CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Jenayah] Kita Tunggu Mereka Beratur Minta Maaf Pada PM

[Copy link]
Post time 21-7-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi orang najib skrg..
Orang yg hina rasullullah diangkat depa jd wira sbb orang tu geng najib...mmg kagum sungguh dgn penjilat si najib ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2015 12:02 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 21-7-2015 11:50 AM
Amboi orang najib skrg..
Orang yg hina rasullullah diangkat depa jd wira sbb orang tu geng najib... ...

Maknusia macam Lester yang kesetiannya boleh dibeli ni,
buat aku terkejut berok, sebab ada orang boleh terkejut berok tengok
video confessionnya. Kalau dulu, si Lester dibayar GB500 paun sterling
seminggu  untuk memburuk-burukkan Najib, video confession ni tah
bernilai Rm 1 billion............

Lainlah kalau yang buat VIDEO confession ni si Rafijik or Lim Kit Siang
or Mat Sabun............HEHEHE.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 01:10 PM | Show all posts
aku lebeh berminat naktau matlumat yg diubah suai oleh SR...cepat la extradicate owner SR najib wei..jgn propa je lebeh...rakyat dah makin meluat dgn ko ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsep politaik.sekarang...fitnah dulu kt internet dan sources lain...viralkan fitnah tersebut..lepas tu senyap. Buat fitnah lagi..viralkan lagi...lepas tu senyap...ulang sampai next election....yg penting imej najib dan rosmah tercalar .....fitnah hanya joke ....dosa akhirat nanti dah nak mati minta maaf.....sesangat taik politik sekarang. Ber besfren kan fitnah..yg Allah suruh jauh kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 09:01 PM | Show all posts
leni replied at 21-7-2015 01:18 PM
Konsep politaik.sekarang...fitnah dulu kt internet dan sources lain...viralkan fitnah tersebut..lepa ...

Soalnya agama islam ajar kita..fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh...dosa antara manusia dgn Allah swt...taubat mesti diampunkan oleh Allah swt krn Allah swt maha pengampun.

Ni dosa sesama manusia...hanya manusia yg difitnah saja yg boleh ampunkan dosa2 fitnah tersebut....kalau sempat jumpa sebelum malaikat maut menjemput pi jumpa minta ampun...oklah...kalau pun diampun...kalau tidak...azab neraka itu sudah pasti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 09:14 PM | Show all posts
Polis rakam keterangan daripada Melanyi
21 Julai 2015 11:56 AM
  80  0 Google +0
KUCHING 21 Julai - Polis sudah mendapatkan keterangan daripada bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi berikutan pendedahannya berhubung komplot oleh pembangkang dan pengendali laman web Sarawak Report untuk memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, pegawai dari Bukit Aman berada di Kuching pada 17 dan 18 Julai untuk merakamkan kenyataan Melanyi dan polis Sarawak membantu proses yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bukit Aman itu.

“Mereka juga telah merampas beberapa peralatan komputer. Tiada tangkapan dibuat,” katanya.

Baru-baru ini Melanyi mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Najib.

Melanyi turut mengakui menemui bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo, yang menyerahkan 10 peratus dokumen berkaitan 1MDB kepada pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. - BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.ictwgxCC.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-7-2015 09:17 PM | Show all posts
Pengarah syarikat swasta direman empat hari bantu siasatan kes 1MDB
21 Julai 2015 11:27 AM
  
PUTRAJAYA 21 Julai - Pengarah sebuah syarikat swasta direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perintah reman dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Difahamkan suspek yang berusia 39 tahun ditahan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.rq4AqTwH.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 09:25 PM | Show all posts
Edited by Anak_Nogori at 21-7-2015 09:27 PM

Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 21 July 2015|

Tun Mahathir Falasi, Konspirasi dan Demokrasi



fallacy (ˈfæləsɪ)
n, pl -cies
1. an incorrect or misleading notion or opinion based on inaccurate facts or invalid reasoning
2. unsound or invalid reasoning
3. the tendency to mislead
4. (Logic) logic an error in reasoning that renders an argument logically invalid
Membaca tulisan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, “konspirasi” nyata negarawan ini bertekad untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dengan apa cara, kos dan akibat sekalipun.

Mengikuti kerjaya politik dan pemikiran Tun Mahathir selama hampir 30 tahun, saya tidak pernah terfikir beliau akan merendahkan diri seperti hari ini dengan maklumat yang bukan sahaja mengelirukan dan taakulan yang salah, malah sudah sampai ke tahap memusnahkan UMNO dan Barisan Nasional.

Mahathir menafikan terdapat sebarang konspirasi menjatuhkan Mohd Najib. Kata beliau tidak ada konspirasi kerana beliau secara terbuka mengumumkan mahu Najib berundur.

Betul, meminta Mohd Najib berundur secara terbuka bukan satu konspirasi. Namun berpakat dengan pelbagai pihak menyediakan strategi untuk menjatuhkan Mohd Najib adalah satu konspirasi.

Apakah Tun menafikan pernah bertemu pengendali Sarawak Report yang sekarang ini dituduh mengubah fakta dan butiran pertuduhan terhadap 1 Malaysia Development dan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak?

Apakah Tun menafikan terbabit dengan gerakan oleh Khairuddin Abu Hassan, A Kadir Jasin, Tong Kooi Ong (The Edge Daily), Kamal Sadique dan beberapa individu lain bagi menggerakkan gerakan menjatuhkan Mohd Najib Razak?



