CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 28-11-2014 08:53 AM | Show all posts
terbaik la citer.....kalo ada button like...pasti like...hihih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2014 11:46 AM | Show all posts
=====================
Alhamdulillah, kami dapat teruskan perjalanan dengan lancar selepas itu. Di Juru, aku minta berhenti untuk tukar driver sebab mata dah mula mengantuk. Aku bertukar dengan Liana. Sofia pula ambil tempat di depan. Aku sorang-sorang duduk belakang, boleh tidur dengan sedikit selesa. Kereta Dina pun bertukar driver. Fahad je masih gagah memandu. Aku pulak, masuk je kereta, terus terlelap. Punyalah mengantuk. Almaklumlah, masa sampai Juru tu pun dah hampir pukul 4 pagi. Kali ni, Fahad kembali mengetuai perjalanan kami, diikuti kereta Dina dan kereta aku last.

Rasanya tak lama mana pun aku tidur bila Sofia menggoncang bahu aku, mengejutkan aku dari tidur.

Sofia: Nana, Nana. Bangun, bangun.
Aku: Hah? Nape, kita dah sampai ke?

Terpisat-pisat aku bangun, gosok mata. Aku tengok sekeliling. Eh, gelap je ni. Takkan dah sampai pulak? Dah apahal pulak Si Pia ni beria benar kejut aku?

Liana: Bangun, Nana. Kereta Fahad terbabas.
Aku: Hah!?

Aku bingkas bangun, menjenguk kepala ke depan. Wira hitam Fahad berhenti di bahu jalan, di lorong kecemasan. Hazard light berkelip-kelip. Kereta Dina pun dah berhenti di tepi. Sebaik sahaja Liana park kereta di belakang kereta Dina, aku keluar menuju ke kereta Fahad. Masa aku sampai, Fahad, Hairul, Ben dan Reza dah pun keluar dari perut kereta. Raut wajah keempat-empat orang lelaki tu selamba je. Rileks.

Aku: Apa jadi?
Fahad: Takde apa, aku mengantuk. So terbabas sikit.
Hanim: Korang semua ok ke?
Ben: Ok, ok. Semua ok. No problem.

Mereka berempat sengih.

Fahad: Tapi...
Liana: Hah, nape?
Fahad: Kereta aku tak mau hidup.
Aku: Alamak. Panas ke? Temperature naik?
Fahad: Tak sure la. Tapi tak boleh nak hidup. Aku dah try dua tiga kali.

Ah sudah! Takkan nak tersadai je kat tepi ni? Eh kejap...

Aku: Eh aku lupa nak tanya. Kita kat mana ni?
Hairul: Gurun! Dah lepas R&R Gurun.

Hmm... Gurun. Bukan tak pernah aku dengar pasal cerita highway Gurun ni. Takpe, kita abaikan je kisah-kisah tak berapa sedap tu. Fokus, Nana, fokus.

Dina: Kita call PLUS Ronda la macam tu.
Ben: You ada nombor ke?
Dina: Ada. Awal-awal tadi aku dah save dalam phone.
Ben: Hah, call la, apa lagi.

Sambil tunggu kedatangan PLUS Ronda, kami duduk dalam 1 kumpulan, bersembang dalam kedinginan malam diterangi lampu kereta Dina. Sekali-sekala ada juga kereta atau lori yg lalu. Tengah dok bersembang tu, tiba-tiba Dina bersuara.

Dina: Eh, tu macam ada orang je tu.
Aku: Mana, mana?
Dina: Tu... sana.

Dina menunjuk ke seberang jalan, jauh ke depan. Mula-mula aku tak berapa nampak. Tapi lepas tu dalam samar-samar aku nampak macam ada orang sedang menuju ke arah kami. Kami semua memandang sambil menanti orang itu datang.

Hairul: Err... apsal aku rasa macam cara dia berjalan tu pelik je eh?
Sofia: Aku pun rasa macam tu jugak. Macam... macam bukan berjalan je...

Aku perhatikan betul-betul ke arah orang itu. Dah bila aku perhatikan betul-betul, meremang terus segala bulu yg ada kat badan aku. Orang tu bukan berjalan, tapi melompat! Tu bukan manusia! Tu benda berbalut kain kapan! Pocong!

Ben: Po... po...
Fahad: Sudah! Masuk kereta semua!

