CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: protonpersona

[Tempatan] V28 Latest news MH370 : Malaysia tidak pernah menolak 'plot membunuh diri' oleh

[Copy link]
Post time 30-5-2014 06:17 PM | Show all posts
ida88 posted on 30-5-2014 01:00 AM
Kalau bukan berkemungkinan ping dari mh370
Ping itu milik siapa?
Dh nak 3 bulan dh.

Pings. ausy kata from the own ships that was/were searching..came from thE SHIP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 06:24 PM | Show all posts
protonpersona posted on 30-5-2014 11:26 AM
mana isapmudin????

Dia pon ke cina bila pm melawat state visit sana. Nmpk muka dia sengeh2 time najib bercrita psal mh370 to the chinese govt. Maybe u got a point abt tht secret..lalalalala
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 06:35 PM | Show all posts
siputsedut posted on 30-5-2014 02:35 PM
dekat laut china selatan...berdekatan kepulauan spratly katanya...maksudnya takde turn back pun..
...

Richard quest hd a point.From when he gave his opinion on CNN,he said how on earth could the msian authorities said MH370 made a turnback! he felt then, why dunt they check route path gg twards beijing/
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 06:37 PM | Show all posts
dah bukan pulak
balik dari china nanti ..najib nak bagitau tempat akhir yang baru ker
letak jawatan ler najib ...lembabb
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:34 PM | Show all posts


   MH370: Grand Finale


   
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:35 PM | Show all posts
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam serta seluruh Itrah Ahli Baitnya dari awal dan akhir. Semoga dengan mereka kita mendapat lebih banyak ilmu dan akan menerima payung syafaat Baginda Rasulullah di hari akhirat kelak, insyaALLAH.

"Wamakaru WamakaraALLAH, WALLAHu Khairul Maakirin. Dan mereka melaksanakan rencana dan ALLAH juga merencana, dan perencanaan ALLAH itulah sebaik-baik perencanaan." QS Ali Imrah: 54.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayatNYA, saya berjaya juga menyiapkan artikel "Grand Finale" ini disini pada malam ini, iaitu tepat jam 2.58 pagi waktu Malaysia diteratak saya tempat saya sering berfikir dan menganalisa. Setelah lebih 20 hari saya meneliti dan menganalisa, akhirnya saya temui jawapan mengenai misteri MH370 ini. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana, daripada DIA jualah saya mendapat ilham dan juga jalan untuk menyelesaikan misi pencarian saya mengenai MH370 ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi saya ini dan kepada semua yang pernah bersama saya sepanjang saya mencari jawapan tentang MH370 ini, SYABAS dan TAHNIAH saya ucapkan kepada anda semua kerana telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pembaca yang setia menanti artikel saya ini diterbitkan. Terima kasih tak terhingga kepada semua authorized person yang telah banyak membantu saya dalam misi saya.



Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 10:07 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2014 08:35 PM | Show all posts
  
   Akhirnya, selesai juga artikel saya tentang MH370. Semoga dengan tertutupnya cerita ini di blog saya dapat merungkaikan kesulitan dan juga keanehan yang terjadi sepanjang hilangnya MH370. Untuk makluman, saya telah menganalisa hampir kesemua berita semasa daripada 9 Mac 2014 sehingga semalam (29 Mei 2014), iaitu lebih kurang selama 81 hari. Saya telah meneliti hampir kesemua teori dan juga rumours berkenaan MH370 termasuklah hal Diego Garcia, Kazakhstan, Mongolia, teori Philips Wood, teori berpatah balik, teori rampasan, teori teroris, dan pelbagai lagi yang tak dapat saya nyatakan kesemuanya disini.

Sejujurnya, pada 27 Mac 2014 lagi jawapan sudah ada, namun tidak dapat diterbitkan atas beberapa sebab. Akhirnya, selepas rasa bersalah saya menyimpan kebenaran daripada pengetahuan orang membuak-buak, maka pada malam ini terbitlah artikel terakhir ini sebagai menutup kesemua teori dan juga kajian yang telah saya lakukan. Saya amat berharap artikel ini mendapat perhatian dunia baik rakyat biasa waima pihak berwajib. Saya yakin, ramai yang sudah tahu perkara yang sama dengan yang saya bentangkan ini, namun tidak ada yang bersuara dengan menulis artikel panjang lebar seperti ini.

