CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
Post time 12-12-2015 09:24 AM | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 06:15 PM
Malam kian sunyi.
Tik…tik…tik..detik waktu berjalan.
10 minit..15 minit..30 minit..

siannye awe kak. Teringat pulak masa aku mimpi hantu kekecik dulu. tergigil2 cam kene sampuk.
kene rajin bacakan kat dia kak, takut senang kene hinggap... sama la ngan anak buah aku si Iyad


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2015 09:29 AM | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 09:28 PM
KARAK.

Ini bukan karak highway yang terkenal dengan cerita kereta Volkswagen kuningnya.

Aku pernah kene kan... drive sorang2 gi somewhere yang aku tak ingat katner. Pastu member tegur aku.

''Datang ngan siapa tadi?''

''Sorang la.'' Kompius aku. Dia tau kot aku ni lone ranger.

''Yeke? Nampak cam ada orang kat sebelah ko tadik''

Ah, sudah.......


Bila gi kat kereta aku, dia tergelak. Rupanya tudung spare yang aku sidai kat seat sebelah tu dia ingatkan orang.
Harem.......

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 09:36 AM | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 09:33 PM
Tiba-tiba aku tersedar. Rasa macam dah lama aku terlelap.
Rupanya baru 2 jam gitu.
Dalam sedar tak ...

Member aku pernah citer pengalaman dia jaga family kat spital... Orang sebelah tu baru cabut simen kaki. Simen tu dibuang dalam tong sampah kat katil je.

Malam tu member aku dengar cam 'kaki simen' tu berjalan....

Hiiii....... alhamdulillah la masa keje spital kat jb tu aku xpernah terserempak benda2 angker camni...


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum..

Gigih la iols bertapa siang malam dlm MPS ni. Baca thread TT, KK dgn ridha. Kipidap uolss...we want moreee!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 11-12-2015 09:15 AM
TT nanti kalau rajin aku tepek crite kat sini..
tapi, kalau nak ikutkan bukan setakat rumah kg tu ...

Fakulty yang tak pernah buat lecture class waktu malam kt situ.
P/s: maaf kalau tersalah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 12:25 AM
Hahah..apakah hakikatnya kehidupan setiap kanak2 adalah hampir sama modus operandinya?

Poo poo ...

Zaman kanak-kanak saya pun macam ni.
Cangkul.kambus. Almaklumlah rumah arwah atok dan nenek saya jauh dalam hutan getah,hutan kecik,bendang.

Jiran terdekat pun dalam 1km. Masa kecik kan lurus kalah pembaris.semua benda ditegurnya.

sambil membuang sambil tu lah tengok kiri kanan.kadang-kadang atok suruh tahan je kalau sakit perut lepas pukul 9malam.   
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-12-2015 08:17 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 12-12-2015 09:24 AM
siannye awe kak. Teringat pulak masa aku mimpi hantu kekecik dulu. tergigil2 cam kene sampuk.
ken ...

Alhamdulillah..awe ok je skrng ni..cuma cepat cembeng
nama jah lelaki tapi ati tisu kene celup air teh beng!

Mimpi hantu memang sgt tak best.
Terkenang2 terbayang2 walau dh kesedaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2015 08:18 PM | Show all posts
chomort replied at 12-12-2015 08:45 PM
Zaman kanak-kanak saya pun macam ni.
Cangkul.kambus. Almaklumlah rumah arwah atok dan nenek saya  ...

Sekali kenang masa zaman purba dulu, cam tak caye jerr kan?
Dah tua2 ni baru nak rasa malu.
Time tu selamba badak jerk dok nyangkung dalam semak..hahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2015 08:20 PM | Show all posts
NadineNajmie replied at 12-12-2015 12:52 PM
Assalamualaikum..

Gigih la iols bertapa siang malam dlm MPS ni. Baca thread TT, KK dgn ridha. Kip ...

Waalaikumussalam..

Syukran atas kegigihan enta/enti mentelaah karya kami. eceh.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2015 08:21 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 12-12-2015 09:29 AM
Aku pernah kene kan... drive sorang2 gi somewhere yang aku tak ingat katner. Pastu member tegur ak ...