Apakah Tun mahu menafikan bahawa pegawai khas beliau, Sufi Yussuf sibuk mengaturkan pelbagai gerakan memburukkan Mohd Najib di kalangan ahli UMNO dan mengadakan hubungan dengan pemimpin pembangkang?

Sebenarnya Tun sedang berkonspirasi menjatuhkan Mohd Najib Tun Razak malangnya, Tun juga bersedia melingkupkan UMNO sekali lagi.

Falasi Kedua, Tun mendakwa akhbar-akhbar arus perdana membuat pelbagai kenyataan melucukan mengenai tindakan Perdana Menteri ke atas Wall Street Journal. Tun kata tiada tindakan undang-undang telah diambil.

Ini merupakan satu lagi pemesongan fakta yang bertujuan membawa kesimpulan yang salah dan memburukkan Mohd Najib. Tun mahu orang ramai percaya apa yang peguam Mohd Najib lakukan adalah satu kepura-puraan mahu mengaburi rakyat.

Tun Menulis, “Akhir-akhir ini kita melihat banyak kenyataan yang melucukan. Utusan dengan lantang menyatakan bahawa Perdana Menteri telah mengambil tindakan terhadap Wall Street Journal. Sebenarnya ini bukan tindakan undang-undang atau saman malu. Ianya hanya tertanya dengan sopan kepada Wall Street Journal mengapa mereka menerbitkan artikel itu. Adakah keperluan untuk menanyakan soalan yang bodoh itu?”

Jelas Tun cuba memesongkan pemikiran rakyat.

Hakikatnya peguam Najib menghantar satu notis permulaan saman dengan meminta pengesahan apakah benar mereka menuduh Mohd Najib menyelewengkan wang 1MDB dan mahukan mereka mengemukakan nama peguam mereka di Malaysia bagi urusan saman fitnah. Notis ini diberi tempoh 14 hari.

Memang ramai peguam memberi pendapat yang berbeza dan mungkin bertindak cara berbeza. Namun tindakan Peguam Mohd Najib menghantar notis ini memang diamalkan oleh sebahagian peguam saman fitnah bagi mengukuhkan kes mereka di Mahkamah.

Saya tertanya-tanya apakah Tun membaca kandungan surat peguam bagi pihak Mohd Najib kepada WSJ atau sekadar membaca komen-komen mereka yang cemburu dengan peguam yang dilantik? Jika Tun membaca tentu beliau tahu ulasan mengenai notis terbabit jauh menyimpang dari kandungannya.

Proses perundangan telah pun bermula dengan menghantar notis 14 hari itu. Sekarang siapa yang memperbodohkan diri?

Falasi Ketiga, Tiada jawapan dari kerajaan kecuali penafian.

Tun sendiri sebenarnya mempunyai pendapat bertentangan mengenai cara menjawab pertanyaan. Para 11 beliau tidak mempercayai penafian yang dibuat, tetapi dalam para 12 beliau mempertikaikan mengapa Mohd Najib tidak menafikan tuduhan.

11. Bagi semua komen yang dibuat terhadap 1MDB, jawapan standard ialah menafikannya, mengatakan “Bukan, ia tidak benar.” Ia ibarat seseorang apabila ditanya sama ada dia telah mencuri wang seperti yang didakwa, hanya menafikan bahawa dia telah mencuri, mengharapkan hakim akan membebaskannya kerana ia menafikan.

12. Tidak ada penafian bahawa wang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada UMNO adalah bahawa ia adalah untuk pilihan raya. UMNO nampaknya berpuas hati. Tidakkah mereka tahu bahawa wang Kerajaan tidak boleh digunakan untuk membantu parti politik memenangi pilihan raya? Tetapi wang ini adalah dari sumbangan, Siapa yang menyumbangkan 2 bilion Ringgit? Tiada jawapan.

Jika Tun mengambil masa meneliti laman web 1MDB tentu Tun tahu banyak fakta yang diberikan menjawab persoalan namun sengaja Tun membutakan hati menuduh tiada jawapan yang diberikan.

Apa sebenarnya Tun mahu? Tun tidak mahu kebenaran atau fakta. Beliau mahu Mohd Najib meletak jawatan.

Justeru Mohd Najib membuat keputusan tepat dengan membiarkan pasukan khas melakukan penyiasatan ke atas tuduhan beliau menyeleweng wang kerajaan melalui 1MDB sebanyak USD 700 juta.

Tun mempunyai anak didik beliau, Tan Sri zeti Akhtar Aziz dalam “Task Force” terbabit. Apakah zeti juga tidak dipercayai Tun? Malah Task Force ini turut diawasi oleh orang kepercayaan Tun, Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang Tun sendiri angkat melangkaui beberapa hirarki menjadi Peguam Negara termuda.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2015 09:29 PM | Show all posts
Falasi keempat

Tun mendakwa sesungguh sesungguhnya tunai adalah raja!! (Cash is King). Sebentar. Mungkin ini bukan falasi. Mungkin ini satu-satunya kebenaran yang Tun nyatakan dalam tulisan terbaru beliau ini. Kerana inilah yang Tun cipta dalam UMNO sejak pemilihan UMNO 1987.

Namun mendakwa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai pembelian undi pilihan raya menggunakan wang kerajaan sangat tidak munasabah dan penyelewengan maklumat. Bagaimana Tun boleh merendahkan martabatnya sedemikian rupa?

BR1M merupakan polisi yang diperkenalkan pada 2011 sebagai bantuan secara langsung kepada rakyat berpendapatan rendah bagi mengimbangi tindakan kerajaan melakukan rasionalisasi subsidi. Jika sebelum ini berpuluh bilion subsidi diberikan oleh Tun kepada beberapa kerat korporat, kini ia diberikan secara langsung kepada rakyat.