Saya berharap, setelah anda semua membacanya, sebarkanlah agar lebih ramai yang tahu mengenai misteri ini dan supaya ia tidak ditutup begitu sahaja ditelan masa dan waktu. Saya amat berharap agar MH370 ini dibongkarkan juga dimedia massa dengan mana-mana pihak berwajib tampil untuk menunjukkan bukti bergambarnya.

Saya memohon maaf kerana TIADA bukti bergambar mengenai MH370 yang dapat saya paparkan dalam artikel ini kecuali bukti bertulis dan juga bukti yang saya dapat melalui cross-referencing.

Tanpa melengahkan masa, ayuh sama-sama kita baca artikel tergempar ini...

Selamat menelaah. Semoga beroleh jawapan !
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 07:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:38 PM | Show all posts
*Artikel ini ditulis berdasarkan penelitian dan juga pemerhatian oleh Brado Kapak sendiri dan team members nya selama lebih 40 hari. Sila baca dengan tenang untuk mengelakkan anda menjadi keliru. Ini artikel terakhir berkenaan MH370 oleh Brado Kapak. Sekiranya ia tepat, maka ia hanya kebetulan sahaja. Sekiranya ia tidak benar, maka ia berpunca dari kelemahan kami menganalisa dan meneliti. Bacalah dengan hati yang terbuka....

1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat kepunyaan MAS Airlines, Boeing 777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar. Pesawat ini disahkan hilang oleh menara kawalan pada sekitar jam 8 pagi hari yang sama sedangkan ping radar terakhir yang dikesan adalah pada jam 2.37 pagi waktu Malaysia.

2. MH370 menghantar isyarat komunikasi kepada Air Traffic Control (ATC) menara kawalan di KLIA ialah pada jam 1.19 pagi waktu Malaysia. Sila rujuk gambar ini.

Manakala MH370 telahpun melakukan 'handshake' dengan Vietnam melalui Immarsat dan menghubungi menara kawalan udara bandar Ho Chi Minh City adalah pada sekitar jam 1.16 pagi waktu Malaysia. Ketika itu MH370 sedang memasuki ruang udara perairan Vietnam.


3. Itu adalah laporan terakhir MH370 yang berjaya dicatatkan dalam mana-mana media antarabangsa. Selepas itu tiada lagi laporan isyarat komunikasi antara MH370 dengan mana-mana menara kawalan udara atau dengan mana-mana radar. Hanya ping radar terakhir yang berjaya dikesan adalah sekitar jam 2.37 pagi sahaja. Rujuk gambar ini untuk melihat data radar terakhir pesawat. Abaikan kesilapan PM dan AM yang tertera pada gambar tersebut. Artikel initelah mengesahkan bahawa komunikasi radar terakhir dengan MH370 adalah sekitar jam 2.30 ke atas, iaitu lebih kurang jam 2.40 atau 2.50 pagi waktu Malaysia.

4. Sekitar jam 2.50 pagi waktu Malaysia, MH370 sudah tidak lagi menghantar ping kepada radar dan data radar mengesahkan bahawa pesawat telah turun menjunah kepada satu ketinggian yang tidak dapat dikesan radar.

5. Saya sifatkan sebenarnya, pada ketika itulah MH370 sudahpun jatuh tenggelam ke dasar lautan. Iaitu kira-kira beberapa minit sebelum jam 3 pagi.





Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 07:45 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 08:45 PM | Show all posts
  6. Satu letupan kecil telahpun berlaku diudara yang mengakibatkan kokpit pesawat terputus hubungan dengan mana-mana menara radar terdekat dan kesemua sambungan elektronik dalam badan pesawat terputus. Rujuk artikel ini dan ini.

7. Saya tidak tahu bagaimana letupan itu terjadi dan mengapa pesawat masih terus terbang dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas. Perlu diingatkan, kesemua pesawat Boeing sebenarnya mempunyai satu sistem kawalan jarak jauh yang boleh dikawal oleh pusat kawalan pesawat Boeing yang berada di luar negara. Rujuk artikel ini dan ini untuk mengesahkan bahawa kesemua pesawat Boeing telahpun dipasang dengan satu sistem kawalan jarak jauh bertujuan kononnya untuk mengelakkan sebarang tindakan terorisme atau rampasan kapal.

8. Saya sifatkan sebenarnya pemasangan sistem ini bertujuan bukanlah untuk mengalihkan atau mengelakkan terorisme dan rampasan kapal semata-mata, namun ia boleh berdwi-fungsi iaitu melaksanakan arahan dari orang tertentu demi kepentingan tertentu. Contoh paling mudah adalah MH370.

