CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]
Post time 27-7-2016 08:49 AM | Show all posts
3bidadara replied at 26-7-2016 03:58 PM
Cantik..
Ni kalau nampak kat member misteri nusantara aku ni, mau dia kupas asal usul puteri ni  ...

abg gugel kan ad... gugelkan aje... bahahhaha... aku pon xtau sgt pasal beliau ni.. yang aku tau nama beliau Puteri Sejinjang adik Puteri Santubong... aku tgk muke beliau sweet tu yg aku bantai buat profile pic.. acah2 muke aku sweet mcm beliau la kononnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 09:49 AM | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 12:12 AM
Dulu dulu, benda paling menyesal yang aku buat dalam hidup ni adalah terjumpa & terkawan dengan bu ...

oo kakak kakak.. patutla ko ni agak sopan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 09:54 AM | Show all posts
9teen replied at 26-7-2016 10:24 PM
CERITA EMPAT BELAS - TUMPANG

Abah & Ibu aku cakap, lepas balik dari rumah, Tok Rom ada bagi araha ...

TT..cepat2 sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 09:58 AM | Show all posts
TT, nape sekerat2 cerita?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 27-7-2016 07:42 AM
skg umo ko brape ..dh kje ke..dh kwin ke

Kerja pun belum. Kahwin pun belum. Cerita cerita ni semua berlaku masa Aku sekolah menengah dulu. Sekarang baru je jejak kaki ke menara gading    
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 10:53 AM | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 10:37 AM
Kerja pun belum. Kahwin pun belum. Cerita cerita ni semua berlaku masa Aku sekolah menengah dulu.  ...

Aku mengharapkan citer di menara gading jugak.
Hua hua hua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2016 12:35 PM | Show all posts
based on penceritaan ko dik hakak speku shark tu gay ke? atau adakah shark tu org yg ade ilmu2 jgk? hakak compiuss bila tok ko ckp part songsang tuuu.. menanti next hupdate.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 01:42 PM | Show all posts
me.me replied at 27-7-2016 12:35 PM
based on penceritaan ko dik hakak speku shark tu gay ke? atau adakah shark tu org yg ade ilmu2 jgk?  ...

Rasa2 si Shark tu ada belaan.. Belaan warisan dr nenek moyang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 02:25 PM | Show all posts
F8_girl replied at 27-7-2016 01:42 PM
Rasa2 si Shark tu ada belaan.. Belaan warisan dr nenek moyang

Ha ahh.. cuma nk hunuzon sikit mayb dia tak tau dia ade 'barang'.. pastu mungkin 'barang' dia panas dgn amalan2  tt @9teen ni ke, so dia pun mengganggu dan menghantui hidup tt. tapi tt ni pun ade sejarah dia (yg jatuh katil tu) kene tunggu jwpn tuan badan. agak2 tepat tak tekaan ku ini?huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 27-7-2016 03:15 PM

Pada yang tanya kenapa Aku post sikit sikit tentang cerita pemutihan ni. Tak macam cerita cerita lain yang aku cerita terus habis. Semuanya disebabkan aku nak tambah +1 kredit setiap kali post. Hihihi. Lagipun ceritanya sangat panjang kalau nak aku taip sekaligus dan post dalam 1 kali je. So aku pendek pendekkan based on apa yang diceritakan. So mudah untuk korang follow dan fahamkan.  

Maklum, cerita kat sini tak berapa seram, so maaflah kalau ada yang terkecik hati lepas baca cerita cerita aku kalau tak dapat nak menakutkan korang sampai nak kencing pun kena berteman. Hihi. Apa apa pun, aku suka baca spekuan korang yang bertandang kat rumah setinggan Aku ni

Satu lagi, sebabnya saja nak kasi watak si Shark ni macam sesuatu sikit pada spekuan korang. Agak agak aku (Ice) ke Shark yang bermasalah? Dont worry sebab tak ada sebarang rencah tambahan yang aku tambah  
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 03:04 PM | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 02:38 PM
Pada yang tanya kenapa Aku post sikit sikit tentang cerita pemutihan ni. Tak macam cerita cerita lai ...

Amboi dik..jujurnya u..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 03:06 PM | Show all posts
U ni mesti sopan santun kan, cakap pun behave je
Susah nak cari lelaki macam ni sekarang

Semalam walaupun dah lewat malam i gigihkan jugak baca uodate2 u yang terbaru dik
Nasib baik takde apa2 jadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 05:16 PM | Show all posts
sila sambung lagik
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 05:48 PM | Show all posts
menunggu ngan sabar.... dahlaaa tinggal sorang2 kat opis ni mau lak baca ampaian bagai... minum teh jap
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 05:54 PM | Show all posts
yipun_78 replied at 27-7-2016 05:48 PM
menunggu ngan sabar.... dahlaaa tinggal sorang2 kat opis ni mau lak baca ampaian bagai...  ...

I teman u ye tggu TT sambung cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepatla dik..sambung cite dik oii..gigih akk cover ngan bos tadi baca cite ko..kat tempat ko study sekarang xda cite2 angker ke..jangan la kedek  dik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2016 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 27-7-2016 09:00 PM

CERITA LIMA BELAS - TEMURUN

"Aku benci darah! Aku suka darah! Aku benci darah!"

Habis je nyanyi nyanyi macam tu. Mengilai. Lepas tu duduk terdiam dekat penjuru katil. Main main rambut. Mata melilau lilau cari sesuatu.