Bertempiaran kami lari masuk kereta. Aku terus masuk bahagian driver, hidupkan enjin kereta. Aku pandang ke depan. Aku nampak pocong tu melompat semakin laju. Kecut perut aku dibuatnya. Tanpa disangka-sangka pocong itu melompat dari seberang jalan sana, terus ke sebelah jalan kami. Sekali lompat je. Melopong aku tengok. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon di belakang kereta aku. PINNN! PINNN!! Aku terkejut lalu aku menoleh ke belakang. Sebuah kereta hitam lalu di sebelah kereta aku. Pemandunya, seorang pakcik menurunkan cermin kereta.

Pakcik: Jalan la, apa tunggu lagi! Nak tunggu dia mai dekat ka?

Aku pulak macam orang tersedar dari mamai terus hidupkan enjin kereta dan tekan minyak. Kereta Dina pun dah bergerak nampaknya. Yang lebih pelik, kereta Fahad pun dah boleh dihidupkan. Ketiga-tiga kereta mula bergerak dengan kereta pakcik tadi mengepalai kami. Oleh kerana kereta aku yg terlebih dulu bergerak, kereta aku di belakang pakcik. Entah bila masa, pocong tu dah berdiri tengah jalan, betul-betul depan kereta pakcik tu. Kami bertiga menjerit. Dan pakcik tu dengan selamba badak langgar je pocong tu. Lagi kuat kami menjerit. Aku terus tekan minyak.

Lepas pakcik langgar pocong, pocong tu ghaib. Dengan tangan aku menggigil-gigil pegang stereng, aku terus memandu mengikuti belakang kereta pakcik tu. Aku suruh Sofia tengok samada kereta Dina dan Fahad masih ada di belakang kami. Sofia kata ada. Lega sikit aku dengar. Kami terus memandu sampailah nak dekat exit Alor Setar Selatan, pakcik bagi signal nak ke kiri. Aku perlahankan kereta. Kereta pakcik berhenti agak 1km dari exit. Aku pun turut sama berhenti. Kereta Dina dan Fahad ikut sekali berhenti di belakang kami. Pakcik tu turun kereta. Fahad menghampiri pakcik itu dan mereka bersalaman.

Pakcik: Hangpa ni nak pi mana ni?
Fahad: Nak pi Kuala Perlis, pakcik. Ada kenduri kawan.
Pakcik: Ooo... lagu tu. Dah pasaipa yg hangpa berenti kat Gurun tak sat ni?
Fahad: Kereta saya mati tadi, pakcik. Tak boleh nak hidup. Tapi alih-alih pakcik datang, molek pulak dia hidup.
Pakcik: Haa... tu adala yg saja nak usik hangpa tu. Hangpa pulak buleh pi dok tunggu situ. Ish!

Kami tersengih-sengih. Padahal dalam hati masing-masing punyalah dah kecut. Aku macam terbayang-bayang je pocong tu dok melompat-lompat. Hish, seram!

Pakcik: Pakcik ni dok besa (biasa) dah ulang alik Sungai Petani dengan Alor Setar tiap-tiap hari. Rumah pakcik kat SP, tapi dok mai kerja sini. Setakat benda-benda macam tu, besa laaa. Lagi-lagi sebelum Subuh ni, lagi galak depa! Pakcik awai-awai dulu ketaq lutut jugakla, tapi lama-lama dah mangli.

Kami cuma mendengar sambil angguk-angguk kepala.

Pakcik: Toksah takut la naa. Kita ni sama-sama makhluk Allah, tapi kita manusia ni lebih dimuliakan dari depa. Jadi jangan dok takut sangat. Ingat, mintak Allah tolong lindung kita. Insya Allah, selamat.
Fahad: Ye, pakcik. Terima kasih tolong kami tadi.
Pakcik: Ish, takdak apa aih. Pakcik setakat tulong hon dengan langgaq bagi ja. Dah, buleh dah nak jalan ni. Mai singgah kat tempat pakcik dulu, lepas Subuh satgi hangpa sambung, na?

Fahad pandang kami. Kami angguk laju-laju. Semangat nak meneruskan perjalanan tu sedikit goyah selepas live show tadi. Makanya, kami pun mengikut Pakcik Azmi ke Alor Setar. Kami dibawa ke Tandop. Pakcik Azmi rupanya buka kedai makan tak jauh dengan sebuah masjid. Kami sampai di kedai makan Pakcik Azmi, dah ada pekerjanya yg sibuk membersihkan kedai dan menyusun meja dan kerusi. Pakcik Azmi suruh kami duduk dulu. Dia hidangkan kami dengan kopi dan karipap panas. Duduklah kami di kedai tu sampai azan Subuh.

