CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

[Copy link]
Post time 29-10-2009 06:19 PM | Show all posts
Pandangan Orang Luar tentang Orang Melayu

Isabella Bird, (The Golden Chersonese,Oxford University Press) seorang pengembara Inggeris telah menceritakantentang orang Melayu Perak semasa beliau melawat negeri itu pada abadke 19. Beliau menerangkan orang Melayu tinggal di kampung menumpukankepada pekerjaan bertani dan menangkap ikan. Mereka tidak suka tinggaldi bandar. Rumah dan perkampungan mereka di tepi hutan dan di tepisungai. Mereka sukakan kebebasan untuk bergerak. Rumah mereka dibinaagak berjauhan antara satu dengan yang lain. Rumah dibina di atastiang, dinding rumah diperbuat dari kayu yang telah diketam, bumbungrumah dari daun nipah yang disirat. Bumbung rumah agak tinggi dancuram. Rumah orang miskin dan orang kaya tidak jauh berbeza, kecualitangga rumah orang miskin dibina dari kayu dan rumah orang kaya daribatu. Rumah mereka tidak banyak ruang, didapati ruang tamu jugadigunakan sebagai tempat tidur. Dalam rumah tidak banyak perabot. Tikardigunakan sebagai tempat duduk. Lantai rumah pula dipasang renggangsupaya udara dapat beredar ke dalam rumah dan sampah dan sisa makananboleh disapu ke bawah rumah tuntuk dimakan oleh ayam. Pada waktu malamnyamuk di keliling dapat dihalau dengan memasang unggun api di bawahrumah.

Didapati rumah Melayu itu membelamonyet yang digunakan untuk memetik kelapa. Seterusnya Bird jugamenerangkan lelaki Melayu bersifat pendiam, cemburu, curiga danpembelot. Perempuan pula berbadan kecil, pembersih dan bergiat dalamaktiviti ekonomi seperti menganyam tikar dan bakul. Pakaian mereka darisutera atau kain kapas yang menutup bahagian lutut hingga leher.

Rupa paras Melayu berkulit sawo matang,kening mereka rendah, tulang pipi tinggi, hidung leper, mulut lebardengan bibir tebal. Rambut hitam berkilat dan rambut perempuan puladisiput.

Perempuan Melayu dikatakan malasbekerja, hasil jualan tikar dan buahan mereka membeli kain baju.Perempuan suka memakai sarung berwarna merah dan berjalur-jalur. Bajukebaya dikenakan kerongsang yang diperbuat dari perak, emas ataupermata. Sanggul rambut atau siput rambut disematkan pin sanggul. Kainyang dipakai perempuan diikat dengan tali pinggang yang diperbuat dariperak atau emas bertatahkan permata. Bagi lelaki pula memakai sarungdan baju Melayu dan di kepala mereka memakai destar.

Undang-undang mereka adalah berteraskanundang-undang Islam. Bird juga memetik pendapat seorang pegawaiInggeris yang bernama Capt. Shaw, yang menyatakan orang Melayu itulembut, halus, lurus dan peramah, serta mementingkan harga diri. Merekasensitif dan sanggup membunuh untuk menjaga dan mempertahankan hargadiri dan keluarga. Mereka beragama Islam dan cita-cita utama merekaialah untuk menunaikan haji ke Mekah. Ada di kalangan mereka yang telahke Mekah beberapa kali. Di sekeliling rumah ditanam dengan pokok buahanseperti nangka, durian, sukun, mangga, pisang dan lain-lain. Merekamenghabiskan masa dengan mendengar muzik, cerita atau mengadakan ritualkeagamaan. Setiap masjid ada kariahnya dan setiap kariah terdapat 44buah rumah. Kalau ada kampung yang hendak membina masjidnya sendirimesti ada 44 buah rumah. Hal-hal ugama diserahkan kepada Imam yang jugamelaksanakan tugas-tugas berkaitan perkahwinan dan kematian. Kendurisering diadakan seperti pada masa kelahiran, memotong jambul,perkhatanan dan perkahwinan. Dan pada waktu kenduri ini lazimnyadisembelih kerbau. Dari segi kepercayaan, orang Melayu amat percayakepda hantu, pawang, bomoh dan tanda-tanda baik-buruk. Sebagai contoh,orang Melayu percaya adanya hantu, harimau jadi-jadian dan sebagainya.Orang Melayu juga percaya kepada keujudan pelesit, polong danlain-lain. Burung pungguk dikatakan burung hantu. Penanggalan puladalam bentuk wanita, kepalanya boleh ditanggalkan dan meninggalkanbadan untuk pergi mencari darah perempuan yang baru bersalin. OrangMelayu juga percaya kesan azimat yang dipakai pada badan mereka. BagiBird, yang paling penting untuk menjelaskan identiti orang Melayu ialahkeris dan konsep amuk. Keris dilihat sebagai senjata dan simbol diriatau kejantanan lelaki Melayu. Amuk juga dikaitkan dengan hargadiri.Orang mengamuk sekiranya harga dirinya dicemuh atau diperendahkan,ataupun dirinya dan keluarganya diaibkan. Mereka mengamuk keranapandangan mereka menjadi gelap dan tidak tahan menanggung malu dancelaan tersebut.

Orang Melayu mengikut F. Swettenham(“The Real Malay”) dalam Stories and Sketches by Sir F. Swettenham;selected and introduced by William Roff, Oxford University Press)adalah sebagaimana berikut ini:

Untuk memahami orang Melayu denganmendalam, Swettenham berpendapat, seseorang itu perlu tinggal dikalangan mereka, menghormati agama dan kepercayaan mereka, meminatikecenderungan mereka, perlu bersifat toleransi dan jangan memandangserong terhadap prejudis mereka, bersimpati dan membantu mereka ketikamereka dalam kesusahan dan kalau boleh bukan sahaja berkongsikeseronokan mereka tetapi juga risiko yang mereka hadapi. Hanya dengancara ini sahaja seseorang itu boleh memperolehi kepercayaan dankeyakinan orang Melayu. Melalui keyakinan ini sahaja seseorang ituakhirnya boleh memahami hati budi orang Melayu, terutama bersifatbatiniah itu.