9. Berdasarkan artikel ini, mereka telah mendengar satu dentuman yang kuat di udara pada sekitar jam 1.30 pagi ke atas waktu Malaysia namun tidak melihat apa-apa di udara. Mereka hanya melihat cahaya putih dan juga lampu kuning sekitar jam 2.30 pagi ke atas waktu Malaysia.

10. Saya telah meneliti dan menganalisa hampir kesemua berita, rumours, diversi informasi, info risikan, sumber-sumber tertutup, data-data bertulis dan juga pelbagai gambar sebelum menulis artikel ini.

11. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun diletupkan diudara yang mana ia telah mengakibatkan kokpit dalam pesawat malfunction ataupun failure dan pesawat telah dikawal dari jarak jauh dengan menghalakannya ke arah Laut China Selatan dalam perairan Spratly.

12. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun jatuh dalam kawasan bulatan merah (rujuk gambar bawah, abaikan kesilapan ejaan yang terjadi).



13. Gambar di atas adalah gambar yang saya sendiri tandakannya berdasarkan pemerhatian dan juga penelitian saya. MH370 telahpun jatuh tenggelam dalam kawasan bertanda bulatan merah di dalam perairan 3 buah negara, iaitu Vietnam, Filipina dan juga Malaysia.

14. MH370 TIDAK boleh terhempas dalam perairan China kerana pesawat tersebut sedang membawa kargo berharga yang hendak dihantar ke China melalui lapangan terbang Beijing.

15. Penerbangan MH370 sebenarnya telahpun dirancang awal dan tarikh penerbangan serta rampasan yang terjadi pun telah dilakukan dengan teliti.

16. Saya sifatkan rampasan MH370 bukan bersifat terorisme atau rampasan hendak berebutkan harta. Pada saya, rampasan tersebut adalah bagi menghalang negara kuasa besar daripada memperluaskan kekuasaannya dan kargo di dalam MH370 harus disekat daripada terus dihantar kepada China. Maka, rampasan ini bukan bererti kapal tersebut dirampas dan disimpan, akan tetapi telah dialihkan daripada laluan sebenarnya dan ditenggelamkan di dalam lautan. Manakala, kotak hitam pesawat telahpun dilenyapkan sejurus selepas pembersihan perairan Laut China Selatan dilakukan. Hanya selepas lebih kurang 50 hari selepas MH370 hilang, barulah 'bluefin' dan sistem pengesan kotak hitam digunakan. Ini bererti, mereka tidak akan menemui kotak hitam tersebut kerana nyawa kotak hitam telah tamat selepas 40 hari pesawat dalam keadaan malfunction.
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 07:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:45 PM | Show all posts
   17. Sebelum saya terlupa, sekitar jam 1.30 pagi, MH370 telahpun menutup sambungan isyarat komunikasinya dengan menara kawalan udara di KLIA dan TIADA isyarat komunikasi daripada MH370 yang berjaya dirakamkan selepas jam 1.30 pagi. Rujuk artikel ini untuk pengesahan.

18. Untuk makluman semua, Kapten Zaharie, pilot MH370 adalah merupakan orang pertama yang pernah membawa pesawat Boeing 777 daripada Malaysia menuju ke Afghanistan. Rujuk artikel
inidan ini. Penerbangan itu juga merupakan penerbangan pertama di dunia yang merentasi pergunungan besar dalam wilayah Afghanistan. Ketika itu kalau tidak silap saya, Kapten Zahari terbang ke sana dengan membawa kargo yang sama dengan kargo di dalam MH370. (Apakah isi kargo itu?)

19. Namun, TIADA satupun media yang berani melaporkan, apakah dan mengapakah penerbangan itu dilakukan oleh Malaysia ke Afghanistan???
[url=[http://sheikyermami.com/pilot-za ... ind-hearted-person//color]] ini[/url]
20. Untuk makluman semua, menurut maklumat risikan saya, Kapten Zaharie pernah mengikuti satu misi ke Afghanistan lama dahulu dalam membantu para Mujahidin di Afghanistan berperang disana.

21. Kapten Afghanistan mempunyai hubungan dengan para pejuang Afghanistan walaupun dia sudah lama tidak ke sana dan telahpun berkhidmat dengan MAS Airlines selama lebih 20 tahun.
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:53 PM | Show all posts
   

22. Sila betulkan informasi ini sekiranya saya salah mencatatkan datanya.

23. Untuk makluman semua, selepas saya melakukan banyak
analisa, MH370 membawa satu khazanah berharga yang disimpan di dalam sebuah kargo yang besar.

