CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hanieliza

ANEKA KUIH SERIMUKA

[Copy link]
Post time 26-7-2006 03:22 PM | Show all posts

petua kawan saya

dia kata kalau nak yang tersayang terbayang2 muka kita je.. makan kuih serimuka ..
tp jgn percaya sangat lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2006 03:12 PM | Show all posts

seri muka

Dalam banyak2 kuih, yang D jarang buat adalah kuih talam.  Macam tak expert gitu.  Tapi sebab tengah musim durian terasa nak makan Putri Salat Durian.  Kat kedai jarang ada jual yang letak durian, nak tak nak terpaksa menuntut dengan my mum   Ini resipi dari my mum, selalu kalau mummy D buat main tuang2 je alahai macam nak menangis D yang masih merangkak nak buat kuih talam.  Kali ini, my mum pulak yang nak menangis sebab D sukat satu persatu bahan my style.  Ye la cara kita orang2 muda takkan nak main tuang2, takut tak jadi kang :malu: Alhamdullilah hasilnya sedap, ikut selera tekak D, lapisan atas tak la terlalu keras or lembik sangat dan yang penting ada rasa durian waweeeee sedap :mll:  Jika tak suka rasa durian boleh gunakan resipi seperti yang D kasi dan tak payah gunakan isi durian.



Beras pulut yang direndam dan beras pulut yang hendak dikukus


Pulut yang telah dikukus dan digaul rata kemudian ditekan untuk mampatkan


Bahan B yang sedang dimasak atas api dan kuih talam yang telah sedia dikukus


PUTRI SALAT DURIAN
menghasilkan 2 loyang bulat 9 inci

Bahan A
3 1/4 cawan beras pulut
3 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam

Cara untuk Bahan A
1.  Bersihkan beras pulut dan cuci bersih.  Kemudian rendam beras pulut selama 15 minit dan toskan.
2.  Campurkan beras pulut bersama santan dan garam.  Bahagikan adunan antara 2 loyang berukuran 9 inci bulat.
3.  Kukus selama 20 minit.  Setelah dikukus gaul rata pulut yang telah masak dan tekan untuk mampatkan. Kemudian bolehlah tuang Bahan B yang telah disediakan.

Bahan B
5 biji telur
2 cawan gula
4 1/2 cawan santan
5 ulas isi durian
2 sudu teh pes pandan
sedikit garam
9 sudu makan (bumbung) tepung gandum
3 sudu makan (bumbung) tepung jagung

Cara untuk Bahan B
1.  Masukkan telur, gula, santan, isi durian, pes pandan dan garam dalam blender.  Blender bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
2.  Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung dan blender sehingga adunan sebati.
3.  Tuangkan adunan dalam periuk dan masak menggunakan api yang kecil sehingga berwap.  Adunan hendaklah sentiasa dikacau, kalau tidak nanti bergentel.
4.  Tuang adunan diatas pulut yang telah dikukus tadi dan kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana kecil.
5.  Sejukkan kuih sebelum dipotong.

Nota:
1.  Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mengukus Bahan A.
2.  Tutup kukusan hendaklah dibalut dengan kain supaya air wap tidak jatuh diatas permukaan kuih talam.
3.  Amat penting jika masak adunan kuih talam diatas api supaya adunan sentiasa dikacau untuk elak adunan bergentel.
4.  Sewaktu mengukus kuih talam jangan gunakan api besar, ini akan menghasilkan kuih talam yang permukaannya berombak.
5.  Sekiranya air didalam kukusan telah surut, hendaklah tambah air panas yang telah dididihkan terlebih dahulu dan BUKAN AIR SEJUK.  Perubahan pada suhu yang mendadak akan menjejas hasil kuih talam yang sedang dikukus.
6.  Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih talam.  Sebaiknya sejukkan kuih talam selama berapa jam sebelum memotongnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 11:32 AM | Show all posts
alahhh...karut la tu...
lebih baik buat kuih serimuka, bagi dia makan..bila sedap, mesti dia suka kat kita.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 3-8-2006 08:58 PM


kak liza rasa kueh ni bukan jenis talam..
ini adalah kueh serimuka atau kueh Putri salad...

so seeloknya dibincangkan kat :dia: SERIMUKA


Oppss D tak perasan ada thread Serimuka... Kak Liza, D part kuih2 nih fail sikit... apa beza kuih talam dan kuih serimuka... D pulak kalau nampak kuih2 layer2 nih semua D taram kuih talam... even kole2 pun D anggap kuih talam...