Orang Melayu yang sebenarnya, adalahpendek, berbadan tegap dan gempal. Rambutnya lurus hitam, kulit sawomatang, hidung dan bibirnya tebal dan matanya cerah dan nampak cerdik.Tingkahlakunya lemah lembut dan mudah untuk didampingi. Orang Melayubersifat curiga terhadap orang luar tetapi tidak menunjukkan sikaptersebut secara terbuka. Orang Melayu berani dan boleh dipercayaimenjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Walau bagaimanapun diabersifat boros dan suka meminjam wang tetapi lambat membayarnya balik.Dia petah dan bijak bercakap, pandai berkias (dan mungkin jugamenyindir), sering memetik peribahasa dan kata-kata hikmah, pandaimelawak dan berjenaka dan sukakan kepada jenaka yang baik. Orang Melayusuka ambil tahu hal orang lain, terutama jirannya. Oleh itu orangMelayu dikatakan kuat gosip atau suka menjaga tepi kain orang lain.Orang Melayu beragama Islam dan pada pendapat Swettenham inimenyebabkan mereka bersifat fatalistik, iaitu percaya kepada qada’ danqadar (nasib dan rezeki ditentukan Allah). Tetapi pada masa yang samamereka juga percaya kepada perkara-perkara karut dan tahyul yangbertentangan dengan Islam. Dia tidak minum arak dan jarang sekalimenghisap candu tetapi dia amat minat berjudi, sama ada menyabung ayamataupun permainan-permainan yang ada elemen pertaruhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2009 06:20 PM | Show all posts
Secara semulajadi orang Melayu adalahahli sukan. Mereka suka dan berminat menangkap dan menjinakkan gajah.Mereka juga merupakan seorang nelayan atau penangkap ikan yang cekap.Dari satu segi orang Melayu konservatif, bangga dan megah terhadapnegerinya dan masyarakatnya. Mereka menyanjung adat dan tradisi lamamasyarakat Melayu. Mereka takut kepada Raja, hormat dan tunduk kepadakuasa. Orang Melayu memandang rendah kepada sebarang pembaharuan danseboleh-bolehnya akan menolak sebarang pengenalan kepada perubahansecara mendadak. Sebaliknya, jika mereka diberi masa untuk memeriksadan menelitinya dan perubahan tersebut tidak dipaksa ke atas mereka,mereka boleh diyakinkan tentang keuntungan dan faedah yang bolehdicapai melalui pembaharuan-pembaharuan tersebut. Orang Melayu cepatmempelajari ilmu yang diajar kepadanya. Bagi Swettenham, sekiranyaorang Melayu ingin dan juga bercita-cita tinggi dia boleh menjadiseorang mekanik yang baik. Walau bagaimanapun orang Melayu malas. Diatidak mempunyai sebarang perancangan yang teratur di dalam hidupnya.Dia tidak tahu tentang ketepatan masa termasuk juga waktu makannya.Padanya waktu itu tidak penting. Rumah orang Melayu tidak tersusun dankotor tetapi dia mandi dua kali sehari. Dia juga suka berhias danmemakai pakaian yang kemas. Orang Melayu tidak toleran kepada sebarangpenghinaan. Baginya malu yang diterima hanya boleh dibersihkan dengandarah. Dia akan masam muka dan memendam rasa apabila kewibawaannya danmaruahnya tersentuh atau terguris sehingga dia dirasuk oleh perasaanhendak membalas dendam. Jika dia tidak dapat membalas pada orangberkenaan atau berkaitan dia akan mengancam orang pertama yangditemuinya, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Inilahyang dikatakan amuk. Semangat kesukuan kuat di kalangan orang Melayu.Dia taat dan setia kepada Raja, Penghulu dan pemimpin. Pemberian kurniaoleh Raja kepada rakyat dan pemberian hadiah dari rakyat kepada Rajaadalah satu amalan yang biasa.

Walaupun orang Melayu beragama Islamdan sanggup dipaku hidup-hidup dari menolak agamanya, orang Melayubukannya menganggap agama orang lain rendah. Dia juga bukan seoranghipokrit. Kehidupannya akan menghadapi kitaran hidup berikut:

