CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Apa logiknya gaji pembantu rumah RM700?

  [Copy link]
Post time 15-3-2012 08:26 PM | Show all posts
Pembantu rumah Indonesia jalankan tugas khusus, gaji minimum RM700


2012/03/15

JAKARTA: Indonesia hari ini mula melatih pembantu rumah untuk dikirim ke Malaysia yang mana mereka hanya akan melakukan satu tugas yang khusus dengan gaji minimum RM700.

Jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak dan tugas berkaitan sebagai tukang masak.

Oleh itu, mereka tidak akan menjalankan tugas lain seperti mengasuh bayi dan sebagainya.
Inilah antara hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indnonesia serta majikan Malaysia di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata JTF hari ini mencapai kesepakatan terhadap empat jawatan khusus untuk pembantu rumah Indonesia iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.

Dengan kesepakatan ini, kata beliau 106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari mulai hari ini dengan kemahiran khusus masing-masing.

Dalam erti kata lain, majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan kesemua empat tugas itu, harus mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing.
Dr Reyna berkata, kesepakatan dalam soal jawatan khusus itu diharap dapat mengelakkan masalah seperti yang berlaku di masa lalu.

Katanya, pada masa ini 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan manakala di Malaysia lima daripada 221 agensi pekerjaan pula bersedia untuk menguruskan penempatan mereka dengan majikan di Malaysia.

"Pada masa ini sebahagian besar daripada calon pembantu rumah berkenaan sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia di sini.

Beliau berkata, selepas pengiriman kumpulan pertama 106 pembantu rumah itu, ribuan lagi dapat dikirim ke Malaysia, dengan anggaran antara 4,000 hingga 5,000 orang sebulan.

Setakat ini belum ada seorangpun pembantu rumah Indonesia dikirim secara rasmi ke Malaysia sejak Indonesia menarik balik moratorium pengiriman pembantu rumahnya ke Malaysia pada 1 Disember tahun lalu.

Pembekuan sementara itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006, dengan memperkemaskan peruntukan, terutamanya berkaitan perlindungan dan kesejahteraan untuk pekerja dan majikan.

Antara persetujuan yang dicapai, kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja mereka kepada agensi pekerjaan.

Selain itu pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu dan mereka dibenarkan memegang pasport sendiri. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 09:36 PM | Show all posts
amah indon boleeeeeeeeeeeeh
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 09:48 PM | Show all posts
amah indon boleeeeeeeeeeeeh
eltoro Post at 15-3-2012 21:36



    bang toro... bukakalah satu thread kat CI nih.... penuh dengan thread sex, anya pening lah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 12:13 AM | Show all posts
Pembantu rumah Indonesia jalankan tugas khusus, gaji minimum RM700


2012/03/15

JAKARTA: Indon ...
R2D2 Post at 15-3-2012 20:26

Kalau maid Indonesia ini Tak memenohi KPI Yg telah disetujui, pihak kerajaan Malaysia patut memanggil Duta besar Indonesia dan meminta penjelasan diatas ketidakpatohan ini. Kalau tidak puas hati dgn penjelasan, maka harus Ada imbohan kerugian Kepada majikan Malaysia ini. Saya rasa ini baru adil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2012 12:25 AM | Show all posts
Kalau maid Indonesia ini Tak memenohi KPI Yg telah disetujui, pihak kerajaan Malaysia patut memang ...
Blancpunkt Post at 16-3-2012 00:13


Gitu gak sekiranya maid tersebut tidak mengikut piawan majikan...maka majikan dibenarkan utk menukar maidnya tanpa sebarang bayaran tambahan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 12:55 AM | Show all posts
bang toro... bukakalah satu thread kat CI nih.... penuh dengan thread sex, anya pening lah ...
~anya~ Post at 15-3-2012 21:48


mod bod ci tak suka kalo ada tuan indon buka thread sini selalu kena tutup

cam mana pakar sex bod ci pening ngan curita sex
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2012 12:58 AM | Show all posts
mod bod ci tak suka kalo ada tuan indon buka thread sini selalu kena tutup

cam mana pakar  ...
eltoro Post at 16-3-2012 00:55



    bang toro jangan lah kata anya pakar sex board CI... anya sendiri tak brapa nak lepas lagi lah pulak nak jadik pakar...
bang toro bukak lah thread ilmiah yang anya boleh masuk dan borak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 01:04 AM | Show all posts
bang toro jangan lah kata anya pakar sex board CI... anya sendiri tak brapa nak lepas lagi ...
~anya~ Post at 16-3-2012 00:58


thread yg ilmiah tu yg cemana ?.....yg tajuk nya paderi gay saman gereja sendiri ka ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 01:06 AM | Show all posts
thread yg ilmiah tu yg cemana ?.....yg tajuk nya paderi gay saman gereja sendiri ka ?
eltoro Post at 16-3-2012 01:04



    tajuk tuh sapmmer dah cop... bang toro bukak lah thread lain plak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 01:35 AM | Show all posts
Baikla cari ibu2 tunggal malaysia je upah kemas rumah n jaga anak siang2 klau gaji sampai 700
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 08:05 AM | Show all posts
nampaknya saper2 yg terdesak nak maid tu, terpaksalah "melutut" kat indon.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 08:53 AM | Show all posts
kwn aku ada maid indon

dia jaga cam kuarga sendiri

sampai je mesia dia belikan

baju,kasut,bra,spentot yg baru

pas 3bln keja dia belikan subang emas tok maid dia

pas 3th keja dia nk blk kawen

dah kaya le kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 09:16 AM | Show all posts
ala majikan dlm hal ni senang2 je..
sblm ni maid duduk free kan..

lepas ni majikan boleh caj sewa bilik + api + air + makan minum = RM300 sebulan.
settle!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 09:17 AM | Show all posts
bodoh piang statement ko nie....
amirul_nazri Post at 12-3-2012 18:12



   dia tu memang bodoh. belagak ja pandai. bising pulak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 09:17 AM | Show all posts
dhla 700 wt keje khusus lak tu...verangan sgt la indon2 ni..xyh la nk amik derg2 ni...biarkn je derg keje kt indon tu lg bgs
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 09:27 AM | Show all posts
private nak pelarasan gaji, terus berdentum sana sini...kalau maid indon mintak pelarasan gaji.....lemah lutut terus....ahaks!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 09:29 AM | Show all posts
td dlm radio.. gaji 700 utk buat keje khusus aje.. choii sgt2 :@

maid rumah nenek ai kat kg org tempatan gaji 500 buat semua dr jaga kucing sampai kemas rumah... tak penah pun dia nak bising... n siap ckp 500 dah byk sbb segala baju dia sampai ke pad semua weol support
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 09:29 AM | Show all posts
ala majikan dlm hal ni senang2 je..
sblm ni maid duduk free kan..

lepas ni majikan boleh caj sew ...
kazaraf Post at 16-3-2012 09:16



    betul tue...sy sokong...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 09:32 AM | Show all posts
ala majikan dlm hal ni senang2 je..
sblm ni maid duduk free kan..

lepas ni majikan boleh caj sew ...
kazaraf Post at 16-3-2012 09:16


kdg2 maid ni guna lg byk letrik + air dr owner dia... kwn ai sendiri ckp bil air rumah dia sampai 200++, letrik almost 500++ nak buat mcm mana maid dia dok layan sinetron jah masa dia g koje... pastuh siram bunga mcm mandi kan bunga tuh tu tak kira maid dia mandi lg
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 09:35 AM | Show all posts
gaji minima maid2 nih da rm700...
harga barang naik x nnti...??
ahakss....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.100400 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list