Usai solat Subuh di masjid berdekatan, kami bersiap-sedia nak meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Pakcik Azmi siap membekalkan kami dengan kopi dan kuih-muih dan nasi lemak bungkus. Aku rasa terhutang budi betul dengan Pakcik Azmi. Bila kami nak bayar untuk makan minum pun, dia menolak. Pakcik Azmi berpesan agar kami memandu dengan berhati-hati dan jangan lupa singgah di kedainya bila kami nak pulang ke KL nanti. Selesai, kami bertolak ke Kuala Perlis.

Perjalanan kali ni, alhamdulillah, smooth je. Kami sampai Kuala Perlis pukul 9 lebih. Bertolak pukul 11 malam lebih, tiba pukul 9 pagi lebih. Makan 10 jam jugak perjalanan kami. Cukup panjang bagi aku. Cukup-cukuplah jalan jauh-jauh di malam hari ni. Serik rasanya. Aku tidur siap mimpi lagi pocong melompat-lompat. Hish!

Yang Si Fahad pulak, kenduri dah setel baru dia buka cerita macam mana dia boleh terbabas sebenarnya. Mula-mula mereka nampak macam ada sebiji bola api dok ikut dari belakang. Makin lama, bola api tu makin dekat dengan kereta Fahad. Sampai satu ketika, bola api tu berada di hadapan kereta. Bola api tu macam nak terbang hentam cermin depan, jadi Fahad pun mengelak. Bila mengelak, dia gagal kawal kereta lalu terbabas ke tepi.

Dina: Tapi kitorang tak nampak apa pun?
Ben: Korang tak nampak, tapi kitorang berempat nampak. Besar jugakla bola api tu. Laju pulak tu.
Sofia: Hee... seramlah!

Tau pun kau seram ye...



Tamat.
=======================

Tamat tak tamat la sebenarnya. Nak balik KL lain pulak ceritanya.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 12:43 PM | Show all posts
gergerger.. serammmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 01:19 PM | Show all posts
Kisah 9 - Perjalanan yang Panjang (Part II)

Dek kerana pengalaman malam sebelumnya perjalanan KL - Kuala Perlis kami yang tak berapa memberansangkan, aku awal-awal dah pesan agar kami bertolak siang hari untuk pulang ke KL. Paling lewat, pukul 5 petang bertolak. Semua bersetuju. Tapi, itulah, kita ni mampu merancang je. Allah yg jadi penentunya. Dah lepas sesi melantak laksa malam semalam, Dina, Sofia, Hanim, Ben dan Reza sakit perut ditambah dengan cherry berry. Nak tak nak, kami terpaksa menangguhkan perjalanan pulang. Macam mana pun, kami kena pulang KL hari Ahad tu jugak sebab esoknya kebanyakan dari kami kerja.

Agak-agak dah surut sikit kemelut berebut jamban, kami bertolak balik dalam pukul 8 malam. Kecut perut macam mana pun, aku terpaksalah ikut. Kesian pun iya tengok kawan-kawan yg dah melepek dalam kereta sebab sakit perut. Mujur aku ni bukan peminat laksa. Aku sekadar merasa sesudu dua. Selebihnya aku bantai ikan bakar je. Nasib kome lah. Kali ni nak start drive, macam-macam doa aku baca. Apa yg aku ingat semua aku baca. Doa makan je aku tak selit sekali. Ambil pengajaran dari perjalanan sebelum ni.

Sempat jugak aku warning pada kawan-kawan, nak buat bisnes kecil ke, besar ke, sila cari waktu dan tempat yg sesuai. Aku tak kira la, boleh kawal ke tak boleh, aku tak nak berhenti kat mana-mana tempat terpencil dan tak ada orang. Yelah, aku tak nakla sejarah berulang lagi, bertembung dengan 'benda-benda' yg tak diingini. Aku ni bukannya kuat semangat atau berani sangat. Depan orang je berlagak macho, dalam hati ada ayam. Makanya, kami pun meneruskan perjalanan pulang. Alhamdulillah, tak ada sesiapa yg meragam nak membuang sepanjang perjalanan. Kereta pun agak banyak. Aku jadi konfiden la sikit.