Pada masa kecil dia dijaga dengan baik,dia tidur bila dia suka dan makan apabila dia merasa lapar (elemen masatidak penting). Dia jarang dipukul atau dirotan, oleh itu dia jarangmenangis. Pada umur 15 atau 16 tahun dia rajin belajar dan dihantarmengaji Qoran walaupun mengaji dalam bahasa yang dia tidak faham. Padaumur di antara 16 hingga 25 tahun dia harus dielakkan kerana padaperingkat umur ini dia suka bersuka-sukaan, berfoya-foya, boros,pemurah, suka berjudi, banyak terikat dengan hutang, sering terlibatdalam melarikan isteri jirannya dan suka menonjol-nonjolkan dirinya.Selepas itu jika dia tidak meneruskan dengan perangai buruknya, diaakan cuba, dengan bantuan orang-orang yang lebih tua darinya, berusahamemantapkan kedudukan sosialnya. Jadi, apabila dia mencecah umur 40tahun dia akan menjadi seorang manusia yang bijak (dan berpengalaman).Anak perempuan pula dibiarkan hidup bebas sehingga umur 5 tahun dankemudian diberi pakaian yang sempurna. Sejak itu dia dididik dan diasuhdalam membantu kerja-kerja rumah dan dapur. Dia juga diajar turun kesawah. Tujuannya untuk menyediakan menjadi seorang isteri dan ibu yangbaik. Pada peringkat umur 15/16 tahun dia sukakan pakaian yang cantikdan juga sudah tahu memakai barang-barang kemas. Gadis yang belumkahwin diasuh dan diajar bagi mengelakkan dari mengadakan hubungandengan lelaki yang tidak ada tali persaudaraan dengannya. Selepasberkahwin orang perempuan Melayu mendapat kebebasan yangseluas-luasnya. Orang Melayu amat mementingkan bangsa dan keturunan.Lelaki Melayu boleh kahwin empat dan boleh menceraikan isteri/isteri-isteri dan menggantikan mereka dengan isteri yang baru.Sekiranya dia mampu dia akan menggunakan kesempatan ini tetapi lelakiMelayu jarang-jarang mempunyai empat orang isteri pada satu masa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:21 PM | Show all posts
Orang Melayu mengikut pandangan HughClifford (“The Pople of the East-Coast” dalam buku, In Court andKampung) diterangkan di bawah ini.

Clifford adalah Residen di Pahang danbeliau menceritakan tentang negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang,Terengganu dan Kelantan. Walaupun negeri-negeri ini berdekatan tetapirakyat negeri-negeri ini jauh berbeza, sama ada dari segi rupa,pakaian, dialek, watak mahupun adat resam. Orang Pahang, mengikutClifford, hanya menggunakan fikiran dan minda mereka untuk mencarijalan berkelahi, bergaduh, berasmara dan bercumbu dan berjudi, yangmereka tahu dan sedar dilarang sama sekali oleh agama Islam. OrangPahang, jelasnya, adalah seorang penyabung ayam dan pejudi yang seringterlibat dalam pergaduhan. Dia mempunyai perasaan bangga dirinya,bangsanya dan negaranya. Dia kurang arif, kurang ugama dan kurang dayakeintelektualannya sehingga dibuat orang Melayu lain bidalan tentangmereka: kecek anak Melaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau;bidaah anak Terengganu; penakut anak Singapura; pencelok anak Kelantandan sombong anak Pahang. Namun demikian, orang Pahang juga banyakkualiti yang baik. Mereka jantan dan berani mati. Kelemahan merekaadalah di permukaan sahaja dan mereka jarang mahu menyurukkan kelemahanini. Mereka sombong! Mereka berpakaian segak dan sebagai kaki judisering boros. Mereka juga suka bertindak mengikut nafsu tanpa berfikirpanjang tentang hasil atau kesan tindakan mereka. Mereka juga amat taatdan setia kepada Raja. Begitu juga taat setia mereka kepada seseorangatau sesiapa yang dipercayainya, tidak berbelah bagi. Hubungan iniadalah berasaskan saling mempercayai di antara satu sama lain. Merekasentiasa bergembira dan suka melawak dan berjenaka dan bahan ketawamereka adalah orang lain (suka mengusik dan mempermainkan orang lain).Mereka tidak suka membaca atau bekerja. Mereka juga tidak boleh dipaksamembaca Koran. Mereka juga hanya akan sembahyang setelah dipaksa.Mereka menghadiri sembahyang Jumaat kerana takut kena denda. Kalauboleh orang Melayu tidak mahu bekerja dan tidak akan melakukan sebarangkerja walapun dibayar gaji atau upah yang tinggi dan lumayan. Dia akanmelakukannya (kerja) apabila dia dikerah, iaitu atas permintaan dansuruhan orang-orang besar ataupun raja. Kerja-kerja kerah tidak dibayarupah dan di dalam kebanyakan kes mereka terpaksa membawa makanansendiri. Kerja Raja dikelek sedangkan kerja sendiri diabaikan. Merekaakan mengerjakan kerja-kerja kerah ini tanpa sebarang rungutanseolah-olah itu adalah tugas hakiki mereka. Clifford melihat inisebagai satu sifat yang bertentangan dengan jiwa orang Melayu itu. Darisatu segi, secara sukarelanya, orang Melayu malas bekerja walaupunganjaran yang dibayar lumayan tetapi dari satu segi yang lain diasanggup pula dipaksa bekerja dan menyerahkan tenaganya secara percuma.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:22 PM | Show all posts
Orang Terengganu pula jauh berbezadaripada orang Pahang. Paling utama, mereka sukakan keamanan dankeharmonian. Kegiatan dan minat mereka ialah kepada perniagaan danperdagangan. Apa yang mereka mahu ialah kebenaran dan kebebasan untukmencari rezeki tanpa diganggu. Namun demikian, mereka tidak menunjukkansikap taksub dan taat setia membabi buta seperti yang ditunjukkan olehorang Pahang, yang akhirnya (iaitu orang Pahang) terpaksa menanggungbermacam kerenah, helah dan juga bencana dari Raja dan kerabat Dirajamereka sendiri. Bagi Clifford, orang Terengganu hanya berminat untukbelajar, berdagang dan bertukang. Sejak kecil lagi dia dibesarkan dalamsuasana buku, duit dan tawar menawar perniagaan dan perdagangan.Dikatakan dia tahu memuji dan mengangkat tinggi nilai dan mutubarang-barang yang hendak dijualnya dan menawar atau menurunkan hargabarangan yang hendak dibelinya sebaik sahaja dia pandai bercakap. OrangTerengganu dilahirkan dalam dunia perniagaan dan perdagangan. Dia bolehdan sanggup berbohong semasa berniaga, tanpa segan dan silu ataupunmalu sehingga mereka terkenal ataupun dikenali sebagai pembohong yangpaling terkenal di Tanah Melayu.