24. Maklumat berkenaan khazanah tersebut telahpun saya dedahkan dalam banyak artikel saya yang terdahulu. Sila rujuk
ini dan ini

25. Khazanah tersebut sebenarnya adalah Drone Command and Controller (CNC) milik sebuah negara kuasa besar yang telah ditembak jatuh di Afghanistan. Rujuk artikel ini
26. Sebanyak 4 buah Drone milik negara kuasa besar tersebut telah ditembak jatuh dan beberapa alat CNCnya telahpun dirampas oleh para pejuang Mujahidin Afghanistan. Maafkan saya, kerana tidak ingat pada tahun berapakah Drone tersebut ditembak jatuh, kalau tidak silap saya iaitu pada akhir 2013.

27. Alat tersebut telahpun dibongkar dan dibuka satu persatu komponennya untuk tujuan penelitian dan juga pengubahsuaian.

28. Menurut data risikan, alat tersebut hendak dijual kepada negara-negara jiran namun tiada buyer yang sanggup membelinya. Pihak Afghanistan hendak menjual kepada Russia namun, memandangkan Afghanistan pernah berperang lama dengan Russia pada tahun 70-an dahulu, maka mereka telah menjualnya kepada negara China.

29. Presicous Cargo yang dibawa di dalam MH370 telahpun diangkut berulang kali dari Afghanistan menuju ke Malaysia sebelum ia terbang ke China.
  



(Ini pula ayat daripada orang yang mendedahkan informasi ini kepada saya)


Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:53 PM | Show all posts
30. Sebanyak 2 buah Drone dan juga CNC telah dijual oleh Afghanistan kepada China dan deal telah dilakukan oleh Billionaire China seramai 4 orang dengan Warlords Afghanistan. Saya tidak tahu bilakah tarikh sebenar deal dilakukan, namun kargo tersebut telah diangkut ke Malaysia menggunakan Airbus dan transit di KLIA. Rujuk kredit artikel bernombor 2 dibahagian bawah. Kargo berharga ini telah dijual kepada pihak China melalui individu iaitu Billionaire seramai 4 orang tersebut. Pihak Billionaire ini telah membeli alat ini demi persaingan teknologi mereka dengan kuasa besar lain.

31. Apa yang perlu kita ketahui disini sebenarnya, kehilangan MH370 BUKAN disebabkan oleh rampasan pemberontak, pengganas, berpatah balik, tenggelam di lautan Hindi, dan apa jua karut marut yang sengaja disebarkan bagi mengalih perhatian dunia daripada memfokuskan terhadap isu utama MH370 ini hilang.

32. Isu utama MH370 hilang adalah...

a. Mengapa pesawat itu hilang dan langsung tidak dapat dikesan oleh mana-mana menara kawalan waima pusat kawalan Boeing, Rolls-Royce, Joint Agency Coordination Center (JACC) dan juga Immarsat??

b. Apakah kargo yang dibawa di dalam MH370 yang sengaja disembunyikan oleh pihak MAS dan juga Boeing??

c. Siapakah 4 orang billionair yang terdapat di dalam MH370 dan mengapa mereka menaiki pesawat tersebut dan tidak menaiki jet peribadi sendiri?

d. Mengapa pihak Boeing, Rolls-Royce berdiam diri dalam isu ini sedangkan Amerika Syarikat adalah negara yang paling kecoh mahu membantu Malaysia??

e. Mengapakah Vietnam dan Filipina sangat mendiamkan diri pada awal MH370 hilang??

f. Mengapakah media antarabangsa menyatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi namun TIADA satupun yang memfokuskan bagaimana dan mengapa ia jatuh di Lautan Hindi?


