu dah tepek dah |
|
|
|
|
|
|
|
hampeh tul la tajuk nie....
tuko la kata ttg pelancongan....
kan senang.... tak confius org... |
|
|
|
|
|
|
|
tak dalah saja je nak tengok jawapan panda |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 irmamanggis's post
hihi... kami ngah race laa cik irma |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 pandapenyek's post
dulu rm8 .. sekarang tak tahu pula.. sebab tadi masa surf info.. ada info mengatakan free ... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam taman mini malaysia cume ade tmpat2 ni je ke
rasenye taman tu besarla..ke aku yang salah tgk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|