Tapi, sampai satu ketika, Sofia mula mengadu perut dia memulas. Dia nak membuang. Aku minta Sofia tahan sikit sementara nak sampai R&R terdekat. Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Aku tengok pula signboard. Hentian terdekat ialah Gua Tempurung. Alamak... Dan phone aku berbunyi. Fahad call.

Fahad: Nana, kita berhenti kejap. Ben sakit perut.
Nana: Oklah. Pia pun sakit perut ni.

Terpaksa jugak kami berhenti di Gua Tempurung. Gua Tempurung ni hentian yg ada tandas je. Malam-malam gini, tempat tu nampak menakutkan sangat bagi aku dengan hutan sekeliling. Mujurlah ada kawan-kawan lain. Masa kami berhenti tu, kereta kami je yg ada di hentian tu. Nak pergi tandas kena naik tangga. Sofia ditemani Liana dan Hanim naik ke atas. Ben dan Hairul pergi bersama. Fahad dan Reza berdiri sambil hisap rokok. Aku duduk je dalam kereta. Dingin betul kat luar.

10 minit berlalu. Ben dan Hairul dah kembali semula ke kereta. Sofia, Liana dan Hanim masih tak nampak bayang. Aku dah dua tiga kali check jam. Mana aje budak bertiga ni. Takkan Pia berak batu kot? Aku keluar kereta, pergi kepada geng lelaki.

Aku: Ben, kau tak nampak ke Pia semua?
Ben: Aku nampak Liana je kat luar toilet tadi. Dia dok tunggu Pia la kot.

Aku mendesah. Rasa macam lama sangat pulak budak-budak ni. Aku rasa tak berapa sedap hati sebenarnya berhenti kat Gua Tempurung ni. Biasalah, bukannya aku tak pernah dengar pasal keangkeran tempat ni. Seminit kemudian, aku nampak Sofia dan Hanim terkocoh-kocoh turun tangga. Sampai nak terjatuh dah masing-masing.

Aku: Hah, siap pun. Dah, jom.
Sofia: Nan... Nana, Liana mana?

Aku baru perasan Liana tak ada dengan mereka. Aku kerut dahi.

Aku: Apa tanya aku pulak? Liana bukan ikut korang ke? Mana dia?

Sofia dan Hanim berpandangan sesama mereka. Wajah masing-masing bertukar cemas.

Aku: Liana mana woi?

Aku ulang soalan.

Hanim: Sebenarnya tadi, Liana tak nak masuk dalam sebab dia kata bau busuk. Aku dengan Pia je masuk dalam toilet. Tapi masa kitorang tengah memerut tu, aku dengar orang masuk toilet sebelah. Siap bukak air, flush jamban apa semua. Aku ingatkan Liana la...
Sofia: Aku siap panggil nama Liana. Dia cuma jawab 'Ye' je. Tapi bila kitorang keluar toilet, toilet sebelah tu kosong takde orang.
Hanim: Aku ingatkan Liana dah keluar tapi toilet tu memang kering. Aku panggil-panggil Liana, tak jawab. Aku ingatkan dia dah tinggal kitorang la.
Sofia: Lepas tu aku dengar bunyi mengilai kat belakang toilet. Apa lagi, kitorang cabutla!

Aduhhhh! Aku pulak yg jadi panik. Sekarang ni mananya Liana? Macam mana ni? Aku pandang ke Fahad.

Fahad: Kita kena cari Liana.
Sofia: Naik atas sana? Aku... aku takut.

Wajah Sofia dah pucat.

Fahad: Dah tu, kau nak tunggu sini? Aku nak semua sekali ikut cari Liana. Jom cepat!

Fahad ambil lampu picit dari dalam keretanya. Dalam kereta aku pun ada satu. Aku ambil. Kami berkumpul dan mula bergerak naik ke arah tandas dengan budak lelaki di hadapan. Kami berjalan rapat-rapat. Si Sofia ni punyalah kuat dia berpaut kat aku, naik tangga dah nak rebah dah. Aku marah la dia, suruh dia jangan paut kuat sangat. Fahad cadangkan kami cari dalam toilet dulu. Toilet perempuan pun, kami redah je sambil panggil-panggil nama Liana. Tak ada sebarang jawapan. Fahad kemudian cadangkan kami cari di belakang tandas pulak. Seriau terus rasa nak kena pergi bahagian belakang tu.

Kami 10 orang berjalan bersama ke belakang tandas perempuan.