33. Ini jawapan saya berdasarkan analisa fakta yang saya lakukan...


a. Pesawat itu TIDAK terputus hubungan dengan Boeing, Rolls-Royce dan juga JACC serta Immarsat sehinggalah pesawat itu tenggelam di Laut China Selatan dalam perairan Spratly. Buktinya, JACC telahpun mengesahkan bahawa ping di Lautan Hindi adalah TIDAK BENAR. Rujuk
disini.

b. Kargo yang dibawa di dalam MH370 sebenarnya adalah alat perang yang berkualiti tinggi milik Amerika Syarikat yang telah dirampas oleh Mujahidin Afghanistan. TIADA manggis daripada Muar di dalam MH370. Saya telah ke Muar dan disana tak banyak pun manggis berbuah ketika itu. Hal ini telah disahkan oleh berita
ini dan gambar ini.
  

c. Empat orang Billionaire daripada China itu sebenarnya adalah pemilik syarikat mengelola alatan teknikal untuk negara China dan merekalah pembeli alat CNC tersebut yang telah ditransitkan di Malaysia. Mengapa ditransitkan di negara kita? Jawapannya dibawah.

d. Pihak Boeing, Rolls-Royce dan seangkatan dengannya saya sifatkan sebagai terlibat secara langsung dan juga tidak langsung untuk mencipta suasana vanish dalam kehilangan MH370. Mereka juga terlibat dalam mengalih perhatian dunia dan juga mengubah laluan MH370 daripada jatuh ditengah-tengah bandar Ho Chi Minh City.

e. Vietnam dan Filipina telah menjadi negara bertindak dalam menghapuskan bukti MH370 di perairan yang saya tandakan merah dalam
gambar ini.
   
Bulatan merah itu sebenarnya adalah radius keluasan bangkai dan juga serpihan MH370 berselerak yang mana pihak kedua-dua negara ini telahpun mengawalnya lebih awal sebelum MH370 hilang. Jawapan lebih lengkap dibawah.

f. Media antarabangsa telah diarahkan berpandukan dengan kenyataan media oleh Dato Seri Hishamuddin dan juga Dato Seri Najib Razak. Rujuk artikel
inidan ini pada point ke-14.
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:53 PM | Show all posts
  34. Ada banyak persoalan yang akan dikemukakan apabila bercerita mengenai MH370. Antara yang paling kerap ditanya kepada saya adalah, "Apakah nasib mangsa dalam MH370?"

35. Jawapan saya berdasarkan analisa fakta dan juga cross-referencing yang saya buat, kesemua mereka sudah TIADA.

36. Hal ini berpandukan dengan teori mudah saya, "Siapakah yang sanggup memberi makan 239 orang selama lebih 80 hari dan menjaga kesemua mereka???" dan juga teori ini, "Untuk menjaga 239 orang memerlukan tenaga manusia yang besar dan TAKKAN kesemua mereka tidak pernah membuka mulut selama ini sedangkan kita dizaman informasi serba boleh, hampir semua orang ada smartphone!" dan juga teori ini, "Ada ke lokasi yang sesuai menempatkan tebusan seramai 239 orang dan kalau mereka masih hidup, MENGAPA TIADA DEMAND DARIPADA PERAMPAS???". Begitu juga dengan soalan ini, "Logikkan seseorang itu masih hidup apabila hilang daripada kesemua radar dunia selama lebih 80 hari tanpa ada jejak???". Ia hanya akan menjadi logik jika ada pihak yang menjaga mereka dan memberi makan kepada mereka. Namun, sehingga kini tiada satu pihak pun yang muncul untuk memberi penjelasan atau membuat tuntutan pampasan.

37. Saya sifatkan ura-ura mengatakan penumpang masih hidup sebenarnya adalah jalan untuk menenangkan keadaan dan juga mengelak daripada soalan, "Kalau dah mati, mana mayatnya???"

38. Saya memohon berjuta-juta kemaafan seandainya saya salah dalam menyatakan nasib mangsa. Sekiranya tiba-tiba satu masa nanti mereka pulang ke rumah dalam keadaan baik, maka bersyukurlah kerana mereka masih hidup dan berterima kasihlah kepada Tuhan kerana artikel saya ini kurang tepat dalam analisanya. Sekiranya memang benar mereka telah disahkan tiada oleh pihak berwajib, maka bersabarlah sesungguhnya ini ujian dan dugaan bagi kalian.
Al-Fatihah buat mangsa yang berugama Islam....
Last edited by TEDDYASESARA on 30-5-2014 09:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:54 PM | Show all posts
   39. Ramai yang bertanyakan mengenai Diego Garcia. Saya nafikan dengan keras MH370 disembunyikan di sana. MH370 langsung TIDAK mendarat di sana. Sila rujuk artikel iniyang ditulis oleh rakan saya, Shah Paskal. Rujuk aritkel ini juga untuk penafian tentang seorang penumpang MH370 yang kononnya masih hidup di Diego Garcia dan sempat membuat panggilan telefon daripada sana menggunakan iPhone miliknya yang disimpan dalam spendernya. Teori yang amat karut.