Haha..ini klaka.

Punyalah aku dok imejin 'someone' jugak dalam kete tu meneman..sekali tudung daaaaaaaa..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2015 08:23 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 12-12-2015 09:36 AM
Member aku pernah citer pengalaman dia jaga family kat spital... Orang sebelah tu baru cabut simen ...

Simen tu ada lekat2 darah ke..
Cam horer jerk tetiba berjalan senirik

Aku suspention mendealah tu dok test-use kaki simen tu..
Kot muat, merasalah dia berkaki
selama kini takde kaki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2015 10:59 PM | Show all posts
Memandangkan plan asal nak berholiday terpostpone ke esok instead of today, so aku ada sikit masa free untuk hapdet gobok aku nih..

ASRAMA KU, BUKAN ASRAMA MU. Heh.

Aku dulu zaman sekolah masa mula-mula masuk sekolah mak aku dah letakkan syarat, mesti duduk asrama.
Mau tak mau, sebagai anak yang taat (eceh) ku hanya menurut perintah walau hati tidak sepenuh rela!

Asrama dia zaman aku ada 3 blok. Blok A, B dan C.
Aku ditempatkan di Blok A tingkat 3 (4 tingkat asrama, tingkat paling atas tempat sidai kain), Blok B asrama kayu so setingkat saja. Blok C dua tingkat.

Bila dok asrama ni, selalu sangat kita ni dimomokkan dengan cerita-cerita tak best kan.
Hantu jepun berbaris tengah malam lah..hantu cik pont terbang mengilai depan pintu asrama lah..macam-macam lah.
Tapi semua tu seingat aku bukan pemangkin aku tak nak duduk asrama.
Aku penakut, itu aku tak nafi.
Tapi yang buat aku amat tak nak duduk asrama adalah..sebab bila senja saja aku rasa nak lompat keluar asrama.
Nak balik rumah. Aku rindu mama aku!

Hati tisu sangat…

Soal hantu, aku tak heran pun. Sikit pun tak.
Bukan koya berani, tapi aku rasa dia duduk alam lain, aku duduk alam lain so kau lain, aku lain.
Yang mendominan perasaan aku kala tu adalah, aku nak balik rumah aku nak balik rumah!

So bila kita tak dipengaruhi rasa takut akan hantu, makanya fikiran kita mestilah tidak terlalu fokus kepada perkara itu.
Tak betul?

Memang aku tak fikir pun pasal hantu.
Tapi dalam pada tak fikir tu, aku kena juga.
Dia nak berkenalan barangkali.....




Hari pertama aku duduk asrama, dari jam 9 sampai jam 12 malam, mata aku tak jugak lelap-lelap.
Dari bising-bising suasana, sampailah sesunyi-sunyi rasa bila semua orang dah tido, aku tetaaaappp jugak macam tu.
Pandang kiri, pandang kanan, pandang syiling, pandang bawah.
Katil aku double decker, dan akulah tu yang malang kena duduk katil atas.
Awak junior, baru masuk lak tuh, kenalah redho.

Pukul 1, maintain gelisah.
Dalam pada resah, meleleh jua barang setitik dua airmata.
Aku nak baliiikkkk..aku rindu mama akuuuuu...!!
Jerit aku. Tapi sekadar dalam hati sajaa.
Gila kau nak jerit tengah-tengah pagi buta.
Histeria ke hapa.

Dalam pada aku dok melayan perasaan resah rindu dendam tuh, tiba-tiba telinga aku tertangkap bunyi sesuatu.....



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2015 11:03 PM | Show all posts
Tiba-tiba telinga aku tertangkap bunyi sesuatu.
Dari dorm sebelah.
Bunyi kunci-kunci locker disentuh orang, dari hujung sana ke hujung sini.
Kliiing...klinggggg....klingggggggg...
Abeh hujung sana, dia ulang ke hujung sini. Berterusan beberapa minit.

Aku naik pelik.
Sapa pulak dok main kunci malam-malam buta nih.
Makin lama bukan main slow, tapi makin kuat.