Benda ni jadi betul betul lepas aku dengan kakak kakak aku balik dari jalan jalan. Sampai je rumah, once aku nampak Tok Rom tu, aku bagi pandangan tajam gitu dekat Tok Rom, ibu & abah aku.

Then, aku terus masuk bilik. Tak ada apa apa pun lepas tu, so diorang assume semuanya okey je. Mungkin mood tak berapa baik. Adalah tu apa apa benda kakak kakak aku buli gamaknya pada pandangan Abah & Ibu aku. Sebab sebelum tu tak ada apa apa yang diketahui. Tapi, tiba tiba je aku buat bising dalam bilik aku.

Abah, ibu dengan kakak kakak aku dah panik. Tok Rom je yang nampak tak berapa nak panik. Agaknya Tok Rom memang dah agak yang benda tu akan tunjuk jugak diri dia. Mungkin dia dah penat nak berlakon atau penat nak sembunyi sebab aku yang inesen tak pernah tahu menahu tentang kewujudan dia yang selama ni aku bawak ke hulu ke hilir.

Kakak sulung aku yang mimpi tentang benda ni ( yang korang baca kat atas ni semua mimpi yang kakak sulung aku mimpi) cerita pada Tok Rom tanpa pengetahuan aku sorang. Ibu, Abah & kakak kakak aku semua pun tahu.

Kebetulan atau suratan sebab time dia mimpi scene tu seakan akan apa yang berlaku siang tadi. Cuma tak ada tenung tajam, tak ada ngilai ngilai, tak ada mengamuk. Semuanya aman damai. Lagipun masa tu, memang kakak aku tak boleh sembahyang.

Kalau korang tak faham. Meh aku terangkan :

● Hari 1- aku sampai & Tok Rom tak ada dekat rumah
● Hari 2 - aku jalan jalan dengan kakak kakak aku. Lepas tu, baru tahu yang Tok Rom dah balik. Aku happy.
● Hari 2 (belah malam) - Kakak sulung aku mimpi benda tadi tu

Berdasarkan apa yang Tok Rom cerita pada diorang.

Kononnya, benda ni menumpang pada aku. Aku memang langsung tak tahu menahu kalau ada yang sudi menumpang pada aku. Tok Rom kata yang menumpang ni cuma transit je sementara waktu. Lepas tu dia akan balik semula pada induk dia. Lagipun Tok Rom kata benda tu suka sebab aku pendiam, sesuai nak buat teman.

Induk benda tu pun tak tahu menahu yang dia sebenarnya induk. Sebab benda tu direct turun pada orang lain, tapi atas sebab sebab tertentu terturun secara songsang pada induk tu. Atuk aku kata songsang sebab pewaris temurun tu biasanya perempuan, tapi sekarang induknya lelaki. Sebab dah lama tak dapat makan, dia nak rumahnya ada 2. So, dia akan ada cukup makanan buat jangka masa yang panjang selagi rumah rumahnya hidup.

Kakak sulung aku pun ada cakap yang dia nampak samar samar dalam mimpi dia yang belakang tengkuk aku lebam lebam kesan kena gigit. Macam lovebite. Dalam mimpi dia jugak sekali imbas dia nampak macam bentuk badan lelaki yang menggigit gigit tu.

Lovebite adalah benda paling bahaya sekiranya kau bersekolah & tinggal di asrama. Macam macam speku boleh jadi taw? Nasib baiklah tak pernah ada lebam muncul sepanjang dekat asrama.

P/S : Aku tak pernah salahkan sesiapa yang tak percaya pada apa yang aku share sebab aku sekadar share je. Selama ni pun cerita cerita orang lain, aku selalu husnudzon je since benda tak diizinkan jadi pada kita.

Nasihat aku, janganlah jadi terlalu pendiam sebab kau tak akan pernah tahu sebenarnya siapa yang berkawan dan teman kau selama ni. Pasti ada yang mengintai intai ruang untuk jadikan kau sahabat sama ada secara kau rela atau terima secara tak sedar.

Cerita ni belum habis lagi. Akan Aku sambung sekiranya Allah izinkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
teddpapel replied at 27-7-2016 06:53 PM
Cepatla dik..sambung cite dik oii..gigih akk cover ngan bos tadi baca cite ko..kat tempat ko study s ...

Dah update. Nasib baik tak kantoi dengan bos kan?

Maaf kalau cerita aku tak seram. Tak niat nak taip yang seram seram pun. Sekadar menyampaikan cerita tu apa adanya. Kalau seram, maka seramlah. Sebab yang asli itu lebih terasa auranya, Insya-ALLAH dengan sendirinya.

Ada sebahagian benda yang aku sendiri pun masih tak faham kenapa jadi macam tu, kenapa masa tu, kenapa dekat situ. Tapi, macam aku cakap semuanya ketentuan.      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
yipun_78 replied at 27-7-2016 05:48 PM
menunggu ngan sabar.... dahlaaa tinggal sorang2 kat opis ni mau lak baca ampaian bagai...  ...

Syukurlah kalau ada seramnya. Maksudnya cerita tu sendiri ada aura seramnya sebab aku memang tak ada sebarang perencah tambahan.

Apa yang aku taip tu lah ceritanya sama ada yang aku hadap sendiri atau orang sekeliling cerita pada Aku.    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
shin_ah81 replied at 27-7-2016 03:06 PM
U ni mesti sopan santun kan, cakap pun behave je
Susah nak cari lelaki macam ni sekarang


Alhamdulillah. Nak buat macam mana. Dah terdidik macam tu    
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.287245 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list