PETALING JAYA: Walaupun pihak berkuasa menafikan pembalakan tidak terkawal menjadi punca kejadian tanah runtuh Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur di Lentang namun beberapa keping gambar menceritakan sebaliknya. Empat keping gambar yang diambil di puncak bukit Hutan Lipur Lentang menunjukkan aktiviti pembalakan diprcayai menjadi punca utama pengaliran air deras yang membawa kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur pada 11 November lalu. Gambar itu dikatakan diambil di puncak bukit secara rahsia oleh pihak tertentu walaupun terdapat kawalan ketat bagi menghalang pihak luar membuat tinjauan di kawasan berkenaan. Gambar-gambar berkenaan jelas menunjukkan di kawasan puncak telah gondol kerana aktiviti pembalakan. Terdapat juga beberapa tong yang digunakan untuk mengisi minyak untuk jentera berat yang dtinggalkan di kawasan berkenaan.
|