Sekiranya seorang kanak-kanak Pahangdibesarkan dalam suasana perang atau khabar angin tentang peperangan,dan dia pula akan bercita-cita apabila besar nanti mahu menjadi seorangpahlawan terbilang, tetapi berlainan pula dengan kanak-kanakTerengganu. Walaupun lelaki Terengganu memakai senjata tetapi diakurang tangkas menggunakan senjata tersebut. Keris yang dipakai hanyasebagai pelengkap pakaian lelaki sahaja. Keadaan ini berlaku keranamasyarakat Terengganu memberi sanjungan yang lebih dan memandang tinggimereka yang berpendidikan atau yang mempunyai kemahiran-kemahiran yangtertentu. Jelasnya orang Terengganu memuliakan mereka yang berpelajarandan berilmu sama ada yang menguntungkan mereka di dunia mahupunakhirat. Bagi Clifford, orang lelaki Terengganu dibesarkan sebagaipengecut tetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat ini. PandanganClifford ini mungkin tidak adil kerana mencintai keamanan dan tidaksuka bergaduh bukanlah sifat orang yang pengecut. Sebaliknya iamenggambarkan seseorang yang ingin tinggal di dalam sebuah masyarakatyang madani.

Walau bagaimanapun prestasi dan imejorang Melayu Terengganu adalah lebih baik dari orang Melayu lain, bukansahaja di Pantai Timur tetapi juga di Semenanjung Tanah Melayu.Umumnya, seseorang anak Terengganu itu telah tamat membaca Koransebelum akil baligh lagi. Pada masa yang sama mereka juga tahu menulisdan membaca jawi. Jadi masyarakat Terengganu adalah masyarakat yangmementingkan ilmu. Namun demikian, orang Terengganu lebih terkenalkerana kemahiran mereka dalam bidang kraftangan. Hasil tangan sepertibarangan tembaga, senjata dan juga pertukangan kayu mereka adalah yangterbaik, tercantik dan terhalus di kalangan orang Melayu di SemenanjungTanah Melayu. Begitu juga dengan hasil tenunan kain dan songket mereka.Mereka juga dikatakan pandai membuat barang-barang tiruan, contohnya,serban yang diekspot setiap tahun ke Mekah dan dijual di sana sebagaibarangan tempatan yang dihasilkan oleh Arab Saudi sendiri. Dari segipakaian, pakaian orang Terengganu jauh berbeza dari orang Pahang. Kitaboleh kenal orang Terengganu sebelum dia membuka mulutnya. Walaubagaimanapun Clifford tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkannya.Namun begitu, sekiranya kita hendak buat andaian mungkin pakaian orangTerengganu itu lebih kemas sesuai dengan kerja mereka sebagai peniagadan pedagang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:22 PM | Show all posts
Orang Kelantan juga mempunyai ciri-ciri mereka tersendiri. Bagi merekayang berjumpa dengan orang Kelantan buat kali pertamanya mungkin tidakakan faham tentang tutur-katanya. Orang Kelantan juga tidak fahambahasa orang lain kecuali dialeknya sendiri. Rupa atau paras orangKelantan serupa sahaja; tidak begitu bersih baik dari segi rupa mahupunperangai. Walau bagaimanapun dia mempunyai temperamen yang baik dansentiasa bergembira. Orang Kelantan kuat dan gagah. Mengikut Clifford,ada orang Kelantan yang boleh memecahkan pintu dengan kepalanya.Contohnya, seorang lelaki yang diberi gelaran Awang Kepala Keras.Selain itu, dia juga boleh memikul beban yang berat, mengayuh perahuuntuk beberapa jam dan boleh melakukan kerja lebih dari orang Melayulain. Tingkahlaku orang Kelantan agak kasar dan tidak sensitif sepertiorang Melayu lain. Mereka kurang prihatin terhadap perasaan orang lain.Orang Kelantan berani tetapi beraninya membabi buta tanpa memikirkanakan bahaya yang mungkin dihadapi. Bagi masyarakat lain di Pantai Timur(orang Pahang dan Terengganu) watak baik orang Kelantan ditenggelamioleh reputasi orang Kelantan sebagai pencuri, perompak atau penceluk.Semasa merompak mereka dikatakan menggunakan senjata tajam yangdikenali sebagai parang jengok. Perempuan Kelantan lebih menonjol dariwanita-wanita lain di Tanah Melayu. Mereka sering kelihatan di pasarsama ada meniaga atau membeli. Mereka senang bertutur mesra dengansemua orang dan tidak menunjukkan sifat-sifat malu yang lazimditunjukkan oleh perempuan Melayu yang lain. Ada kalanya kemesraanmereka khusus dengan pelanggan lelaki bersifat `flirtatious’ ataukemanja-manjaan. Di Kelantan, lelaki dan perempuan, lain caraberpakaian mereka jika dibandingkan dengan orang Melayu lain. Oranglelaki Kelantan tidak memakai baju atau seluar sebaliknya mereka lebihselesa memakai sarung. Kain sarung diikat singkat hingga ke lutut danapabila duduk lutut mereka terdedah. Orang perempuan Kelantan pula sukaberkemban dan bahagian bahu dan dada sering terdedah. Cara berpakaianbegini membuat orang lain menganggap orang Kelantan tidak beradat danberadab sopan. Sebelum tahun 1888 orang Kelantan takut ke Pahang keranaorang Pahang menganggap orang Kelantan itu hanya layak untuk menajamkanmatakerisnya sahaja. Dalam perkataan lain orang Kelantan itu baikdibunuh sahaja. Seperti orang Melayu lain di Pantai Timur, orangKelantan juga suka berjudi sama ada berlaga ayam, kambing atau kerbau.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:23 PM | Show all posts