Ini polisi yang dilaksankan 3 tahun sebelum pilihan raya dan diteruskan selepas pilihan raya. Sejak bila membuat polisi yang menggembirakan rakyat dikalsifikasikan sebagai rasuah pilihan raya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 09:30 PM | Show all posts
Falasi Kelima,

Tun menyatakan sejarah menunjukkan Perdana Menteri sebelum ini meletak jawatan apabila diminta dan tidak semestinya dibenarkan menghabiskan penggal pemerintahan.

Kata Tun, “Kemudian terdapat desakan bahawa oleh sebab Najib dipilih, tiada siapa pun mempunyai sebarang hak untuk menuntut beliau berundur. Betapa pendek ingatan mereka. Tidakkah mereka ingat Abdullah yang juga telah dipilih diminta oleh Najib untuk berundur. Dan dia lakukannya. Dan saya sendiri, juga seorang PM yang dipilih, berundur pada tahun 2003.”

Terdapat beberapa pembohongan yang jelas di sini. Tun tidak meletak jawatan apabila diminta oleh ratusan ribu rakyat di atas jalan raya pada 1998. Tun tidak meletak jawatan apabila diminta berbuat demikian oleh kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dan juga oleh Kumpulan 11 pada 1998 yang mengakibatkan UMNO diharamkan.

Tun Abdullah tidak pernah diminta meletak jawatan oleh Mohd Najib. Yang meminta Tun Abdullah meletak jawatan secara terbuka dalam hirarki parti ketika itu ialah Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dr Mohamad Khir Toyo.

Permintaan ini dilakukan selepas Abdullah melengkapkan penggal pertama pentadbirannya, iaitu selepas pilihan raya 2008. Mohd Najib belum melengkapkan penggal pertama pentadbirannya. Ia seperti Abdullah mengambil alih jawatan pada 2003 dan berhadapan dengan pilihan raya 2004. Abdullah disokong oleh parti sehingga pilihan raya 2008.

Penggal penuh Mohd Najib hanya tamat pada pilihan raya akan datang. Jadi kesimpulan yang Tun Mahathir buat songsang dan terpesong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 09:32 PM | Show all posts
Falasi keenam

Pencapaian Mohd Najib lebih teruk dari Abdullah.

Kata Tun, “Janganlah jadi bodoh dan menuntut bahawa oleh sebab Najib dipilih, tiada siapa yang mempunyai hak untuk meminta beliau untuk berundur. Abdullah memenangi lebih banyak kerusi pada tahun 2008 daripada Najib pada tahun 2013. Jika Abdullah bersedia untuk meletak jawatan, Najib selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum sepatutnya tidak menawarkan diri untuk menjadi PM. Dia harus meletakkan jawatan daripada menjadi Presiden UMNO dan ketua BN dan biarkan orang lain memimpin dan menjadi PM.”

Ini satu lagi taktik pemesongan. Memang benar dari segi kerusi Parlimen Abdullah memenangi lebih kerusi, namun prestasi keseluruhan Mohd Najib sebenarnya lebih baik. Najib berhadapan dengan kekuatan pembangkang yang lebih besar, jumlah pengundi muda yang begitu banyak berjaya menambah kerusi UMNO dan menawan kembali 2 negeri yang kalah sebelum ini. (Lihat Analisis PRU 13)

Dengan kata lain, jika dalam pilihan raya 2008, ia umpama Manchester United (BN) lawan Queens Park Rangers (Pakatan), pada 2013 ia sudah menjadi seperti Manchester United lawan Manchester City. Ini bukan lagi pilihan raya David versus Goliath. Ia sudah menjadi pertembungan dua gergasi.

Tun mengenepikan perkara ini hanya untuk menjatuhkan Mohd Najib. Jika keputusan Pilihan raya lalu dijadikan alasan untuk Mohd Najib tidak menjadi Perdana Menteri, mengapa Tun masih menyokong beliau selepas pilihan raya. malah menyokong beliau sewaktu bertanding Presiden UMNO?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 09:32 PM | Show all posts
Falasi Ketujuh

Pindaan Perlembagaan UMNO tidak demokratik.

20. Terdapat pandangan ini bahawa pindaan kepada peraturan pilihan raya dalam UMNO adalah bertujuan untuk menjadikannya lebih demokratik. Lebih ramai ahli akan mengundi dalam pilihan raya UMNO daripada 2,000 atau lebih perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO.

21. Sebenarnya niatnya adalah untuk menghadkan bilangan entiti yang terlibat dalam pilihan raya. Pemenang adalah mereka yang mendapat bilangan terbesar undi bahagian. Keberkesanannya bererti pemilih sebenar telah dikurangkan dari 2000 kepada kira-kira 190 bahagian UMNO. Bilangan ahli yang mengundi untuk calon dibatalkan. Jauh daripada membuat pilihan raya UMNO lebih demokratik, Najib sebenarnya telah menghadkan hak mengundi ahli-ahli biasa kepada bahagian sahaja. Dan Najib mempunyai pegangan ke atas sebahagian besar ketua-ketua bahagian.

22. Begitulah untuk demokrasi yang lebih dalam UMNO.

Sistem demokrasi ini mungkin bukan yang terbaik. Malah seperti Tun pernah katakan demokrasi sendiri bukan suatu sistem yang sempurna dan unggul namun ia pilihan yang terbaik kita ada.