"Heeeeheeeeheheeeeeeheheheeheeeee!!!" serentak terdengar bunyi mengilai. Automatik, kami menjerit. Fahad terus marah kami, suruh diam jangan menjerit. Kami yg perempuan-perempuan ni dah ketakutan. Aku rasa seram sejuk. Dengar bunyi mengilai je. Tuan punya badan yg mengilai tu belum nampak lagi. Mintak-mintak dia tak munculkan diri dah la. Aku dok pikir macam tu. Dalam duk menyuluh tu, aku tersuluh sekujur tubuh terbaring di atas lantai.

Aku: Liana!!!

Bergegas aku hampiri tubuh kawan aku itu. Mata Liana terpejam. Dia pengsan. Tak bertangguh, Fahad terus cempung tubuh Liana dan kami lekas-lekas turun bawah. Fahad letakkan Liana dalam kereta aku.

Fahad: Tak payah buat apa lagi. Kita gerak dulu. Lepas ni R&R Tapah. Kita berhenti sana. Dah, gerak!

Kelam-kabut kami masuk kereta. Masa nak masuk kereta tu, kedengaran bunyi hilaian yg cukup menyeramkan sekali lagi. Kembang tengkuk aku dengar bunyi mengilai tu. Aku cepat-cepat hidupkan enjin kereta dan mula tekan minyak. Tika kereta bergerak dari tempat parking, aku ternampak sekali lalu kain putih berterbangan di atas bumbung tandas. Huish! Aku tekan minyak sekuat mungkin, segera meninggalkan Hentian Gua Tempurung. Aku janji dengan diri aku sendiri, siang ke malam ke, aku tak nak berhenti sini dah.

Liana langsung tak sedarkan diri sampailah kami tiba di R&R Tapah. Sampai sahaja di R&R Tapah, Fahad menghulurkan aku sebotol air.

Fahad: Sapukan di muka Liana. Selawat sekali.

Aku pun ambil air tu dan mula basahkan muka Liana sambil berselawat. Perlahan-lahan Liana buka mata, sedar. Liana tengok sekeliling. Muka dia macam dalam kekeliruan.

Aku: Liana, kau ok ke?
Liana: Kita kat mana ni?
Aku: Tapah. Kau ok tak?
Liana: Aku ok je. Pia mana Pia?
Sofia: Ye, ada ni aku.
Liana: Apa jadi kat aku?
Sofia: Kau pengsan. Kau pergi mana tadi?
Liana: Aku ikut kaulah.
Sofia: Ikut aku mana pulak?
Liana: Kau yg ajak aku gi kat belakang toilet tu tadi.

Terus Sofia terdiam.

Fahad: Dah, dah. Takde apa dah. Jom teruskan perjalanan.

Fahad menggesa. Kami masuk semula ke dalam kereta. Sebelum bertolak kami isi minyak dulu. Masa tengah isi minyak tu, aku perasan sorang mamat ni asyik menjeling tengok dalam kereta aku, kat bahagian seat belakang. Aku rasa tak sedap hati. Aku pun hampiri mamat tu.

Aku: Tengok apa?
Mamat: Tu, dalam kereta akak ada penumpang lain.
Aku: Orang ke bukan orang?
Mamat: Bukan orang.

Aku gigit bibir. Ah sudah! Liana dan Sofia dah masuk dalam kedai, beli air. Aku pergi kat Fahad lalu aku ceritakan pada Fahad apa yg dikata mamat tu tadi.

Fahad: Air aku bagi tadi mana?
Aku: Ada kat tepi pintu aku.

Fahad pergi ke kereta aku, ambil air dan mula renjis di seat belakang sambil membaca sesuatu. Kemudian dia datang semula pada aku.

Fahad: Insya Allah takde apa. Tawakkal, minta perlindungan Allah. CD bacaan Quran tu, ko pasang je sentiasa.

Fahad menenangkan aku. Aku angguk. Sofia dan Liana masuk ke dalam kereta. Lagak mereka biasa saja. Aku baca apa-apa yg patut dan masuk semula ke dalam kereta. Rasa seram sejuk menyelubungi aku, tapi seketika cuma. Bila aku hidupkan enjin kereta, perasaan itu hilang. Dan dengan izin Allah, kami sampai KL dengan selamat pukul 3 pagi lebih.

Dan aku demam seminggu lepas tu. Tambah kena marah dengan Mama sebab nak jugak drive malam-malam hari jauh-jauh. Padan muka aku. Hahaha!



Tamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 01:21 PM | Show all posts
Ok, rasanya setakat ni je cik.nana mampu update. Esok sampai hari Rabu cik.nana takde, so jangan rindu-rinduan ye. Take care dan minta doakan jugak keselamatan cik.nana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 01:24 PM | Show all posts
DeHanna posted on 28-11-2014 08:38 AM
Wah bestnya nk panjat Gunung Kinabalu...
Take care masa wat aktiviti hiking 2 ye...  ...

Heeee.... excited sangat ni. First time nak pergi.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2014 01:45 PM | Show all posts
Tqvm cik.nana!  

Jaga diri leklok tau! balik nanti cerita sini pengalaman masa mendaki tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 02:19 PM | Show all posts
cik.nana posted on 28-11-2014 01:24 PM
Heeee.... excited sangat ni. First time nak pergi.

kita pun kalau ada rezeki nk gak mencabar diri ke sana.. InsyaAllah
hari 2 kita panjat gunung jerai.. boleh tahan gak.. dgn x de preparation apa..
tapi panjat start dari tengah la.. huhuhu.. kalau dari bawah mau x settle 1 hari..
indah sgt pemandangan dari atas gunung tu... rasa mcm next time nk gi lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2014 02:28 PM | Show all posts
hatikudus posted on 28-11-2014 01:45 PM
Tqvm cik.nana!  

Jaga diri leklok tau! balik nanti cerita sini pengalaman masa mendaki tu ...

Mekasih awak!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 02:53 PM | Show all posts
menunggu sambungan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 02:57 PM | Show all posts
khailya posted on 28-11-2014 02:53 PM
menunggu sambungan..

Sambungan apa tu Cik @khailya?

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 03:06 PM | Show all posts
tunggu sambungan cerita baru... lameeeee nak kene tunggu ni...huhuhu
anyway enjoy ur holiday yer.. hati2 k..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:39 PM | Show all posts
Ingatkan pengalamn cik.nana sampai Tapah tu aje..rupe nye banyak sungguh dugaan cik.nana and friends.. paling skeri kat gurun tu la..

tp mmg masa acik duduk kat utara kawasan situ mmg dah di inform kawasan agak keras.. huhu..

anyway, selamat berholiday cik.nana .. acik akan tunggu cerita dari cik.nana dengan penuh sabar ye--
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:41 PM | Show all posts
Bawa baju lebih yer cik nana ketika panjang gunung....sejuk yang amat...minyak panas pun kena bawa....sapu kat kaki...yang pasti mmg sejuk....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 05:02 PM | Show all posts
Musim ujan mcm skrg panjat gunung tak bahaya ke? ishhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 05:34 PM | Show all posts
Apa jadi dengan orang PLUS yang di kol tu cik nana? Kesian dorang hahaha. Tengok tengok takde orang bila dorang sampai.

Wah best naik gunung... nak jugak. Btw, sy and the geng nak naik gunung ledang Hujung bulan 1 kelak.. Tengah carik orang. Sape nak join??? Yang nak jadi guider pun ok.. (sebenarnya tengah desperate carik orang ni. huhuu)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2014 05:53 PM | Show all posts
khailya posted on 28-11-2014 03:06 PM
tunggu sambungan cerita baru... lameeeee nak kene tunggu ni...huhuhu
anyway enjoy ur holiday yer..  ...

Baikkkkk~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 05:55 PM | Show all posts
CikYaw posted on 28-11-2014 04:39 PM
Ingatkan pengalamn cik.nana sampai Tapah tu aje..rupe nye banyak sungguh dugaan cik.nana and friends ...

Kami pun pelik jugak kenapa sampai macam tu diganggu. Rupanya setelah disoal siasat, barulah budak-budak lelaki mengaku yg Ben ada salah cakap atau lebih tepat, cakap besar sebelum kami bertolak. Ben macam cakap "Eleh, hantu pun nak takut!" haa camtu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 05:56 PM | Show all posts
woddy posted on 28-11-2014 04:41 PM
Bawa baju lebih yer cik nana ketika panjang gunung....sejuk yang amat...minyak panas pun kena bawa.. ...

Itu la risau dengan musim hujan sekarang ni. Baju lengan panjang belaka bawak ni, macam nak pi obersi dah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 05:58 PM | Show all posts
hatikudus posted on 28-11-2014 05:02 PM
Musim ujan mcm skrg panjat gunung tak bahaya ke? ishhh

Nak buat cemana, masa ni je ada kekosongan. Masa lain, dah full orang book nak panjat Gunung Kinabalu tu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.082578 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list