Pada keseluruhannya bagaimanakah agaknya cara hidup orang Pantai Timur? Mengikut Clifford, di Kelantan, Terengganu dan Pahang, cara hidup mereka hampir serupa. Di kawasan pendalaman rakyatnya lebih lurus dan amanah, lebih rajin, mengalami prubahan yang sedikit dan hidup mereka sehari-hari berkisar kepada saraan hidup semata-mata. Mereka juga cepat tua. Mereka bangun pagi, bekerja atau rehat pada waktu siang dan tidur sebaik sahaja hari malam. Hidup mereka mudah dan sudah pasti membosankan. Hidup mereka sederhana dan kebanyakan mereka tidak mampu untuk kahwin lebih dari satu. Penduduk yang tinggal di tepi pantai pula berbeza. Gosip dari istana, cerita-cerita tentang keberanian pahlawan, perbincangan tentang ilmu dan sebagainya memenuhi masa hidup mereka. Bagi golongan remaja lelaki, dayang-dayang dan gundek-gundek Raja keadaan dan pergaulan yang bebas menambahkan lagi kenakalan remaja mereka. Walaupun risikonya tinggi, golongan remaja ini jarang-jarang mahu melepaskan peluang tersebut. Mereka yang didapati berkendak dengan gundek Raja bolah dihukum bunuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2009 06:24 PM | Show all posts
Orang Melayu mengikut pandangan Munshi Abdullah (Kisah PelayaranAbdullah : diselenggarakan oleh Kassim Ahmad). Pelayarannya keKelantan, Abdullah telah sempat juga singgah di Pahang (Pekan) danTerengganu (Kuala Terengganu). Sebagai seorang etnografer dia telahmencatatkan dengan detail apa yang dapat diperhatikannya di ketiga-tigabuah negeri di Pantai Timur ini. Catatannya ini menarik jika kitabandingkan perbezaan dan persamaan pandangan tersebut dengan apa yangditulis oleh Hugh Clifford. Mengikut Abdullah, negeri Pahang sepertisebuah dusun, penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Tidakterdapat sebarang pasar, kedai atau lorong untuk orang ramai berjalankaki. Abdullah percaya negeri Pahang kaya dengan hutan sebabpenduduknya malas. Sekiranya hutan-hutan ini ditanam dengan pokok-pokokyang boleh mendatangkan hasil usaha tersebut pasti berjaya kerana tanahPahang subur. Mengikut pemerhatian Abdullah, dari 100 orang penduduknyahanya 10 orang sahaja yang nampak berkerja. Yang lainnya, sama adalalai, miskin atau suka berbuat jahat (mungkin maksud Abdullah, mencuriatau menjadi samseng kampung). Setiap lelaki Pahang adasekurang-kurangnya 4-5 jenis senjata yang tidak bercerai dari tubuhnya.Tabiat lelaki Pahang ialah suka melawar sahaja. Gemar memakai seluardan kain-baju yang bagus-bagus sahaja tetapi malas bekerja atau tidakmahu berusaha. Kebanyakan mereka kurus kering keana mereka juga sukamenghisap madat atau candu. Jelasnya ramai orang Melayu Pahang yangketagih candu. Rumah mereka rumah atap. Bergantung kepada taraf hidup,rumah mereka ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua rumah tersebutdidirikan di atas darat. Namun demikian, kawasan keliling rumah merekasemak-samun. Kampung orang Melayu Pahang tidak tersusun keranarumah-rumah yang didirikan tanpa perancangan dan peraturan. Terdapatsebuah rumah di sini dan sebuah rumah di sana. Ada rumah yang dibinadalam hutan dan yang didirikan di tepi pantai. Ada kawasan rumah yangdipagar dan ada yang tidak dan dibiarkan begitu sahaja. Kawasan dibawah rumah selalunya kotor. Di bawah rumah, biasanya di bawah rumahdapur akan terdapat kelimbahan atau lopak air yang bertakung danmenjadi dalam apabila dicakar dan disudu oleh ayam dan itik yangmencari sisa-sisa makanan yang dibuang ke dalamnya selepas pingganmangkuk makan dibasuh. Kawasan ini dan juga rumah berbau busuk keranatidak terdapat longkang untuk mengalirkan air yang bertakung itu. Dibawah rumah juga terdapat banyak sampah sarap yang disapu dari atasrumah. Setiap malam unggun api akan dipasang di bawah rumah untukmenghalau nyamuk. Asap sering naik ke rumah menyebabkan mata menjadipedih dan berair. Pakaian di atas rumah juga akan menjadi hitamdisebabkan asap dan jelaga. Tanaman yang banyak ditanam di sekelilingrumah ialah pokok nyiur dan pinang. Harga 8 buah nyiur ialah seringgit.Terdapat juga sayur-sayuran seperti keladi, ubi, keledek, tebu, pisangdijual tetapi hasil kebun ini datangnya dari kawasan hulu negeri. OrangPahang juga memelihara ternakan seperti kambing, kerbau, lembu, ayamdan itik. Jelasnya, cara hidup orang Pahang adalah cara hidupmasyarakat tani (peasang) atau masyarakat kampung yang di sampingbercucuk tanam dan berternak untuk saradiri juga menghasilkan tanamankontan. Oleh kerana kawasan persekitaran kampung kotor dan tidaktersusun cara pembuangan sampahnya, maka kawasan ini menjadi kawasankegemaran gagak yang tertarik dengan kekotoran dan bangkai-bangkai yangbersepah. Hasil dagangan Pahang yang terbesar ialah emas dan timah. Adajuga penduduk yang menghasilkan sutera. Ada juga antara mereka yang kehutan mencari kayu kemuning, damar dan rotan. Wang yang digunakan diPahang dikenali sebagai tampang. 16 tampang = 1 ringgit.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:25 PM | Show all posts