Demikian juga sistem baru pemilihan UMNO bukanlah yang paling demokratik atau terbaik.

Namun ia jauh lebih demokratik dari sistem-sistem yang wujud sebelum ini termasuk sistem kuota pencalonan dan undi tambahan bahagian. Malahan ia jauh lebih demokratik dengan hanya membenarkan hanya 2000 orang mengundi di PWTC setiap 3-4 tahun sekali.

Cukuplah Tun. hentikalanlah politik memusnahkan UMNO ini! – MYKMU.NET
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 09:38 PM | Show all posts
Tuesday, July 21, 2015
SIASATAN POLIS THAILAND MENGECUTKAN TELUR HO KAY TAT, BUATKAN DIA TERPAKSA MENGAKU BERTEMU DAN PEROLEHI DOKUMEN DARIPADA XAVIER JUSTO!!!



Terkantoi lagi!!!

Pendedahan oleh Polis Diraja Thailand beberapa hari lepas tentang hubungan beberapa pihak dengan Xavier Justo serta 10 orang individu yang telah bertemu dengan pemerasugut tersebut di Hotel Fullerton, Singapura, menyaksikan ramai yang meroyan dan melenting sakan.

Antara mereka termasuklah Rafizi Ramli yang duduk tak duduk, ketika dalam kes saman ke atasnya, mengakui bahawa segala ceritanya tentang cincin Rosmah Mansor bernilai RM24 juta hanyalah FITNAH GURAUAN semata-mata.

Manakala Tony Pua pula mengancam akan menyaman sesiapa sahaja yang mengaitkan namanya dalam fiasco tersebut.

Hari ini, Penerbit dan CEO The Edge Media Group, Ho Kay Tat pula TERPAKSA MENGAKUI bahawa telah bertemu dan menggunakan maklumat-maklumat yang dicuri oleh Xavier Justo daripada PetroSaudi International.

Sebelum ini, The Edge menegaskan mereka tidak mempunyai kaitan dengan Xavier Justo. Beberapa pihak pula cuba menggambarkan bahawa keputusan siasatan polis Thailand hanyalah sebuah drama yang dibayar oleh Najib Abdul Razak. Malahan fakta bahawa maklumat-maklumat yang dijual oleh Xavier Justo telah dipinda dan diubahsuai sebelum diterbitkan, turut dilawak-lawakkan dan dijenakakan.

Ho Kay Tat, Penerbit & Group CEO The Edge Media Group mengakui mereka mepunyai dia pilihan sahaja iaitu:

(1) menggugurkan perkara itu dan kemudian mendiamkan diri, atau
(2) berpegang kepadanya dan menyebarkannya agar kebenaran muncul. The Edge mengambil pilihan kedua.

Menariknya dalam hal ini, seandainya tidak mempunyai sebarang niat lain, The Edge sepatutnya mengumumkan tentang data-data tersebut dan menyerahkan data-data curi tersebut kepada pihak berkuasa sebelum memberikan kenyataan untuk membantu siasatan.

Timbul pertanyaan mengapa The Edge memilih untuk tidak menyerahkan dokumen, e-mel bercetak dan cakera keras itu kepada Bank Negara lebih awal. Mengapa juga mereka tidak menyerahkan kepada Jabatan Siasatn Jenayah Komersil (CCID) dan PDRM ketika memperolehinya beberapa bulan lepas berbanding menyiarkannya untuk menimbulkan persepsi buruk dari awal? Mengapa The Edge memilih untuk tidak memberi kenyataan kepada CCID dan terpaksa menunggu sehingga penglibatan mereka didedahkan oleh Polis Diraja Thailand? Mengapa semuanya tidak dilakukan lebih awal dan mengapa hanya menunggu semalam untuk melakukannya sambil menyatakan mereka telah menyimpan semua maklumat tersebut agar tiada sesiapa pun yang memindanya? (BACA DI SINI)

Atau mereka sebenarnya sangat bimbang dengan keputusan daripada siasatan Polis Singapura sehingga terpaksa membuat pengakuan lebih awal?

Polis Thailand turut mendedahkan bahawa data-data tersebut telah diubahsuai pada kadar 'yang sedikit tetapi penting' selepas diserahkan oleh Justo kepada pihak yang melibatkan 10 orang individu yang turut didedahkan oleh Polis Thailand. Apakah nama HO KAY TAT merupakan salah seorang daripada 10 individu tersebut menyebabkan dia terpaksa membuat pengakuan?

Ho Kay Tat juga berkata, "Sebahagian daripada maklumat tersebut telah digunakan dalam artikel-artikel yang kami siarkan selama beberapa bulan lepas. Sebahagiannya lagi terlalu sensitif untuk digunakan."

Pengakuan Ho Kay Tat boleh dibaca DI SINI, di portal milik The Edge sendiri!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 09:43 PM | Show all posts
The Edge’s 1MDB documents with Bank Negara, cops
Joe Fernandez | July 21, 2015
“We had a duty as a public service organisation to uncover the truth in matters of public interest and concern.”
ho-kay-tat