Kliiinggggg...klinggggg...klinggggggggggg..Pelik tapi layan jugak.
Hiburan di kala sepi. Heh.

Dalam hati aku happy gak sebab pada andaian aku masih ada insan-insan sepi yang tak ketiduran.
So bila ada yang tak tido, makanya aku ada teman.
Sekali ingat, punyalah positif aku time ni (walhal bebal).
Aku dok tunggu jelah bunyi tu berkling kling klinggg sampai dia terhenti sendiri. Asyik pulak dok melayan bunyi-bunyian, tanpa ada sedikit pun rasa takut or cuak.

Tapi keasyikan ku tak lama.

Bila bunyi tu dah stop, aku pun kata "owhh..diam dah dia..ngantuk dowh bokali.." Aku pun tariklah selimut.
Tiba-tiba rasa sejuk pulak kaki nih.
Tadi kemain panas membahang.
Asrama batu lah katakan.
Kipas pulak seketul jerk kat tengah-tengah lorong antara katil aku dengan katil jiran sebelah.
Time kipas tu pusing arah kita, rasalah angin.
Time dia pusing arah sana, berpanaslah kita.

Masa aku tarik selimut tu, tiba-tiba bunyi tu ada balik. Klinggggg...klinggg...klinggggggggggg...
Eh tapi kali ni bunyi tu macam dekaatt jerk dengan katil aku. Klingg....klinggggg...klinggggggg...

Hujung katil aku ni ada locker-locker kayu.
Sume milik senior.
Yang mana setiap locker ada kunci-kunci.
Aku pun tak faham kenapalah si senior-senior ni tak cabut kunci-kunci locker depa tuh lepas dah lock locker.
Baik tak payah kunci terus dah kunci pun kau dok bersidai kat situ.

Sebab aku rasa bunyi tu dekat jerk dengan katil aku, aku pun bingkaslah bangun. Nak tengoklah jugak betul ke kunci tu yang berbunyi.
Dengan mata yang masih segar bugar meskipun jam dah nak masuk pukul 2 pagi, aku tertancap tengok dengan jelas, semua kunci-kunci yang ada di loker tu bergerak-gerak dengan sendirinya.
Sambil gerak sambil berbunyi...klinnggg...klinngg..klingggggggg....

Sesaat jugak kot aku blur kat situ.
Pandang tak berkelip kunci-kunci tuh.
Macam terpukau pun ye.
Keras kaku.
Bila mataku terkelip saja..haaa baru terbeliak bijik mata.
Baru rasa otak aku bergerak dan mengarahkan "heh..tidolaaaaaa pompuan woih..kau nak tunggu apa lagi..tak nampak lagi bende tu bergerak sendiri..????"

Terus aku tarik selimut, bungkus lengkap muka. Bantal pun aku peluk kemas-kemas. Menggigil satu badan.

"Betul ke apa yang aku nampak..? Ke aku mengigau..??"

Dalam dok gigil-gigil tu, tiba-tiba bunyi plak benda jatuh kat beranda luar. Dupppppppp...macam bunyi orang terjun.
Serentak itu jugak, bunyi yang kling kling tadi pun senyap.

Aku pun makinlah senyap.
Duk tunggu dengar jugak kot-kot ada suara selingan pujaan sepuluh nescafe nak nyanyi apa-apa.
Diam..dan terus diam.
Lega..Hanya terasa dingin sejuk saja.
Ntah angin apa aku pun tak pasti. Yang nyata, dalam pada duk pura-pura pejam aku terus terpejam lena sampai ke pagi.

Esok siang aku cerita kat sorang akak senior ni apa yang aku dengar dan alami malam tadi.
Dia tak kata apa, ya tidak, tidak pun tidak.
Senyum semata. Just dia remind kan aku.."malam-malam sebelum tidur, baca yaasin dengan surah al-jiin..insya'allah takde apa-apa gangguan. Biasalah dik..tapak asrama kita ni...."
Ayat dia tergantung di situ. Maybe dia tak nak aku terus takut. Or sendiri mau fahamlah kan.