Dari segi sistem sosialnya, terdapat ramai golongan Sayid (Syed) di Pahang. Kononnya mereka adalah keturunan nabi. Maka cucu-cicit mereka juga memakai gelaran Syed pada awal nama mereka. Di Pahang terdapat juga golongan yang dikenali sebagai golongan Sheikh. Gelaran ini juga dipakai turun-temurun. Bahasa yang digunakan oleh orang ramai apabila bercakap dengan golongan ini serupa seperti mereka bercakap dengan golongan Raja-Raja. Mereka bertengku dan berhamba Tengku. Pekerjaan golongan ini berniaga. Di kalangan ini lebih ramai yang kaya dari yang miskin. Rumah-rumah mereka lebih baik dan cantik dari rumah orang Melayu. Nampak jelas bahawa golongan ini wujud sebagai satu kelas yang nyata. Mereka mengamalkan cara hidup dan status yang jauh lebih baik dari rakyat Pahang yang lain. Penempatan atau perkampungan mereka jauh berbeza dari perkampungan orang Melayu. Mereka tinggal di tepi pantai dan di kawasan perkampungan itu terdapat sebuah masjid. Anak-anak mereka dihantar mengaji di masjid tersebut walaupun mereka tidak faham tentang apa yang mereka baca. Namun demikian kebanyakan rakyat biasa tidak tahu membaca dan sekiranya keadaan ini dibiarkan nescaya akan merosakkan generasi orang Melayu yang akan datang. Di Pahang, seperti di negeri-negeri Melayu yang lain, terdapat juga golongan istana atau Raja yang merupakan pemerintah negeri. Mengikut Abdullah, anak-anak Raja Pahang menaruh berpuluh-puluh hamba Raja. Hamba Raja wujud apabila orang yang bersalah melakukan jenayah bunuh mengadap Sultan dan di samping memohon maaf di atas perbuatannya menyerahkan juga dirinya kepada sultan untuk dijadikan hamba Raja. Status dan kedudukan hamba raja tinggi dan ditakuti oleh orang ramai. Di dalam kebanyakan hal mereka menjadi tukang pungut hutang dan tukang pukul anak-anak raja. Mereka bolehlah dianggap sebagai samsing kampung. Mereka sering digunakan oleh pihak raja dan anak-anaknya untuk mengganggu anak-isteri orang. Oleh kerana mereka dilindungi raja maka ditakuti dan boleh melakukan apa-apa sewenang-wenangnya. Sekiranya mereka dibunuh sultan akan menuntut tujuh nyawa kerabat orang yang membunuh hamba raja tadi. Terdapat dua cara hukuman bunuh dilaksanakan di Pahang, iaitu cara sula dan salang. Sula dilaksanakan dengan menikam dubur pesalah dengan pucuk nipah hingga sampat ke perutnya. Salang pula ialah membunuh dengan menggunakan keris panjang yang dikenali juga sebagai keris penyalang. Keris tersebut digunakan untuk menikam jantung melalui tulang selangka, iaitu kawasan di antara bahu dengan leher sebelah kiri. Keris akan dicabut dan kawasan luka itu akan ditekap dengan kain untuk menghalang darah dari memancut. Rakyat Pahang dikatakan takut hendak mengubah cara hidup mereka, terutama taksub kepada golongan raja kerana takutkan daulat Raja. Abdullah mengimbas semula tentang negeri Pahang. Dahulu Pahang mashur tetapi sekarang negeri tersebut kesunyian dan miskin. Kemiskinannya bukanlah kerana ia diserang dan ditawan musuh dari luar atau disebabkan oleh perompak dan penyamun yang mengganggu dan menjejaskan perniagaannya ataupun oleh kerana tanahnya yang tandus kerana terbukti hutannya hidup subur menghijau. Bagi Abdullah, Pahang miskin kerana kezaliman rajanya. Rakyat takut dan juga tidak mahu berusaha dan menghasilkan lebihan untuk simpanan kerana akhirnya akan diminta oleh raja. Kalau tidak diberi akan dirampasnya juga. Maka keadaan ini mematahkan semangat rakyat untuk membuat harta, menabung dan sebagainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2009 06:26 PM | Show all posts
Di Terengganu (Kuala Terengganu) Abdullah menerangkan terdapat pasaryang dibuka pada waktu petang. Raja menduduki tempat dan hiraki yangistimewa dalam masyarakat Melayu. Apabila melalui istana danperkampungan raja, rakyat biasa dilarang memakai payung sama sekali.Golongan rakyat juga dilarang memakai baju kasa, kasut dan pakaianserba kuning. Abdullah menganggap larangan ini sebagai kolot dan bodoh.Dia bertanya, mengapa tidak dilarang burung terbang di atas istana,atau nyamuk memakan darah raja atau pijat-pijat menggigit raja dansebagainya. Sebaliknya mengapa tidak dilarang penjualan dan penghisapanmadat atau candu yang berleluasa bukan sahaja di kalangan rakyat tetapijuga raja. Sepatutnya raja menjadi contoh, teladan dan role model untukrakyat tetapi di Pahang dan Terengganu sebaliknya berlaku. Golonganraja tidak menampakkan ciri-ciri orang yang dianggap berbangsa,bangsawan dan berdarjat mulia. Jadi jika golongan raja tidak berakhlakmulia bagaimanakah pula dengan rakyat biasa? Orang yang menjadi penagihmadat jarang mementingkan kebersihan dirinya. Pakaian mereka kotor danberdaki. Kadang-kadang pakaian tersebut 4-5 bulan tidak dibasuh. Bajumereka penuh dengan tuma. Kebanyakan kanak-kanak Terengganu tidakbersekolah. Mereka asyik bermain-main sahaja sepanjang hari.Jalan-jalan dan lorong-lorong di sekitar pekan didapati kotor dan penuhdengan sampah sarap. Jalan dan lorong tersebut juga sering becak.Perkampungan dan rumah mereka congkah-mangkih, iaitu tidak tersusun dantidak sama. Masing-masing penghuni membina rumah ikut suka hati. Adarumah yang membelakangi jalan ada yang mengiring jalan dan terdapatjuga lorong-lorong yang sempit yang hanya muat untuk seorang lalusahaja. Rumah dipagar tetapi pagar yang dibina bengkang-bengkok. Ataprumah pula dipasang tinggi. Keliling rumah kotor dan di bawah rumahterdapat banyak sampah sarap. Di bawah rumah dapur pula terdapatkelimbahan. Kebanyakan rumah terdapat banyak sabut yang diperun padawaktu malam untuk menghalau nyamuk. Di kawasan kampung ditanam banyakpokok kelapa. Pada tiap-tiap kampung terdapat sebuah madrasah. Di pasarterdapat ramai peniaga barang-barang makanan tetapi kesemua merekaperempuan. Barangan makanan yang dijual adalah penganan, cucur, pisangrebus, keladi rebus, penganan talan dan sebagainya. Terdapat perbezaandi antara rumah