KUALA LUMPUR: The Edge Media Group has confirmed in a statement that it handed documents, printed emails and a hard disk to Bank Negara on Monday to prove that “there was no conspiracy or political agenda on its part. Not reporting a wrongdoing is a crime.”
“We did nothing sinister. We had a duty as a public service organisation to uncover the truth in matters of public interest and concern.”
The Group handed another set of the same material to the Commercial Crime Investigation Department of the Police on Tuesday.
“We were not involved in any theft, we did not pay anyone, and we did not tamper with any of the emails and documents that we were given,” said the statement.
In fact, said Ho Kay Tat, the Publisher and Group CEO of the Edge Media Group, in the statement, “we have secured the data so that no one can tamper with them.”
This, he added, can be independently verified by the authorities. “Some of the information was too sensitive to be published. We have published others and these have never been challenged.”
“We have engaged with various politicians and government officials who have sought our help to get a better understanding of what led to 1MDB being in the situation it finds itself today.”
Ho admitted that the material now with the two investigating bodies was obtained by it (The Edge) after meeting with various contacts “to get hold of the truth” on 1MDB.
“Early in January, we met someone – we will not reveal the name – who was willing to share information on 1MDB’s joint-venture with PetroSaudi International,” said Ho. “The contact showed us thousands and thousands of emails and document attachments.”
“We read scores of them and were convinced of their authenticity because of their sheer volume and the email trails.”
Ho added that The Edge subsequently had an IT forensic expert confirm that “there was no reason to worry that they were fakes”.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2015 09:47 PM | Show all posts
Bahagian ketiga/keempat video Lester Melanyi dedah penglibatan pembangkang
21 Julai 2015 3:06 PM

KUALA LUMPUR 21 Julai - Penglibatan beberapa ahli politik pembangkang yang didakwa memalsukan kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didedahkan menerusi bahagian ketiga dan keempat video pengakuan bekas pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan berkata bahagian ketiga dan keempat video itu akan disiarkan secara berperingkat dalam masa terdekat.

"Kita akan keluarkan video itu secara 'slowly' dan kita akan menjawab segala dakwaan pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown. Selain itu, video tersebut akan mendedahkan orang Malaysia yang pernah berhubung dengan Lester seperti ahli-ahli politik pembangkang dan dalang kes Sarawak Report yang siap salur dan beri maklumat," katanya.

Ramesh Rao berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini berhubung pendedahan Melanyi menerusi bahagian kedua video itu.

Dalam video berdurasi 6.02 minit itu, Melanyi mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report mengenai syarikat pelaburan negara 1MDB itu didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam video itu, Melanyi turut menamakan seorang pakar pereka laman web berpangkalan di London yang didakwanya diupah Rewcastle-Brown bagi mengubah dan mereka e-mel serta perjanjian palsu sehingga kelihatan tulen.

Ramesh Rao seterusnya berkata, polis telah mengambil keterangannya susulan laporan polis yang dibuatnya bersama bukti keterangan Melanyi di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada 15 Julai lepas, pada 8 malam hari yang sama.

Dalam pada itu, Ramesh Rao berkata, beliau mengenali Melanyi sejak dua bulan lepas mengenai pendedahan itu dan sering berhubung menerusi telefon serta berjumpanya di ibu kota dan di Sarawak.

Beliau juga yakin polis dapat merungkai segala persoalan termasuk pendedahan Melanyi yang mendakwa pernah bertemu bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo.

Laporan media sebelum ini menyebut pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat sulit berkaitan dengan projek usahasama PetroSaudi dengan 1MDB daripadanya untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.- BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.PANfDIj8.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 06:13 AM | Show all posts
The Edge serah dokumen kepada Bank Negara
21 Julai 2015
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
1
1MDB
1Malaysia Development Berhad
KUALA LUMPUR - The Edge Media Group telah menyerahkan dokumen, e-mel bercetak dan cakera keras yang dimilikinya mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Bank Negara.
   
Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Ho Kay Tat berkata bahan-bahan itu diserahkan semalam (Isnin).
   
"Hari ini, satu set (dokumen) yang serupa diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Polis.
   
"Saya juga beri kenyataan kepada CCID," katanya dalam satu kenyataan di sini.  

Dalam kenyataan itu, beliau berkata: "Kami rasa selesa bila pelbagai badan penyiasat, Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Bank Negara, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) dan Peguam Negara telah memberikan komitmen mereka untuk mendedahkan kebenaran tanpa bimbang atau pilih kasih".  
   
"Sesungguhnya, tanggungjawab dan tugas mereka kepada rakyat Malaysia semata-mata untuk melakukan itu. Sebagaimana tugas kami mencari berita," tambah beliau.   
   
The Edge semalam menerbitkan artikel empat halaman mendakwa bahawa 1MDB dan rakan usaha samanya, PetroSaudi International, telah menipu Malaysia berbilion ringgit.  
   
Dalam respons segera, 1MDB dalam satu kenyataan menyelar The Edge Financial Daily berhubung laporan itu dengan mengatakan bahawa ia "sudah lapuk, tidak berasas dan dikitar semula."
   
"Kami terkejut dengan dakwaan tidak berasas ini, dikitar semula sekali lagi, sedangkan pelbagai rupa siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa yang sah mengenai isu-isu yang ditimbulkan berkaitan urusan 1MDB.
   
Kementerian Dalam Negeri pada 1 Jun mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Edge berhubung laporan itu. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2015 06:24 AM | Show all posts
Adakah Tun M Akan Mohon Maaf Secara Terbuka Sekiranya Najib Terbukti Tidak Bersalah?
By editor July 22, 2015 : 1:34 am



PERKEMBANGAN dan pendedahan oleh polis Thailand dan Singapura berhubung tuduhan Sarawak Report (SR) dan Wall Street Journal (WSJ) menjadi semakin menarik.

Apabila tuduhan awal dan “kebocoran dokumen” telah diterbitkan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan majoriti pemimpin-pemimpin dari pakatan pembangkang menggesa Najib untuk meletakkan jawatan.

Mentaliti segelintir kumpulan “keyboard warriors” di Malaysia pun sama juga.