Itu kali pertama aku terkena. Ada lagi satu kali....di asrama yang sama...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2015 11:08 PM | Show all posts
Yang ni bukan masa atas katil tapi time nak pegi sidai kain..

Ku berikan tajuknya sebagai.."penangan terlebih rajin sidai kain di suboh speie.."

Time ni waktu awal pagi jugak.

Biasalah budak-budak asrama kan..tak nak berebut tempat membasuh kain wajiblah bangun awal pagi.
Aku pun tak terkecuali. Pukul 4 pagi dah siap dok berbrush brash brush brash dalam toilet sorang-sorang.

Dalam toilet, takde apa benda pelik pun berlaku.
Maybe aku pun khusyuk dok hadap kain baju.
Targetnya mesti settlekan benda ni sekilas yang boleh lepas tu boleh mandi siap-siap untuk ke surau, jemaah subuh.
Mandi awal pagi tanpa ada orang amatlah heaven.
Tak perlu berebut bilik air, tak perlu berebut air.

Selesai membasuh dan mandi segala, aku pun siap-siap nak naik tingkat paling atas untuk sidai kain.
Memang atas bumbung asrama ni ada tempat sidai kain.
Selalu jerk aku lepak kat situ petang-petang hari sorang-sorang sambil tengok kenderaan lalu-lalang kat jalan tuh sambil layan emosi rindu.
So tiada apa yang pelik di situ.

Sebelum nak naik ke tingkat atas, masa masih di tangga aku terperasan macam ada orang, pun nak naik atas jugak.
Berbaju putih, rambut paras bahu.
Muka tak nampak.
Menonong jerk naik ke atas.
Pelik gak aku, kenapala dia ni tak pakai tudung?
Kan atas tu takde bumbung, tak takut ke orang nampak? Aurat tuh.

Or maybe dia rasa masih awal pagi, so takde orang jadi takyah nak bertudung bagai.
Okla...sukati.
Janji kain bersidai.
Aku nampaklah dia naik. Tapi peliknya, takde pulak bunyi pintu dibuka or ditutup.

Untuk ke bumbung atas, akan ada satu pintu saja.
Dan pintu tu memang akan berbunyi tiap kali dibuka or ditutup.
Kreeek kreeeek gitu kekdahnya.
Tapi bunyi krek krek itu tiadalah kedengaran masa si orang tu tadi naik.
Aku pelik. Ahhh..gasaklah apa-apapun. Aku nak cepat nih.

Naiklah atas.
Bukak pintu..terus angin sejuk menerpa muka.
Awal pagi kan..pukul 4.30 pagi gitu.
Suasana pun masih gelap gelita lagi.
Sambil sidai kain, sambil tu mata ku tercari-cari orang tadi.
Takde pulak aku nampak kain lain yang disidai di situ.
Hanya aku dan kainku saja.

"Eh..mana pulak orang tu tadi?
Dia tak sidai kain kah?
Dan bila masa pulak dia turun?
Kalau dia turun, mesti sohih berselisih dengan aku, tapi nan hado pun..dia gi mana..??"

Aku dok main soal jawab sorang diri.
Dengan angin pagi nan sejuk, terus sajalah kan meremangkan bulu roma.
Ni remang sebab angin ke, sebab seriau?

Sebab aku rasa lebih kepada seriau, terus cepat-cepat sudahkan sidai kain dan terus berlari turun ke bawah.
Tak toleh kiri kanan dah. Sebab aku rasa lain macam dah masa tuh.

Sampai bilik aku, mencungap-cungap tarik nafas.
Terbayang-bayang apa yang aku nampak tadi.
Siyes makin mengembang tengkuk aku rasa.
Terus pegi toilet, amek wudhu'.
Nasib time tu dah ada senior yang dah bangun dan tengah mandi. Lega.

Aku tak cerita pada sesapa pun pasal kejadian tu.
Yang pasti, lepas dari kejadian-kejadian macam tu, aku meroyan tak nak duduk asrama lagi.
Enough is enough!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2015 11:21 PM | Show all posts
Ok to be honest, nak kata aku penah tengok direct seketul gedebuk bende tu appear depan mata memang tak penah lah.
Dan memang tak hingin pun, nauzubillah.
Tapi sekilas-kilas tu ada, memang penah.
Sipi-sipi orang kata.
Dengar suara mengilai hiiiiiiiiiii hiiiiiiiiiiiiii hiiiiiiiiiiiiiiii tu pun penah.

