Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resam Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu. Menurut Abdul Rahim Kajai, bangsa Melayu adalah penduduk asal gugusan kepulauan Melayu atau alam Melayu seperti di pulau Jawa, Bugis, Madura, Bawean, Minangkabau dan juga Banjar. Orang Asli seperti suku kaum Semang, Jakun dan Pangan termasuk dalam definisi Melayu kerana mereka juga adalah penduduk asli di Semenanjung. Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan bahawa, “jika seseorang itu bangsa Melayu, dia akan tetap dan kekal sebagai bangsa Melayu, walaupun dia dilahirkan di Kutub Utara, bertukar kerakyatan, hatta bertukar agama sekalipun”. Beliau menjelaskan lagi “undang-undang keturunan sesuatu bangsa adalah menurut hukum Allah, rasul, adat manusia dan segala makhluk Allah, iaitu haiwan dan kayu kayan berdasarkan di sebelah bapa. Mereka yang bukan Melayu termasuk lelaki bangsa lain yang berkahwin dengan perempuan Melayu dan bangsa anak mereka adalah mengikut bangsa sebelah bapa. Contoh lelaki bukan Melayu seperti India muslim, Cina muslim, Arab dan lain-lain bangsa selain Melayu. Gagasan Abdul Rahim Kajai adalah bersifat tertutup dan ketat. Bukan sebarang manusia boleh diterima berbangsa Melayu walaupun ia menganut Islam sekalipun. Gagasan beliau lebih mengutamakan warisan, keturunan, persamaan dalam sosiobudaya dan geografi. Sumber: petikan rencana ‘Ruangan Rabu’ – Berita Harian, 8 November 1989 oleh Kamarudin Musa dari Raja Mohd. Yusof Raja Othman.
yg ikot hukum Islam ni tak nak diterima sbb kolot gaknya w'pun diceduk dr paper pujaan mereka...ok laaa bg can laa kita ikot federal konstitusen
* "Malay" means a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language, conforms to Malay custom and -
(a) was before Merdeka Day born in the Federation or in Singapore or born of parents one of whom was born in the Federation or in Singapore, or was on that day domiciled in the Federation or in Singapore; or
(b) is the issue of such a person;
ikot federal konstitusen plak, melayu kalo lahir seblom merdeka jer katanya...kah kah kah...dah kasi can pun masih kantoi gakkk..loyer baghal apekah ini?
|