Satu pasukan petugas diwujudkan untuk menerajui siasatan, namun pasukan petugas pula telah diperlekehkan dan kredibiliti mereka mula dipersoalkan.

“Bagaimana pasukan petugas khas menjalankan siasatan dan melaporkan kepada Perdana Menteri, yang merupakan pihak yang dituduh?” tanya sesetengah orang.

Sepanjang tempoh tersebut, Najib tetap dengan pendirian beliau menafikan dakwaan tersebut dan pasukan peguam beliau telah memulakan fasa pertama saman terhadap WSJ.

Penangkapan Andre Justo Xavier oleh polis Thailand telah memberikan sentuhan baru terhadap keseluruhan cerita.

Clare Rewcastle-Brown yang merupakan rakyat Malaysia kelahiran British, yang juga merupakan  pengasas Sarawak Report, memberi reaksi seperti penjenayah yang ditangkap ketika melakukan kejahatan dengan penangkapan Justo.

Beliau mengutuk penangkapan Justo dan menulis surat untuk mendapatkan pembebasan buat Justo. Walau bagaimanapun, usaha beliau gagal.

Satu artikel yang disiarkan dalam The Straits Times of Singapore telah mendedahkan bahawa pihak polis Thai mendakwa Justo telah mengaku semua kesalahan dan bekerjasama dengan baik untuk berkongsi maklumat bahawa beliau menjual semua dokumen kepada individu-individu yang kemudiannya mengubah dan menerbitkannya untuk mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia dan kerajaan.

Ianya telah disahkan bahawa Justo bertemu dengan kira-kira 10 orang dari pihak media dan wakil-wakil daripada parti-parti politik di sebuah hotel di Singapura untuk berunding harga bagi dokumen-dokumen tersebut.

Satu artikel yang disiarkan dalam The Bangkok Post mendedahkan bahawa pihak polis Thai memperolehi bukti bahawa dokumen-dokumen yang dijual telah diubah oleh pembeli dengan niat untuk mencemarkan kredibiliti Najib dan kerajaan.

Polis Thailand mendakwa telah menyerahkan beberapa dokumen dan bukti berkaitan mesyuarat di Singapura kepada pihak polis Singapura memandangkan mesyuarat tersebut telah diadakan di Singapura dan urus niaga yang berlaku jelas merupakan kes pengubahan wang haram di kalangan pihak yang terlibat.

Menurut sumber dalaman, pihak Polis Singapura mungkin mengambil tindakan terhadap 10 individu yang terlibat.

Setakat ini, polis Thai telah ada membuat sebarang pengumuman rasmi berkenaan  bukti tersebut kepada media, memandangkan siasatan masih dijalankan.

Saya yakin bukti-bukti yang diperolehi akhirnya akan didedahkan bagi memastikan ketelusan sebaik sahaja siasatan tersebut membuat kesimpulan.

Satu perkara yang saya pasti. Jika Najib dianggap bersalah dan bukti-bukti yang ada mengambarkan perkara yang sama, maka kita semua akan bersetuju bahawa beliau perlu meletakkan jawatan.

Walau bagaimanapun, sekiranya sebaliknya, adakah Mahathir akan membuat permohonan Maaf secara terbuka  kepada Najib kerana mendesak beliau meletakan jawatan?

Saya agak terkejut seorang lelaki yang bijak seperti Mahathir telah membuat kesimpulan dan mendesak perletakan jawatan Najib tanpa siasatan penuh dan bukti.

Adakah Mahathir atau sekutunya terlibat dalam mesyuarat di Singapura?

Adakah Mahathir yang sedar tentang pemalsuan untuk mengganggu Najib?

Apa kelihatan seperti sebuah kemenangan untuk Keralan terhadap pahlawan Bugis tiba-tiba menyebelahi mereka akhirnya.

Saya pasti ianya hanya menunggu masa sebelum segala-galanya menjadi jelas dan kebenaran terbongkar.

Jika Mahathir didapati bersalah atas penipuan, kacau-ganggu dan memalsukan dokumen rahsia, akan masyarakat Malaysia yang membuta tuli memuja hero mereka akan memaksa beliau untuk menerbitkan permohonan Maaf secara terbuka?

Beliau sepatutnya bukan sahaja akan dipecat dari Umno tetapi juga ditangkap untuk percubaan menyebabkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan jika beliau telah terbukti menjadi dalang di sebalik episod penipuan dan pembohongan.

– Malaysia Today

- See more at: http://www.pru14.tv/2015/07/22/a ... thash.ibteFDK5.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 06:28 AM | Show all posts
DR MAHATHIR IS DISTANCING HIMSELF FROM THE CONSPIRACY
July 21, 2015
by Super Admin
Share
LIKE
0  
TWEET
180  
+1
0  
SHARE
1  
SHARE
0




mt2014-corridors-of-power

Now that Dr Mahathir has denied involvement in a conspiracy maybe he can also confirm that Sufi Yusof met Justo but not to pass any information to him while Lim Kit Siang can confirm that Tony Pua met Justo but not to pass any information to him — just like Sarawak Report met that ex-MACC adviser in London last week but not to obtain any information.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Tun Dr Mahathir Mohamad said he is openly asking for Najib Tun Razak to step down as Prime Minister, so that means it is not a conspiracy. Only if it were an underground movement would it be a conspiracy.

“Is there a conspiracy? Is there someone or some group conspiring i.e. moving in secret in the underground to overthrow Najib? There could have been before but apart from people complaining privately about their dissatisfaction with Najib’s administration, no one was planning his overthrow. That is not to say that they did welcome the idea of his resigning or vacating his post. But active underground planning and action there was none,” said Dr Mahathir.