So yang ini ceritanya kita kisahkan sebagai "gegar beganzass di tengah utan pokok getah.."


Yang dengar suara perempuan mengilai tu berlaku masa aku form 5.
Aku ni pagi-pagi pukul 6.20 gitu dah keluar rumah sorang-sorang dah nak pegi tunggu bas sekolah kat jalan besar yang amek masa 15 minit nak sampai.
Sebab bas sekolah aku akan sampai kat area rumah aku tu pukul 6.40am, jadinya kenalah keluar awal sikit so that takdela terkejar-kejar nak catch up bas. Kalau hari hujan lagila maha azab.


Dengan beg sekolah yang besa gabak bawak macam-macam kitab, dengan sebelah tangan pegang payungnya dan sebelah   lagi pegang fail.
Siyes macam budak skema dengan spek mata besa (aku dulu pakai spek tapi dah tua-tua ni jadik malas ya rabbi nak pakai, rasa tak selesa bila ada bende menekap mata).
Hujan tak hujan, redah lah jugak terkedek-kedek sorang-sorang.

Jihadnya nak pegi sekolah dulu-dulu


Rumah aku ni kedudukannya dah masuk ke dalam dan untuk sampai ke jalan besar, kena ikut jalan kecik.
Memang nak sampai tu akan tempuh hutan getah dan kawasan kubur dulu.
Yang hutan getah tu sebelah rumah aku jer pun.
So nak tak nak, memang akan lalu hutan tu dulu lah baru tempuh kawasan kubur.

Memang seksa, lagi-lagi bagi umat penakut macam aku.

Hari kejadian tu aku teragak nak keluar awal sikit dari biasa.
Aku ingat lagi time tu hujan renyai-renyai dari semalam bawak ke pagi.
Dengan bertemankan payung, aku keluar rumah macam biasa.
Tapi tak tau pasal apa ntah hari tu rasa macam berat ati jerk nak melangkah keluar.
Maybe sebab hujan kot, sejuk.

Memang dalam kepala masa tu tak fikir apa-apa.
Memang takde.
Penuh ketenangan jer aku redah kegelapan pagi tu.
Lagipun lampu-lampu jalan ada, nak takut apanya sebab ada la jugak cahaya meskipun hanya samar-samar.  

Sampai kat tengah-tengah hutan getah tu, tiba-tiba jer satu-satunya lampu jalan yang ada kat situ terpadam.

Aisehhhhh..kenapalaaaa time aku dok tengah-tengah tu kau nak padam sangat? Takleh tunggu seminit dua lagi..?
Yang aku ni pulak bule pi stop berjalan masa lampu tu padam.
Berhenti pulak betul-betul tepi busut jantan yang hanya dua tiga langkah jerk dari tempat aku berdiri.
Tindakan refleks barangkali sebab aku dok berkira-kira nak terus jalan ke, nak patah balik.

Masa dok main kira-kira tu.....





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2015 11:24 PM | Show all posts
Masa dok main kira-kira tu….

“Hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hhiiiiiii hiiiiiiiiiii!!!”

Aku terdengar seakan suara orang ketawa.
Mula-mula agak slow jer tapi lama-lama makin kuat dan kuat.
Tiga kali lah aku dengar suara perempuan "hiiiiiiiiiiiiiiiiiii hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii" tuh. (Sampai sekarang aku masih terngiang-ngiang suara tu..owhhh sifiyotfot)

Ahhhhh sudahhhh aku kata...
Takleh fikir dah nak buat apa, terus aku selak kain sekolah setinggi-tinggi yang buleh dan zaaaaaaaaaaaaasssssssssssssss pecut selaju yang buleh.
Aku tak toleh kiri kanan dah masa tu.
Yang aku tahu, aku nak keluar dari hutan getah tu cepat-cepat.
Dalam hati doa banyak-banyak janganlaaa ada bende melintang depan jalan ke pulak, or ada yang ngikut, bala aku!