40. Jadi, dimanakah sebenarnya lokasi MH370 sedang berada???????????????

41. Bangkai MH370 telahpun dibersihkan lama dahulu iaitu seawal jam 3 pagi waktu tempatan!!!!

42. Ini berdasarkan kaji selidik saya, banyak informasi telahpun mengesahkan bahawa MH370 telahpun jatuh diperairan Laut China Selatan dalam perairan 3 buah negara, Malaysia, Vietnam dan juga Filipina.

43. Sila rujuk artikel
ini dan juga gambar dibawah. MH370 telahpun disahkan jatuh oleh pihak Vietnam, namun setelah shake hand dan berbagai siri rundingan antara Malaysia, Vietnam, Filipina dan juga Amerika Syarikat, maka MH370 telah dinafikan terhempas sebaliknya dinyatakan telah berpatah balik dan menghala ke arah Lautan Hindi.
  
(Lihat tarikh itu, 8 Mac 2014 jam 12.40 tengah hari!!!!! Hanya sekitar 4 jam setelah MH370 disahkan hilang oleh Dato Seri Hishamuddin pada jam 8 pagi, 8 Mac 2014!)

44. Mengapa hal ini terjadi?? Kerana, pihak Amerika Syarikat (US) tidak mahu Search And Rescue (SAR) dilakukan dalam radius lokasi MH370 hilang dan pihak US tidak mahu China menjumpai bangkai pesawat tersebut sekaligus boleh melengahkan cerita MH370 daripada terbongkar!

45. Saya pernah menjelaskan hal ini dalam artikel
ini, dan kini saya sekali lagi memberikan penjelasan anda. Di dalam artikel tersebut saya dengan yakin dan pasti menyatakan MH370 masih berada di lokasi perairan Laut Chian Selatan kerana, pada ketika tarikh artikel tersebut ditulis, SAR baru sahaja dipindahkan ke Lautan Hindi. Sekaligus ini mengesahkan bahawa masih ada debris dan juga serpihan pesawat yang masih belum dibersihkan daripada perairan tersebut dan pihak tiga buah negara terlibat tersebut risau jika masih ada serpihan yang ditemui oleh para SAR atau nelayan dan orang awam. Maka kerana itu mereka harus melakukan drama dan mengalihkan SAR ke Selatan dan ke Lautan Hindi. Berbagai teorilah harus dibangkitkan.

46. MH370 telah jatuh sekitar jam 2.40 ke 2.50 pagi dimana ketika itu komunikasi terakhir telahpun dicatatkan dan direkodkan, sesuai dengan laporan berita
ini dan juga gambar ini. Ketika itu, MH370 telahpun selamat bersemadi di Laut China Selatan dalam perairan Vietnam dan Filipina yang bercantum dengan perairan Malaysia yang mana penghubungnya adalah Kepulauan Spratly. Rujuk gambar ini
Rujuk gambarini sebagai panduan. Rujuk artikel ini
tentang perebutan kepulauan Spratly antara China, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.






Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:54 PM | Show all posts

   47. Bulatan merah menunjukkan radius perairan yang dikawal oleh Vietnam dan juga Filipina. MH370 TIDAK boleh jatuh dalam radius perairan yang dikawal oleh China bagi mengelakkan MH370 ditemui oleh China. Alangkah ruginya US sekiranya China berjaya mengesan MH370 dan membawa naik ke darat sekaligus berjaya mendapatkan CNC yang ada di dalam kargo berharga tersebut. Ketika misi membersihkan bahan bukti itu jugalah, pihak Vietnam ada melepaskan tembakan amaran kepada pihak China diperairan mereka sebagai tanda marahnya mereka agar China tidak mengganggu radius perimiter fencing yang telah mereka buat. Saya juga menyifatkan bahawa bulatan merah itu adalah radius perimeter fencing yang telah dibuat oleh pihak Vietnam dan Filipina bagi persediaan untuk membersihkan bahan bukti. Sila rujukartikeliniuntuk memahami berkenaan perimeter fencing.

48. Vietnam merupakan negara yang paling senyap selepas 8 Mac 2014. Kerana pihak mereka telah disuruh berdiam diri agar tidak ada apa-apa informasi yang terdedah. Bagaimanapun, masih ada beberapa informasi yang terdedah namun telah berjaya ditutup oleh media massa dengan tersebarnya pelbagai teori yang direkacipta bagi mengalih perhatian dunia. Sila rujuk artikel
ini untuk mengetahui kaitan antara Vietnam dan Filipina menentang China.