Dr Mahathir argues that if it were a secret or cladenstine movement then you can call it a conspiracy. But if it is above ground or open, then it is not a conspiracy. Actually, a conspiracy means plot, scheme, stratagem, collusion, and so on, and normally involves more than one person or a body of persons.

The Royal Thai Police has identified ten people who were said to be involved in the Justogate affair. That would make it a conspiracy. And if there is something illegal involved, which the Thai police seem to think so, then it becomes a criminal conspiracy.

The fact that many opposition leaders are not only working with Dr Mahathir but also said that the ‘three Tuns’ must oust Najib and take over (Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi and Tun Musa Hitam) makes it a conspiracy. And the fact that they not only want Najib ousted but also want three unelected people to take charge of the country, when the Constitution does not provide for such a thing, makes it illegal.

That is what would be called a coup d’etat — ousting an elected government and replacing it with an unelected government. And, therefore, it becomes a criminal conspiracy. Can we also suggest that the monarchs gang up, all ten of them, and get the military to oust the civil government and turn Malaysia into a monarchy ruled by a committee of rulers?

Are you going to call this treason? And why should it be called treason when the monarchs are doing it for the good of the country and to save Malaysia, the same reason they say they want to oust Najib and replace him with a committee of three Tuns?

There are legal and constitutional ways to replace a government. One would be through the general election and another via a vote of no confidence in Parliament. Once we introduce a culture of ousting a government then we would be opening the floodgates that can never be closed again.

Countries that resort to coup d’etats to change governments always see one coup d’etat after another, sometimes less than one year apart. It is a very dangerous way to change governments. And if in the next general election Barisan Nasional does not win enough seats to form the government they can always deny the opposition the government by applying the same methods they used to oust Najib.

Be very careful about changing governments by ousting the leader outside the constitutional and legal process. You may not like the new culture that, once adopted, can never be removed again.

Dr Mahathir probably realises the very thin line that separates politics and criminal conspiracies with intent to oust a government outside the constitutional and legal process. And this is probably why he is trying to establish that he is not involved in a conspiracy to oust the Prime Minister.

At the end of the day it is all a matter of semantics. You do not deny what you are doing but you protest the labelling of what you are doing and try to give it a different label.

On another subject, Sarawak Report does not deny meeting a certain prominent Tan Sri, who used to be an adviser to MACC, in London, but denies that the purpose was to obtain information from this person. Sarawak Report explains that the real purpose for meeting this person was to spring a trap.

Well, whether the purpose of the meeting was to obtain information or to spring a trap, at least they confess to that meeting. The meeting was not denied, only the purpose is.

That, of course, is very interesting because this person would know who is Sarawak Report since the 1MDB issue has been going on for some time and has practically rocked the country. So it is not like he is ignorant of who or what Sarawak Report is.

Yet he met them, whether it was to pass information or to work hand-in-hand with Sarawak Report to spring a trap. Would it be safe to say that this chap conspired with Sarawak Report to spring a trap? Or was this chap not aware that Sarawak Report was setting up a trap?

Whatever it may be, whether it was to pass information or to set a trap, he did meet Sarawak Report for reasons best known to him. So I will leave it to him to explain the purpose of the meeting if it was not to pass information to Sarawak Report.

Anyway, whatever it may be, there is one thing that no one will dispute. And that one thing is there is a conspiracy involving a number of people to subject the Prime Minister to trial by media in a court of public opinion with intent to force his resignation and replace him with someone who is not recalcitrant and will listen to Dr Mahathir’s advice and take guidance on how the country should be run.

And whether this is being done through fake or doctored evidence does not really matter because, genuine or otherwise, no one denies that the documents were stolen and hence this involves data theft, which is still a crime even if the documents are genuine and were not doctored.

So the bottom line is there were meetings involving a number of people but it is not a conspiracy. And the documents were only stolen but were not doctored. I suppose that is more or less the long and short of it all.

Now that Dr Mahathir has denied involvement in a conspiracy maybe he can also confirm that Sufi Yusof met Justo but not to pass any information to him while Lim Kit Siang can confirm that Tony Pua met Justo but not to pass any information to him — just like Sarawak Report met that ex-MACC adviser in London last week but not to obtain any information.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 06:36 AM | Show all posts
Tuesday, July 21, 2015
DENGAR DAN BACA BAIK-BAIK... TONY PUA AKAN SAMAN SEMUA ORANG YANG LAPORKAN TENTANG LESTER MELANYI DAN KAITAN DENGANNYA!!!



Penyakit meroyan Tony Pua sudah sampai ke tahap yang paling teruk!

Belum pun berapa lama lagi, Lim Kit Siang dan semua orang Pakatan kata, Najib Abdul Razak sangat kejam malah seorang yang pengecut kerana menyaman Tony Pua kerana melakukan fitnah. Malahan tidak sampai 24 jam pun, tindakan SKMM menutup akses Sarawak Report, dikatakan sebagai satu tindakan kecut perut dan cuba menutup kesalahan.

Konon-kononnya di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, rakyat Malaysia sudah tidak bebas bersuara lagi. Sudah diancam dengan undang-undang draconian.

Anehnya, Tony Pua dalam kes terbaru, menjadi meroyan tahap dewata apabila mengancam akan menyaman semua pihak yang menyebarkan atau mengulas tentang Lester Melanyi dan dakwaan bekas petugas Sarawak Report itu.