Memang tercungap-cungap aku nak putus nyawa berlari sampai ke hujung hutan sana.
Nasib fail yang aku bawa tu aku pegang kejap-kejap tak lepas.
Buatnya tercampak kat hutan tu jenuh pulak nak patah balik nak mencari, which is aku rasa aku TAKKAN cari punya kalau betul aku mencicirkan ia.

Tapi tang payung aku tak tau macam mana bule hilang.
Maybe masa terkejut tu aku terus campak ke or masa aku lari tu aku buang ke, wallahu'alam aku hilang ingatan.
Nerbes, ko..mana dan aku nak fikir pasal payung segala.

Balik sekolah petang tu aku diam jerk tak bercakap dengan sapa-sapa.
Mak aku pun naik pelik ape ke hal la budak ni lain macam kebena diam kaku tak bercakap.
Orang tanya,  hangguk dengan geleng jer.
Puas kene paksa barula aku bukak cerita.
Terdiam kejap mak abah dan abang-abang aku bila aku cerita apa yang berlaku awal pagi tadi.
Adik-adik aku toksah tanyalah, yang dorang tahu gelakkan aku jerk kata aku mengigau laa perasan la ape la.
Kau tak kene bule la kau cakap besar, kan?
Ala..budak-budak, apa tau?

Pastu barulah abang long aku bukak cerita, seminggu sebelum tu sorang makcik ni kene rasuk lepas lalu kat situ jugak waktu maghrib.
Tak tahulah apa yang dia nampak, tapi itulah yang berlaku.
Sampai rumah dia meracau-racau kene histeria.
Walhal orang tua dah tu, bukan budak-budak, tu pun kene.

Dan barulah abang-abang aku cerita yang sebenarnya kat tengah-tengah hutan getah tu ada bekas tapak rumah sorang bidan tua yang mana ikut cerita orang kampung situ, bidan ni dulu pernah memelihara bende-bende. Pelesit ke hantu raya, gitulah.
Maybe lepas dia mati takde sapa yang take over bende tu jadi penjaga, maka dia boring agaknya tu pasal kacau orang je keje.
Dan busut jantan tu pun katanya salah satu tempat orang memuja zaman dulu-dulu.

Siyot jer kan. Nyusahkan orang betul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2015 11:27 PM | Show all posts
Ini saja yang dapat aku kongsikan pengalaman zaman stay asrama dulu, dan juga zaman jihad pi sekolah naik bas sekolah..buat bekalan sebelum aku betul2 out of my desk esok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:16 AM | Show all posts
Clover_Hill replied at 9-12-2015 02:56 PM
Hak elaa..selow meloew pulak tenet arini..
Nak bukak pesbuk pun berjaman menloading!
Cadang aku na ...

Bc cghita uols ni iols pn ada 1 cghita yg melanda jaman ddk unibesiti dlu. ms tu thn 2012,nk pi sambung study. Memandangkan first time dpt jejak kaki ke negara omputeh tu, sajalah iols gegatal pegi awal, sj nk bjln2 dlu sblm mereput di utara england nun. hotel yg iols ddk tu area wesminster. ms c/in tu dpt tingkat 10, tingkap lak besau mhala ke jln raya. pergh terus fefeling mat saleh khen...

Iols pegi tu lewat bln 10, so winter x start lagi tp udah sejuk kejung. 1st spai bilik tu,perasan hall tu mcm sunyi sepi skit, adala perasaan serem skit tp di ignorekan sajork. Udah sesiap tu, terus pi explorekan diri di kota london yang gah itu sambil2 mengusha2 old compton street di soho itu... if u know what i mean . Udah penat2 bjln, melantak dan mengusha2, akhirnya dekat jam 10 mlm baru iols blk ke hotel. ms dlm lift iols terserempak dgn sorg wanita dan anaknya, sambil senyum2 iols sempat ler berbicara sepatah dua dgn sheols. Kebetulan sheols sama floor dgn iols, dlm hati lega la sbb tau iols tidak keseorangan di floor itu. Agaknya doa iols wanita yang lemah serta jauh dirantauan ni di dengar oleh Allah, bilik sheols sebelah sajork dgn iols, siap ucap goodnight dan berflying kiss lagi dengan anak sheols.