Lagi satu kak, D ada lihat your resipi2 serimuka... sometimes akak letak telur kat lapisan atas dan sometimes tak letak telur... Ada banyak perbezaan tak antara lapisan yang letak telur dan tak letak telur?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2006 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 4-8-2006 08:57 AM


Oppss D tak perasan ada thread Serimuka... Kak Liza, D part kuih2 nih fail sikit... apa beza kuih talam dan kuih serimuka... D pulak kalau nampak kuih2 layer2 nih semua D taram kuih talam... ev ...


selalunya kueh  talam tu bahan nya tk der pulut...

kalau ada bahan pulut baru dipanggil serimuka walaupun topping atas tu macam2 bahan yg dimasukkan..
still called as Serimuka so n so...
tapi rasanya kat Singpore or Johor je panggil Puteri Salad kannn..

memang dalam resepi kakliza ada gunakan telur dan ada tidak..
aceli kakliza mmg suka buat kueh dengan mengurangkan penggunaaan telur sebab telur kuning boleh menyebabkan kalestrol tinggi..
begitu juga dengan santan..
'tapi oleh sebab tak boleh tukarkan santan ngan susu cari ..sebab tak sedap so kakliza tukarkan penggunaan telur ngan tepung kastad atau tepung jagung..

dari segi rasa kueh tu..rasanya tak der beza..cuma kandungan nutrition dalam kueh tu ada berbeza..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 02:03 AM | Show all posts
Dah try resepi sri muka kak liza..ok sedap juga....cuma yg tk bestnya naperlah kt atas tu skit sngt..dh banyak kali buat..ukuran cam gitu jg tkmau ngam2 dng pulut.........tengok gambar kak liza solid dan padatttt....

gambar kita dhlah potong comot....herot petot..tu sbb tk sabar nk tunggu sejuk..mata2 berkeliaran banyak sngt.....nie gambar penghabisan stok



camner nk ukuran atas bawah tu..dan loyang berapa sllu kkwan buat....

komen soulhlah kalau yg tk letak tepung dan terus masak....rasa dia asli....tp lecehlah kena selalu rajin lap....telur pun banyak juga

kalau campur tepung...dan masak atas api skit....mudah kija..cuma rasa kurang skitlah dr cam nenek buat tu.......rajinlah tok aku noo..dhlah masak atas dapur kayu.....

[ Last edited by  soulha at 7-8-2006 02:14 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-8-2006 09:07 AM | Show all posts
soulha boleh cuba buat begini..



KUEH SERIMUKA

Kueh Serimuka


Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2  cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau
1/2  cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b  tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam amngkuk dan akcau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 7-8-2006 09:07 AM
soulha boleh cuba buat begini..



KUEH SERIMUKA

Kueh Serimuka


Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan ca ...


aduh kak liza perangat soulha palk..heheh cantiknya dia potong segi3 plak tu....sama jer..ok kak liza soulha try ok...................:tq::tq::tq::love:

[ Last edited by  soulha at 7-8-2006 09:38 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2006 10:31 PM | Show all posts
kak liza..

saya dah buat kue serimuka ni..

jadi!!





terima kasihlah  byk2..:love::love:

betul kata akak kena tungu sejuk betul2 baru la potong..
ada yg jun potong masa masih suam2 tu, kurang lawa lah sket..heheheh...saya budak baru blajar..:nerd:




ni nak siap2 pi rumah kwn amik dvd..
nak kasi dia sket..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ummuhabib This user has been deleted
Post time 8-8-2006 02:02 AM | Show all posts
soulha...wat serimuka tu guna pulut ke atau beras lukluk?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 4-8-2006 08:57 AM


Lagi satu kak, D ada lihat your resipi2 serimuka... sometimes akak letak telur kat lapisan atas dan sometimes tak letak telur... Ada banyak perbezaan tak antara lapisan yang letak telur dan tak letak telur?..