orang kaya dengan orang miskin. Rumah orang kaya dibuatdari batu dan bangunan rumah adalah seperti rumah orang Cina. Rumahtersebut diberi tembok tetapi dinding tembok penuh dengan kesan ludahsirih dan juga lumut. Di Terengganu juga banyak ditanam pokok limauyang dijual di pasar. Lembu, kambing dan biri-biri murah harganya.Harga seekor kambing seringgit. Walaupun daging murah orang ramai tidaksuka memakannya. Sebaliknya mereka lebih suka makan makanan yangbusuk-busuk seperti tempoyak, pekasam, petai, jering, ulam dansebagainya. Di Terengganu juga tiada tempat atau sekolah orang mengajarBahasa Melayu tetapi terdapat 6/7 buah rumah tempat kanak-kanak belajarmengaji. Abdullah menceritakan juga tentang dialek Terengganu di manaperkataan yang berakhir dengan n dibunyikan ng. Contohnya, ikan =ikang, tuan = tuang, bulan = bulang, makan = makang dll. Walaubagaimanapun apabila mereka menyurat betul pula ejaannya. DiTerengganu, raja dan hamba raja bermaharajalela. Setiap orang dikatakanada 4-5 campak buang (lembing?), sebilah keris dan sebilah chenangkas(pedang panjang). Mereka tidak bekerja kecuali memikul senjta-senjataini ke hulu ke hilir. Orang lelakinya malas tetapi orang perempuannyarajin-rajin terutamanya di dalam bidang perniagaan. Di Terengganu jugarakyat takut hendak mengumpulkan harta atau menghasilkan lebihan takutnanti diminta atau dirampas atau dirompak oleh golongan raja. Abdullahrisau sekiranya kaum ibu yang bekerja dan berniaga, anak-anak di rumahakan terbiar dan tidak terurus pakaian dan makan minum mereka. Apa yangakan jadi pada generasi akan datang?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:26 PM | Show all posts
Di Kelantan lelakinya juga banyak memakai senjata. Setiap orang ada 6/7batang campak buang di samping parang lading atau chenangkas ataupedang. Sebilah keris juga lazimnya tersisip di pinggang. Ada juga dikalangan mereka yang membawa senapang. Warna kulit mereka semuanyahitam. Tanah perkampungan orang Kelantan subur dan ditanam penuh dengannyiur, durian dan buah-buahan tempatan yang lain. Terdapat jugabinatang ternakan seperti lembu, dan kerbau yang gemuk-gemuk. Di pasarpenuh dengan perempuan yang berniaga. Seperti di Terengganu, di pasarterdapat juga makanan busuk-busuk yang disukai orang tempatan sepertibudu, ikan asin, siput asin dll. Orang tempatan tidak banyak makandaging tetapi sebaliknya suka makan ikan yang banyak terdapat diperairan negeri itu. Abdullah disuruh makan timun tetapi apa yangdipanggil oleh orang Kelantan timun itu adalah tembikai. Kenderaan RajaKelantan adalah gajah. Abdullah menghadap raja, dikeluarkan tempatsirih dahulu dan dia disuruh makan sirih sementara menunggu rajasantap. Raja Kelantan pada waktu itu berwajah rendah, hitam manis,tubuhnya gempal, mukanya bulat dan hidungnya mancung. Rambutnyamencecah bahu. Pada pinggangnya tersisip sebilah keris. Keadaan kampungtidak tersusun. Sampah-sarap berselerakan menyebabkan alam persekitaranberbau busuk. Orang Kelantan, sama ada raja mahupun rakyat tidakmemakai kasut. Di Kelantan terdapat ramai perempuan jalang yangdikenali sebagai orang bujang. Apabila waktu petang mereka datangmenghampiri perahu. Mereka datang berkemban dan memakai sanggullintang. Pada rambut mereka diletakkan bunga melor yang telah dikarang.Bagi orang Kelantan pekerjaan ini tidak dianggap hina. MengikutAbdullah, “adat dalam negeri tiada menjadi hina pekerjaan itu”.Kebanyakan orang Kelantan juga suka menyabung dan berjudi. MengikutAbdullah, dari 100 orang hanya 2 sahaja yang mengikut perintah Allahseperti sembahyang. Rakyat taat kepada sultan. Apabila sultan berperangsama sendiri (perang saudara kerana berebut takhta) rakyat dikerahuntuk berlawan. Mereka membuat kubu dan terpaksa membawa bekalan makansendiri kerana raja tidak menyediakan makanan untuk mereka. Anak binidi rumah dibiar mencari nafkah sendiri. Rakyat yang dikerah berperangjuga terpaksa bawa senjata sendiri kerana raja juga tidak membekalkanmereka dengan sebarang senjata. Peperangan ini biasanya memakan masaberbulan-bulan kerana masing-masing pasukan akan hanya melepaskanbeberapa das tembakan dari kubu mereka setiap hari. Peperangan inimenguji ketahanan mental dan juga bekalan makanan masing-masingpasukan. Apabila makanan habis rakyat yang dikerah akan balik kerumahnya untuk menyediakan bekalan makanan bagi jangka masa berikutnya.Di Sabak (sebuah perkampungan nelayan di tepi pantai) rakyat rata-ratamiskin. Kain baju mereka compang-camping. Kepala mereka gondol.Pekerjaan penduduk ialah memukat dan bertanam padi. Tempat tinggalmereka merupakan pondok, atap dan dindingnya dibuat dari daun nipah.Lantai pula jongkang-jongkit. Kawasan rumah busuk, bau ikan dan sampahsarap yang bertimbun-timbun. Sawah mereka luas dan bersih. Di sawahterdapat beratus-ratus ekor kerbau dan lembu. Raja Kelantan disifatkanzalim oleh Abdullah. Rakyat sering dianiaya. Rakyat sehari-harimengerjakan pekerjaan raja tetapi makan minum rakyat tersebut laki-binitidak diberi. Sebaliknya, perahu, tanaman dan ternakan akan diambil(rampas) oleh raja mengikut sesuka hatinya. Begitu juga dengananak-anak perempuan yang cantik akan diambil oleh raja untuk menjadigundeknya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2009 09:26 PM | Show all posts
Keris Melayu