Dpn bilik iols tu kan tingkap sbesor alam, so dpn tu ada digital clock and temperature, tgk temperature around 13c, xde maknanya nk mandi kan. so lps tgk2 channel2 di tv itu (terkujat jap pabila tertekan di channel utk adult... ) iols pn decide nk membuta la kan, esoknya nk pegi tawaf camden town dan sekitarnya lagi. biasanya iols kalu kt malaysia tido mmg for sure kena ada lampu dan sebarang tingkap akan ditutup rapi, mana dimaunya nk lelap klo tingkap terselak luas segitu. Tp udah spai di tanah mat saleh, tetiba tido dlm lampu ttp n blinds tingkap tu di bukak. maklumler cerah sbb tgh westminster, klo gelap gulita xde maknanyer. maka bermulalah kemistikannya...

Iols x sedar pkul brapa iols tertido tp iols terbangun dikejutkan dgn ketukan bertalu2 di dinding bhagian iols merehatkan kepala. iols tgk jam, around 2am gitu. Iols teringat sbelah bilik ni kan cikki mat saleh dgn anaknya tadi, so iols pn anggap maybe anak sheols main2 ke apa kan. so I pn sambung tido blk, tp dan2 tu jugak i dengo mcm deme dok alihkan perabut bagai... iskh, bio beno kul 2 pagi dok buat khoje gila gini? kepala iols trus ckp xkan negara omputeh pn ada benda alah ni. Iols pn bukak tv ler, tp di mutekan suaranya agar ilang la sdikit kesangsian tu. Agak2 dh berayun2 nk kembali ke alam tido, tetiba tingkap di sebelah iols yg sebeso alam itu di ketuk bertalu... nok harom tul. trus iols teriak, "oiii, awat dok byk bunyi xtau mlm ni, aku nk tidoq ni, esok aku nk pi berjimba. Igt senang ka aku nk mai jejak kaki kat sini,". Alhamdulillah lps tu iols tertido spai ke pagi. nasib dia dengaq kata, klo di enjut tingkap tu lagi kuat, hrs iols pi tidoq kat lobi.. kekekek. Xde lak iols terserempak dgn cikki mat saleh pagi tu, klo ada hrs iols tanya kejadahnya dok bising2 kul 2 pagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2015 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
AcikLijah replied at 14-12-2015 08:16 AM
Bc cghita uols ni iols pn ada 1 cghita yg melanda jaman ddk unibesiti dlu. ms tu thn 2012,nk pi sa ...

Huihhh seghonok plak bace ceghita hangpa..sambei baca sambei tebayang lampu torang bondorang kat westminster sinun..dengan suasana riuh kat pasar camden town tompek eden singgah beli daging fresh ..

Hangpa dl ngaji kat edinburgh ka..? Ka ataih lagi..sterling ka apa ka nama (sila tiru nada tun M ) alek utagha memang sejuk takdak tahap.oghang musim summer,dia summer jugak tapi suhu cedok ala-ala winter..yang hangpa dok otel tu travelodge ka..ka hat premier/ holiday inn? sori alek situ den x pnh stay otel sbb mahei
..:p  

See? Kan betui den kabo..sesapa yg jejak kaki kek sinun kompom ada stigma yang sama; neghara ongputeh kottt..mana ada antuuu? Sekali kene..baruhangtau..haha..

Niwei..tenkiyu share cerita best hangpa ni..dan berjaya membawa kembali nostalgia idup seorang perantau...

Dan tq gak sbb bila hangpa ceghita pasai kenee kucar kat otel, baru den teringat den pn ponah kono benda yang tak sama tapi hampir serupa; dibilau kan masa tido di travelodge kat london gak tapi radius bukan central london. Nanti ada masa den ceghita.

Thanks again for dropping by!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 09:54 AM | Show all posts
huhuhu... best citer.. selamat bercuti yer qarinku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.150077 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list