49. Sila rujuk artikel
ini. Di dalam artikel tersebut, ada banyak info mengenai situasi sebenar yang berlaku dalam MH370. Sebenarnya, kisah hilangnya MH370 yang benar telahpun tersebar lama, namun ia dipecahkan kepada banyak info agar orang awam tidak mengetahuinya. Okay mari saya jelaskan.

50. Berdasarkan analisa saya, MH370 TIDAK berpatah balik dan tidak mendarat di Nanning sebagaimana dakwaan dalam artikel tersebut. Dakwaan itu hanya penyedap cerita dan tokok tambah sahaja.

51. Menurut pengesahan rakan saya, memang ada ejen risik di dalam MH370 seramai 3 orang terdiri daripada 2 orang ejen risik mata helang dan satu orang ejen risik 'Komited Gosudarvetoyt'.

52. Saya boleh menyatakan XXX sebagai ejen risikan negara mata helang, YYY adalah merujuk kepada negara jiran kita, Vietnam dan ZZZ merujuk kepada negara Filipina.

53. Jalan ceritanya agak berterabur. Namun, point utamanya adalah, pesawat tersebut telah membawa satu kargo berharga yang mana jika ia jatuh ketangan China, maka pihak XXX boleh melancarkan perang dunia. Maka, YYY dan ZZZ telahpun diarahkan untuk mengikuti arahan negara XXX dan apabila tiba saat dan masanya MH370 terhempas, maka YYY dan ZZZ harus membersihkan debris dan sisa hempasan tersebut secepat mungkin sebelum SAR dilancarkan.

54. Mujur juga SAR dilancarkan agak lewat, maka ia memberi kelebihan kepada ketenteraan dua buah negara tersebut melaksanakan pembersihan.
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:54 PM | Show all posts
   55. Dalam dunia ini, hanya ada satu SAHAJA badan berorganisasi yang paling kuat tutup mulut dan tidak pecah amanah, iaitu Tentera serta Risikan.

56. Maka, pihak yang seharusnya menjalankan misi membersihkan bangkai dan juga bekas MH370 haruslah pihak tentera.

57. Mengapa saya katakan MH370 jatuh tepat di antara perairan Vietnam dan juga Filipina?

58. Sila rujuk artikel ini. Di dalam artikel tersebut, sebenarnya saya telah menuliskan beberapa perkara utama dan penting dalam sesuatu misi besar yang hendak dilaksanakan.

59. Sesebuah ejen perisikan itu seharusnya mahir dalam mengira masa dan waktu. Mereka telah meletakkan jangka masa jatuhnya MH370 dan juga jangka masa yang sepatutnya untuk mereka membersihkan bangkai dan sisa MH370 sebelum orang ramai tiba di kawasan terbabit.

60. Maka, pihak yang menjalankan misi menggagalkan CNC daripada dihantar ke China telahpun memberikan laporan kepada pihak pusat kawalannya agar mengarahkan pihak Boeing atau Rolls-Royce atau sesiapa sahaja yang boleh mengawal sebuah Boeing 777-200ER dari jarak jauh untuk melakukan lencongan pesawat tersebut tanpa dapat dikawal oleh pilot dan co-pilot. Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:32 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 08:54 PM | Show all posts

   61. Mengapa tiada apa-apa hubungan komunikasi antara pilot dan co-pilot antara jam 1.19 dan jam 2.30 pagi??

62. Kerana, setelah komunikasi terakhir itulah, sebuah bom jangka telahpun diletupkan, atau dalam erti kata lain, jangka penggera telah tamat berputar dan ia mengakibatkan keseluruhan sistem dalam MH370 failure dan tidak dapat dikawal oleh pilot waima co-pilot.

63. Saya tidak mensifatkan bom jangka itu sebagai sebuah bom yang boleh detonate tetapi ia boleh jadi berlaku dari menara kawalan Boeing atau Rolls-Royce. Pihak mereka mematikan kesemua sistem dalaman pesawat dan telah memandu dan mengawal pesawat daripada jauh sebelum menghempaskannya.