Dengan kata lain, jangan berkongsi di Facebook!
Jangan komen atau menulis tentangnya. Jangan Tweet juga.
Jangan tulis di dalam blog.
Jangan WhatsApp atau Weechat atau Instagram atau Telegram atau video atau memautkan dengan artikel berkenaan.
Portal-portal dalam talian dan akhbar-akhbar jangan sesekali terbitkan dan siarkan cerita tersebut.

KALAU TIDAK, TONY PUA AKAN SAMAN!!!

Ini mungkin merupakan kes yang paling serius melibatkan ahli politik MEROYAN dalam sejarah moden Malaysia.

Kalau kena kat Najib Abdul Razak dan UMNO, namanya kebebasan bersuara. Kalau kena kat dia, fitnah... hipokrit atau tidak?

Gelagat yang ditunjukkan oleh Tony Pua ini amat menarik. Apa yang ditakutinya sangat? Mengapa Tony Pua berada dalam keadaan tertekan selepas seminggu Polis Thailand mendedahkan terdapat 10 orang individu yang berhubung secara langsung dengan Xavier Justo?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 06:41 AM | Show all posts
Home » 1MDB » Berapa The Age Bayar Dokumen 1MDB Daripada Justo?
Berapa The Age Bayar Dokumen 1MDB Daripada Justo?

1. Pada Jumaat kebetulan 1Syawal, polis Thailand telah mendedahkan, bahawa seramai 10 individu daripada Malaysia, di mana para individu tersebut termasuk taikon media, ahli politik daripada pembangkang dan Umno juga seorang wanita kelahiran Sarawak telah berjumpa Xavier Andre Justo warga Swiss yang telah dipecat oleh PetroSaudi di Singapura dan Thailand.

2. Ekoran pendedahan Polis Thailand tersebut, semalam The Age Malaysia melalui CEOnya HO Kay Tat telah mengaku telah mendapatkan dokumen yang dicuri Justo daripada bekas majikannya.

3. Umum mengetahui, bahawa berbulan-bulan, The Age dan Malaysian Insider termasuk Sarawak reports telah membuat laporan bersiri berkaitan pelabuaran 1MDB bersama PetroSaudi yang berjumlah USD1.83bilion.

4. Pada Isnin, walaupun The Age mengaku, bahawa laporan berkaitan 1MDB merupakan yang terakhir sebelum menyerahkan semua dokumen yang dimilkinya kepada pihak yang berwajib, media kewangan tersebut masih sempat mendakwa bahawa pelaburan 1MDB sebanyak USD1.83 bilion merupakan satu scam yang melibatkan Jho Low bagi mencuri wang daripada syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

5. Sarawak Reports, The Age kemudian diwar-warkan oleh The Malaysian Insider (TMI) telah mereka-reka cerita, bahawa pelabuaran awal 1MDB sebanyak USD1bilion, USD700milion daripadanya telah dipindah ke akaun Good Star di Swiss, di mana akaun tersebut kononnya dikawal oleh Jho Low.

6. Cerita direka menghubungkan Jho Low dengan anak tiri DS Najib Razak Reza Aziz, untuk memalitkan Perdana Menteri.

7. Apabila Justo ditangkap, untuk melengkap cerita berkaitan USD700milion yang dipindahkan ke Good Star, kemudian wang tersebut kononnya berakhir ke akaun Perdana Menteri seperti mana laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai.

8. Kini, dengan pengakuan The Age, maka akan terbongkar, apa kah memang benar seperti mana laporan media itu, atau apa kah dokumen-dokumen tersebut diubah suai atau ditokok tambah? Hanya petugas khas sahaja yang boleh mengesahkannya.

9. Satu pertanyaan, berapa bayaran The Age kepada Justo untuk mendapatkan dokumen tersebut? kerana tidak mungkin warga Swiss itu melepaskan begitu sahaja dokumen tersebut tanpa sebarang bayaran.

10. Oleh kerana The Age telah mengaku, ertinya, giliran Sarawak reports pula, apa kah bakal mengaku telah membayar sejumlah wang? kemudian itu pemimpin Pembangkang khususnya Tony Pua, berapa jumlah kewangan yang bertukar tangan? Dan peranan pemimpin Umno? bagi mendapatkan dokumen tersebut, berapa kah sumbangan pemimpin Umno tersebut? dan Siapa kah Pemimpin itu?

11. Dengan pengakuan The Age, setidak-tidak kini telah terdedah, bahawa dakwaan bahawa wang 1MDB sejumlah USD1.83bilion kononnya telah lesap, sekurang-kurangnya telah terjawab, namun sumber USD700 juta yang dikatakan dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank, apa kah memang berlaku? atau hanya rekaan? Kesahian juga akan ditentukan oleh Petugas Khas yang ditubuhkan bagi menyiasat 1MDB.

12. Dengan pengakuan The Age tersebut, benarlah anggapan sebelum ini, bahawa ada sindiket yang melibatkan pemimpin dalam negara serta surat khabar luar negara untuk membawa imej buruk kepada Perdana Malaysia dan kemudiannya menghancurkan perekonomian negara.

13. Tidak dinafikan, berikutan laporan bersiri oleh Sarawak Reports, The Age dan The Malaysian Insider, kemudian diwar-warkan oleh portal-portal pembangkang serta para pemimpin pembangkang melalui berbagai perantara media sosial, akhirnya, ringgit menjunam jatuh mendekati krisis kewangan Tahun 1997/1998.

14. Apapun kebenaran akan muncul juga, meskipun pahit permulaannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047830 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list