Keris Sumatera





Keris Jawa





Keris Bali





Keris Bugis







Sources : http://www.silat.tv/profile/Raksasa



Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 10:19 AM | Show all posts
272# HangPC2

Cantik cantik belaka.Permainan keris yg sebenar masih lagi kekal di Semenanjung berbanding ditempat lain yg permainan kerisnya makin pupus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 10:36 AM | Show all posts
Hang PC. tolong carikan gambar gobek api(lighter) orang melayu zaman dulu-dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2009 11:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 12:56 PM | Show all posts
275# HangPC2

Dia jual tak benda ni?.Ramai yg berminat nak buat koleksi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2009 01:05 PM | Show all posts
Gambaran Tentang Kedatangan Duta Dinasti Yuan (Mongol) Ke Champa







Sources : Medieval Chinese Armies 1260-1520 (Osprey Publishing)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 11:42 AM | Show all posts
Some Classical Malay Materials for the Study of the Chinese Novel Journey to the West



by Hoon Teik Toh


The objective of this study is to stimulate interest in looking further for a possible "missing link" between the two monkeys, Hanuman (the central figure in the Sundarakanda of Valmiki's Sanskrit epic Ramayana) and Sun Wukong (the hero in the Chinese novel Xiyouji "Journey to the West", hereafter XYJ), in Classical Malay literature. I refer the reader to Nakano and Mair for more thorough treatments of Sun Wukong's origins and the secondary literature thereon as I shall, in this paper, confine myself to supplying the reader, for the very first time, with a few excerpts of Classical Malay texts accompanied by an English translation in order to show that they contain elements traceable to a common origin shared by XYJ. In so doing, I do not pretend to offer an ultimate solution to the long-debated problem but merely suggest that the clues to a solution, as with many other things in life, may be found in unexpected places.

Before we embark on perusing the extracts, a few general remarks on the Malay romances may not be out of place here.

Many of the Malay popular romances (hikayat) were transmitted orally for centuries before they were recorded in Jawi script. It is easy to imagine that not every single story or all the variations of a similar story have come to survive in writing. It follows that the limited number of written stories that have been studied present to us a far from complete picture of the literary products that at one time were current in Nusantara (Malay Archipelago). Though handed down in writing after the Malay people had been converted to the Muhammadan religion (15th century), pre-Islamic (mainly Hindu) elements are still abundant in them. A mixture of Indian and Perso-Arabic elements are usually observable.

Most of the stories were told and retold to Malay audiences by their tale-tellers or, as they were called in Malay, penglipur lara "soother of the afflicted, soother of cares". In general, the language is prolix, repetitive and, at times, may appear to modern readers to be monotonous, more so in translation. While trying to be faithful to the original in my translation, I have occasionally compressed two or more sentences by inserting a relative pronoun such as "who", "which", "where" etc. wherever necessary. The words maka, hatta etc. used frequently to begin a sentence in Classical Malay have no English equivalents and have to be left out of the English translation.

There are a considerable number of Classical Malay manuscripts that have never been read and await critical studies. In this study, I have used only published texts which are not limited to HSR(B), HSR(M) (the Brunei and Malaysian versions of the Ramayana) and HSS (a Malay recension of the Mahabharata) in which Hanuman occurs, but also include other Malay romances that were inspired by the oral narration of the Ramayana and Mahabharata in the traditional Malay society and might have therefore preserved elements derived from a certain variant narrative of the epics that no longer exists.

Having kept in mind the basic facts mentioned above, let us now turn to read closely some passages culled from the Classical Malay texts. Attention is drawn to the parallels between XYJ and its Malay counterparts under "Remarks".


Sources : http://www.sino-platonic.org/abstracts/spp137_hanuman_monkey.html



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 08:44 PM | Show all posts
Ibu Negara Champa namanya Vijaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 11:20 PM | Show all posts
279# sayapghaib

Ibu Kota Champa

Indrapura (875-978)

Vijaya (978-1485)

Panduranga (1485-1832)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.324827 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list