64. Apa sebab-sebab pesawat terhempas itu tidak dapat dipastikan sehingga ada pihak yang mahu membuka mulut. Sama ada pihak Boeing atau Rolls-Royce, mereka harus dan WAJIB menjawabnya, kerana hanya mereka yang ada rekod tepat apa dan bagaimana enjin pesawat berhenti berfungsi????
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 02:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:55 PM | Show all posts


   65. Kerana, pada sekitar jam 2.37, MH370 masih lagi menghantar ping kepada Immarsat dan juga satelit, radar serta menara kawalan Boeing dan Rolls-Royce.

66. MH370 merupakan sebuah pesawat bersaiz besar yang mana ia sentiasa mempunya hubungan dua hala dengan banyak menara kawalan termasuklah ATC, Immarsat, menara kawalan Boeing dan juga Rolls-Royce. Boeing dan juga Rolls-Royce, kedua-duanya berpusat kawalan di US.

67. B777-200ER merupakan sebuah pesawat yang boleh dikawal dari jarak jauh. B777-200ER juga adalah sebuah pesawat yang paling canggih dalam koleksi pesawat syarikat Boeing. B777-200ER ini juga memang sengaja dipilih bagi memastikan semua rancangan ini berjalan dengan baik dan lancar.

68. Sememangnya, syarikat Boeing dan juga Rolls-Royce harus dan WAJIB dipertanggungjawabkan kerana HANYA mereka sahaja yang mempnyai akses dengan kesemua data lengkap komunikasi dua hala antara MH370 dan kesemua menara kawalan termasuk satelit. Boeing dan Rolls-Royce harus tampil menjelaskan perkara sebenar dan TIDAK boleh berdiam diri.
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 02:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:55 PM | Show all posts
   69. Saya berani menyatakan, berdasarkan analisa fakta dan kesemua data yang telah saya teliti termasuk pelbagai artikel yang telah saya baca, bahawa pihak Boeing dan juga Rolls-Royce sedang menyembunyikan sesuatu di mana ada KEMUNGKINAN yang besar, merekalah yang telah mengalihkan laluan MH370 daripada trackpath sebenar kepada sebuah trackpath yang baru yang mana kalau mengikut trackpath sebenar, MH370 harus melintasi kota Ho Chi Minh City. Namun setelah trackpath diubah, maka MH370 didapati jatuh dalam perairan yang telah berulang kali saya sebutkan. Sila rujuk artikel ini untuk menguatkan lagi analisa saya tentang Boeing dan Rolls-Royce.
Terima kasih kepada Tun kerana menjadi orang pertama berani bersuara lantang mempertikaikan Boeing dan Rolls-Royce.

70. Anda juga boleh rujuk artikel ini dan juga gambar ini. Kemudian rujuk semula gambarinibagaimana seseorang telah mengubah flight path atau trackpath MH370 kepada satu laluan baru. Anda juga boleh menonton video berikut sebagai tamban informasi....

http://www.youtube.com/watch?v=peNhqK9984I
www.youtube.com/embed/uFR54Vn4bU ... ></iframe> Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:55 PM | Show all posts
    71. Disini sudah jelas memang ada insiden menukar laluan MH370 yang dilakukan oleh pihak yang tidak diketahui. Saya hanya beranggapan bahawa penukaran laluan ini sebenarnya dibuat oleh salah satu pihak sahaja yang telah saya sebutkan diatas yang mana orang yang mengubah laluan ini telahpun mendapat arahan daripada seseorang yang bekerja untuk unit risik sebuah negara mata helang.

72. MH370 telahpun berakhir di Laut China Selatan. Walaupun satu dunia beranggapan ia berakhir di Lautan Hindi, namun saya tetap dengan pendirian saya bahawa ia telahpun tamat di Laut China Selatan.

73. Pada 11 Mac 2014, keseluruhan
SAR telah dipindahkan daripada perairan Malaysia di Laut China Selatan ke Lautan Hindi. Hal ini berlaku, agar para negara yang terlibat dalam SAR itu tidak memasuki kawasan berbulatan merah di dalam gambar
ini agar mereka tidak menemui apa-apa debris dan juga bahan bukti yang mungkin belum selesai dibersihkan oleh pihak Vietnam dan Filipina.

74. Untuk makluman semua, sejak akhir 2013, Vietnam sudah mula berani bersuara dan menentang China secara terang-terangan. Padahal sebelum ini, Vietnam merupakan sebuah sekutu besar dengan China yang mana mereka mempunyai idealogi yang sama, iaitu Komunisme.
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:38 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.270241 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list