|
yg ni amik kt HM kesian pakcik ni
“KALAU dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu. Saya tidak berdendam cuma sedih dengan perbuatannya itu,” kata Yahya Manap yang cedera apabila ditumbuk, ditendang dan dibaling batu oleh pelawak terkenal dalam kejadian di Taman Acacia, di sini, malam kelmarin.
Yahya, 70, yang juga pengawal keselamatan di taman perumahan berkenaan menyifatkan perbuatan artis lelaki berusia 49 tahun itu sebagai ‘hadiah’ menyambut ulang tahun kelahirannya, semalam.
Akibat ditumbuk dan ditendang lelaki terbabit, Yahya cedera pada hidung, bengkak di muka dan sakit di bahagian pinggang serta lutut.
Menceritakan kejadian, Yahya berkata, ketika bertugas dia menyedari kereta Proton Perdana dipandu lelaki terbabit mengekori rapat kereta seorang penduduk dan memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran. “Saya pelik dengan tindakan lelaki itu lalu menunggang motosikal mengekorinya bertujuan memintanya membuat pendaftaran terlebih dulu. Namun, sebaik tiba di depan sebuah rumah, saya lihat dia sedang bertengkar dengan penghuni itu dan beredar. “Saya mengekori semula keretanya dan dia berhenti di depan palang yang bertutup. Dia memarahi supaya membuka palang itu dan menendang motosikal saya. “Saya cuba memberi penjelasan, tetapi dia menumbuk muka saya tiga kali dan menendang pinggang. Dia kemudian ambil batu membalingnya ke arah saya namun saya sempat mengelak dan mengenai kerusi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Yahya berkata, bimbang keadaan bertambah tegang dia membuka palang keselamatan dan pelawak itu mengugutnya sebelum beredar.
Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Nilai pagi semalam dan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS). Yahya berkata, dia tidak kenal siapa yang ‘menyerangnya’ itu namun penduduk memaklumkan lelaki terbabit adalah pelawak popular sekitar 1990-an. “Siapa pun, dia tidak sepatutnya cederakan orang lebih berusia seperti saya. “Saya ada keluarga. Isteri dan anak juga kecewa serta sedih lihat keadaan saya begini. Kalau dia nak minta maaf datang jumpa mereka,” katanya.
Sumber: Hmetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dengan stranger pun berani pukul, bini & anak kat rumah konfem dah pernah angkat tangan.
Tak de rasa kesian ke waktu ko tendang pakcik tu. Kesiannya la hai |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dia bebas dengan jaminan? kenapa tak kena reman?? |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang diekor dek Lan ni? Dia marah orang tu, pakcik pula ditendang. |
|
|
|
|
|
|
|
Yes aku setuju yang Lan x sepatutnya naik tangan kat pak cik tu
Tapi nak buat assumption yang berkemungkinan betul pasal dia ringan naik tgn kat bini dia
For me no need laaa ye darling2 semua |
|
|
|
|
|
|
|
Pukul Pak Guard: Lan Solo maafkan peminat salah faham
PENYANYI Lan Solo mendedahkan dia turut terkena tempias dengan berita artis memukul pengawal keselamatan, pada Sabtu.
“Saya terkejut apabila semalam ramai pulak yang DM saya bertanyakan hal tersebut. Pada mulanya saya ingat mereka bergurau tetapi bila dah ramai sangat tanya, rupa-rupanya mereka ingatkan artis tersebut adalah Lan Solo.
“Saya tak salahkan peminat yang bertanya kerana mungkin mereka keliru antara Lan Solo dengan Lan yang lain. Jadi saya tak ambil seriuslah walaupun ada komen bukan-bukan di IG saya. Saya maafkan mereka,” ujar Lan.
Tambah Lan, dia tidak terkesan pun kerana telah dinyatakan dalam berita sebelum ini, artis tersebut merupakan seorang pelawak dan berumur 40-an.
