|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 29
[Copy link]
|
|
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 730 kes (30.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 510 kes (69.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 403 kes (16.6 peratus) dan Johor sebanyak 321 kes (13.2 peratus).
Sebanyak 86 kes (3.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (79 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Choh (1 kes).
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Sehingga kini, terdapat 171 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan (9) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 551 kes (0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital/ Tempat Kematian Latar Belakang
543 111571 Selangor Lelaki (WN) 78 Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi dan gout
544 113691 Selangor Lelaki (WN) 59 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan darah tinggi
545 115953 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Selayang Penyakit buah pinggang kronik
546 121695 Selangor Lelaki (WN) 78 Hospital Selayang Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan batu karang
547 132073 Selangor Perempuan (WN) 51 Hospital Selayang Penyakit kanser payudara
548 132207 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 94 Hospital Kuala Lumpur Penyakit darah tinggi, asma, dan dislipidemia
549 131514 Sabah Perempuan (WN) 83 Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Penyakit darah tinggi, Rheumatoid Arthritis, paru-paru kronik, Osteoporosis, dan Beta thalassemia
550 112204 WP Kuala Lumpur Lelaki (BWN) 60 Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
551 114336 WP Kuala Lumpur Lelaki (BWN) 37 Hospital Kuala Lumpur Penyakit buah pinggang kronik
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 10-1-2021 07:23 PM
Sayu baca nahas sriwijaya air.....sebak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sehingga 10 Januari 2021, jam 12.00 tengah hari, sebanyak 41 kes baru telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang adalah sebanyak 1609 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 504 kes. Terdapat 14 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 1097 kes manakala jumlah kematian adalah 8 kes.
41 KES BARU
5 Kluster Jalan Genting
7 Kluster Langit Selatan
3 Kluster Damai Ketari
1 Kluster Satang
18 Saringan Kontak (13 kes luar Pahang & 5 kes Pahang)
4 Saringan Bergejala
2 Saringan Tempat Kerja
1 Saringan Pengembara
37 Warganegara
8 BWN
28 Jangkitan Tempatan
13 Import B
(8 Selangor, 3 Putrajaya, 1 Kelantan, 1 KL)
——————————————————————
TABURAN JUMLAH KES JANGKITAN TEMPATAN COVID-19 DALAM TEMPOH 14 HARI MENGIKUT DAERAH DI PAHANG DARI 28.12.2021 HINGGA 10.1.2021
Daerah Bentong (405 kes):
Mukim Bentong -79 kes
Mukim Sabai -326 kes
Daerah Cameron Highlands (1 kes):
Hulu Telom -1 kes
Daerah Kuantan (45 kes) :
Mukim Beserah -6 kes
Mukim Kuala Kuantan1 -10 kes
Mukim Kuala Kuantan2 -21 kes
Mukim Sg Karang -7 kes
Mukim Hulu Lepar -1 kes
Daerah Pekan (8 kes):
Mukim Bebar. -6 kes
Mukim Pekan. -2 kes
Daerah Raub (12 kes):
Mukim Gali. -10 kes
Mukim Semantan Ulu -2 kes
Daerah Temerloh (7 kes):
Mukim Mentakab -2 kes
Mukim Perak -1 kes
Mukim Semantan -4 kes
Daerah Rompin (7 kes):
Mukim Keratong -1 kes
Mukim Rompin -6 kes
Daerah Maran (25 kes):
Mukim Chenor -25 kes
Daerah Bera (6 kes):
Mukim Triang1 -6 kes
Keeping Pahang safe: Lindungi Pahang
Kita perlu sedar bahawa virus COVID-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini. Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.
Sentiasa amalkan:
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak fizikal 1 meter
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
- Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.
#covid19
#kitajagakita
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 10-1-2021 06:32 PM
Sayu baca nahas sriwijaya air.....sebak....
Haah...macam macam ada awal 2021 ni kan... |
|
|
|
|
|
|
|
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 10 Januari 2021, terdapat sebanyak 586 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 332 kluster, termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bandar Impian, Kluster Indah Mas, Kluster Kubota, Kluster Batu Tiga, Kluster Rumah Merah, Kluster Sri Jujur, dan Kluster PTS Sibuga. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 254 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 65 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (79 kes), Kluster Rawa Akasia (73 kes), dan Kluster Beringin (65 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER TAPAK BINA CYBER
Kluster ini melibatkan daerah Sepang, Petaling, Klang, dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana 67 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TEXMILE
Kluster ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 351 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN SIBUGA
Kluster ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125813) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER ALOR DURIAN
Kluster ini melibatkan daerah Tumpat dan Kota Bahru di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125408) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER WAKAF LANAS
Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122818) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (SEHINGGA 10 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI) NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF | SABAH | 403 | 40,666 | SELANGOR | 730 | 39,727 | WP KUALA LUMPUR | 231 (4) | 15,969 | JOHOR | 321 (3) | 9,923 | NEGERI SEMBILAN | 144 | 9,007 | PULAU PINANG | 189 | 4,945 | PERAK | 80 | 3,687 | KEDAH | 71 | 3,551 | WP LABUAN | 17 | 1,798 | PAHANG | 41 | 1,609 | MELAKA | 35 | 1,583 | KELANTAN | 103 | 1,298 | SARAWAK | 24 | 1,275 | TERENGGANU | 29 | 484 | WPPUTRAJAYA | 10 | 407 | PERLIS | 5 | 63 | JUMLAH KESELURUHAN | 2,433 (7) | 135,992 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import LAMPIRAN 2 Perincian 2,433 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 10 Januari 2021 adalah seperti berikut: - Selangor: 730 kes
- 181 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Cyber dan Kluster Texmile;
- 329 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 220 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 403 kes
- 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluser baharu iaitu Kluster Jalan Sibuga;
- 268 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 120 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 321 kes
- 134 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 70 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
- 114 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 231 kes
- 44 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 112 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Empat (4) kes import dari luar negara; dan
- 71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 189 kes
- 119 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
- 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 144 kes
- 79 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 103 kes
- 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Alor Durian dan Kluster Wakaf Lanas;
- 67 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 80 kes
- Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 20 kes lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 71 kes
- 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 41 kes
- 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 35 kes
- 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 29 kes
- 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 24 kes
- 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 17 kes
- Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: 10 kes
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perlis: Lima (5) kes
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
@sarah82
i just give away je meja semalam tu sbb kecik sgt... bagi anak buah buat main main meja make up..apa lagi nak beli ni... |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 10-1-2021 08:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
keypochino replied at 10-1-2021 04:39 PM
hahaha kak @Buritan share resepi donut plis.. kalau PKP boleh buat donut.. hiihi
Jap jap kami tulis
Yis + gula + Air suam secawan rehat bg buih
Tepung 500g + breaf improver + sysu pekat manis + baking powder gaul gaul
Dah yis kembang tuang dlm tepung kaco kaco.. bubuh shorteninh smpai jari tak melekat dah..