d.. setahu kak noor.. ada beza rasa kalau letak telur atau tidak.. kuih serimuka a.k.a. ni.. istimewa dia pada layer atas dia yg bertelur tu.. kalau takde telur.. hambar je kot serimuka tu.. wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

sue This user has been deleted
Post time 9-8-2006 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 9-8-2006 02:31 PM


hi d... u are very right.. bagi kak noor semua yg di masak dlm talam a.k.a. loyang di panggil kuih talam.. atau kuih loyang.. di sebelah selatan biasa org panggil loyang, manakala selain dari t ...




yup.. betul la serimuka tu termasuk dlm golongan talam... cuba tengok buku aneka resipi kak liza tu.. ada jugak termasuk kuih serimuka.....betul tak kak liza??
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 09:26 PM | Show all posts
antique..
kat Shell USJ4 pun ada jugak..
serimuka dia mmg sedapp!kalau singgah sure beli..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 12:19 PM | Show all posts
malam tadi, maklang buat serimuka...buat skit jer...hanya 1 cwn pulut.Kepala serimuka tu maklang buat 1/2 adunan ikut resepi kakliza.Maklang suka serimuka yg lembik2 kepalanya tuh...hihihi...Pagi ni bawak mai opis, kawan p hidang pada boss dan kawan meetingnya tuh.Habis meeting boss kata, sapa beli kuih serimuka tadi..sedaplah.Kawan kata maklang yang buat...adehhhh..malu den.Boss tanya tak leceh ke buatnya..ialah macam org2 dolu buat tu entah berapa kali nak tapis...maklang senyum jer..maklang bagi tau bos, maklang punya simple jer...hehehe...macih kakliza..tok guru ni yg ngajornyaaaaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 10-8-2006 12:19 PM
malam tadi, maklang buat serimuka...buat skit jer...hanya 1 cwn pulut.Kepala serimuka tu maklang buat 1/2 adunan ikut resepi kakliza.Maklang suka serimuka yg lembik2 kepalanya tuh...hihihi...Pagi n ...


sama-sama kasih....:tq::tq:
.. kalau kakliza buat mmg tak eprnah sikit..
sebab mmg ada ramai peminat kueh ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 03:15 PM | Show all posts
semalam dewi buat serikuma durian.. durian tak cukup tapi belasah gak buat. Alhamdulillah menjadik, dewi buat 1 1/2 aduan sebab semalam ramai org dtg rumah .. dewi tak der loyang besar so bahagikan buat dua loyang. konon "rajin sgt" gi kukus bertingkat. sekali tingkar yg bawah tu termasuk air wap .. panik jap... dewi tuang kan air tu balik ... tawakal jer rescue ranjer kuih seloyang tu. peh tu baru teringa ambil foil tutup loyang tu. dan kukus balik.

phew.. sib bak rescue menjadik selamat lah serimuka durian ku seloyang . tak semnpat posing pun serimuka dah habis pun .. sedap lah. tq kak liza. mak dewi pun puji dia kata lagi sedap dari yg  kakak dia buat ( mak sedara dewi ni mmg popular ngan serimuka dia )

kembang jap lah kena puji ngan mak cam tu. hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2006 11:22 PM | Show all posts


ini hasil srimuka saya tak ingat resepi siapa saya guna

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2006 11:58 PM | Show all posts
Originally posted by puansri at 25-8-2006 11:22 PM


ini hasil srimuka saya tak ingat resepi siapa saya guna


cantiknya....:
berminyak2 nampak lapisan hijau atas tu..
terliur pulak tengahmalam ni..:geram:
kaau buln posa..selalunya mmg makan lepas balik dari terawih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 07:38 AM | Show all posts
buat Kak Liza jangan tak buat......nanti kempunan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:57 AM | Show all posts
yeaa....yeah...

crystal dah try buat kuih seri muka  resepi kak liza.. percubaan kali ke-2 nie alhamdullilah menjadi drpd segi rupernyer... dari segi rasanya, crystal kena improve skit pasai kurang manis pada bahagian kepala dan agak tawar pada bhgn pulut...nie pasal tak measure betul-betul... but it's ok lah.. senang jer rupernyer buat kuih nie....

thank you kak liza..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.834482 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list