“Saya penyanyi dan baru 30-an,” ujarnya ringkas sambil ketawa.
Nama Lan Solo terbabit berikutan tersebarnya berita seorang pelawak disyaki memukul seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Nilai, pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, pelawak tersebut dipercayai menumbuk muka pengawal keselamatan itu sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan tersebut.
Biarpun tidak menyebut nama pelawak itu, namun berdasarkan rakaman CCTV dan gambar yang tersebar, ramai yang telah membuat telahan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
inspektoremos21 replied at 8-4-2019 12:35 PM
Best kan senario dulu2. Pandai aziz m osman tu buat cerita. Bila MIG takeover senario je terus han ...
A ah..mmg best semua cerita heols directed dolu iols layan smp skrg..senario terutama sekali..dgn misi xxray..sempoi jah cerita dulu2 tp byk mesej tersirat |
|
|
|
|
|
|
|
dah lah msk tmpt org suka ati.ptt dah tau ada guard.apa slhnya
bgt guard tu punya masalah tau apa2 jd kat dlm taman tu..
ni siap belasah bagai.tak tgk ke org tua tu ko bantai berabis..
ckp elok2 tak bole ke.ni kaki tgn semua jalan ko siap tendang lg
org tua tu baya bapa2 ko tau..baran tak bertempat kan dah femes
ko .. |
|
|
|
|
|
|
|
makton replied at 8-4-2019 07:53 AM
kenapa bila iols baca komen uols ni, terasa lan petpet ni spesis lembam mcm laki keknis?
show o ...
Heols ok jah sebenanye bukan spesies kacau orang. Iols ada dkt majlis sukan yg sama ngn dia. Baju dia pkai tu pun baju rumah sukan anak. Anak dia dh la kwn je ngn anak iols. Dia laki bini tak penah jenis komplen2 pun. Anaknya pun baik sangat mcm dibesarkan dlm suasana baik2. So iols rasa dorg ada gaduh mulut dlu dkt area cctv yg nampak jauh n gelap skit tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
PinkyPie replied at 8-4-2019 02:34 PM
Siapa yang diekor dek Lan ni? Dia marah orang tu, pakcik pula ditendang.
I rasa dia nak masuk takyah register, so follow rapat org yg ada id taman tu. Bende gini rempit selalu buat dkt toll, follow rapat kete depan nak elak tol. |
|
|
|
|
|
|
|
Samseng tak bertempat punya si pepet |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa clan Che Ta macam ni ye? Apa pon alasan dia tak sepatotnya tumbuk pakcik tu? Dah dekat 70 tahun kot. Haish |
|
|
|
|
|
|
|
Sure there’s more to it.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lan Pepet? Hahahahaha hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
labuh ke? hahha. dalam social media je kot. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 8-4-2019 03:17 PM
Pukul Pak Guard: Lan Solo maafkan peminat salah faham
Ya allah
Bingai sgguh yg p serang lan solo
Bingai tu smpan skit laa aduiii |
|
|
|
|
|
|
|
Lol kenapa pulak dia ni yg kena
Kesian diaaa
padahal dia ni baik jah kot
muka nampk cam budak2 nakal
tp dia ni baikk
|
|
|
|
|
|
|
|
bini nya pun sombong jugak. tapi dah nama pun che ta punya adik beradik kan.
in ig kemain floless ye kak. hihi.
Lan ni mgkin bad mood kot. if jumpe kat luar tgok cm okey. xtahu la berlakon ke ape.
btw.. sangatlah salah ye memukul org tu. yg warga emas. if uncle tu salah pun. tetap engkauuuu jugak yang kena kecam. benda boleh bawa bincang boh... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bad mood sekali
tak sepatutnya sampai hilang pertimbangan
ni bukan kes pertama kali |
|
|
|
|
|
|
|
Atata replied at 7-4-2019 10:22 PM
Tak. Ni kalau guard. Max 60
Guard max 65 |
|
|
|
|
|
|
| |
|