Uli tonyoh pas tu rehat smpai 2 ke 3 kali ganda.. ok dah siap |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 10-1-2021 07:28 PM
Jap jap kami tulis
Yis + gula + Air suam secawan rehat bg buih
Yeay...ada resepi dah ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.
1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 10 Januari 2021, 12.00 tengahari)
2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 10 Januari 2021, 12.00 tengahari)
3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 10 Januari 2021, 12.00 tengahari)
Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.
4) Infografik 4
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 10 Januari 2021, 12.00 tengahari)
PERINCIAN KES
80 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (10 Januari 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 60 kes adalah jangkitan tempatan dan 20 kes adalah jangkitan dari luar Perak.
a) Daerah Kinta (22 kes)
1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Persiaran Heights. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Persiaran Heights adalah 49 kes.
17 kes dari saringan kontak rapat. 11 kes adalah jangkitan tempatan dan 6 kes adalah jangkitan dari luar Perak.
4 kes dari saringan bergejala. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
b) Daerah Larut Matang Selama (17 kes)
1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Penjara Jalan Harapan. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Penjara Jalan Harapan adalah 123 kes.
2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Ehsan Ibol. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Ehsan Ibol adalah 27 kes.
1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Rawa Akasia. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Rawa Akasia adalah 6 kes.
1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Beringin. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Beringin adalah 78 kes.
8 kes dari saringan kontak rapat. 7 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes adalah jangkitan dari luar Perak.
4 kes dari saringan bergejala. 2 kes adalah jangkitan tempatan dan 2 kes adalah jangkitan dari luar Perak.
c) Daerah Muallim (15 kes)
14 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.
1 kes dari saringan bergejala. Kes adalah kes jangkitan tempatan.
d) Daerah Hilir Perak (14 kes)
10 kes dari saringan kontak rapat. 8 kes adalah jangkitan tempatan dan 2 kes jangkitan dari luar Perak.
4 kes dari saringan bergejala. 4 kes adalah jangkitan tempatan.
e) Daerah Kuala Kangsar (5 kes)
4 kes dari saringan kontak rapat. 1 kes adalah jangkitan tempatan (luar daerah) dan 3 kes jangkitan dari luar Perak.
1 kes dari saringan pra-pekerjaan. Kes adalah jangkitan tempatan.
f) Daerah Kerian (2 kes)
2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Rawa Akasia. Kes adalah jangkitan dari luar Perak. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Rawa Akasia adalah 8 kes.
g) Daerah Manjung (2 kes)
2 kes dari saringan bergejala. Kes adalah jangkitan tempatan.
h) Daerah Kampar (1 kes)
1 kes dari saringan bergejala. Kes adalah jangkitan tempatan.
i) Daerah Batang Padang (1 kes)
1 kes dari saringan bergejala. Kes adalah jangkitan dari luar Perak.
j) Daerah Perak Tengah (1 kes)
1 kes dari saringan bergejala. Kes adalah jangkitan tempatan.
#penjarakanfizikal
#amalkannormabaharu
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#attackredprotectgreen |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 10-1-2021 04:20 PM
tu la.. sbb bukan semua org sanggup jaga org sakit kan..
Ni Selasa mula job dressing bedsore. |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 10-1-2021 08:24 PM
@sarah82
i just give away je meja semalam tu sbb kecik sgt... bagi anak buah buat main main meja ...
Waduhhhh.. Kak dila.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berserah 6 kes..adalah dua org kawan kat sana
Harap baik2 je
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 10-1-2021 10:57 PM
Waduhhhh.. Kak dila..
fail kalau beli yg pasang pasang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 10-1-2021 11:02 PM
Berserah 6 kes..adalah dua org kawan kat sana
Harap baik2 je
stay safe tau kim |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 10-1-2021 10:47 PM
Ni Selasa mula job dressing bedsore.
ohhh wahhh.. make sure pakai protection gloves and mask tu pakai n95 la bagus |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 10-1-2021 11:11 PM
fail kalau beli yg pasang pasang ni...
Sy pun hari tu nak pasang berpeluh2 juga. |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 10-1-2021 11:12 PM
ohhh wahhh.. make sure pakai protection gloves and mask tu pakai n95 la bagus
Tu la.. Tadi dah bg list barang yg sy nak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you Kak Dila. All Lembah Klang please stay safe!
|
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 10-1-2021 08:28 PM
Jap jap kami tulis
Yis + gula + Air suam secawan rehat bg buih
Bread improver tu shortening ke?
Yeay thanks kak bu bg resepi |
|
|
|
|
|
|
| |
|